Bab 53

Thriller Series 1360

Ezrik Aslan

KLIK!

Bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Aku berdiri kaku betul-betul depan pintu utama, macam singa tunggu mangsa balik ke sarang.

Pintu terbuka perlahan. Lily melangkah masuk, dan wajah dia berubah sebaik nampak aku pucat, mata membesar.

"Sudah malam baru nak balik, ye... tuan puteri?" suara aku sinis, setiap perkataan keluar macam bilah.

Dia kunci pintu, kepalanya tunduk, pandang lantai macam lantai itu tiba-tiba jadi benda paling menarik dalam dunia.

"JAWABLAH!" jerit aku, nada cukup untuk buat dia tersentak.

"Ma... maaf abang... Lily jumpa kawan saja tadi..." suaranya teragak-agak, patah-patah.

"Kawan?" aku senyum nipis, langkah aku perlahan tapi setiap langkah berat. "Ke kau ada boyfriend belakang aku?"

Dia tak berani angkat muka. Nafasnya pendek-pendek. Aku sampai di depannya, tangan aku naik, jari mencengkam dagunya, memaksa dia dongak dan tengok aku tepat di mata.

"Kau ni isteri aku. Keluar pun tak minta izin aku..." bisik aku, suara rendah tapi penuh amaran.

"Lily minta maaf abang... Lily keluar sekejap saja tadi," air matanya mula mengalir, pipinya basah.

Aku senyum tipis, tapi mata aku tak berkelip. "Kau ingat aku tak tahu kau keluar dengan Ishraf?"

Matanya terbeliak, seolah aku baru dedahkan rahsia yang dia fikir takkan sampai ke telinga aku. Dia tergamam, bibirnya terbuka tapi tiada suara keluar.

"Kau ini memang dahagakan perhatian jantan ke?!" jerit aku, suara memecah ruang tamu.

"Bukan... Lily tak buat apa pun!" dia balas cepat, geleng kepala berkali-kali, macam budak kecil yang cuba yakinkan mak bapa dia tak curi gula-gula.

Aku hela nafas panjang, tapi bukan untuk tenangkan diri untuk menahan rasa marah yang makin mendidih. "Kau teringin, kan... sebenarnya?"

Keningnya berkerut, matanya cuba cari maksud di wajah aku. Dia tak faham.

Aku tak tunggu dia faham. Tangan aku terus tangkap lengan dia, genggam kuat sampai aku rasa tulangnya di bawah kulit. Sekali sentap, aku heret dia ke arah biliknya. Pintu bilik dia aku tolak kuat BAMMM!!! bunyinya pecah dalam ruang sempit itu.

Aku tolak dia ke dalam. Tubuhnya jatuh terhempas di atas tilam. Dia terkejut, mata membulat, cuba bangun.

Terlambat. Lutut aku sudah naik ke tilam, berat tubuh aku menekan dia. Nafasnya laju, tangannya cuba tolak dada aku, tapi aku lebih pantas. Kedua pergelangan tangannya aku cengkam, menekan ke tilam.

Di mata aku, dia bukan lagi isteri yang minta maaf, dia objek yang aku nak pastikan tak ada sesiapa berani sentuh, kecuali aku.

SWEEPPP!

Aku lepaskan satu tangan Lily hanya untuk capai tali pinggang di pinggang aku. Bunyi geseran kulit tali pinggang bila aku tarik keluar itu memecahkan bunyi nafasnya yang tercungap. Matanya membesar, bercampur takut dan tak pasti.

Tali pinggang aku jatuhkan ke tepi katil, tapi mata aku tak pernah lepas dari wajah dia. Tangan kiri aku naik, mencengkam lehernya. Tekanan itu cukup untuk buat dia rasa siapa yang mengawal.

Nafasnya jadi pendek-pendek, bibirnya terbuka mencari udara. Aku tunduk rapat, suara aku jatuh rendah, nyaris berbisik di telinganya.

"Ini yang kau nak, kan... layanan seorang suami?"

Tubuhnya kaku, tapi aku boleh rasa degup jantungnya laju di bawah tapak tangan aku yang memegang lehernya. Wajahnya panas, matanya terpaku pada aku, seolah cuba baca sama ada aku akan teruskan atau berhenti.

Aku senyum nipis, senyum yang aku tahu akan buat dia keliru antara marah, takut, dan... sesuatu yang lain.

Lehernya masih dalam genggaman aku, tapi tekanan aku longgarkan sedikit cukup untuk dia rasa lega, tapi tak cukup untuk dia lupa siapa yang kawal.

Aku tunduk, bibir aku singgah di sisi rahangnya. Aku sengaja tarik nafas dalam-dalam, hirup bau kulitnya yang bercampur wangi syampu dan peluh. Dia cuba menoleh, tapi aku kunci pandangan dia dengan mata aku.

"Diam..." bisik aku, jari aku yang bebas menggesel perlahan di sepanjang tulang pipinya, turun ke garis rahang, lalu berhenti di tulang selangka. Nafasnya bergetar. Matanya mula hilang fokus. Dia sudah hanyut.

Aku senyum tipis, jemari aku merayap perlahan di sisi pinggangnya, cukup untuk buat dia tersentak kecil. "Kau kata kau sayang aku, kan? Buktikan..." suara aku rendah, menggesel di telinganya.

Dia pejam mata, bibirnya terbuka sedikit, dan aku tahu dia sudah tak fikir pasal Ishraf atau soal aku tuduh dia tadi. Sekarang cuma ada aku.

Aku rapatkan tubuh aku pada dia, biar dia rasa setiap gerak aku. Tangan aku naik semula ke wajahnya, mengelus pipi, lalu jari aku singgah di bibirnya. Dia tak tolak.

"Pandai pun," aku bisik, senyum sinis sebelum hela nafas aku jatuh di kulitnya.

Aku condongkan badan, cukup rapat sampai hujung hidung aku hampir sentuh kulit lehernya. Nafas aku sengaja aku lepaskan perlahan, biar hangatnya menyentuh kulit dia. Dia tersentak kecil, tapi aku rasa jari-jarinya di tilam mula mencengkam cadar.

Tangan aku merayap dari lehernya, turun perlahan ke lengannya yang berbalut. Aku sengaja berhenti di situ, jari aku mengusap balutan itu dengan gerakan lambat. "Sakit?" tanya aku, tapi nada aku terlalu rendah untuk kedengaran ikhlas.

Dia pejam mata, kepalanya terangkat sedikit. "Sikit..." bisiknya.

Aku ketawa nipis. Tangan aku bergerak lagi, kali ini menyentuh sisi pinggangnya, perlahan seperti menguji hadnya. Dia mengigit bibir bawah, tapi aku perasan nafasnya makin tak sekata.

Aku tunduk ke telinganya, suara aku jatuh serak. "Kau takut aku... atau kau suka bila aku buat macam ni?"

Tubuhnya mengeras, tapi aku tahu soalan itu menusuk tepat ke dalam fikirannya. Jemari aku kembali ke bahunya, mengelus perlahan-lahan hingga ke pergelangan tangan, seolah aku sedang menghafal setiap inci tubuhnya.

Dia buka mata, memandang aku dengan pandangan yang bercampur takut, keliru, tapi jelas... hanyut.

Aku sengaja berhenti di situ, senyum sinis. "Boleh nampak kau tengah terfikir macam-macam sekarang."

Jari aku tiba-tiba mencengkam bahu dressnya. Satu sentapan kasar KRAKKK! bunyi kain koyak memecah udara. Dress kapas berwarna lembut itu terkoyak di bahagian bahu hingga ke sisi dada, meninggalkan kulitnya separuh terdedah di bawah cahaya malap bilik.

Mata Lily membulat, tapi bibirnya terbuka dengan suara yang pecah. "Aku... aku cintakan kau Ezrik..."

Aku berhenti sekejap, renung dia, lalu ketawa kecil. "Ulang."

Air mata mengalir di pipinya. "Lily cintakan abang..."

Aku tunduk sedikit, mata tak berkelip. "Ulang lagi."

"Lily... cintakan abang..." suaranya makin serak, dada naik turun laju.

Aku senyum nipis, tangan aku menyapu perlahan kulit di bahunya yang terdedah. "Bila kau mula sayang aku?"

"Sejak... sejak zaman belajar lagi," jawabnya, nafasnya bergetar. "Lily nak sangat... abang peluk Lily."

Aku ketawa kecil lagi, tapi kali ini tawa itu lebih rendah, hampir seperti desahan. Tangan aku bergerak dari bahunya, turun perlahan ke lengannya, kemudian singgah di sisi pinggangnya. Sentuhan aku lambat, seolah setiap inci kulitnya perlu aku tandakan sebagai milik aku.

Dia memejam mata, mengangkat sedikit dagu seolah mahu menyerah pada setiap sentuhan. Aku teruskan permainan itu, bergerak dengan penuh sengaja, menahan diri daripada terburu-buru kerana aku tahu, makin aku perlahan, makin dia hanyut.

"Aku boleh buat kau rasa macam ini bila-bila masa... dan kau tetap akan datang balik pada aku," bisik aku di telinganya, sebelum jemariku sekali lagi menjelajah garis tubuhnya yang bergetar di bawah genggaman aku.

Aku boleh rasa seluruh tubuhnya dah longgar di bawah aku. Nafasnya laju, matanya separuh terpejam, bibirnya terbuka mencari udara. Jemari aku masih bermain di kulitnya, tapi tiba-tiba... aku berhenti.

Lily tersentak, matanya terbuka penuh. "Abang... kenapa berhenti?" suaranya bergetar, macam merayu.

Aku senyum nipis, tarik semula tangan aku perlahan-lahan, seolah-olah memutuskan arus elektrik yang baru aku hidupkan. "Cukuplah untuk malam ini."

Dia menggigit bibir, duduk separuh bangun, tapi dressnya masih koyak, kulitnya masih separuh terdedah. Aku berdiri, capai tali pinggang di tepi katil dan pasangkannya kembali di pinggang.

"Kenapa..." suaranya hampir tak keluar.

Aku toleh, pandangan aku tajam tapi bibir aku meleret senyum sinis. "Supaya kau ingat rasa ni. Supaya kau tahu... aku yang pegang semua kawalan. Kau akan tunggu aku sambung... dan bila aku nak, kau akan ikut."

Dia diam, tapi aku nampak jelas dari matanya yang dia keliru, marah, malu... tapi tetap hanyut.

Aku melangkah keluar dari bilik, tinggalkan pintu separuh terbuka. Nafasnya masih kedengaran dari jauh. Aku tahu, malam ini dia tak akan tidur lena... sebab otaknya akan ulang setiap sentuhan yang aku sengaja berhentikan separuh jalan.

Aku turun ke dapur dengan langkah santai, macam tak ada apa berlaku. Peti sejuk aku buka, ambil sebotol air sejuk. Bunyi penutup botol dibuka bergema dalam ruang sunyi rumah.

Aku teguk separuh, rasa dingin itu turun ke kerongkong menyegarkan, kontras dengan haba yang tadi memenuhi bilik Lily.

Tiba-tiba aku ketawa kecil, ketawa yang hanya aku faham maksudnya. "Habis cair..." aku gumam sendiri sambil geleng kepala.

Tadi cuma permainan. Aku sengaja bagi dia hanyut, kemudian tarik semula. Supaya dia ingat siapa yang pegang kawalan penuh.

Aku pandang ke arah lorong menuju biliknya, senyum sinis terbentuk. "Tak ada sesiapa boleh sentuh badan aku... kecuali Ghea Edriana."

Nama itu keluar perlahan, tapi setiap suku kata ada racun manisnya. Dia saja yang pernah aku benarkan masuk sepenuhnya dalam hidup dan tubuh aku. Yang lain... sekadar boneka untuk aku gerakkan sesuka hati.

Aku teguk baki air, tutup botol dan letak semula di meja. Malam ini, aku rasa puas bukan sebab apa yang aku buat pada Lily... tapi sebab aku tahu dia akan terus kejar aku walaupun aku tolak dia seribu kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience