BANGG!
BANGG!
BANGG!
Kepala aku terus-terusan dihentak ke lantai simen keras. Setiap kali tengkorak aku menghentam permukaan itu, cahaya dalam penglihatan aku berkelip macam lampu rosak. Rasa logam memenuhi mulut, darah aku sendiri.
Arif tekan dada aku dengan lututnya, berat, menghimpit nafas. Dia sengih, gigi kuning dia dekat betul dengan muka aku. Nafas dia berbau masam bercampur rokok basi.
"KAU TAHU TAK, EZRIK..." Arif berbisik, tapi cukup kuat untuk menikam telinga aku, "MASA KAMI ROGOL SAMA... GHEA TU SUDAH TAK LARAT NAK JERIT. DIA CUMA MENANGIS... MENANGIS SEBUT NAMA KAU DAN DIA SUDAH LEMAH... TAPI AKU TETAP MASUKKAN TUJAH BERKALI-KALI. AKU NAK DIA INGAT BAU AKU SAMPAI DIA MAMPUS!"
Aku gigit gigi. Dada aku berombak, tapi tangan aku langsung tak ada tenaga nak tolak dia.
BANGG!
Dia hentak lagi kepala aku. Kali ini aku rasa dunia berpusing. Bunyi degupan jantung aku sendiri menguasai telinga.
"AKU TENGOK MATA DIA MASA TU..." Arif sambung, suaranya jadi semakin jijik, "...MATA DIA PUTIH MACAM NAK MATI. AKU SUKA GILA TENGOK DIA MACAM TU. RASA PUAS, WEH! HAHAHAHAHA!"
Gelak dia bergema, melantun dekat dinding simen bangunan usang ini. Aku rasa marah aku memuncak sampai tekak aku perit nak menjerit, tapi badan aku sudah tak mampu. Aku cuma sempat sebut nama Ghea dalam hati... sumpah, aku tak akan mati sebelum aku koyak tubuh Arif dengan tangan aku sendiri.
Arif terus hentak kepala aku lagi dan lagi.
BANG!
BANG!
Sampai aku rasa panas darah menitik dari belakang kepala. Nafas aku makin berat. Pandangan aku semakin gelap... tapi dendam aku menyala, makin kuat membakar.
Pandangan aku kabur, tapi satu benda berkilat di lantai sempat menangkap mata aku iaitu pisau lipat Arif. Jaraknya tak sampai sejengkal dari hujung jari aku. Aku kerah baki tenaga, jari aku merangkak perlahan, darah menitis dari kepala, sampai akhirnya aku genggam besi itu.
Tanpa fikir panjang...
SRAKK!
Aku tikam tepat ke rusuk kiri Arif.
"AARRGHHH!!!" jerit dia, terundur ke belakang sambil peluk rusuknya. Darah pekat mula merembes, membasahi bajunya. Dia jatuh mengerang, tapi mata dia masih liar, masih menyala macam binatang yang luka tapi belum mati.
Aku tolak tubuh aku sendiri, perlahan-lahan bangun. Kepala aku berdenyut gila, darah panas menuruni sisi muka, tapi aku tegak juga. Nafas aku kasar, setiap hembusan bercampur marah.
Aku pandang dia tepat, suara aku berat dan serak, "ARIF... SEKALI LAGI KAU HINA GHEA DEPAN AKU... SUMPAH AKU TAK AKAN BAGI KAU MATI CEPAT."
Suara aku bergema dalam bangunan usang itu. Arif membalas dengan senyum sinis walau wajahnya pucat menahan sakit. Dia tahu amaran aku bukan kosong ini janji darah.
Arif ketawa sinis, taringnya bersalut darah. "KAU INGAT KAU AKAN MENANG, RIK?"
Belum sempat aku balas, dia menerpa macam harimau lapar.
GEDUUK!!!
Tubuh aku dirempuh kuat, pisau lipat di tangan aku terpelanting ke lantai, berputar sebelum senyap.
KLENG...
Arif terus tolak aku sekuat hatiz
BRAKK!!!
Belakang aku hentam dinding simen sebelum aku jatuh ke lantai. Dia naik atas aku, penumbuknya jatuh bertubi-tubi ke pipi aku.
DEGUM!!!
DEGUM!!!
DEGUM!!!
Darah terpercik dari bibir, telinga aku berdesing, pandangan makin kabur. Aku cuba halang, tapi dia terlalu laju. Nafas dia kasar, mata dia liar penuh dendam.
"HAHAHA! KAU TAHU TAK, EZRIK..." Dia hentak lagi sekali penumbuk ke rahang aku. "RUMAH KAMPUNG KAU TU... AKU YANG BAKAR!"
DEGUM!!!
Aku ternganga, darah hangat mengalir dari tepi mulut.
"Aku bakar semuaaa! Aku nak kau rasa hilang macam mana aku rasa! Keluarga kau itu..." dia sengaja tunduk dekat telinga aku, bisik sambil senyum jijik, "... patut pun mati macam anjing."
Aku rasa dada aku bergetar, bukan sebab sakit tapi sebab amarah yang membuak sampai nak meletup.
Arif seret aku macam kain buruk, tapak kasutnya menggesel lantai simen yang berdebu. Nafas aku berat, kepala berdenyut macam nak pecah.
"Jom, aku tunjuk kau jalan terakhir kau," suaranya rendah tapi beracun.
GESERRR!!!
Badan aku ditarik sampai ke hujung bangunan. Angin siang menerpa wajah, dan dari sini aku nampak jelas dari tebing ini yang di bawah ada longgokan batu bata, besi karat, serpihan kaca. Kalau jatuh, memang hancur.
Arif berdiri sambil memegang kolar t-shirt aku, wajahnya rapat ke muka aku yang basah darah.
"SEKLI TOLAK... SETEL. EZRIK ASLAN MAMPUS."
Aku cuba bertahan, genggam hujung lantai dengan jari yang bergetar, cuba tahan diri daripada rebah. Pandangan aku makin berpinar, tapi hati aku menolak untuk mengaku kalah.
Arif sengaja tersenyum puas. "Kau tahu tak..." Dia tarik aku sedikit lebih dekat ke tepi, biar kaki aku separuh tergantung. "...aku suka tengok muka kau macam ini. Lemah. Tak berdaya."
Tanpa amaran, dia...
PTUIHH!!!
Ludahnya panas, bercampur hanyir darah, tepat mengenai pipi aku. Aku genggam rahang, cuba sedut nafas dalam-dalam. Kalau aku pengsan sekarang... habislah.
Arif tunduk, tangan capai sesuatu di lantai. Bunyi besi bergesel dengan simen kedengaran.
KLANGGG!!!
Sebatang kayu baseball milik aku berbalut grip getah hitam kini dalam genggamannya.
Dia putar-putar kayu itu di tangannya, mata tak berkelip memandang aku yang terduduk, separuh terkulai di hujung lantai.
"SEBELUM KAU MATI JATUH... AKU NAK PASTIKAN MUKA KAU INI... HANCUR. BIAR ORANG TAK KENAL SIAPA EZRIK ASLAN LAGI..."
Dia ketawa perlahan, ketawa yang naik turun, psiko, macam dia sedang menikmati bayangan itu. "GHEA AKAN TENGOJ SENDIRI... LELAKI YANG DIA CINTAI... TAK ADA RUPA LAGI."
Aku cuba bangun, tapi kaki rasa berat macam diikat batu. Darah menitik dari kening, masuk ke mata, pedih. Nafas aku berombak, dada terasa sempit.
Arif melangkah perlahan, setiap langkahnya. TOK... TOK... TOK memantul di dinding bangunan usang ini. Dia sengaja menghentak-hentak kayu itu ke lantai BAM! BAM! seolah memanaskan aku sebelum pukulan sebenar.
"Aku cakap... BANGUNLAH, Ezrik!" Dia jerit sambil menghayun kayu itu ke sisi kepala aku. Aku sempat tunduk, tapi separuh tenaga aku sudah habis. Tangan aku cuba pegang hujung kayu, tapi Arif tarik semula dengan mudah, tubuh aku terdorong ke belakang hampir-hampir jatuh dari hujung bangunan.
"ALAHAI... HERI KITA SUDAH NAK TUMBANG RUPANYA," dia hina sambil senyum sinis. "SEDIH BETUL AKU TENGOK KAU."
Aku paksa diri tegakkan badan, genggam penumbuk walaupun pergelangan terasa longgar. Dalam kepala aku cuma ada satu suara, jangan bagi dia menang.
Arif berdiri tegak di hadapanku, senyum sinis terbentuk di bibirnya. Kayu baseball itu dia pegang dengan dua tangan, perlahan-lahan dia mula mengangkatnya tinggi, seperti sedang menikmati setiap detik sebelum memecahkan kepalaku. Bunyi grip getah kayu itu bergesel di jarinya kedengaran sret... sret..., dan matanya hanya fokus pada aku.
"AKHIRNYA, EZRIK... MASA KAU SUDAH SAMPAI," dia berbisik, nadanya tenang tapi penuh niat membunuh.
Aku hanya mampu memandang, kepala berdenyut, tangan cuba bertahan di lantai yang keras. Nafas aku berat, tapi mataku tetap tak lepas dari pandangan Arif.
Kayu itu mula turun, perlahan tapi pasti...
SWOOSHHHHHHHH!!!
Ia memotong angin. Tiba-tiba satu jeritan nyaring memecah udara.
"ABANG, BERHENTI!!!"
Lily entah dari mana muncul, melangkah ke hadapan tepat di antara aku dan Arif. Dia menolak sedikit bahu abangnya, tapi semuanya berlaku terlalu pantas.
BEDUUMMMMMMMMM!!!
Bunyi kayu baseball itu menghentam sesuatu tapi bukan kepala aku. Ia menghentam tepat di sisi kepala Lily dengan kuasa penuh. Mata Lily terbeliak, mulutnya ternganga, darah serta-merta memercik ke udara. Tubuhnya melayang ke belakang seperti boneka yang terputus talinya, keluar dari pinggir tebing lantai bangunan usang itu.
"LILY!!!" jerit aku, suara serak bercampur panik.
GDEBBAKKKKKKK!!!
Dia jatuh bebas ke bawah, tubuhnya menghentam longgokan batu bata di bawah dengan bunyi GDEBBAKK!!! yang memedihkan telinga. Debu berterbangan, batu bata berderai, dan tubuh Lily terkulai tak bergerak.
Arif terdiam seketika, matanya membulat melihat adiknya sendiri terhempas di bawah. Nafasnya terhenti, tapi wajahnya tak sempat berubah sebelum aku mula rasa satu gelombang marah yang membuak dari dalam dada.
Arif membeku satu saat, kemudian jeritannya memecah udara.
"LILYYYY!!!"
Suara dia bergema di seluruh bangunan usang itu, menampar dinding-dinding konkrit yang sudah retak. Nafasnya jadi liar, matanya liar memandang ke bawah tebing bangunan.
Aku perlahan-lahan mengundurkan diri dari tepi, langkah berat tapi penuh waspada. Aku tak mahu Arif tiba-tiba tersedar dan menerpa lagi.
"LILY!!!" jeritnya lagi, kali ini suaranya bergetar. Dia melutut di hujung tebing, kedua-dua tangannya mencengkam rambut, matanya terfokus pada tubuh adiknya di bawah sana. Kepala Lily pecah di satu sisi, darah membentuk tompokan besar di celah batu bata yang berselerak. Mata dia terpejam, tubuhnya kaku tiada lagi nafas.
"Lily... bangunlah... BANGUN!!!" Arif terus menjerit, nadanya berubah antara marah, sedih, dan tak percaya. Dia memanggil nama adiknya berkali-kali, suaranya semakin parau.
Aku berdiri sedikit jauh, memerhati dari sisi. Walaupun seluruh tubuhku sakit dan kepala masih berdarah, hatiku puas melihat Arif terjerumus dalam rasa kehilangan yang dia sendiri cipta.
Lily sudah mati. Mati di tangan abangnya sendiri.
"Arif... cukup... jangan..." suara Paan kedengaran serak dan lemah dari hujung ruang, rantai di kakinya berbunyi bergeser di lantai simen.
Aiman pula batuk kecil sebelum sempat bersuara, "Arif... berhenti... tolong..."
Acap cuma mampu mengerang, suara dia hampir tenggelam. Semua bunyi itu bercampur jadi satu, lemah tapi cukup untuk bergema dalam ruang kosong bangunan.
Arif masih melutut di hujung tebing, bahunya berombak-ombak menahan marah dan sedih. Dia menjerit nama Lily lagi, kemudian perlahan berpaling memandang aku. Mata dia merah menyala, urat di leher tegang, nafasnya berat.
"KAU!!!" jeritnya lantang sampai bergema. "SEMUA SALAH KAU, EZRIK! KALAU BUKAN SEBAB KAU, LILY TAK AKAN MATI!"
Aku hanya berdiri tegak walaupun kepala berdenyut dan darah mengalir ke pipi. "Kau yang bunuh dia, Arif," aku balas dengan suara rendah, tapi cukup jelas.
Arif berdiri perlahan, menggenggam kayu baseball itu lagi, matanya langsung tak berkelip dari aku. Nafasnya kedengaran seperti bunyi binatang yang bersedia membaham.
"KAU PEMBUNUH!!!" dia menjerit lagi, lalu melangkah lebar ke arah aku.
BAM!
BAM!
BAM!
Penumbuk Arif mendarat di muka aku bertubi-tubi kiri, kanan, kiri lagi. Bunyi tulang rahang aku berkeretak, kepala aku terhentak ke lantai setiap kali tumbukan dia singgah. Darah terasa panas mengalir dari hidung dan bibir, menitis ke simen kelabu yang berdebu.
Aku cuba angkat tangan untuk lindung muka, tapi setiap kali aku cuba, Arif tolak semula dengan kekuatan penuh. Nafas dia berat, setiap tumbukan datang bersama jeritan, "SEMUA INI SALAH KAU! KAU PEMBUNUH LILY!"
Pandanganku mula kabur. Lantai simen yang dingin itu makin terasa sejuk melekat di pipi aku. Rasa besi berkarat dari darah sendiri membanjiri mulut.
"Aku sumpah... kalau bukan sebab kau... dia masih hidup..." Arif merendahkan muka, tangan masih menggenggam kolar aku dengan kuat, nada suaranya separuh terketar, separuh penuh benci.
Aku cuma mampu tarik nafas panjang, cuba tahan diri dari terus rebah tak sedarkan diri.
Aku pejam mata perlahan-lahan. Terlalu sakit. Kepala macam nak pecah.
Telinga aku... berdesing kuat. Bunyi macam siulan panjang, memekakkan segala suara lain. Pandangan aku mula berpinar warna cahaya siang di luar tingkap bangunan usang ini bercampur jadi kabur, berputar macam dunia ini nak tumbang.
DUM!
DUM!
DUM!
Setiap tumbukan Arif buat kepala aku terhentak lagi ke lantai. Terasa gegaran dari simen naik sampai ke tengkuk. Darah dari hidung mengalir masuk ke mulut, rasa besi pekat memenuhi lidah aku.
"AKU TAK AKAN BERHENTI, RIK... SAMPAI MUKA KAU JADI LUMAT!" Arif menjerit dekat telinga aku, suaranya garau dan marah, tapi aku cuma dengar samar-samar macam dia bercakap dari dalam air.
Aku cuba buka mata... tapi kelopak berat. Nafas aku pendek-pendek. Satu-satunya rasa yang tinggal cuma denyutan di kepala, semakin lama semakin kuat, macam bom masa tunggu detik meletup.
Share this novel