" Iya..aku tak tahu siapa jantan jantan tu..aku tak pernah tengok pun sebelum ni" Cerita Eliza kalut kalut. Firash yang memangku Fateh yang ketiduran memandang Adam dan Eliza sekilas.
"so kau nak buat apa sekarang " soal Adam
" dia tak perlukan aku lagi" Eliza dan Adam tersentak.
"apa maksud kau" soal Adam ingin kepastian.
" aku rasa kita tak perlu campur urusan dia.. dan aku rasa dia pun tak perlukan kita untuk tolong dia" Adam dan Eliza berpandangan.
" kau sanggup biarkan Bunga dalam keadaan bahaya macam tu" marah Eliza. Firash memandang gadis itu dengan pandangan kosong.
" Aku tak tahu apa yang berlaku.. tapi aku tahu dia dah tak perlukan aku dalam hidup dia" Jawapannya seakan meluahkan rajuk dihati.
" kau dah sewel ke.." soal Eliza lagi. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan pemuda itu yang mahu berdiam diri.
" Habis kau nak aku buat apa sekarang... nak aku cari dia..tolong dia" ujar Firash
" Hah la... takkan kau nak diam je" marah Eliza
" tapi aku tak rasa dia perlukan bantuan aku.. akan ada orang lain yang akan membantu dia dan orang tu bukan aku..aku dah penat bodohkan diri aku untuk dia..sekarang aku mahu lepaskan dia" Adam dan Eliza tersentak.
" kau dah kenapa bhai" soal Adam.
" Bunga dah ada pengganti aku" ujar Firash
" mana kau tahu" soal Adam. Firash memandang sahabatnya sayu.
" Melati.. aku jumpa dia kelmarin.. dia bagitahu aku yang Bunga tengah bahagia dengan seorang lelaki..dorang mungkin akan berkahwin dalam tempoh terdekat. Adam dan Eliza melongo terkejut akan berita itu.
" aku nak boleh buat apa..aku dia dah buang dari hidup dia.. bukan aku je.
Fateh pun" ujar Firash sebak. Matanya menatap wajah suci diribaannya.
"kau biar betul.. aku tak percaya lah.." ujar Adam. Dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia pasti itu.
" takkan Melati nak bohong aku" soal Firash. Mereka terdiam. Tiada apa lagi yang dapat dibicarakan.
Melati menyiapkan hidangan untuk makan malam lalu menanti Bunga yang baru selesai mandi.
" wahhhh...sedapnya.. terus lapar perut aku long" seloroh Bunga. Ditarik bangku lalu dilabuhkan punggungnya ke bangku itu. Bunga mencedok semua hidangan yang terhidang dihadapannya. Melati turut serta menikmati hidangan itu. Suasana sunyi menyelubungi ruang rumah teres milik Melati.
" kau dah buat report polis" soal Melati tiba tiba. Suapan Bunga terhenti.
" belum..kau teman aku long.." pinta Bunga.
" aku rasa tak payah lagi kot...biar aku jumpa apak..orang tua tu memang nak mati dengan aku" ujar Melati. Entah mengapa perasaan Bunga mula tidak selesa. Hatinya berdebar debar. Dia seakan ragu dengan kata kata Melati.
" Kau termenung apa lagi hah..makan cepat.." suruh Melati.
" Long..aku nak tanya kau satu soalan boleh" Bunga memberanikan diri.
" apa...ish kau ni kan time makan ada je soalan kau" rengus Melati. Ikan yang dicubitnya dimasukkan kedalam mulut.
" aku nak tanya pasal arwah mak" ujar Bunga. Dikuis nasi dipinggan. Reaksi Melati sukar dibacanya walaupun hakikatnya gadis yang duduk dihadapannya itu tersentak dengan pertanyaan itu.
" pasal mak..kenapa dengan mak.." Melati cuba bertenang walaupun jantungnya sebentar tadi seakan direntap.
" mak meninggal bukan sebab bunuh diri kan" Melati sekali lagi tersentak. Kali ini hatinya sudah tidak keruan.
" Apa yang kau merepek ni ngah" Soal Melati gugup. Dia cuba mengalihkan tumpuan adiknya. Bunga menatap wajah itu tajam. Melati bangun lalu berjalan menuju ke sinki.
" aku tahu yang kau tahu apa yang aku tak tahu tentang kematian mak..apa yang kau cuba rahsiakan dari aku long" nada Bunga tinggi seoktaf. Dia tidak main main dan dia bertegas kali ini.
" kau tu..apa yang kau merepek..aku tahu apa..rahsia apa" Melati cuba lari dari pandangan tajam itu. Bunga bangun lalu mendapatkan kakaknya yang sedang berdiri di dapur. Dia berdiri tepat dihadapan Melati dan direnung mata gadis itu dalam dalam.
" mak meninggal bukan sebab bunuh diri..tapi diracun..nota yang tertinggal tu bukan tulisan mak..tapi mak difitnah...aku tahu kau tahu long..kenapa kau tipu aku...kau tahu itu perbuatan siapakan" soal Bunga. Wajahnya tampak garang. Dahinya berkerut menahan geram.
" mana aku tahu..dah polis buat post mortem dan sahkan mak meninggal sebab racun tu..kau nak aku cakap apa lagi" sangkal Melati.
" ok baik...long..aku akan buat laporan polis berkenaan apa yang terjadi hari ni dan aku akan hantar semua bukti tentang kematian mak.. aku tak nak kematian mak tak terbela.. sebab aku tahu siapa dalang semua ni..." Bunga membasuh tangan lalu berjalan meninggalkan Melati sendirian didapur.
" Kalau kau sanggup penjarakan apak..kau buat lah..." ujar Melati. Langkah Bunga terhenti. Dia menoleh.
" demi mak aku sanggup penjarakan siapa saja asalkan pembunuh mak dapat hukuman yang setimpal..demi mak membunuh pun aku sanggup..dan aku tak rasa ini perbuatan apak sorang...kau ada cadangan?" ujar Bunga. Melati kelihatan resah. Bunga hanya tersenyum sinis lalu berjalan menuju ke bilik. Dicapai telefonnya lalu dihantar sebuah mesej kepada seseorang. Tiba tiba pandangannya kabur dek kerana kepalanya diketuk oleh sesuatu. Kuat. Matanya mula berpinar dan Bunga rebah ke lantai.
Adam dan Eliza termenung memikirkan keadaan Bunga dan Firash. Bertambah resah hatinya apabila telefon gadis itu tidak dapat dihubungi. Firash masih berkeras mahu melepaskan gadis kesayangannya. Hatinya seakan sudah rajuk. Usahkan kelibat, nama juga seandainya boleh tidak mahu disebutnya. Kecewa benar dia.
" mana pergi la perempuan ni" Eliza mendail lagi nombor gadis itu.
" masih merajuk kot" Balas Adam
" merajuk.. Bunga bukan spesis tu lah..lagipun untuk apa dia merajuk.." soal Eliza. Mindanya seakan komputer yang sedang menganalisa data.
" ye lah..Firash tak kisahkan dia.. Dia dalam kesusahan Firash buat tak endah je" Balas Adam
" ish awak ni... takde maknanya.. dah dua hari saya call tak dapat.. hari tu... dia hutang saya cerita tau..apa yang sebenarnya terjadi hari tu pun saya tak tahu... risau tau tak " ujar Eliza
" nak risau buat apa dia dah besar..lagipun dia yang tak nak kita bantu dia..so biarkan lah" seloroh Adam. Eliza tidak berpuas hati dengan kenyataan teman lelakinya memandang pemuda itu geram.
" diakan tengah dalam proses recovery.. so kita kena tolong dia" ujar Eliza.
" dia dah sembuh lama dah" Eliza tergamam. Dia tidak tahu akan hal itu.
" apa..mana awak tahu ni" soal Eliza kalut.
" alamak..." Adam cuba melarikan diri namun langkahnya terhenti apabila melihat Firash berdiri dibelakangnya
" apa maksud kau dia dah sembuh.. dia masih dalam rawatan kan..dan dia baru nak sembuh..baru nak dapat kehidupan dia semulakan.. kau mengarut apa ni" soal Firash. Suasana menjadi tegang.
" Apa yang awak rahsiakan dari saya dan Firash" Marah Eliza. Adam terperangkap dek kerana mulut cabulnya. Eliza dan Firash menatapnya tajam menanti sebuah jawapan.
Share this novel