Bab 15

Thriller Series 1360

Pintu rumah ditolak dari luar. Aku masih pandang televisyen. Tak fokus sangat, berita jam lapan, suara monotonous.

Jam di dinding pukul 8:15 malam. Aku bersandar malas atas sofa. Lengan aku terbuka, satu tangan pegang alat kawalan jauh, satu lagi rehat atas perut. Kemeja pun belum tukar. Cuma tanggalkan tali leher. Rambut aku masih bersikat rapi. Muka aku kosong.

Telinga aku dengar bunyi pintu ditutup perlahan. Langkah kaki perlahan. Bau minyak wangi samar masuk dalam ruang tamu. Aku tahu siapa.

"Eh abang?" Suara itu cuba ceria. Cuba kendur. Cuba... macam tak bersalah. "Bila... abang balik?"

Itu suara Lily. Aku tak jawab dan mata masih pandang televisyen. Suara pembaca berita masuk telinga kiri, keluar kanan.

Kami satu bangunan, satu syarikat. Tapi aku tak pernah ambil tahu pasal dia di tempat kerja. Dia wujud tapi tak penting. Tak relevan. Macam lampu kecemasan atas lif.

Lily melangkah perlahan ke arah aku. Langkah hati-hati. Bunyi tapak kaki dia kuat dalam ruang tamu yang sunyi. Dan aku tahu dia tahu, malam ini aku tak ada mood seperti biasa.

"Semalam kenapa abang tak balik?" Nada dia lembut. Seolah-olah isteri yang risaukan suami.

Aku masih diam. Masih pandang televisyen, tapi langsung tak tengok isinya. Mata aku pandang skrin, otak aku di tempat lain.

Semalam aku tak balik. Sebab selepas aku libas Lily dengan tali pinggang, aku keluar rumah dan aku terus cari Acap. Aku seksa dia. Lama. Sampai dia cuba merangkak, sampai dia minta nyawa tapi aku tak bunuh. Belum lagi. Aku biar dia rasa apa yang Ghea rasa.

Selepas itu, aku balik tapi bukan ke rumah ini. Aku balik ke rumah lama aku. Rumah yang Ghea duduk.

Malam tadi, aku tidur peluk Ghea. Untuk pertama kali selepas tiga bulan. Dia benarkan aku peluk dia. Badan dia masih sejuk tapi dia tak tolak aku dan itu... lebih dari cukup.

Sekarang Lily berdiri dekat dengan aku. Masih tunggu jawapan.

Tapi aku diam.

Sebab aku tak suka orang tanya soalan lagi-lagi kalau dia sendiri tahu aku tak akan jawab.

"A... abang..." Suara Lily perlahan, macam takut. Tapi dia tetap berani melangkah dekat. Tangan dia sentuh lengan aku sentuhan perlahan, cuba lembutkan aku. Cuba jinakkan aku.

Tapi aku menyampah.

Tanpa fikir panjang, aku bangun dengan pantas, aku baling alat kawalan jauh tepat ke arah dia.

PAP!

Remote itu kena dahi dia, bunyi kuat. Dia terkejut, terdorong sedikit ke belakang, terus pegang dahi sambil mengerang perlahan. Jari dia gosok tempat yang kena. Mata dia bergenang, tapi dia tak menangis lagi.

Aku mendengus. Nafas aku kasar. Aku renung dia lama. Mata aku turun. Dia pakai kemeja putih, kainnya ketat melekap di tubuh dan skirt paras lutut. Kaki dia putih, gebu. Dia berdiri di depan aku dengan pakaian macam itu, dalam rumah aku.

Aku tak cakap apa-apa tapi dalam hati aku rasa macam nak tengking. Macam nak cakar muka dia. Macam nak cabut semua benda yang dia pakai dan paksa dia duduk diam, tunduk,

"Aku tak suka kau sibuk hal aku!" Suara aku meletup. Gema dalam ruang tamu. Tona aku tinggi bukan marah biasa. Ini amaran. Ini jijik yang tak tertahan.

Lily terkejut. Mata dia terbuka luas. Dia pandang aku mata penuh air. Tapi dia cuba tahan.

"Ap... apa salah Lily?" Suara dia bergetar. "Lily buat apa abang...?" Suara dia hampir pecah. Dia masih cuba bertahan.

Aku pandang pakaian dia lagi. Kemeja ketat. Skirt paras lutut. Kaki putih melepak. Betis gebu terdedah. Makin aku tengok, makin aku rasa nak muntah. Aku tunding jari ke arah dia.

"Aku tak nak tengok kau pakai skirt lagi esok!" Aku jerit. Suara aku bergetar sebab marah.

"Kau ingat kau seksi?! Kau ingat aku akan teransang tengok kau macam tu?! Kau nak tarik perhatian jantan mana hah?! Is?! Azfar?! Siapa?!"

Lily mula menangis. Dia geleng kepala perlahan. "Tak... tak, Lily tak..."

"Diam!" aku bentak. Kepala aku rasa panas. Bahang. Dahi aku berpeluh. Nafas aku laju. Tangan aku mengepal aku tahan dari melepaskan benda yang lebih dahsyat.

Aku langgar bahu Lily kasar. Dia terdorong sedikit ke belakang, tapi tak melawan.

Aku terus jalan laju. Langkah aku berat, tapi penuh api. Setiap tapak macam nak pecahkan lantai.

Aku sampai depan pintu bilik. Aku tolak kuat. Bunyi hempasan pintu bergema. Gagang pintu terhentak dinding.

Aku terus campak badan atas katil. Tilam tenggelam. Tulang belakang aku rasa kejang. Mata aku tengok siling tapi pandang aircond atas langsir. Bunyi kipas aircond bunyi biasa tapi aku dengar macam siren. Bunyi bising dalam kepala aku makin kuat.

Nafas aku masih laju. Dada aku turun naik. Kepala aku rasa berat. Macam nak pecah.

Aku pejam mata tapi tak dapat tidur. Aku buka mata tapi tak dapat tenang. Aku cuba tarik nafas dalam tapi yang aku rasa, cuma sesak.

Aku bangun. Duduk di hujung katil. Tangan aku buka satu persatu butang kemeja. Satu. Dua. Tiga. Kainnya longgar. Badan aku rasa panas. Aku campak kemeja ke lantai. Terperosok bawah meja.

Aku baring semula. Mata aku pandang siling. Sunyi. Hanya bunyi aircond dan degupan jantung aku.

Tapi dalam kepala bukan kosong. Wajah-wajah mereka mula datang.

Acap.

Paan.

Aiman.

Arif.

Satu per satu. Senyuman mereka. Suara mereka. Gelak mereka. Aku senyum sendiri. Senyum yang kosong. Senyum yang tak ada rasa.

Aku tak akan biarkan mereka hidup lama atas bumi ni. Itu janji aku. Janji aku pada diri aku. Pada Ghea. Pada cinta yang mereka pijak tanpa belas.

Dada aku sakit. Bukan sebab fizikal tapi sebab bayangan malam itu. 3 bulan lalu...

Ghea. Perempuan yang aku sayang lebih dari hidup aku... dihancurkan.

Sampai dia lupa aku. Lupa suara aku. Lupa tangan aku. Lupa senyuman aku yang dia selalu kata hodoh tapi sweet.

Kadang dia ingat. Kadang dia tak kenal langsung aku. Pandang aku dan dia menjerit. Dia meracau.
Tangan dia menggigil. Mata dia kosong. Mulut dia sebut nama yang bukan nama aku.

Sakit!

Sakit yang tak boleh aku cerita. Sakit yang buat aku tak tidur, yang buat aku tak makan, yang buat aku berubah jadi manusia macam ini.

Seumur hidup aku, tak pernah aku layan Ghea kasar. Tak pernah aku tengking dia. Tak pernah aku sentuh dia dengan niat nak sakitkan.

Tak pernah!

Tapi mereka rampas semua itu dari aku dan sekarang. Aku akan rampas nyawa mereka. Satu demi satu.

Tuk tuk tuk.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku dari lamunan. Bunyi halus, tapi cukup untuk buat aku buka mata semula. Aku tahu siapa.

Lily. Perempuan yang tak tahu erti penat. Tak tahu erti "berhenti."

Dia masih muncul. Masih cari aku. Masih harap aku buka pintu dan pandang dia macam isteri. Macam perempuan.

Tapi aku tak boleh dan aku tak nak.

"Abang..." Suara dia halus. Penuh harap. Penuh ilusi.

Aku genggam cadar. Aku gigit bibir bawah. Nafas aku makin panas. Dia tak pernah bosan ke tengok aku?

Aku sudah layan dia kasar. Aku sudah pukul dia. Aku sudah libas dia. Aku sudah humban kata-kata jijik ke telinga dia tapi dia masih datang.

Kenapa?

Sebab dia nak aku, sebab dia nak tubuh aku, sebab dia nak cinta aku. Sebab dia sudah lama simpan rasa dari zaman kolej. Masa dia tengok aku dengan Ghea, dia senyum palsu. Tapi hati dia... busuk.

Lily sayangkan aku tapi aku jijik. Jijik tengok dia cuba jadi Ghea. Jijik tengok dia pakai baju ketat, harap aku sentuh dia.

Aku tak boleh.

Aku tak akan!

Sebab cinta aku sudah mati tapi tak dengan dia. Cinta aku mati bersama trauma Ghea. Dan Lily?
Dia cuma... hantu yang buat aku benci semua benda.

Bunyi ketukan masih berulang. Halus dan perlahan tapi makin lama makin menyesakkan kepala aku.

Aku baring kaku. Mata pandang siling. Telinga pekakkan bunyi itu tapi hati aku berdengung.

Marah. Jijik. Letih.

Pintu itu akan kekal tertutup sebab dalam bilik ini hanya ada satu nama. Satu wajah.

Ghea.

Dan dunia luar bilik ini?

Tak pernah ada tempat untuk Lily.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience