Bab 73

Thriller Series 1870

Aku hentak gear ke P. Enjin masih hidup. Lampu jalan dan neon hospital menyimbah cahaya putih kekuningan, tapi pandangan aku cuma fokus pada Ghea. Nafas dia lemah. Bibirnya masih bergerak perlahan, tapi tak keluar suara.

Aku buka pintu pemandu, keluar dengan tergesa. Pintu belakang aku hempas kasar. Tangan aku masuk dan peluk tubuh Ghea, satu tangan sokong kepala dia. Badannya ringan terlalu ringan tapi hangatnya bercampur bau darah dan peluh terus tembus ke kulit aku.

Aku jalan laju. Tumit kasut aku hentak lantai tar depan unit kecemasan.

"TOLONG! TOLONG AKU!!" suara aku bergema sampai memantul pada dinding kaca.

Pintu automatik kecemasan terbuka. Bau ubat dan antiseptik menyergap. Dua orang jururawat yang sedang berbual terus terpaku, mata mereka membesar tengok keadaan Ghea.

"Cepat! Dia berdarah teruk! Dia... dia tak sedar!" Nafas aku tercungap.

Seorang nurse tinggi dengan scrub biru terus tarik katil roda yang tersandar di tepi dinding. Bunyi roda berdecit bila dia tolak laju.

"Baringkan sini, cepat!" katanya.

Aku letak Ghea perlahan, tapi tangan aku tak mahu lepas. Nurse lain, perempuan bertudung dengan clipboard di tangan mula tanya soalan. "Apa jadi? Sudah berapa lama dia dalam keadaan macam ni?"

"Jangan banyak tanya, rawat dulu! Dia kena..." suara aku pecah. Aku tak sanggup sebut.

Mereka tolak katil itu masuk ke dalam lorong putih. Aku ikut dari belakang, tapi seorang lelaki berjaket hospital berdiri halang, tangan terangkat. "Encik, tunggu di sini. Kami akan uruskan."

"Jangan halang aku!" Aku tolak dadanya. Dia cuba bertahan. Aku hampir hayun tangan, tapi pintu ayun sudah terhenti di hadapan aku.

Bunyi tapak kaki, arahan perubatan, dan roda katil bergeser di lantai bercampur jadi satu. Degup jantung aku bertukar ikut tempo langkah mereka yang semakin jauh.

Aku berdiri di tengah ruang menunggu yang kosong. Nafas aku laju, tangan aku menggenggam hingga buku jari putih. Mata aku masih ke arah pintu yang baru menelan Ghea, macam kalau aku pandang cukup lama, pintu itu akan buka balik dan dia akan berdiri depan aku... macam tak ada apa-apa yang jadi.

Seorang nurse perempuan muda keluar semula dari pintu ayun, peluh di dahi bercahaya kena lampu. Dia tarik nafas sebelum bercakap.

"Encik... sekarang Encik kena tunggu dulu. Kami akan rawat dia sebaik mungkin, secepat mungkin. Keadaan dia kritikal. Tolong beri ruang."

Aku masih berdiri, jari jemari aku bergetar. Nafas naik turun laju.

"Aku tak peduli berapa pun kos dia. Letak dia di wad paling mahal, paling selamat dalam hospital ni. Aku sanggup bayar berapa pun!" suara aku pecah, lebih kuat daripada yang aku sangka.

Nurse itu terdiam sekejap, pandangan dia merenung aku mungkin terkejut dengan nada aku. Dia kemudian angguk cepat-cepat. "Baik, Encik. Kami akan pastikan dia dapat rawatan premium."

Aku seluk tangan ke dalam poket blazer, keluarkan kad kredit hitam yang tebal dan letak di meja kaunter dengan hentakan kuat.

"Gunakan ini. Kalau tak cukup, hubungi aku terus. Nama aku Ezrik Aslan. Aku tak nak ada orang lain sentuh dia kecuali doktor paling berpengalaman kat sini. Faham?"

Nurse itu mengangguk lagi, cepat-cepat ambil kad itu sambil menulis sesuatu di clipboard. Dia kemudian panggil staff lain untuk urus kemasukan ke wad VIP.

Aku masih pandang pintu ayun itu, rasa macam kalau aku blink terlalu lama, aku akan hilang jejak dia sekali lagi. Tangan aku menggenggam erat telefon Ghea yang aku jumpa tadi, panasnya masih melekat di tapak tangan, mengingatkan aku apa yang aku nampak... video yang buat aku rasa nak bunuh satu persatu muka dalam rakaman itu.

Aku bersandar sekejap pada dinding kaca. Mata aku masih merah, tapi hati aku sudah mula gelap. Mereka fikir aku takkan jumpa? Mereka fikir aku akan maafkan?

"GHEAAAAA!!!" Aku menjerit sekuat hati sampai urat leher aku timbul. Suara aku memantul di setiap dinding lobi unit kecemasan itu, membuatkan semua orang terhenti dan memandang.

Aku hempas penumbuk ke dinding kaca BANGGG! bunyi retak halus kedengaran. Sakitnya tak terasa, cuma darah mula merembes di buku lali jari aku.

"Kenapa kau tak jawab telefon aku... kenapa kau pergi sorang... kenapa dia orang sentuh kau..." suara aku bergetar, patah-patah. Air mata dah tak malu jatuh, panasnya mengalir laju.

Aku rapatkan dahi ke dinding, nafas aku berat. "Muka kau... muka kau tadi... badan kau..."

Gambarannya berulang-ulang dalam kepala aku, macam filem rosak yang tak boleh dimatikan. Setiap kali bayangan itu datang, aku rasa perut aku dipulas dan otak aku terbakar.

Aku genggam telefon entah siapa dalam poket dan video itu masih ada. Wajah mereka. Suara gelak mereka. Suara Lily. Semua itu menusuk macam duri ke tulang. Pasti telefon ini mereka tak sedar terjatuh tadi...

"Aku sumpah... aku akan bunuh kau orang semua. Aku akan kerat satu-satu sampai kau merayu nak mati. Aku akan buat kau rasa apa Ghea rasa." Nafas aku makin laju, suara aku makin rendah tapi setiap patah perkataan penuh racun.

Aku jatuh terduduk di lantai, tangan aku memeluk kepala. Tangisan dan nafas berat bercampur. Perasaan aku hancur, tapi di tengah runtuhan itu, satu benda mula membuak dendam. Dendam yang aku tahu, tak akan ada siapa pun boleh hentikan.

***

Beberapa jam berlalu, tapi bagi aku macam bertahun. Setiap kali pintu unit kecemasan terbuka, jantung aku terhentak tapi bukan aku yang dipanggil.

Akhirnya, pintu itu terkuak perlahan. Seorang doktor lelaki keluar, wajahnya serius, tangan masih berlumuran kesan sarung tangan yang baru dibuka.

"Aku Ezrik Aslan." Suara aku serak, hampir hilang. "Macam mana dia?"

Doktor tarik nafas panjang, pandang tepat ke mata aku. "Dia masih hidup."

Aku terpaksa pegang kerusi di sebelah untuk tak jatuh. Lega tapi wajah doktor itu masih tegang.

"Cuma..." Dia buka fail di tangannya. "Dia mengalami pendarahan dalaman yang serius di bahagian rahim dan paha. Ada luka koyakan yang dalam. Tulang rusuk kiri retak. Lebam di seluruh badan, termasuk bahagian leher yang menunjukkan kesan cekikan kuat."

Aku pejam mata. Gambarannya menyerbu masuk ke kepala aku. Aku rasa macam nak muntah.

"Dia juga alami trauma kepala kemungkinan gegaran otak. Kita kena pantau rapi sebab dia masih tak sedar. Kalau dia tak sedar dalam 48 jam, kita mungkin kena buat imbasan lanjut."

Setiap ayat doktor itu macam pisau disiat perlahan di kulit aku. Aku genggam penumbuk sampai buku lali putih.

"Dan..." doktor sambung, suaranya perlahan, "ada kesan serangan seksual bergilir. Kita dah ambil sampel DNA untuk laporan forensik. Keadaan ini... sangat kejam."

Aku tunduk, tapi bahu aku bergegar. Air mata jatuh, bukan sebab sedih semata-mata tapi marah. Marah yang pekat, hitam, dan tajam.

"Boleh aku tengok dia sekarang?" Suara aku rendah, tapi ada nada ancaman kalau dia cakap tidak.

Doktor mengangguk perlahan. "Dia dalam wad ICU VIP. Kami buat yang terbaik. Tapi, encik... apa yang kami tengok tadi, itu bukan sekadar jenayah. Itu penyeksaan."

Aku pandang doktor, mata aku merah menyala. "Dan aku akan pulangkan semula penyeksaan itu... kali ganda."

Doktor membelek lagi helaian laporan. Suaranya makin perlahan, seolah takut ayat seterusnya merobek aku dari dalam.

"Encik Ezrik... ada satu lagi perkara."

Aku pandang tepat ke matanya. "Apa?"

Dia tarik nafas. "Kami dapati... pesakit sebenarnya sedang mengandung tapi... janin itu tak dapat diselamatkan. Dia keguguran akibat kecederaan teruk di bahagian rahim."

Aku rasa dunia ni beku. Nafas aku terhenti separuh. "A... apa kau cakap tadi?"

"Puan Ghea... sedang mengandung. Berdasarkan usia janin, mungkin sekitar sembilan minggu."

Aku terkaku. Mengandung? Kepala aku berpusing. Macam mana aku tak tahu? Kenapa dia tak beritahu?

Suara doktor seterusnya jadi bunyi kosong di telinga aku, tapi ayat itu tetap tembus, janin tak dapat diselamatkan.

Aku rasa darah aku naik ke muka. Mata aku terbeliak, dada aku berombak kuat. Gambar Ghea senyum, ketawa, semua terpapar tapi kali ini, ada bayangan dia pegang perutnya, perut yang sepatutnya bawa anak aku.

Aku gigit gigi sampai rahang berbunyi. Air mata jatuh laju tanpa aku sedar. Bukan air mata lemah tapi air mata seorang lelaki yang baru hilang sesuatu yang tak pernah dia tahu wujud... dan dirampas dengan kejam.

"Anak aku..." aku bisik, suara bergetar. "Itu anak aku."

Doktor diam, mungkin sedar aku bukan lagi sekadar sedih. Ada sesuatu yang gelap menyala dalam mata aku.

Aku mengangkat wajah, renung doktor tanpa berkelip. "Mereka yang buat ni... takkan hidup lama."

Aku tolak daun pintu kaca ICU perlahan-lahan. Bau antiseptik menusuk hidung. Bunyi mesin monitor beep satu-satu menusuk telinga, setiap dentingan macam jarum menusuk jantung aku.

Ghea terbaring di katil putih, tubuhnya berselimut hingga paras dada. Wajahnya pucat, bibir pecah, dan ada kesan lebam di tepi dahi. Tangan kirinya diselangi jarum drip, bersambung dengan tiub ke beg cecair lutsinar.

Aku melangkah perlahan, seperti setiap langkah membawa aku lebih dekat kepada kebenaran yang aku tak sanggup terima.

"Sayang..." suara aku bergetar. Aku duduk di kerusi sebelah katil, capai tangannya yang sejuk. Jari-jarinya tak genggam balas.

Air mata aku jatuh tanpa segan. "Maafkan aku... aku lambat." Nafas aku jadi berat. "Kalau aku sampai awal... kau takkan macam ni... anak kita... takkan..." suara aku tersekat, dada aku rasa macam kena pijak.

Aku tunduk, kucup belakang tangannya lama-lama. "Aku sumpah, Ghea... semua yang sentuh kau, semua yang buat kau macam ni... aku akan heret satu-satu. Aku akan pastikan mereka rasa sakit berkali ganda. Aku akan bunuh mereka... perlahan-lahan..."

Jari aku menggenggam tangannya lebih kuat, seolah-olah aku nak pindahkan tenaga aku ke dalam tubuh dia.

"Buka mata, Ghea... tengok aku. Aku tak mintak banyak. Sekali saja... pandang aku, tunjuk yang kau masih ada dengan aku."

Tapi dia tetap diam, hanya bunyi mesin yang menjawab. Aku pandang wajahnya lama-lama. Dalam hati aku, aku janji bermula malam ini, satu nama akan mula dicoret di senarai kematian aku dan senarai itu... akan habis bila darah terakhir mereka kering di tangan aku.

Tangan aku perlahan-lahan bergerak ke bawah, hinggap di perutnya yang rata. Aku usap perlahan, jemari aku terketar.

"Di sini..." suara aku pecah, hampir berbisik. "Di sini rupanya... anak kita pernah ada."

Aku tunduk, dahi aku jatuh di atas selimut yang menutupi perutnya. Nafas aku berat, dada aku bergoncang. Aku senyum... tapi senyum yang pedih, macam luka yang disiram garam.

"Aku... aku sepatutnya ada masa tu, Ghea. Aku sepatutnya jaga kau... jaga dia." Air mata aku jatuh satu-satu di atas kain. "Aku gembira... walaupun kau tak sempat beritahu aku. Aku bangga, Ghea. Aku bangga kita hampir ada sesuatu... yang milik kita berdua."

Aku usap lagi perutnya, kali ini dengan penuh berhati-hati, seolah-olah anak itu masih ada di situ dan aku tak mahu menyakitinya.

"Tapi mereka... mereka sudah rampas semua dari aku." Suara aku berubah, dari sedih jadi dingin. "Anak aku. Kebahagiaan aku. Kau."

Aku angkat wajah, pandang muka Ghea yang masih terpejam. Mata aku basah tapi berapi. "Demi kau, dan demi anak kita yang mereka bunuh... aku akan pastikan mereka semua mati."

Jemari aku masih di perutnya, tapi hati aku sudah mula membentuk bayangan, bayangan darah, jeritan, dan wajah-wajah yang akan menjerit minta nyawa sebelum aku tamatkan mereka.

Aku masih di situ, duduk di kerusi tepi katilnya, jemari aku tak lepas dari perut Ghea. Nafas aku perlahan, tapi mata aku kosong. Semua rasa sedih, marah, kecewa, dendam bercampur jadi satu racun dalam kepala aku.

Bunyi monitor nadi Ghea berbunyi stabil. Dia masih hidup... dan selagi dia hidup, aku akan pastikan mereka semua mati.

Lampu wad malap. Aku tunduk sekali lagi, cium dahinya perlahan. "Aku janji, Ghea. Aku tak akan berhenti... sampai darah mereka mengalir macam darah kau malam tadi."

Aku genggam tangannya erat, terlalu erat. Seolah kalau aku lepaskan, dia akan hilang sekali lagi.

Dan dari saat itu... Ezrik Aslan yang dulu mati. Yang tinggal hanyalah lelaki yang akan membakar dunia untuk membalas setiap luka yang mereka bagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience