Bab 75

Thriller Series 1870

Ezrik Aslan

Aku berpaling perlahan, cahaya matahari dari tingkap pecah yang berdebu memantul samar di lantai simen. Aku melangkah ke hujung ruang tingkat dua, derap tapak kasut aku bergema dalam bangunan lama tu.

Lampu telefon aku tak perlu pun kali ini sinar siang cukup untuk menampakkan tiga susuk manusia yang duduk bersandar pada dinding berlumut.

Paan. Aiman. Acap.

Rantai besi berkarat melingkar di pergelangan kaki dan tangan mereka. Muka masing-masing comot, pipi cengkung, mata kuyu macam sudah lupa apa itu tidur. Bibir pecah, kulit pucat, peluh bercampur darah kering. Paling memalukan, mereka bertiga hanya berbalut seluar dalam lusuh yang sudah pudar warna. Bau hapak peluh basi dan kencing hanyir menusuk hidung.

Aku berhenti beberapa langkah di hadapan mereka, pandang Arif dan Lily dari ekor mata.

"Lebih dua minggu mereka kat sini," aku cakap perlahan, tapi cukup untuk menusuk. "Masih hidup... tapi cukup untuk rasa macam nak mati tiap hari."

Arif ketap rahang, kemudian terus maki aku, suara dia lantang memecah ruang kosong. Aku sengaja senyum, senyum nipis yang aku tahu boleh buat darah dia mendidih.

"Sial kau ezrik!"

Lily tiba-tiba bergerak pantas ke depan, lutut dia menghentam lantai simen yang berdebu. Air mata terus jatuh laju, dia pandang aku dengan mata merah bengkak.

"Ezrik... aku merayu... lepaskan mereka. Aku sumpah... aku akan ikut cakap kau lepas ini... aku akan buat apa saja..." suaranya pecah, parau, penuh ketakutan.

Aku tunduk sedikit, pandang dia tanpa riak. Senyuman aku hilang.

"Ikut cakap aku?" aku ulang perlahan, nada sinis menyusup setiap perkataan. Satu saat kemudian, kaki kanan aku terus melayang...

BEDUP!!!

Tepat ke bahunya. Tubuh dia terhumban ke sisi, muka terhantuk lantai. Bunyi GEDUK! kuat bergema, debu beterbangan.

Lily terbatuk, cuba bangun, tapi aku terus hayun satu lagi sepakan ke perutnya. Dia terlipat, nafas tersekat.

"EZRIK!!" Arif menjerit, suara dia bergema dari dinding ke dinding. Mata dia merah menyala, urat leher tegang. "Kau berani sentuh adik aku lagi, aku..."

Aku potong ayat dia dengan pandangan tajam, macam bilah pisau yang diletakkan betul-betul di kerongkong.

"Aku akan buat lebih dari sentuh, Arif."

Arif melangkah setapak ke depan, mata dia tak berkelip dari tiga tubuh separuh bogel yang duduk terikat di penjuru. Nafas dia turun naik, tangan masih kejap pegang pisau di belakang paha.

"Buka kunci rantai tu sekarang, Ezrik," arah Arif, suaranya berat, bernada amaran.

Aku sengih nipis, lalu ketawa perlahan. "Sabar, Arif... sabar. Rantai ini tak lari ke mana pun."

Lily di sisi Arif sudah meraung macam orang gila, air mata bercampur hingus. Dia tepuk-tepuk lantai, cuba capai hujung seluar aku.

"Tolonglah lepaskan mereka! Tolonglah! Aku sumpah takkan..." suaranya pecah, tak mampu habiskan ayat.

Arif menoleh tajam ke aku. "Aku cakap buka. Sekarang."

Aku hela nafas panjang, senyum lebar. "Kau nak sangat?" Suara aku rendah, tapi jelas menusuk.

Perlahan aku berpaling, langkah aku berat dan berirama, menuju ke arah tiga mayat hidup yang duduk bersandar di dinding.

Paan angkat muka separuh, bibir pecah dan berdarah. "Arif... tolong... aku tak tahan..." suaranya lemah.

Aiman menggigil, tangan cuba tarik rantai yang mencengkam pergelangan. "Arif... tolong lepaskan... dia gila..."

Acap cuma menggeleng perlahan, mata separuh tertutup, suara serak keluar, "Jangan... jangan bagi dia dekat..."

Aku berhenti betul-betul di depan mereka, kepala sedikit senget sambil pandang Arif dari jauh. Senyuman aku makin lebar. "Nah... kau nak sangat tengok? Ini hasil kerja aku selama dua minggu lebih. Cantik, kan?"

Bunyi rantai besi berderit masih kedengaran di belakang bila tiba-tiba aku rasa satu bayang bergerak pantas dari sisi penglihatan.

TTAK!!!

Suara logam mengoyak kain dan satu sengatan panas membakar lengan kiri aku.

"ARGHHH SIAL!" Aku toleh, Arif! Tangan dia genggam pisau, mata merah macam binatang liar.

Refleks aku pantas, tangan kanan terus tepis pergelangan dia kuat. Pisau terpelanting separuh dari genggaman, tapi Arif merempuh badan aku dengan bahu, tolak aku ke dinding.

BAMMM!!!

Bunyi belakang aku hentak simen.

"Berhenti! Berhentilahhh!" jerit Lily, suaranya pecah bergetar, tapi kami berdua tak peduli.

Aku genggam kolar baju Arif dan hentak kepala dia ke dinding.

THUD!!!

THUD!!!

Nafas aku turun naik, tapi dia balas dengan siku tepat ke rusuk aku. "URRGHH!" Nafas aku tersekat.

Pisau yang hampir jatuh tadi berjaya dia capai semula dengan tangan kiri. Dia hayun rendah ke arah perut aku. Aku cepat mengelak, pegang pergelangan tangan dia dan pulas kuat-kuat.

KRAKK!!!

Bunyi sendi halus retak buat dia mengerang.

Lily menjerit lagi, "Cukup! Tolonglah, berhentiii!" Tapi suara dia tenggelam dalam bunyi tapak kasut bergesel dengan lantai berdebu, bunyi nafas kami yang mengganas, dan degupan jantung aku yang mengaum di telinga sendiri.

Arif cuba tolak aku jatuh, tapi aku balas dengan lutut tepat ke perut dia.

POW!!!

Dia terundur setapak, tapi masih tak mahu lepaskan pisau. Aku sedar ini bukan sekadar bergaduh. Dia memang nak bunuh aku.

Aku tak tunggu dia pulih nafas. Terus aku mara, tangan kanan menyambar pergelangan pisau dia lagi. Arif melawan, kedua-dua lengan kami terkunci, otot tegang macam tali besi.

"GRRRHHH!" bunyi kerahan nafas aku, bertembung dengan "HHUHHH!" hembusan dia yang berbau masam. Dia cuba tumbuk muka aku dengan tangan bebas...

BAM!!!

Kena pipi kiri. Kepala aku berpusing sekejap, tapi aku tak lepaskan genggaman.

TAKK!!!

Buku lima aku singgah ke rahang dia. Dia terundur setapak, darah mula meleleh dari hujung bibir.

"Aku bunuh kau, Ezrik!" Arif melompat ke depan, bahu menghentam dada aku.

DOOM!!!

kami berdua terhempas ke lantai berdebu. Nafas aku terputus sekejap. Pisau terpelanting ke sisi...

CLANK!

Bunyinya bergema di lantai simen tapi Arif cepat panjat atas aku, cuba cekik leher aku dengan dua tangan.

"HHHKKHH!" aku tersedak, tangan aku meraba cari apa-apa. Jari aku terjumpa bata kecil di sisi. Tanpa fikir panjang...

BAMMM!!!

Aku hempuk ke tepi kepala dia. Dia mengerang, tapi tetap tak lepaskan leher aku. Kami berpusing di lantai, badan bergesel dengan bunyi...

SRAKKK! SRAKK!

Dari habuk dan pasir yang terheret.

Lily menjerit lagi, "Berhenti! Jangan bunuh dia!" Tapi suara dia cuma jadi gema di telinga aku yang penuh dengan bunyi degup jantung.

Akhirnya aku dapat terbalikkan posisi, naik atas dada dia.

DUMM!!!

Aku hentak siku ke pipi dia sekali, dua kali, tiga kali "POW! POW! POW!" Darah dia terpercik di tangan aku.

Arif cuba capai pisau semula yang tak jauh dari kami. Aku sepak tangan dia...

TAAKK! Pisau melayang lagi.

Nafas kami dua-dua berat, tapi aku sudah tak kisah. Dalam kepala aku cuma ada satu benda, habiskan dia di sini juga.

Arif tiba-tiba meronta macam binatang lepas jerat. Mata dia merah menyala, nafas mengaum. Dia berjaya tepis tangan aku dan dengan panta.

DEGHHH!!!!

Siku dia singgah tepat ke rusuk kiri aku. Aku terundur ke belakang, dada rasa berombak, nafas aku tersekat. Dia tak tunggu...

BAMM!!!

Penumbuk dia mendarat ke perut aku, sekali lagi ke pipi kanan. Kepala aku hampir terhentak ke tiang besi di belakang.

"HHAAHH! HHAAHH!" Arif gelak pendek sambil menghentam lagi. Buku lima dia keras, penuh tenaga dendam. "Apa? Hero sudah lembik?!"

Aku cuba balas, DUSHHH! tumbukan aku kena bahu dia, tapi dia langsung tak mundur. Sebaliknya dia tolak aku ke dinding...

BANGGG!

Tulang belakang aku terhentak. Dia sambung, tumbuk bertubi-tubi ke muka aku

DUKKK!!!

DUKKK!!!

DUKKK!!!

DUKKK!!!

Darah panas mula rasa menitik dari hidung. Kepala aku berpusing, penglihatan kabur.

"Rik... hentikan...!" jerit Lily, tapi suara dia tenggelam dalam bunyi hentakan dan dengusan liar Arif.

Arif makin gila, dia tarik baju aku sampai koyak, kemudian siku dia terjunam lagi ke rahang.

TAKKK!

Aku terdengar bunyi halus retakan dalam telinga sendiri. Kaki aku cuba stabil, tapi Arif laju, tangannya cekik leher aku dan tolak aku ke lantai.

DOOMMM!!!!

Belakang kepala aku terasa berdenyut bila terkena simen keras.

Aku cuba lepas, tapi genggaman tangan dia macam besi. Tenaga aku makin hilang. Mata aku rasa berbalam.

Arif senyum sinis, "Kau ingat kau kuat? Hari ini aku buktikan, aku yang menang."

Aku rasa tekak macam terbakar. Nafas aku berat, dada berombak tapi bila aku nampak muka Arif yang sombong itu... entah dari mana tenaga itu datang. Tangan aku laju...

DEGHHH!!!

Aku hentak dahi aku tepat ke hidung dia. Darah dia terus memancut, Arif terdorong ke belakang sambil memaki.

"ANJING!"

Aku bangkit perlahan-lahan, tangan aku menggigil, tapi senyum aku terukir. Senyum yang aku tahu buat ramai kawan lama aku dulu rasa seram.

"Aku nak bunuh kau... Arif," suara aku serak, tapi setiap patah perkataan macam peluru. Arif baru nak balas, aku terus maju...

BAM!!!

BAM!!!

BAM!!!

Tiga tumbukan padu tepat ke rahang kiri, pipi kanan, dan ulu hati dia. Dia terhuyung-hayang, cuba seimbangkan badan. Aku cekik leher dia kuat-kuat sampai urat di tangan aku tegang.

"Kau rasa macam mana Ghea rasa masa kau cekik dia dulu?!" aku jerit, mata aku merah, air mata bercampur peluh. Dia meronta, tapi aku tolak dia ke dinding.

BANGGG!

Dan aku hempas kepala dia dua kali. Bunyi tulang dan simen bercampur.

TAKK!

TAKK!"

Lily jerit dari belakang, "Ezrik, berhenti! Jangan bunuh abang aku!" tapi aku tak dengar. Otak aku dah penuh gambar muka Ghea masa berdarah di tilam lusuh itu.

Aku hentak lagi kepala Arif, kali ini aku sengaja dekatkan muka aku ke telinga dia. "Kau akan mati perlahan, Arif... sangat perlahan..." bisik aku sambil kuku aku mencengkam kulit tengkuk dia.

Arif berjaya tolak aku sedikit, tapi aku sudah tak bagi ruang. Lutut aku naik.

DUKHHH!!!

Tepat ke perut dia. Dia jatuh terduduk, termengah-mengah, tapi mata aku tak berkelip memandang.

Arif tiba-tiba menjerit macam orang hilang akal, lalu meloncat ke arah aku. Dia hempas tubuh aku ke dinding.

BANGGG!!!

Dada aku terasa seolah dirempuh lori.

DEGHH!!!

DEGHH!!!

DEGHH!!!

Tumbukan dia mendarat bertubi-tubi di muka aku. Pipi aku berdenyut, bibir aku pecah, rasa darah pekat mula mengalir ke dalam mulut.

"AKHHH!!!"

Aku cuba nak balas, tapi pukulan dia tak bagi aku peluang bernafas.

BAMM!!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Hidung aku berdesing, penglihatan aku mula kabur. Arif tolak aku jatuh terlentang atas simen. Dia tak tunggu sesaat pun, terus naik atas dada aku, tangan dia genggam kepala aku, dan...

BAMM!!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Kepala aku dihentak ke lantai berkali-kali, bunyinya jelas.

TAKK!

TAKK!

TAKK!

Sampai telinga aku berdesing.

"Apa? Ingat kau hero, Ezrik?" Arif gelak, nafas dia berat, tapi matanya liar. "Kau itu cuma bangsat yang tak reti jaga perempuan sendiri!"

Dia tunduk dekat telinga aku, suara dia jadi lebih jijik. "SEDAP GILA WEH MALAM ITU... TENGOK MUKA GHEA MERAUNG... HAHAHAHA!"

Tangan aku lemah, cuma mampu tolak-tolak dada dia. Dia sambung hentak lagi kepala aku.

BANG!

BANG!

Sampai aku rasa panas darah membasahi rambut.

"AKU ULANG LAGI, EZRIK..." Arif sengaja jerit kuat, biar Lily dan semua orang dengar. "GHEA KAU ITU... KAMI RATAH SAMA-SAMA. DIA JERIT MINTA TOLONG, TAPI AKU GELAK. AKU GELAK, WEH! SEDAPPP!"

Dia gelak besar, gelak psiko yang bergema dalam ruang kosong bangunan itu. Aku cuma mampu gigit gigi walau tubuh aku sudah lemah, tapi dalam hati... sumpah aku nak koyakkan dia hidup-hidup!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience