Kelopak mata aku buka perlahan. Pandangan aku kabur sekejap sebelum fokus pada kipas siling yang berputar malas. Bunyi motor di luar bercampur dengan deru angin kipas, memecahkan senyap ruang tamu. Peluh sejuk merayap turun dari dahi, memintas garis rahang sebelum jatuh ke lantai.
Aku duduk perlahan-lahan. Bahu rasa berat. Nafas terasa serabut. Baru aku sedar yang aku tertidur di atas sofa sejuk ini sejak semalam. Bau wangi bercampur aroma lama rokok yang aku sendiri bakar.
Tadi... aku mimpi. Mimpi yang terlalu manis untuk lelaki macam aku. Mimpi yang aku cium Ghea, ciuman entah ke berapa kali, masa aku pertama kali bawa dia masuk ke rumah teres ini. Waktu itu dia masih degil, masih berani pandang mata aku macam dia tak takut mati. Aku ingat lagi rasa bibir dia, lembut tapi keras kepala.
Tapi itu cuma mimpi. Realitinya, momen itu sudah jadi bangkai kenangan yang aku simpan dalam kepala dan aku tahu, bangkai pun boleh berbau busuk kalau aku biarkan terlalu lama.
Aku bangun, kaki berat melangkah perlahan ke arah bilik. Pintu kayu tua itu terkuak sikit, cukup untuk aku selitkan pandangan.
Ghea.
Masih tidur.
Rambut pendek dia bersepah atas bantal, hela nafasnya teratur macam ombak kecil yang tak pernah penat memukul pantai. Cahaya matahari yang tembus celah langsir jatuh tepat ke wajah dia, buat kulitnya nampak lebih putih dari biasa.
Aku sandar pada bingkai pintu, tangan menyentuh kayu reput itu sambil mata aku tak berkelip. Tenang dan damai. Tapi aku tahu dalam tubuh kecil itu, tersimpan parut yang aku sendiri janji akan balas dendamkan satu-satu.
Dia tak sedar aku perhati dan aku suka macam ini. Aku suka tengok dia tanpa dia tahu. Sebab bila mata dia terbuka, dia akan nampak lelaki yang keras kepala, penuh dendam, penuh luka. Tapi sekarang... aku cuma lelaki yang mahu simpan dia dari kejamnya dunia.
"Encik Ezrik?"
Suara Aina dari belakang potong pandangan aku pada Ghea. Aku toleh, mata aku bertembung dengan muka dia yang masih basah sedikit di hujung rambut. Bau sabun mandi pun masih lekat di udara seperti dia baru keluar bilik air.
"Saya perlu keluar sekarang. Ada urusan," aku jawab perlahan sambil capai t-shirt aku dari bakul baju di penjuru dinding. Aku sarung ke badan tanpa hiraukan pandangan dia yang ikut setiap gerak aku. "Seperti biasa... awak jaga Ghea."
Aina angguk, tapi aku nampak ada sesuatu dalam matanya entah simpati, entah risau, entah takut.
"Hati-hati, Encik Ezrik..." katanya lembut.
Aku cuma pandang dia sekejap. Pandangan kosong yang cukup buat dia berhenti senyum. Selepas itu aku terus keluar.
Udara awal pagi sambut aku dengan sisa kesejukan semalam. Jalan depan rumah masih lembap, bau tanah basah naik ke hidung. Langit kelabu cair, macam belum pasti nak beri hujan lagi atau biarkan matahari keluar.
Hari ini... mungkin akan ada darah.
***
Pintu kayu berat itu aku tolak perlahan. Bau rumah ini selalu sama, campuran kopi basi, lilin wangi murah dan sedikit bau minyak wangi perempuan.
Kasut aku letak bersusun, tapi langkah aku mati sekejap bila nampak kelibat Lily di dapur. Dia berdiri menghadap kaunter, tangan sibuk dengan kuali. Bunyi minyak mendesis isi ruang. Rambutnya diikat longgar dan dia masih pakai baju tidur satin nipis.
"Abang nak teh?" soalnya sambil toleh separuh badan ke arah aku. Suara dia cuba mesra, tapi aku tahu ada sesuatu di balik nada itu.
Aku tak jawab, tak angguk, tak geleng cuma terus jalan, biarkan dia bercakap dengan udara.
Sofa hitam di ruang tamu tenggelamkan badan aku bila aku duduk. Kepala aku sandar ke belakang, mata aku pejam separuh. Dapur masih berbunyi, sudu berlaga dengan cawan.
Aku tak pernah minta dia ada di sini dan aku tak perlukan teh panas dari tangan yang pernah khianati Ghea.
Bunyi cawan mencecah meja kopi buat mata aku terbuka sedikit. Asap teh panas naik perlahan, bau daun teh pekat bercampur manis gula. Lily duduk di sebelah aku. Rapuh tapi berani.
"Minumlah... panas lagi," katanya perlahan, macam cuba meraih simpati.
Aku diam. Mata aku tak pandang dia, tak pandang teh. Hanya fokus pada dinding depan.
Tiba-tiba, aku rasa jari dia hinggap di paha aku. Lembut, perlahan, macam cuba hidupkan api yang dia sendiri padam dulu. Jemarinya bergerak naik sedikit, berani.
Tangan aku tepis. Keras. Suara hentakan kecil bergema bila pergelangan tangannya terlepas dari paha aku.
"Aku suruh jaga jarak, kan?" Nada aku datar, tapi cukup untuk matikan senyuman kecil di bibir dia.
Lily tunduk, tapi aku tahu itu bukan tunduk kerana insaf. Itu tunduk orang yang sedang fikir helah seterusnya.
"Sampai bila kita nak macam ni, Ezrik?" suara Lily pecah, mata dia cuba cari mata aku. "Susah sangat ke nak... sayang aku? Aku isteri sah kau!"
Aku toleh perlahan. Pandangan aku tajam, cukup untuk dia tahu jawapannya sebelum aku buka mulut.
"Aku takkan layan kau baik... sampai bila-bila."
Senyap cuma bunyi kipas siling yang masih berputar di atas kepala. Tiba-tiba dia peluk tubuh aku dari sisi. Wajahnya tersembam di dada aku, bahu dia terhenjut-henjut menangis. Air matanya membasahkan kain t-shirt aku.
"Lepas." Aku cuba tolak, tangan aku tekan pada bahunya tapi pelukan dia macam jerut. Lagi aku tolak, lagi dia kemas genggam tubuh aku. Nafasnya laju, panas, bercampur esakan.
Aku berhenti. Biarkan. Bukan sebab aku terima... tapi sebab kadang-kadang, membiarkan orang yang lemas memeluk kita adalah cara paling perlahan untuk tenggelamkan mereka sendiri.
Pelukan dia makin kuat. Nafas aku makin berat. Sampai satu titik aku jadi muak. Aku tolak dia sekuat hati.
DUMM!!!
Bunyi tubuh dia terhempas ke atas karpet. Masa itu juga cawan teh panas atas meja kopi terhumban jatuh.
PRANGG!!!
Bunyi kaca pecah bersepai, air panas memercik.
"AARRGHHH!" jerit Lily, tangan kirinya terus menekan lengan kanan yang kena percikan panas. Kulitnya merah, berwap.
Aku sengih. Senyum yang bukan untuk hibur sesiapa.
"Itu... balasan untuk kau," aku sebut perlahan, tapi cukup untuk dia dengar.
Dia meraung, cuba merangkak dekat aku. "Tolong aku, Rik... tolong... sakit..."
Aku berdiri, pandang dia macam tengok sampah.
"Bodoh." Satu perkataan, cukup untuk bunuh sisa maruahnya. Aku terus jalan ke bilik, biarkan dia meraung sambil "hhuuuhhh... arghhh!" menahan sakit.
Bunyi raungan Lily masih menembusi pintu bilik. Aku duduk di hujung katil, kepala tunduk, bibir aku mula meleret ke atas.
Lepas itu aku ketawa.
"HA... HAHAHAHAHA!" Gelak aku memantul di dinding bilik, bercampur bunyi kipas siling yang berdecit perlahan.
Aku tak sabar. Arif... tinggal kau saja selepas ini. Bila aku berjaya kumpulkan keempat-empat jahanam itu dalam satu tempat, Paan, Aiman, Acap... dan kau, aku akan pastikan tak ada seorang pun mati cepat. Tidak.
Paan akan jadi yang pertama. Aku akan potong jari-jarinya satu persatu, setiap sela masa sepuluh minit. Biar dia nampak darahnya sendiri kering di lantai sebelum jari terakhir putus.
Aiman... aku akan cabut giginya dengan playar karat. Satu demi satu. Aku nak dengar bunyi tulang kecil itu patah keluar dari gusi sambil dia tersedak darahnya sendiri.
Acap... aku akan bakar kulitnya perlahan-lahan. Guna bara rokok yang aku hisap sendiri. Aku nak rasa bau daging terbakar bercampur asap tembakau di udara.
Dan Arif... kau akan jadi penutup. Aku akan ikat kau di tengah-tengah, biar kau tengok semua kawan kau hancur depan mata. Bila giliran kau tiba, aku akan hiris pergelangan kau perlahan-lahan, biar darah keluar sedikit-sedikit. Biar kau mati sambil dengar gelak aku.
Dan Ghea Edriana... akan duduk di kerusi paling depan. Supaya dia tahu, semua ini aku buat... hanya untuk dia.
Aku bangun. Langkah aku ulang-ulang, mundar-mandir dalam bilik macam singa lapar dalam sangkar. Fikiran aku ligat, membayangkan wajah mereka satu-satu yang takut, meraung, menyesal.
Aku tak akan ulang seksaan sama untuk semua. Setiap dari mereka akan dapat "menu" sendiri.
Mungkin... untuk Paan, aku akan paku kedua tapak tangannya pada papan kayu, biar dia tak boleh bergerak. Lepas itu aku akan tuang air garam pekat pada luka paku itu. Aku nak tengok dia meraung macam anjing kena siram air panas.
Untuk Aiman, aku akan guna playar besar tapi kali ini bukan untuk gigi mungkin aku akan kepit putingnya dan tarik sampai daging terkoyak. Biar dia rasa setiap sarafnya menjerit.
Acap... dia suka cakap besar. Jadi aku akan kerat lidahnya dulu. Perlahan-lahan. Lepas itu, baru aku cucuh batang besi panas pada rongga mulutnya. Bau hangit itu... aku akan nikmati.
Dan Arif... ah, kau. Aku akan simpan yang paling manis untuk kau. Aku akan ikat kaki dan tangan kau, biar terbaring. Aku akan toreh perut kau bukan untuk bunuh, tapi cukup untuk darah mengalir sedikit demi sedikit.
Lepas itu, mungkin aku akan biarkan seekor demi seekor tikus lapar masuk ke dalam. Biar kau rasa gigitan hidup dari dalam badan.
Bila semua sudah terbaring nazak, aku akan duduk di kerusi, nyalakan sebatang rokok, dan gelak. Ghea akan ada di situ, bebas dari ketakutan... sebab semua hutang darah sudah dibayar.
Bayangan seksaan itu berulang-ulang dalam kepala aku macam tayangan filem tanpa henti. Semakin aku fikir, semakin darah aku terasa panas.
Bibir aku terangkat sendiri. Gelak kecil mula bocor di celah gigi. "Heh... heh... heh..."
Gelak itu membesar. "Hahahahaha... HAHAHAHAHA!"
Suara aku memantul pada dinding, lantai, siling memenuhi ruang bilik macam gema dari neraka.
Aku boleh rasa nadi aku laju. Nafas aku pendek-pendek, tapi setiap hela itu penuh dengan rasa puas. Bayangan mereka menjerit, menangis, merayu... semuanya buat otak aku rasa ringan.
Aku jatuh terduduk di birai katil, tangan menutup muka tapi gelak itu tak berhenti.
"HAHAHAHA! Babi... satu-satu aku akan hancurkan kau orang... perlahan-lahan..."
Raungan Lily dari luar bilik semakin sayup. Gelak aku pula makin gila.
Share this novel