Bunga menanti di boothnya. Karnival seni yang disertainya menerima kunjungan ramai. Banyak lukisan dan hasil krafnya terjual. Dia juga mendapat tempahan beberapa potret. Sesekali kedengaran suara suara sumbang yang berkata tentang kisah hidupnya namun dia diamkan saja. Tak kurang juga ada yang memberinya kata kata semangat.
" Rayqal.. buat apa dekat sini" soal Bunga.
" datang tengok Bunga lah" ujar Rayqal Wajah gadis itu kelat
" jangan risau Eqal datang dengan ni" ujar Rayqal
" sayangg" sapa Eliza dari belakang Rayqal.
"Jad..." dipeluk gadis itu erat.
" rinduuuu..." ujar Eliza.
" tu lah.. so macam mana Turki.. ok" soal Bunga.
" ok.. nanti kalau Jad kawin nak honeymoon dekat sana" seloroh gadis itu.
" cewah.. bab nak menggatal laju je kan" Ujar Bunga. Mereka tertawa.
" Bunga Eqal minta maaf sebab dah susahkan Bunga.. sebab Eqal Bunga dapat masalah" ujar pemuda itu.
" tahu pun.. Eqal jagalah Shila baik baik.. Dia terlalu sayangkan Eqal.. Bunga Eqal tak perlu risau... Bunga tahu lah nak jaga diri.." ujarnya. Rayqal tersenyum. Mereka berbual mengungkit kisah silam. Siaran langsung gadis itu ditonton ramai pengikutnya. Celoteh Eliza dan Rayqal sedikit sebanyak menceriakan suasana.
Bunga mula mengemas memandangkan hari sudah petang. Disimpan semua lukisan dan hasil krafnya dan ditutup booth itu rapi.
" Bunga nak balik dengan kami atau dengan tu" ditunjuk kearah Firash yang berjalan menghampirinya.
" alamakk.." rungut gadis itu.
" Sayang.. dah tutup.. nak balik dah ke.." sapa Firash lalu berdiri disebelah gadis itu.
" kau kencing manis ke" usik Eliza.
" sebelum datang aku makan gula dua kilo" balas Firash.
" Bunga kami balik dulu la.. esok kalau kami tak de hal kami datang teman ok" ujar Rayqal
" kau jangan nak mengada.. mengamuk pula adik aku nanti" pesan Firash
" aku bukan datang sorang.. aku datang dengan Eliza" balas Rayqal
" kau tahu tak dia mengamuk dekat rumah tadi tengok kau dalam live Bunga" ujar Firash
" habis lah abang balik ni" usik Eliza.
" jom.. nak balik ke nak pergi makan dulu.." soal Firash.
" aku nak pergi showroom kejap.. nak hantar surat untuk pameran nanti" ujar gadis itu. Firash mengangguk lalu digenggam jari gadis itu kemas dan bergandingan menuju ke parkir.
" nah" disua helmet kepada gadis itu.
" ni... baby.." Bunga seakan mahu menangis apabila melihat motor kesayangannya berada dihadapannya berserta helmet itiknya. Dipeluk motor itu lalu dicium berkali kali.
" mana kau dapat motor ni" soal Bunga.
" aku beli balik dari tauke kedai tu.. motor kau ni takde orang nak beli kot lama sangat kena sidai" ujar Firash.
" terima kasih.." ucap gadis itu
" terima kasih untuk apa" soal Firash
" kau amik balik baby aku" ujar Bunga.
" motor ni sekarang dah jadi hak aku... aku beli untuk aku bukan untuk kau" ujar Firash. Bunga menarik wajah kecewa. Firash tertawa.
" hak aku hak kau juga.. semua yang aku ada jadi hak kau" ujar Firash. Bunga tidak mengendahkan kata kata pemuda itu. Dibelek motor itu. Risau akan ada kerosakan.
" kau tak nak naik ke" soal Firash. Bunga segera duduk dibelakang pemuda itu lalu motor itu meninggalkan kawasan parkir.
" saya nak tawar Cik Bunga untuk isi slot pameran di Australia.. " ujar wanita dihadapannya. Bunga tergamam.
" kami masih belum dapat mencari pengukir kayu yang sesuai untuk pameran itu." ujar wanita itu lagi
" maksudnya kalau saya terima saya akan ke Australia" soal Bunga. Wanita itu mengangguk.
" berapa lama tu" soal Bunga
" sebulan.. Cik Bunga boleh sertai dua slot.. untuk lukisan dan seni kayu.. kalau cik Bunga berminat.. isi borang ni dan saya akan proceed untuk pameran disana.. " ujar wanita itu. Bunga masih tiada jawapan. Dia harus berbincang dengan ibunya terlebih dahulu. Dia menuju ke parkir dimana pemuda itu sedang menantinya.
" hantar aku balik rumah mak.. aku ada benda nak bincang dengan mak" pintanya. Firash hanya mengikut. Bunga hanya diam disepanjang perjalanan.
" Australia.." Zainab tersentak.
" ha ah.. mak macam mana.." soal Bunga ingin kan jawapan dari wanita itu. Di perlukan keizinan wanita itu dimana baginya itu seakan restu dari wanita itu.
" berapa lama kau pergi nanti" soal Zainab.
"sebulan mak" Zainab terdiam. Bunga cuak. Dia cuba membaca fikiran wanita itu namun gagal.
" pergi lah.. rezeki kau.. " ujar wanita itu.
" nanti kalau Angah takde mak macam mana" soal Bunga risau.
" aku macam ni lah.. Long ada.. Munir ada tak payah kau risau lah. " ujar Zainab. Berat hatinya mahu melepaskan gadis itu pergi namun itu adalah cita cita gadis itu.Tidak sanggup dia menghampakan harapan gadis itu.
Bunga melepaskan keluhan berat. Dia bersandar disofa. Angin pantai menenangkan jiwanya. Dipandang pemuda yang dari tadi berdiri ditingkap.
" bengkel ni tak goyang lagi.. tak perlu kot rasanya jadi tiang tambah. " selorohnya, Pemuda itu masih membisu.
" ikut suka hati kau lah.." Bunga bangun dan menghampiri meja kerjanya.
" kenapa kau buat keputusan tanpa bincang dengan aku" soal Firash. Bunga memandang pemuda itu dimana pandangannya dialihkan ke laut luas.
" aku nak kejar cita cita aku.. tak perlu rasanya minta izin kau" ujar Bunga.
" kau anggap aku siapa dalam hidup kau" soal Firash
" kau.. kawan aku" ujar Bunga. Ditenangkan hatinya agar jawapan yang keluar dari mulutnya tanpa jelas walaupun didalam hatinya lain pendapat.
" kawan.. ok.. aku balik dulu.." ujar Firash. Bunga hanya memerhati.
" esok kau amik aku.. aku takde kenderaan nak pergi kerja" tempiknya. Firash hanya diam.
" maaf.. ini saja cara untuk aku jauhkan diri aku dengan kau" Bunga duduk dikerusi lalu menangis sendiri.
"angah.. apak mengamuk lagi" ujar Munir termengah mengah.
" hah.. kali ni apa pula" marah gadis itu.
" duit la apa lagi.. cepat.. mak sorang sorang dekat rumah" ujar Munir kalut
" Long mana" soal Bunga
" entah dari pagi keluar tak balik balik lagi" ujar Munir. Bunga mengunci pintu bengkel lalu bergegas ke rumah ibunya.
" apak.. apa pula kali ni... apak nak apa.. nak duit.." tengking Bunga.
" habis kau ingat aku nak hadap sangat balik sini.. kalau bukan sebab duit tak ingin aku jejakkan kaki ke rumah neraka ni." marah Fuad
" bini apak mana.. kenapa tak minta dengan dia" sinis Bunga
" ni bini aku.. aku mana ada bini lain lagi.." ujar Fuad
" habis betina hari tu mana.. yang gah sangat hidupnya" marah Bunga lagi
" betina tu dah berambus dah.. sial punya betina.. kikis duit aku lepas tu tinggal" rungut lelaki itu.
" padan muka.. kena tinggal.. ingatkan hebat sangat" perli Bunga.
" kau diam.. aku nak duit.. " pinta lelaki itu
" nak duit buat apa" soal Bunga
" aku nak bayar hutang la.. aku kalah teruk minggu ni" jelas lelaki itu.
" kalah.. pernah menang ke.. siapa suruh berjudi.." ujar Bunga
" biadap kau kan.. Nab abang nak duit Nab... kalau abang tak bayar habis abang Nab.. Nab nak tengok abang mati ke" rayu lelaki itu.
" mak jangan pedulikan dia mak... mak masuk bilik.. biarkan dia" ujar Bunga lalu mendorong tubuh tua itu masuk ke dalam bilik.
" nab.. nab.. sial la kau..." marah Fuad lagi. Berangnya dengan tindakan gadis itu.
" apak... keluar sekarang sebelum Bunga report polis.." ujar Bunga
" nak report polis atas kesalahan apa.. ini rumah aku.. kau tu yang patut sedar diri.. rumah ni mak kau dah serahkan pada aku" ujar Fuad. Bunga tersentak. Setahunya wanita itu mahu menamakan dia sebagai pemilik rumah itu kerana takut rumah itu akan tergadai tetapi kini rumah itu sudah bertukar tangan dan menunggu masa untuk digadaikan.
" Bunga ada banyak ni je... apak amik dan jangan balik lagi ke sini" beberapa keping wang bernot lima puluh di hulurkan kepada lelaki itu.
" kalau duit ni habis aku nak makan apa kalau tak balik sini" ujar Fuad
"teksi kan ada.. bawa lah.. dapat juga duit kan" marah Bunga
" aku dah jual" Bunga terduduk. Dia benar benar tidak menyangka ayahnya akn bertindak sejauh itu.
Tangannya tidak terhenti menelefon Melati. Dari tadi tidak berjawab panggilannya. Risaunya pada gadis itu melebihi tahap kesabarannya.
" kau pergi mana Long" Rengus hatinya. Dilepaskn kegusaran hatinya dengan mengukir pada ketulan kayu. Dibuka radio agar tidak kesunyian. Bait bait lagu itu meniti dibibirnya.
" Australia... tunggu aku datang" bisik hatinya namun bicara ibunya bermain dibenaknya
" mak akan izin kan angah pergi dengan syarat angah sudah bergelar isteri.. tak kira lah siapa suami angah.. mak ikutkan saja.. angah punya tempoh tiga bulan.. fikir masak masak.. mak tak akan izinkan angah pergi selagi belum bernikah.. " ujar Zainab membuatkan dia terkedu
" tapi mak.. ngah pergi untuk kerja.. cari duit untuk kita.. bukannya nak menggatal" balas Bunga dalam esakkan
" mak tahu tapi sepanjang kau dekat sana.. macam macam boleh jadi.. andai kata mak mati waktu kau dekat sana.. kau balik siapa nak jaga kau" ujar Zainab
" apa mak ni main mati mati pula.. angah tak setuju" bantah gadis itu
" aku tak kira.. kalau kau nak jadi anak derhaka kau pergi la tanpa restu aku" ugut Zainab
" mak dah kenapa... kemaruk sangat nak bermenantukan artis ke" marah Bunga
" aku dah kata tak kiralah siapa yang jadi suami kau janji dia boleh jaga kau.. sebab aku tahu bila kau balik sini apak kau akan sasarkan kau sebab dia tahu kau ada duit.. Dia juga boleh gunakan rahsia keluarga kita untuk buka aib kau.. sekarang ni kisah kau belum habis lagi orang canang.. kau nak ke" marah Zainab
" angah tak kisah mak.. lantak la dia.. " ujar Bunga
" tapi cita cita kau.. impian kau.. aku tak nak kau abaikan semua tu hanya kerana perempuan hina macam aku... sudah masanya kau hidup bahagia.. kau dah banyak berkorban untuk keluarga.. usaha untuk diri kau pula " ujar Zainab
" mak.. angah tak pernah anggap mak macam tu.. apa pun mak tetap mak angah.. mak yang kandungkan angah.. mak yang besarkan angah.. jasa mak pada angah tak mampu angah balas walaupun angah himpun bergunung kekayaan tak akan dapat balas kasih mak pada angah.. " ujar Bunga lalu memeluk erat wanita itu.
" kau anak aku yang paling aku sayang.. hidup kau tak sebaik orang lain.. ya silap aku pada Long itu juga duka dia kerana aku.. tapi sekurang kurangnya aku ada dengan dia.. tapi kau.. aku biarkan kau sendiri.. membesar sendiri.. aku bangga ada anak macam kau.. dan aku tak nak ragut kebahagian kau.. cukup lah.. hati aku sedih tengok kau macam ni" ujar Zainab
" mak buang angah dari hidup mak?" soal Bunga
" aku tak buang.. aku nak kau gembira dengan usaha kau.. cukup lah kau berkorban untuk kami" ujar Zainab. Kayu yang dipegangnya kini dibasahi dengan airmatanya.
Share this novel