Aku pulas tombol dan tolak pintu rumah. Kuat.
Bunyi engsel berkeriuk macam jeritan yang ditahan lama.
Tangan aku masih genggam lengan Lily. Dia terhenjut ikut tarikan aku. Lembik. Tak lawan.
"Sakit..." suara dia perlahan, merengek. Tapi aku diam.
Aku tarik lagi. Kali ini aku lepaskan. Tolak dia sekuat hati. Tubuh dia terjatuh dan terhempas pada kerusi. Bunyi berderak. Lily menangis. Lengan dia mula merah, berbekas. Tapi aku tak peduli.
Pintu aku hempas dan aku kunci. Aku melangkah laju ke arah dia. Nafas aku makin berat. Dalam kepala bayangan tadi di mall ulang semula. Suara Is. Ketawa Lily.
Aku buka tali pinggang. Bunyi besi berlanggar kedengaran dalam ruang tamu yang sunyi. Lily menangis lebih kuat. Dia merayu.
"Tolong jangan..."
"Saya tak tahu salah saya kali ni apa..."
Aku masih diam. Kepala aku rasa panas. Sakit.
Macam ada tekanan dari dalam tengkorak yang tak mahu reda.
Aku genggam tali pinggang. Tak angkat. Belum. Cuma renung wajah dia. Renung mata dia yang penuh air.
Lily merangkak. Dia datang dekat, pegang paha aku. Lemah. Perlahan.
"Maafkan saya..."
"Tolong..."
Aku masih diam. Tapi mata aku... mula pedih. Panas. Aku pejam mata kuat-kuat. Aku tak tahan.
Aku tendang Lily. Kuat. Sampai dia tersentak dan hampir terjatuh semula, tangan dia berpaut pada kerusi sebelah. Tubuh dia menggigil. Suara dia pecah, menangis dan merayu. Tapi aku tak dengar apa-apa. Yang aku dengar cuma degupan jantung aku yang bising dan suara dia dalam kepala aku.
"Kau jangan sesekali nak gelak!"
"Jangan tunjuk manja kau depan orang!"
Aku herdik. Suara aku meletup dalam ruang rumah yang makin sempit.
"Aku benci!"
Lily menangis makin kuat. Tapi aku tak peduli. Senyuman dia tadi, senyuman kecil itu. Senyuman palsu yang dia lempar masa Is buat lawak. Senyuman itu macam racun. Macam pengkhianatan.
Aku rasa jijik. Dengan dia. Dengan diri aku. Dengan semuanya. Aku keraskan rahang. Tangan aku masih pegang tali pinggang, tapi aku belum angkat.
Tangan aku masih pegang tali pinggang.
Lily merangkak ke arah aku. Dia pegang kaki aku, teresak.
"Maafkan saya... tolong..."
Tapi suara dia... semakin memualkan aku.
Aku angkat tali pinggang itu tinggi dan aku libas.
ZZAP!
Bunyi kulit melantun atas kulit. Daging. Lily terjerit kecil. Tubuh dia menggeliat. Tapi tak sempat bangun. Aku libas lagi.
ZZAP! ZZAP!
Dia menutup kepala dengan tangan. Tapi tali pinggang aku tak kenal belas. Bukan kepala yang aku cari. Aku cari belakang. Lengan. Paha. Apa saja tempat yang aku boleh rosakkan.
"Kau ketawa depan orang, ya?"
"Kau ingat kau manja? Comel?"
"Kau ingat aku suka tengok semua tu?!"
Aku menjerit. Libasan aku makin laju. Makin kuat. Lily sudah menangis teresak. Suara dia tak jelas. Tersedak dengan air mata dan sakit.
Tapi aku tak berhenti. Aku terus libas. Sampai nafas aku putus-putus. Sampai tangan aku lenguh. Sampai tali pinggang dalam genggaman aku sudah tak terasa berat.
Lily diam. Tak merayu lagi. Hanya terbaring. Tubuh dia kejang sambil teresak perlahan. Kulit belakang baju dia koyak. Bahagian yang terbuka... sudah lebam. Ada yang berdarah.
Aku berdiri. Termengah. Tali pinggang jatuh ke lantai dan rumah jadi senyap. Perempuan lembut itu rosak dan untuk seketika... aku rasa tenang.
Aku pandang Lily.
Masih terbaring. Masih menangis tanpa suara. Tubuh dia tak bergerak banyak. Muka dia tersembunyi di celah lengan, tapi aku tahu...
mata dia sedang lihat aku.
Dan aku benci itu. Aku berpaling. Pandang pintu. Kaki aku melangkah laju. Pantas. Tanpa toleh lagi. Aku buka pintu dan hempas sekuat hati. Suara kayu dan besi berlaga dalam malam yang sunyi.
Macam penutup sarkas. Tapi sarkas ini cuma ada dua badut, aku dan dia.
Aku terus ke arah lif. Tapi bila sampai, aku tak tekan pun butang. Tak sabar. Tak boleh tunggu. Tak mahu tunggu. Aku pusing dan buka pintu kecemasan.
Tangga.
Sepuluh tingkat. Aku mula menurun. Laju. Langkah aku kasar. Bunyi tapak kasut menghentak simen berkali-kali. Macam degup jantung aku yang makin menghentak tempurung kepala. Tangga bergema. Nafas aku makin berat.
Marah.
Aku marah. Pada Lily. Pada Is. Pada diri aku. Pada semua benda dalam dunia yang buat aku rasa... tak cukup.
"Kenapa kau ketawa tadi?"
"Kenapa kau tak menangis terus?"
"Kenapa aku rasa aku lemah bila aku lepaskan marah aku?"
Tangan aku genggam kuat. Penumbuk sampai urat timbul. Aku terus turun. Langkah makin laju. Makin gila. Kalau aku jatuh terguling pun aku tak peduli sekarang.
"AKU TAK BOLEH JADI LEMAH!"
Suara aku tenggelam dalam dinding konkrit. Tapi hati aku masih menjerit.
Tangan aku tolak pintu kecemasan. Bunyi besi bergeser kuat dalam malam yang pekak. Aku melangkah pantas keluar dari tangga kecemasan dan terus ke arah kawasan parkir bawah kondominium. Sunyi. Hanya lampu neon berkelip di penjuru lot.
Sentul. Kawasan yang tak pernah tidur. Tapi malam ini dunia aku sunyi macam liang lahad.
Kereta aku terparkir di hujung sekali. Di sudut paling jauh dari lif utama. Macam biasa. Aku tak suka orang tahu ke mana aku pergi. Aku ketap gigi. Langkah aku kasar. Nafas masih laju. Tangan aku seluk poket seluar. Keluar kunci.
Klik.
Lampu depan menyala. Aku buka pintu dan terus duduk. Tak buang masa. Tak buka radio. Tak fikir panjang. Aku hidupkan enjin. Bunyi raungan mesin isi ruang sempit dalam basement.
"Kau yang rosakkan dia."
"Sekarang giliran kau."
Aku tekan minyak. Kereta meluncur keluar dari kawasan kondominium menembusi lorong sempit Sentul, masuk ke lebuh raya yang gelap.
Arah aku satu saja: bangunan tinggal di pinggir daerah. Jauh dari CCTV. Jauh dari orang. Tempat di mana aku sembunyikan Acap.
Malam ini, aku bukan suami. Aku bukan lelaki waras. Aku cuma... algojo.
Stereng dalam genggaman. Kulitnya sudah mula haus, tapi aku masih suka rasa kasar itu. Rambut aku serabai dan aku tak peduli. Tak ada cermin, tak ada minyak rambut, tak ada sebab untuk nampak kemas. Dan entah kenapa... rambut macam ini buat aku rasa lebih hidup.
Tingkap kereta aku buka separuh. Angin lewat petang masuk perlahan, sapu sisi muka aku. Langit di luar mula bertukar warna dari biru ke kelabu, dari kelabu ke suram.
Aku tak pasang lagu. Bunyi enjin cukup. Bunyi angin cukup. Bunyi hati aku walaupun aku tak mahu dengar itu paling kuat sebenarnya.
Mata aku fokus ke jalan. Tapi fikiran aku jauh.
Langkah demi langkah. Gear demi gear.
Tangan kiri aku main di tingkap. Jari bergerak perlahan ikut rentak angin. Macam budak kecil. Tapi aku bukan budak.
Aku lelaki. Lelaki yang pernah kehilangan. Lelaki yang sudah simpan dendam terlalu lama.
Dan maghrib ini... aku pandu kereta bukan sebab nak ke mana. Tapi sebab aku tahu siapa yang tunggu di hujung jalan itu.
Acap.
"Kau ingat aku lupa?"
"Kau ingat aku maafkan?"
Mata aku sepet. Bibir aku ketap. Aku tekan pedal minyak perlahan. Kereta aku meluncur laju tapi gaya aku tetap tenang.
Kereta aku berhenti perlahan di hadapan bangunan tua itu. Enjin masih hidup. Lampu depan menyuluh dinding berlumut dan pintu besi berkarat. Bangunan lima tingkat. Tiada tingkap yang utuh. Tiada bunyi lain selain cengkerik dan angin.
Aku matikan enjin. Tarik brek tangan. Turun dari kereta perlahan. Langkah aku berat, tapi tak perlahan. Pintu besi aku tolak dengan tapak tangan. Bunyi geseran logam memecahkan sunyi petang yang hampir jadi malam.
Ruang dalam bangunan gelap, berdebu, dan berbau hapak. Tapi aku suka bau itu. Bau kematian yang tertangguh.
Tapak kaki aku bergema. Langkah demi langkah. Tangga konkrit itu retak, tapi aku sudah hafal setiap anak tangga.
Tingkat dua. Pintu besi kecil yang aku pasang sendiri tersorok di belakang satu ruang kosong.
Aku keluarkan kunci. Satu. Dua. Tiga. Bunyi mangga dibuka. Bunyi rantai besi ditarik. Dengar.
Bunyi nafas. Bunyi orang. Dia masih hidup. Bagus. Aku tolak pintu. Bau busuk menyambut aku. Campuran peluh, najis, darah lama.
Dalam ruang itu ada seorang lelaki. Terikat. Kurus. Pucat.
Acap.
Dia angkat kepala perlahan. Mata dia cari cahaya. Cari siapa yang masuk tapi dia tak tanya apa-apa. Tak jerit. Mungkin sudah terlalu penat.
Aku senyum kecil. Tutup pintu belakang aku perlahan.
Klik.
"Rindu aku?"
Acap terkejut. Mata dia terbeliak bila nampak aku. Badan dia cuba undur, tapi tak ke mana rantai besi itu masih mengikat kaki dan tangannya. Dia hanya mampu gementar.
Aku melangkah perlahan ke arahnya, satu tangan bawa lampu bateri. Yang aku beli semalam. Kecil, tapi terang. Cukup untuk aku tengok muka dia dalam gelap ini. Cukup untuk dia nampak senyuman aku.
Cahaya putih menyuluh muka Acap yang pucat, cengkung, bibir kering. Mata dia bengkak. Rambut tak tentu hala.
Lemah. Patutlah. Aku lupa sudah dua hari aku tak bagi dia makan atau minum. Mungkin sebab aku terlalu sibuk seksa orang lain.
Aku baling sesuatu ke arahnya. Botol air mineral. Masih bertutup. Belum buka. Botol itu jatuh berhampiran lutut dia.
"Minum."
"Kalau tangan kau boleh sampai lah."
Aku senyum. Bukan simpati. Cuma... puas. Macam tengok binatang yang kau bela, tapi kau biar dia kelaparan dulu sebelum bagi makan.
Acap pandang botol itu. Kemudian pandang aku. Dia tahu. Dia hanya hidup hari ini... sebab aku masih mahu dia hidup.
Suka cerita ini? Jangan lupa FOLLOW & KOMEN. Saya akan update Bab seterusnya lebih cepat.
Share this novel