Aku hempas daun pintu sampai dinding bergetar. Bau asap rokok masih melekat pada kolar kemeja baju aku, bau darah entah mana sudah bercampur.
Langkah aku terus arah bilik. Tak sempat panas tapak kaki, suara lunak beracun itu menahan.
"Abang? Kenapa baru balik? Lewat dah ni..."
Nada dia lunak, tapi bunyi jam dinding pun lebih ikhlas.
Lily sudah berdiri di belakang aku, perempuan suci konon, tapi tangan dia pantas melingkar pinggang aku dari belakang. Sejuk tapak tangan dia, melekat di tulang belakang.
"Lily minta maaf... kalau Lily buat abang marah..."
Aku dengar setiap patah perkataan dia meleleh manja Aku pusing badan. Tangan aku hinggap pada bahu dia lalu genggam cukup untuk buat dia rasa tulang.
"Kau nak apa sebenarnya?" suara aku parau, letih, tapi masih berbisa.
Lily angkat muka. Mata dia basah, drama murahan yang dia hafal tiap malam.
"Lily... just nak abang jadi suami Lily. Normal. Macam suami orang lain..."
Ayat dia terawang-awang dalam ruang tamu yang sudah lama busuk dengan rahsia. Mata dia merenung aku seolah-olah boleh tebus dosa dengan air mata.
Aku telan nafas. Mata aku jatuh pada bibir dia yang manis. Bukan milik aku. Bukan layak pun. Aku larikan pandang. Bunyi jam dinding berdetik, macam sengaja kira sisa sabar aku.
"Bukan ke abang kahwin dengan Lily sebab abang... sayangkan Lily...?"
Suara Lily pecah separuh sengaja. Mata dia berair, kening terkatup macam budak minta coklat. Aku sengih, sengih yang lebih patut dia mimpi ngeri tiap malam.
"Bila masa mulut aku pernah sebut aku sayang kau?" Nada aku jatuh perlahan, tapi tajam. Macam serpih kaca lalu di dasar tekak dia.
Tangan aku masih cengkam bahu dia. Rasa dia getar. Rasa tulang dia menjerit bawah tapak tangan aku. Aku hela nafas, berat. Macam paru-paru sudah sarat dengan dosa yang dia tak akan faham.
"Aku penat, Lily. Esok jelah kita borak."
Bahunya aku lepaskan, tulang dia terlepas dari tapak tangan aku. Aku pusing, langkah ke pintu bilik. Baru dua tapak, tangan dia melingkar pinggang aku lagi. Erat. Macam lintah manis.
"Lily cintakan abang... dari dulu lagi..."
Suara dia menyalut belakang leher aku. Suara lembut, tapi busuk. Aku capai tangan dia, cuba tanggal. Tapi dia peluk lagi degil, lembik tapi melekat.
"Kau nak apa ni, Lily? Aku penatlah..." Nada aku cuba sabar tapi gigi aku sudah ketap, anak tekak sudah gatal nak muntah racun.
Dia tak lepas. "Lily nak abang..."
Bisik dia separuh sedar, separuh gila. Nafas dia jatuh di tulang belakang aku. Aku pusing badan deras, ganas lalu tangan aku terus cekup leher dia. Badan dia terhentak ke dinding, bunyi tengkuknya bersahut dengan bunyi jam dinding.
Tangan kanan aku kunci pergelangan dia. Lily diam. Mata dia terbeliak tapi tak lawan. Macam suka.
Aku dekatkan muka. Nafas aku panas, jatuh di pipi dia. Jarak hidung kami tinggal seinci. Dia tarik nafas kasar basah, bodoh.
Aku rapatkan lagi. Hidung kami bersentuh. Aku renung biji mata dia, tak berkelip. Perlahan, aku longgarkan genggam tangan dia. Jari aku lari ke pipi dia, kulit dia licin, dingin. Dia diam. Dia suka. Dia harap aku layan dia macam permaisuri buatan malam ini.
Aku sengih separuh bibir. Suara aku jatuh di cuping telinga dia yang cukup untuk buat jantung dia salah kira.
"Malam ni... aku tak ada mood nak lempang kau, Lily..."
Jari aku tolak pipi dia kemudian aku campak sisa nafas aku, terus langkah pergi. Pintu bilik aku tarik, kemudian aku hempas sampai bingkai bergetar.
Aku hempas badan atas katil sehingga tilam berbunyi, spring merintih bawah tulang belakang aku. Rambut aku, aku gosok dengan jari, aku tarik akar kepala sendiri, cuba cabut semua bunyi bising dalam otak.
Mata aku renung siling retak-retak, bayang lampu kuning suram. Kosong. Sama macam dada aku, kalau tak kerana satu nama.
Ghea Edriana.
Aku tak akan pernah layan Lily. Aku tak akan pernah layan sesiapa. Sebab hati aku sudah lama mati, tinggal sisa semua untuk Ghea.
Ghea yang masih baring dalam bilik rumah aku lagi satu. Ghea yang kadang menangis dalam tidur. Ghea yang aku sanggup kotorkan tangan ini, patahkan tulang orang, cabut nyawa manusia semua demi dia.
Empat ekor binatang. Empat jahanam. Aku nampak lagi malam itu, bunyi dia, bau dia, suara dia semua terpasung dalam kepala aku. Aku pejam mata. Nafas aku turun naik aku hitung satu-satu nama. Paan. Acap. Aiman. Arif.
Aku sumpah. Satu-satu akan tunduk di lantai, tunduk dengan tulang patah, tunduk dengan mata hilang, tunduk dengan jerit minta mati.
Esok cuti. Tak ada pejabat. Tak ada mesyuarat palsu. Tak ada budak intern yang bodoh buat salah. Esok cuma ada aku dan Ghea.
Aku tak boleh jauh. Sejengkal pun tak boleh. Kalau boleh aku pasung dia di dada aku, biar dia bernafas guna paru-paru aku. Ghea nyawa aku. Bukan sekadar perempuan. Bukan sekadar kekasih. Dia satu-satunya bukti aku masih manusia dan selebihnya, aku bangkai berdiri.
Pedih. Setiap kali aku tengok dia menangis dan tidur terkejut. Bibir dia pecah sebut nama aku kemudian meracau, minta aku jangan tinggalkan dia. Sakitnya tembus tulang rusuk aku.
Aku yang sepatutnya patut tanggung semua racun itu. Bukan Ghea. Bukan perempuan yang hati dia pernah rosak, yang empat ekor syaitan remuk-remukkan.
Esok aku jaga dia. Mandi dia. Suap dia. Kalau dia nak jerit, aku bagi bahu. Kalau dia nak mati, aku sanggup mati dulu.
***
Cahaya pagi menampar kelopak mata aku silau, panas, menyakitkan macam semalam tak pernah habis. Perlahan aku buka mata. Siling masih sama, retak-retak, tapi cahaya baru yang datang tak pernah suci.
Aku duduk. Tarik nafas panjang, baju t-shirt merah pada badan aku, aku tarik, lempar ke lantai. Bau asap rokok, bau peluh, bau dosa semalam masih melekat di kulit.
Skrin telefon aku capai dan pukul 7:57 pagi. Angka itu menjerit suruh aku gerak. Hari cuti, tapi otak aku tak pernah cuti. Aku bangun. Kaki aku jejaki lantai sejuk. Tulang belakang rasa sengal. Aku tanggalkan seluar, baling di hujung katil dan hanya tinggal sisa kulit dengan parut.
Tuala aku capai yang masih basah semalam. Tak kisah. Badan ini pun sudah kotor. Aku berjalan perlahan ke bilik air. Tangan aku tolak pintu bilik air kasar. Kaki aku melangkah masuk jejak lantai bilik air.
Tangan aku pusing tombol. Air pancur jatuh atas bahu aku dan bunyi deru air, bunyi paru-paru aku, semua bercampur dalam kotak kaca sempit ini.
Tangan aku capai sabun di atas rak, buih sabun meleleh perlahan dari tengkuk turun ke dada. Kulit aku masih panas. Parut lama, calar baru, semua terbuka bila air panas jatuh.
Aku dongak sikit supaya biar air seret kena semua badan aku yang kotor semalam turun ke lantai. Rambut aku basah, melekap di dahi. Nafas aku turun naik, dada aku kembang kempis.
Tangan aku gosok tengkuk, turun ke bahu, singgah di dada. Otot aku keras, bukan sebab mahu tunjuk gagah tapi sebab terlalu banyak yang aku pikul seorang.
Setitik sabun jatuh ke bibir. Aku jilat hujung lidah rasa pahit, rasa hidup. Aku pejam mata. Buih sabun turun, singgah di perut. Air seret turun lagi, redah paha, redah betis.
Aku buka mata. Pandang pintu kaca yang kabur, tapi cukup kalau ada orang intai pun pasti tak berkelip. Aku sengih sendiri. Tak ada siapa yang boleh tengok aku mandi kecuali Ghea Edriana.
Aku sandar belakang dinding yang basah. Tangan aku sapu rambut, tarik semua air. Nafas aku berat, jatuh. Dada aku berombak tak ada yang suci pun, tapi di mata Ghea, semua ini milik dia seorang.
Air panas suam masih jatuh deras atas bahu aku bunyi pancur sama bunyi degup jantung. Mata aku pejam, biar buih sabun melurut dari tengkuk sampai ke lantai.
Sekejap aku rasa macam tak keseorangan. Dalam ruang sempit kaca ini, kepala aku bising dengan nama yang sama iaitu Ghea Edriana.
Bayang dia duduk depan aku, rambut pendek dia sudah lepek kena air. Muka dia basah, pipi merah, mata sepet menahan sabun masuk kelopak. Dia pandang aku dengan pandangan cara yang cuma dia boleh buat aku tunduk. Aku akan tunduk hanya untuk dia saja.
Aku angkat tangan, macam nak tolak rambut dia ke belakang. Dalam kepala aku, dia ketawa perlahan. Suara dia halus berkata, "air panas sangatlah, Rik..."
Aku senyum sikit, senyum yang orang luar tak pernah nampak. Dalam bayang aku, Ghea sandar di dada aku, air jatuh sama-sama, panas sama-sama. Tak ada nafsu cuma aku, dia, air yang bunuh sunyi.
Aku rasa jari dia tarik tangan aku, letak di pipi dia. Bibir dia pecah senyum dan tak takut, tak marah, tak menangis. Dalam bilik air, dia bukan mangsa. Dia cuma Ghea aku.
Aku buka mata. Ruang depan itu kosong. Yang ada cuma aku, sabun, dan air yang sudah mula sejuk.
Share this novel