Bab 44

Thriller Series 1360

Aku mundar-mandir, kasut aku berdecit halus atas lantai simen yang berdebu. Lampu LED terang yang aku bawa tergantung rendah, memancarkan cahaya putih ke wajah tiga jahanam di depan aku.

Mereka nampak macam bangkai yang masih bernafas. Dua minggu aku kurung di sini. Bangunan usang ini jauh dari mana-mana, dindingnya berlumut, bau hapak bercampur darah kering.

"Rik... lepaskan kami... kami minta maaf..." suara Aiman serak, macam kerongkongnya dipenuhi pasir.

"Rik, semua ni salah Arif..." Paan pula bersuara, cuba cari nyawa dengan menjual kawan sendiri.

Acap masih diam, tapi matanya tak mampu menipu, dia juga hampir rebah.

Mereka tak boleh lari. Rantai besi di kaki dan tangan aku ikat cukup kuat, sampai kulit mereka melecet teruk. Luka itu merah, bernanah, dan bau hanyirnya mula menguasai ruang.

Aku berhenti di depan mereka, memandang satu per satu. Nafas aku tenang, tapi di dalam kepala... aku sudah fikir cara seterusnya untuk buat mereka rasa neraka sebelum mati.

Aku melangkah ke meja lipat di sudut bilik. Ambil dua bungkus nasi berlauk yang aku beli tadi, lauknya sudah suam, bau gulai bercampur ayam goreng masuk ke hidung.

Aku cangkung betul-betul depan mereka. Plastik nasi aku koyak kasar, biar bunyinya jelas. Pandangan aku tak lepas dari muka tiga jahanam itu. Mata mereka terarah pada nasi, macam anjing lapar.

"Bau sedap kan?" aku sengaja tanya, bibir terangkat senyum sinis. "Walaupun korang semua celaka, aku ni jenis berhati mulia. Dua minggu aku simpan korang hidup-hidup, aku masih bagi makan."

Aiman cuba buka mulut, tapi aku potong, "Jangan nak pura-pura bersyukur. Aku tahu kalau korang dapat peluang, aku sudah lama mati."

Aku suap sesudu nasi ke mulut aku sendiri. Kunyah perlahan. "Bezanya... aku lagi pandai. Lagi sabar dan aku tahu macam mana nak buat korang menyesal wujud kat dunia ni."

Paan telan air liur, Acap masih pandang nasi itu dengan mata merah. Aku sengaja lambatkan masa, biar bau lauk itu jadi seksaan sebelum mereka sentuh walau sebutir.

Aku koyak plastik bungkusan kedua. Nasi tumpah sedikit atas lantai simen berhabuk. Aku sengaja tak kutip.

"Laparkan? Nah... makanlah." Aku capai segenggam nasi bercampur lauk, terus lempar ke depan Aiman. Nasi itu jatuh bersepah atas lantai, sebahagiannya melekat pada rantai besi yang mengikat tangannya.

Aiman tunduk perlahan, cuba capai dengan mulut sebab tangan dia tak mampu angkat. Aku gelak kecil. "Anjing pun pandai makan lebih bersih dari tu."

Paan aku bagi cara lain, aku suap guna tangan aku sendiri, tapi aku sengaja biar jari aku tekan sampai ke tekaknya. Dia terbatuk, hampir tercekik, aku tarik balik tangan dengan senyum puas.

"Sedap tak? Aku belanja, kau patut rasa bertuah."

Acap aku biarkan terakhir. Dia diam, mata tajam pandang aku. Aku ambil segenggam nasi, ramas sampai hancur, kemudian campak tepat ke mukanya. Nasi melekat pada pipi dan keningnya.

"Aku baik, kan?" aku bangun, lap tangan pada seluar jeans. "Kalau bukan aku, kau semua dah lama reput tanpa sebutir nasi."

Aku langkah perlahan ke arah meja semula, biarkan mereka kunyah perlahan dalam penghinaan. Bau darah, nasi dan peluh bercampur jadi satu bau wangi kemenangan untuk aku.

Aku jongkok semula depan Aiman. Genggam nasi yang bersepah tadi, sumbat ke mulutnya tanpa amaran. Dia tersedak, cuba telan perlahan-lahan, tapi aku tekan lagi sampai habis segenggam.

"Telan. Jangan buang masa aku," aku desis perlahan di telinganya.

Paan pula aku suap berkali-kali, tak peduli nasi hancur bercampur air liur mengalir di tepi bibirnya. Dia cuba elak mata aku, tapi aku pegang rahangnya kuat, paksa dia telan.

"Jangan buat muka jijik. Aku dah belanja makan, kau patut cium tangan aku."

Acap, yang sejak tadi diam, aku suap sampai habis bungkusan kedua. Dia kunyah perlahan, tapi aku tak lepas pandang. Setiap kali dia lambat, aku sengaja tolak nasi itu dengan jari ke dalam mulutnya.

Bila semuanya licin, aku bangun dan capai botol air mineral di meja. Pulas penutupnya, minum sedikit, kemudian hulur ke mulut Aiman. Dia minum macam orang baru keluar padang pasir. Aku biarkan dia hirup dua teguk sebelum tarik semula.

Botol yang sama aku hulur pada Paan, kemudian Acap. Air mengalir keluar dari hujung bibir mereka, menitis ke lantai kotor. Aku senyum nipis.

"Kan aku cakap... aku baik hati."

Aku letak botol itu di lantai, di tengah-tengah mereka, seolah-olah aku bagi peluang terakhir sebelum permainan seterusnya bermula.

Aku capai telefon dari poket jeans. Skrin menyala, jari aku terus skrol ke galeri. Satu folder yang aku tandakan dengan label merah menyala "Sampah".

Aku buka. Tekan play.

Video itu mula bergerak. Wajah Ghea memenuhi skrin baju kemejanya koyak, mata basah, tubuhnya dikerumuni empat lelaki. Suara ketawa mereka dulu memenuhi ruang, bergilir-gilir memijak maruah dia dan tiga dari muka sial itu... sedang terikat di depan aku sekarang.

"Arrkkkhhhh!"

Aku kuatkan volume. Suara rintihan dan jeritan Ghea memantul ke dinding bangunan usang ini. Bunyi nafas mereka dulu bercampur bunyi tubuh yang bergesel. Jijik.

"Lepaskan kami... tolong..." suara Aiman pecah.

Paan tunduk, cuba pejam mata. Acap mula menangis, bahunya bergoncang.

Aku melangkah ke depan, tampar pipi Paan sekuat hati. Bunyi tapak tangan aku bergema.

"Buka mata kau! Tengok!"

Aiman cuba palingkan kepala tapi aku tampar dia juga. "Kau buat, kau tengok! Jangan jadi pengecut bila dah kena bayar!"

Setiap kali ada yang cuba tutup mata, aku tampar sampai wajah mereka berpaling ikut hayunan. Darah mula muncul di hujung bibir Aiman.

"Tengok betul-betul! Itu Ghea! Itu perempuan yang korang ragut hidup dia! Kau semua fikir aku akan biar benda ni hilang macam tu je?!" suara aku pecah, tapi aku tak turunkan volume.

"Arghhhh lepaskan aku..."

Suara Ghea dalam video terus bergema. Setiap detik, setiap bunyi, aku biar mereka rasa. Biarlah mereka muntah, biarlah mereka meraung. Hari ini, mereka terpaksa berdepan dengan dosa mereka... sebelum aku sendiri tentukan cara mereka mati.

Video di tangan aku bergerak tanpa belas. Ghea dalam video itu meraung, tangannya dipegang kuat oleh Paan dan Aiman, kakinya disepak supaya terbuka. Baju kemejanya sudah koyak rabak, kulit putihnya penuh lebam.

Acap memegang rambutnya dari belakang, menarik kasar hingga kepalanya terpaksa mendongak.

"Hahahaha! Pegang kuat! Dia melawan!" suara Aiman bergema di dalam video, ketawanya bercampur dengan bunyi hempasan tubuh.

"Jangan lepaskan! Biar dia rasa!" suara Paan menyusul, diiringi bunyi tapak tangan singgah di pipi Ghea.

"Arghhh! Sakit! Lepas! Tolong lepaskan aku!" jerit Ghea, suaranya parau, penuh terdesak.

Bunyi tubuh mereka berempat bergesel dengan lantai duk duk duk bercampur dengan bunyi rantai gelang di tangan Aiman yang berloceng kecil setiap kali dia bergerak.

Suara mereka bertiga dalam video bergema...

"Hahaha! Keras dia lawan, sedap sial!" Mereka ketawa jijik yang berlapis-lapis, seolah-olah kejayaan mereka adalah penderitaan Ghea.

"Arghh... sakit... jangan... tolong..." suara Ghea pecah, diiringi esakan, kemudian jeritan lagi bila seorang dari mereka menekan tubuhnya ke lantai.

"Weh! Weh! Rakam! Bagi aku tengok muka dia!" jerit Aiman dalam video sambil ketawa.

Aku biar video itu terus main. Setiap bunyi, setiap jeritan, setiap ketawa aku mahu mereka di depan aku rasa jarum rasa bersalah menusuk sampai ke tulang.

Mata mereka berair, kepala cuba berpaling. Tamparan aku singgah lagi.

PANGGG!!!

"Kau buat, kau tengok! Aku nak kau hafal semua bunyi ini sampai kau bawa ke neraka."

Video terus berjalan. Kamera bergoyang sedikit, tapi fokus jelas pada wajah Arif iaitu ketua sial yang paling aku benci.

Dia memegang dagu Ghea, memaksa matanya terbuka. "Hahahaha... tengok aku, Ghea. Kau ingat kau special sangat sebab dengan Ezrik?" suaranya penuh ejekan.

Bibirnya terus menekap ke bibir Ghea tanpa rela. Bunyi ciuman kasar smack... smack... bercampur esakan Ghea yang cuba mengelak.

"Arghhh... jangan! Tolong jangan!" suara Ghea pecah, cuba berpaling, tapi Arif menampar pipinya. PANGGG!!! bunyi tapak tangan itu bergema, diikuti ketawa mereka yang lain.

"Kau dengan Ezrik tu apa sangat? Dia tu lelaki tak guna, bodoh, tak mampu jaga kau. Tengok sekarang, aku yang dapat kau malam ni, hahahahaha!" suaranya menusuk, disertai tawa panjang.

Arif menekan tubuhnya ke atas Ghea, tangan kiri masih memegang rahang Ghea supaya dia terpaksa pandang. "Weh Paan, Aiman, tengok ni... kau rasa Ezrik boleh buat dia jerit macam ni?"

"Arghhh! Sakit! Lepas!" Ghea meraung lagi, suara serak bercampur esakan.

"Diamlah! Lagi kau jerit, lagi sedap aku rasa!" jerit Arif, ketawanya bergaung. Hahahahahaha! Bunyi hentakan tubuh ke lantai terus mengisi ruang, diiringi suara Ghea mengerang kesakitan.

"Arrkkhhh!!!"

Aku biarkan volume maksimum. Bunyi jijik itu memenuhi bangunan usang ini. Mata tiga jahanam di depan aku mula merah, air mata mereka jatuh. Tapi setiap kali kelopak mata mereka menutup, PANGGG!!! tamparan aku singgah.

"Buka mata! Tengok apa yang kau semua buat! Tengok sampai kau rasa nak bunuh diri sendiri!"

Jari aku tiba-tiba menghentak skrin. Video itu mati, tapi bunyinya masih bergema dalam kepala aku. Nafas aku berat, dada rasa macam nak pecah. Aku genggam telefon sampai sendi jari memutih.

"Sial!!!"

Jeritan aku meletup dalam ruang sempit ini, memantul ke setiap dinding bangunan usang. Cahaya LED bergoyang sedikit akibat hembusan nafas aku yang terlalu keras.

Aiman terkejut, Paan tersentak, Acap kaku. Tapi sekejap kemudian, suara mereka pecah...

"Rik... tolong... kami minta maaf! Kami gila masa tu! Tolong lepaskan..."

"Maafkan kami, Rik! Kami tak fikir! Kami..."

"Diam!!!" aku menjerit lagi, kali ini lebih kuat, suara aku memecah udara kotor.

Aku rasa panas di tepi mata, tapi aku tak peduli. Jeritan seterusnya lebih panjang, keluar dari dada yang sarat dengan dendam dan kesakitan.

"Kau semua ragut hidup dia!!! Kau semua rogol dan bunuh dia dalam hidup-hidup!!!"

Air mata aku jatuh, tapi aku tak kesat. Aku biar ia mengalir, bercampur dengan peluh dan marah yang membuak. Nafas aku tersangkut-sangkut, tapi aku menjerit lagi.

"Kau fikir aku boleh lupa?! Kau fikir aku akan berhenti?!"

Tiga jahanam itu mula menangis betul-betul sekarang. Suara mereka serentak merayu, tapi bagi aku... bunyi itu cuma latar sebelum aku balas dengan satu lagi jeritan yang menggoncang dinding, memecahkan sisa kesabaran aku yang tinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience