Ezrik Aslan kelihatan sempurna - bijak, tenang, berkerjaya, dan tak pernah gagal. Tapi di balik mata yang diam itu, ada sesuatu yang lebih kelam dari dendam, dia mahu seseorang menderita. Perlahan-lahan. Sampai hancur. Ketika dunia fikir dia sedang membina kehidupan, Ezrik sebenarnya sedang merancang penyeksaan. Lily Amanda, wanita yang kini sah menjadi isterinya, dijadikan boneka dalam perkahwinan yang penuh seksa psikologi. Ada ketikanya dia disayangi. Ada masanya dia dipijak semahu-mahunya. Semuanya nampak tak masuk akal. Tapi Ezrik tahu apa yang dia buat. Dia tahu bila mahu senyum, bila mahu menghukum. Dan dia tahu siapa musuh sebenar dalam hidupnya. Tapi apa yang dia tak tahu... Adakah dia membalas dendam pada orang yang salah? Atau dia sendiri terperangkap dalam permainan ciptaannya? Semuanya bermula... sejak seorang perempuan itu hilang. Sejak malam yang penuh darah itu. Sejak nama itu berhenti diseru - Ghea Edriana.
Update 16 August 2025
2025-08-11 1 Replies
tq double update
2025-07-26 1 Replies
tq update..
2025-07-15 1 Replies
aduh mmg sadissssssss