Aku sangkut lampu bateri itu di dinding. Ada beberapa paku berkarat yang masih tertanam di simen. Cukup untuk tahan cahaya kecil itu dari jatuh.
Cahaya menyimbah ke satu sudut. Sudut di mana Acap terbaring, bersandar lemah. Lantai sejuk. Bau lembap dan seorang manusia yang hampir hilang bentuk asalnya.
Aku tarik kerusi usang ke tengah ruang. Duduk. Satu kaki aku silangkan. Tenang. Macam aku sedang menonton wayang.
Botol air masih dalam tangan aku. Aku buka penutup. Perlahan. Bunyi klik kecil bergema dalam ruang sempit.
Aku capai bahu Acap. Tubuh dia terkejut tapi tak mampu melawan. Tangan aku cari rahang dia, dan aku genggam kuat.
"Minum."
"Jangan buat perangai."
Aku angkat botol. Paksa bibir dia buka. Paksa air masuk. Dia batuk. Tersedak. Air mengalir keluar dari mulut. Sebahagiannya tumpah ke baju, sebahagiannya dia telan. Mata dia kabur. Nafas dia semput.
Tapi aku... aku sengih.
"Lemah betul kau sekarang... dulu... bukan main kuat sembang."
Aku letak botol itu atas lantai. Masih separuh isi. Aku sandar semula. Tangan aku berpeluk tubuh. Dan aku tenung Acap macam dia bukan manusia.
Macam dia cuma benda.
Aku tolak kepala Acap. Kuat. Kepala dia terhentak ke lantai. Bunyi tulang dengan simen bercantum buat aku senyum kecil.
Dia terbaring semula. Nafas pendek-pendek. Mata dia kabur. Tapi masih pandang aku.
Aku seluk poket seluar. Capai kotak rokok. Aku tarik satu, selit di bibir. Bunyi geseran api dari pemetik berbunyi jelas dalam ruang kosong itu.
Sekali petik. Menyala.
Aku sedut. Dalam. Nikmat asap masuk ke paru-paru, rasa yang tenang... Tapi bahaya.
Aku hembus perlahan. Asap itu berkepul naik ke udara, bergerak malas seperti kemarahan aku yang cuba aku tahan.
Aku tenung Acap. Dia masih tengok aku. Mata dia kosong. Lemah.
"Apa pandang-pandang aku?" Suara aku meletup. Aku bangun. Langkah aku pantas dan aku sepak muka dia.
Kasar. Kuat. Tak fikir. Bunyi daging dengan kasut. Bunyi geruh dia lepas terkena. Tubuh dia terhentak ke tepi.
"Kau fikir aku lupa apa kau buat?!"
"Kau fikir aku tak ingat malam tu?!"
Aku sedut rokok semula. Mata aku merah. Bukan sebab asap. Tapi sebab rasa dalam dada aku sudah tak boleh tahan. Acap menjerit perlahan. Suara dia pecah.
"Aku minta maaf, Rik... Aku betul-betul menyesal..."
Tangisan dia bukan lagi ego tapi tulen. Tapi aku sudah tak percaya air mata lelaki. Sebab aku pernah nampak empat lelaki menangis, tapi masih boleh ketawa selepas itu.
Aku ludah ke muka dia. Tepat. Melekit. Hina. Tangan aku capai kolar baju dia. Tarik dia rapat.
Rapat cukup sampai nafas kami bersilang.
Rokok di jari aku masih menyala. Asap naik ke mata. Tapi aku tak peduli. Aku bawa hujung rokok itu ke pipi dia. Acap tersentak.
"Rik... jangan... Rik... tolong—"
Terlambat.
Ssssssss—
Bunyi daging terbakar.
Acap menjerit kali ini kuat. Tangan dia cuba lawan, tapi tubuh dia tak larat. Aku tekan hujung bara itu lebih dalam.
Sekejap.
Seminit.
Cukup untuk buatkan pipi dia terbakar. Kulit dia melepuh. Bau daging terbakar mula naik. Aku sengih. Lepas itu aku campak rokok itu ke tepi.
Aku tolak tubuh Acap. Dia rebah semula ke lantai. Terkapai. Menggelupur. Mata dia merah, penuh air mata dan darah kecil dari pipinya.
"Baru satu."
Aku duduk semula. Tarik nafas panjang. Tenang.
"Jangan mati lagi, Acap. Aku baru mula."
Acap masih merayu. Suara dia pecah, penuh lendir dan ketakutan.
"Aku minta maaf, Rik... Tolonglah... Aku minta maaf... Aku tak tahu nak cakap apa lagi... Aku..."
Dia ulang dan ulang. Macam kaset rosak. Macam orang yang sudah tak tahu cara lain untuk terus hidup selain melutut dan mengemis. Tapi aku tak simpati. Aku benci.
Aku bangun perlahan. Langkah aku rapat semula ke arah dia. Lutut aku tekan dada dia sedikit. Bagi dia rasa aku di atas, dan dia di bawah tempat yang sepatutnya.
"Nasi... dah jadi bubur lah, Acap. Maaf kau tu tak ada nilai sekarang."
"Kau fikir kau boleh undur masa? Kau fikir aku lupa macam mana 'dia' menangis malam tu?"
Mata aku tepat pada mata dia yang sudah makin kabur. Pipi dia masih merah terbakar. Berasap halus. Aku tengok dan aku puas.
"Aku takkan bunuh kau cepat."
"Aku akan seksa kau... sampai mampus."
Aku bisik tiga patah terakhir itu perlahan. Dekat dengan telinga dia. Bagi dia rasa. Bagi dia faham kematian itu bukan ancaman. Kematian itu hadiah.
Dan dia belum layak terima hadiah itu. Acap terbatuk-batuk. Nafas dia tersekat. Dada dia turun naik dengan perlahan. Kaki dia bergerak sikit tapi sia-sia. Rantai besi tu masih kuat. Masih membelit tubuh dia macam ular yang belum kenyang.
Tangan dia cuba tarik. Tapi tak ke mana. Cuma bergesel dengan besi, sampai daging hampir terkoyak. Aku perhati.
"Kau tahu, Acap..."
Aku tunduk sikit. Suara aku perlahan. Tapi jelas.
"Kau bukan sorang."
Acap diam. Mata dia terbelalak perlahan.
"Aku akan bawa tiga ekor lagi. Biar kau ada kawan nanti."
"Biar kau semua... mati bersama."
Aku senyum. Selepas itu aku ketawa. Kuat. Lama. Bergaung dalam ruang kosong itu. Ketawa yang tak ada batas. Ketawa yang penuh sakit. Ketawa yang bukan lagi dari manusia waras.
"HAHAHAHAHAHA!!!"
Bunyi suara aku bergema dalam dinding simen.
Melayang. Berpantul. Seolah-olah bangunan itu sendiri tahu, neraka sudah bermula.
Acap pejam mata. Air mata dia keluar perlahan. Bukan sebab sakit tapi sebab dia tahu ini baru permulaan.
Aku dekat lagi. Langkah aku perlahan tapi tetap berat. Macam tanah ini sendiri rasa berat dengan kemarahan aku.
Aku berdiri betul-betul di atas kepala Acap. Dia tak tengok aku. Tapi aku tahu dia dengar setiap nafas aku. Setiap hembusan marah yang sudah lama aku simpan.
"Kau tahu apa paling aku benci, Acap?"
Suara aku bergetar. Tapi bukan sebab takut. Sebab terlalu banyak yang aku nak luah... dan semuanya berbentuk luka.
"Aku tengok..."
"Berjuta kali aku tengok rakaman tu."
Acap buka mata perlahan. Mata dia cari aku, tapi cepat-cepat alih balik. Dia tahu dia nampak neraka dalam mata aku.
"Sedap kau dalam tu, ya?"
"Kau gelak? Kau bersorak? Kau tepuk tangan?"
"Kau... hina dia?"
Aku jongkok. Muka aku dekat dengan muka dia.
"Kau hina dia... bermakna kau hina aku."
"Kau sentuh dia... seolah kau ludah dalam dada aku sendiri."
Tangan aku genggam erat. Urat aku sudah naik.
"Sebab dia bukan sekadar perempuan. Dia... satu-satunya yang buat aku rasa hidup."
Aku pejam mata sekejap. Nafas aku panjang. Acap tutup mata. Dia geleng kepala perlahan. Tak nak dengar. Tak nak ingat. Tapi aku tak bagi dia lari.
Benda ini belum habis. Aku bangun. Langkah aku makin dekat ke tubuh dia yang terbaring.
"Empat orang, Acap!"
"Empat ekor jahanam!"
Suara aku pecah dalam ruang itu. Suara aku bergema, bukan sebab kuat tapi sebab sakitnya tak mampu aku simpan lagi.
"Empat orang... yang aku percaya gila dari dulu."
"Kita makan sama. Ketawa sama. Tidur bilik sama."
"Dan kau... dengan mereka... buat benda tu?"
Aku pandang dia. Mata aku merah. Nafas aku tercungap. Tangan aku sudah mula menggigil.
"Kau tahu apa paling sakit?"
"Bukan sebab kau rogol dia tapi sebab aku tengok video tu..."
"Dan aku kenal setiap suara... termasuk suara kau."
Acap teresak. Tangan dia cuba tutup telinga walaupun terikat. Aku capai tangan dia. Tarik ke bawah. Paksa dia dengar.
"Kau tahu betapa bodohnya aku rasa? Betapa hinanya aku jadi lelaki yang tak mampu lindung orang yang aku..."
Aku terhenti. Dada aku sesak. Bukan sebab letih tapi sebab rasa sayang dan benci bercampur. Aku gigit bibir. Mata aku pejam.
"Empat orang, Acap dan kau salah seorang dari neraka tu."
Aku tak tahan. Air mata aku meleleh. Panas. Tak tertahan lagi. Dada aku rasa sempit macam nak pecah. Berat. Terlalu berat.
Aku mundar-mandir di depan Acap. Langkah aku serabut. Nafas aku kasar. Acap masih merayu. Suara dia makin kecil, makin parah tapi aku tak peduli.
Sial. Kenapa kau buat macam tu pada dia? Mata aku liar. Dan aku nampak sesuatu.
Kayu.
Tertanam paku berkarat di hujung. Terbiar di penjuru bilik sejak minggu lepas. Aku capai kayu itu. Berat. Tajam. Keras. Sama macam rasa dalam hati aku sekarang.
Aku jalan pantas ke arah Acap. Dia nampak. Dia cuba bergerak. Tapi rantai besi itu menahan dia.
"Rik... tolong..."
"Aku minta maaf..."
Terlambat. Aku angkat kayu dan aku hayun terus ke belakang badan dia.
PANGGG!
Jeritan dia kuat tapi aku buat pekak. Aku hayun lagi.
PANGG! PANGG! PANGG!
Kayu itu menghentam tubuh dia, belakang, rusuk, bahu, pinggul. Darah mulai keluar. Baju dia koyak. Kulit dia melecet. Paku itu koyakkan daging.
Tapi aku tak berhenti. Aku terus pukul. Terus hayun. Terus lepaskan semua racun dalam dada aku.
"Kau ROSAKKAN DIA!"
"Kau HINA DIA!"
"Kau RAMPAS HIDUP AKU!"
Acap sudah tak jerit. Tubuh dia cuma terkulai. Tangan dia tergeletak. Nafas dia perlahan. Tapi dia masih hidup.
Masih bernafas.
Aku jatuh terduduk. Kayu itu jatuh berdentum. Tangan aku berlumur darah. Muka aku masih basah dengan air mata. Tapi aku tak rasa puas.
Aku cuma rasa...
kosong.
Share this novel