Bab 58

Thriller Series 1573

Vios hitam aku meluncur perlahan di lorong sempit yang dindingnya penuh lumut. Lampu hadapan membelah kabus malam, memantul di permukaan dinding yang retak dan basah.

Bangunan usang itu muncul di hadapan, tiga tingkat, cat mengelupas, kaca tingkap banyak yang pecah. Dari luar, ia cuma nampak macam rumah tinggal tapi aku tahu, di dalamnya... ada nyawa yang belum lunas hutangnya.

Aku hentikan kereta tepat di hadapan pintu berkarat yang pernah jadi pintu kedai. Gear aku tolak ke P, enjin aku matikan. Sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan titisan air dari bumbung bocor memecah senyap.

Tangan aku seluk poket, keluarkan kotak rokok. Satu batang aku selit di bibir. Api dari pemetik sekali klik, nyalaannya memantul di mata aku sendiri di cermin sisi. Aku sedut dalam-dalam, rasa panas asap memenuhi paru-paru, menolak semua bau hapak di udara.

"Huuuhhhh..."

Hembusan pertama keluar perlahan, berkepul di udara malam sebelum hilang. Aku sedut sekali lagi, lebih panjang, sebelum buang putung rokok ke tanah, injak sampai padam.

Aku langkah ke pintu berkarat itu. Engselnya menjerit perlahan bila aku tolak. Bau hapak, karat, dan besi memenuhi hidung. Lampu malap di siling berkelip, cahayanya menggigil di lantai yang berdebu.

Tangga di sebelah kanan membawa ke tingkat dua. Bunyi tapak kaki aku memecah sunyi, setiap anak tangga berkeriut macam mengadu sakit.

Sampai di atas, pintu kayu separuh terbuka. Aku tolak perlahan. Bau peluh, darah kering dan besi berkarat sambut aku.

Mereka bertiga iaitu Paan, Aiman, Acap duduk bersandar di dinding, tangan dan kaki diikat rantai besi yang aku kunci sendiri. Muka mereka pucat, mata merah, mulut pecah. Baju koyak, tubuh lebam.

Aku berdiri di depan mereka, senyum kecil terheret di hujung bibir. "Rindu aku?"

Mata mereka tak berani pandang, tapi aku tahu... jantung mereka sedang menjerit.

Lampu suluh kecil yang aku letak di lantai sudut bilik memancar condong, cukup untuk nampak muka mereka. Pucat. Mata merah. Bibir pecah. Tubuh penuh lebam.

Aku melangkah perlahan, setiap hentakan kasut aku berbunyi jelas. Besi panjang berkarat aku tarik dari sudut ruang, bunyinya meleret di atas lantai skrrhhhttt sampai aku rasa mereka bertiga menggeletar sebelum aku sempat dekat.

"Aku baru balik... dan aku dapat berita best," aku mula, nada aku datar tapi menggigit. "Arif dan Lily sudah tahu pasal tempat ini."

Mereka saling berpandangan. Paan cuba bersuara, "Bukan aku, Rik..."

BANG!

Besi di tangan aku singgah ke lututnya. Jeritan dia bergema di ruang kosong, bercampur bunyi rantai menghentak tiang.

Aiman mula menangis, "Aku tak cakap apa-apa, Rik... sumpah..."

PAK!

Aku hempas besi ke lantai sebelahnya, bunyinya memantul di dinding konkrit. Habuk halus berterbangan, memantul di cahaya lampu suluh.

"Diam!"

Acap cuba membela diri, "Rik... tolonglah, kami semua minta maaf..."

Aku ketawa kecil, tawa yang tak ada irama. "Minta maaf? Kau fikir aku datang sini nak peluk kau? Aku datang sini... nak main."

Aku hayun besi itu ke paha Aiman... THWACK! jeritannya naik memecah angin malam. Burung yang bersarang di bumbung terbang lari.

Paan cuba mengundur walau rantai di kakinya menahan. Acap menunduk, bahunya terketar-ketar, suara dia pecah minta tolong.

PRAKKK!!!

Aku tak peduli. Aku hayun lagi ke rusuk Paan, kali ni cukup kuat untuk buat nafasnya tersekat.

Gelak aku pecah dalam ruang terbuka itu, bergema bersama raungan dan tangisan mereka. Angin malam meniup masuk, bawa suara kami entah ke mana tapi aku tahu, di sini, di tingkat dua bangunan usang yang tak siap ini... aku hilang kewarasan sepenuhnya.

Aku berdiri di hadapan mereka. Nafas aku berat, tangan aku genggam besi berkarat itu erat-erat. Bau besi yang kotor bercampur bau darah lama dari ruang ini.

"Bangun." Suara aku rendah tapi mengarah pada Paan. Dia angkat muka, perlahan.

Tanpa amaran, aku hayun besi ke arah tulang keringnya.

BUKKK!!!

"ARRGGGHHHHHHH!!!"

Besi itu mendarat tepat, bunyinya nyaring bercampur bunyi tulang dan jeritan Paan yang terputus di hujung. Dia melipat, cuba tarik kakinya yang terikat rantai. Rantai bergesel dengan bunyi krang! krang! krang!

Aku pusing pada Aiman. Aku tarik rambutnya, paksa dia dongak. "Kau fikir aku main-main?" Aku cucuk hujung besi yang runcing itu perlahan-lahan ke bahu dia.

Skkkrrrrttt...

Kulit dia terkoyak, darah mula merembes. Dia meraung, "Aaarghhh! Rik! Tolong! Tolong!" Suara dia pecah, bercampur esakan.

Acap cuba merayu, "Rik... cukup... cukup..."

Aku toleh padanya, senyum nipis. "Cukup?" Aku melangkah, berdiri betul-betul di depannya. Aku angkat kaki dan pijak jari kakinya dengan tumit kasut aku.

KrREK!

Bunyi tulang halusnya patah buat aku ketawa. Acap meraung, tarik kakinya tapi rantai besi menahan. "ARRGGGHHHHHH!"

Aku kembali pada Paan. Dia masih memeluk kakinya yang berdenyut. Aku ambil rantai itu, tarik kuat sampai pergelangan tangannya bergesel dengan besi.

Skkrrhhh.... kulit dia melecet, darah segar keluar. Dia menjerit lagi, suaranya serak. Aiman cuba rebah ke sisi untuk elak pandangan aku. Aku sepak tulangnya.

THUD!!!

Bunyi padat tubuhnya hentak lantai konkrit. Nafasnya terhenti sekejap, lalu dia batuk darah.

Aku ketawa, panjang, terputus-putus, "Hahahaha... bagus... bagus... macam inilah..."

Mereka bertiga kini menangis serentak. Paan minta maaf, Aiman bersumpah takkan bocor, Acap merayu supaya aku hentikan.

Aku tunduk sedikit, pandang mereka bertiga dengan mata yang dah gelap. "Korang... ini baru pemanasan. Belum lagi aku tunjuk bab sebenar."

Besi di tangan aku aku ketuk perlahan di lantai. Bunyi tang... tang... tang... bergema di seluruh tingkat. Di ruang terbuka ini, suara mereka bercampur bunyi ketukan itu, jadi muzik yang aneh... dan sedap di telinga aku.

Aku letak besi berkarat itu di lantai, tapi bukan untuk berhenti. Aku jalan ke sudut ruang, capai satu baldi plastik yang separuh penuh air. Airnya tak jernih, ada kesan karat, lumpur, dan bau masam.

Aku bawa baldi itu ke tengah, letak depan mereka. "Panas ini," aku senyum sambil keluarkan pemanas elektrik rendam dari kotak kecil di belakang tiang. Aku sambungkan wayar ke extension cord yang aku tarik dari bawah.

Bzzzz...

Bunyi gegaran kecil kedengaran bila besi pemanas itu menyentuh air. Perlahan-lahan wap naik, bau logam basah bercampur udara lembap.

Mata Paan membesar, Aiman geleng kepala, Acap mula berpeluh.

Aku celup tangan aku sendiri, rasa panasnya menggigit kulit. "Sedap."

Tanpa amaran, aku angkat baldi itu sedikit dan cedok dengan cawan plastik. Aku tuang perlahan ke paha Paan.

SSSSHHHHHHHH!

Bunyi kulitnya kena air panas bercampur jeritan dia yang memecah udara. "ARRGGGHHHHH!" Dia cuba angkat kaki tapi rantai menahan, bau kulit terbakar memenuhi ruang.

Aiman cuba merangkak menjauh walau rantai menahan. Aku toleh padanya, senyum nipis. "Kau next."

Aku tuang sedikit di bahunya, dia menjerit, tapi suaranya tenggelam dalam bunyi air menggelepar di lantai.

TSSSHHHHHKKK!

Acap cuba memaling muka, tapi aku sengaja siram air panas itu ke atas tangannya. Dia menjerit, tubuhnya bergoyang ganas cuba lepaskan diri.

Aku ketawa, panjang, terputus-putus. "Hahahahahaha... cantik! Cantik!"

Letak baldi di tepi, aku ambil plier berkarat dari poket jaket. Aku berdiri di depan Aiman, pegang pergelangan kakinya. "Kau tahu apa ini?"

Dia geleng, air mata meleleh.

"Aku suka dengar bunyi ni..."

Aku selit hujung playar di bawah kuku jari kakinya. Dia mula meronta. "Rik... jangan... Rik... tolong... tolo..."

Skkkrrrrrrtttttttttttt...

Kuku itu terangkat sedikit demi sedikit, darah merembes keluar. Jeritan Aiman naik ke langit malam, bergema di bangunan kosong ini.

Paan dan Acap menutup mata, tapi aku sengaja cakap kuat, "Dengar betul-betul... bunyinya sedap, kan?"

Aku lepaskan playar, berdiri di tengah mereka. Nafas aku berat, dada aku panas, tapi kepala aku ringan... macam mabuk.

"Aku rasa..." aku pandang mereka satu persatu, "...aku nak Lily dan Arif rasa benda yang sama. Tapi untuk korang... ini baru permulaan."

Aku letak playar berkarat itu di lantai. Nafas aku masih berat. Tangan aku seluk poket, keluarkan kotak rokok. Satu batang aku tarik keluar, selit di bibir. Api dari lighter menyala, memantul di mata aku yang basah peluh dan darah orang lain.

Sedutan pertama... panjang. Asap masuk memenuhi paru-paru aku, panasnya membakar dada. Aku hembus perlahan, kepulannya terapung di udara terbuka tingkat dua bangunan ini sebelum dibawa angin malam.

Aku pandang mereka bertiga. Rantai masih mengikat, badan mereka terketar. "Korang tahu tak..." suara aku rendah, "...betapa aku cintakan Ghea?"

Tak ada siapa berani jawab.

"Aku sanggup mati untuk dia. Dia satu-satunya perempuan yang aku nak... yang aku pernah rasa ada makna." Sedutan kedua, asap keluar dari hidung aku perlahan-lahan.

"Aku tak pernah sangka..." suara aku mula pecah, "...korang berempat sanggup buat macam itu. Korang rogol dia. Bergilir macam binatang. Apa salah dia?!"

Jeritan aku memantul di tiang konkrit, bunyinya terbelah di udara malam. Aku buang rokok ke lantai, pijak sampai bara padam. Mata aku panas. Pandangan aku kabur sekejap. Aku rasa air mata jatuh.

"Sekarang... Ghea tu macam mayat hidup," suara aku serak, tapi aku terus pandang mereka. "Dia tak senyum macam dulu. Dia tak bercakap banyak. Dia cuma duduk... menatap kosong... macam roh dia sudah kena curi malam tu."

Aku tunduk sedikit, cuba tahan nafas yang bergetar. "Aku... aku tak boleh peluk dia macam dulu. Setiap kali aku dekat, dia menggeletar. Dia takut... dengan aku. Dengan semua lelaki. Sebab korang."

Aku sapu muka dengan tapak tangan, tapi air mata masih mengalir. Rasa sakit dalam dada ni lebih menyakitkan daripada besi panas yang aku letak pada orang lain.

"Aku nak dia balik... Ghea yang aku kenal dulu..." suara aku jatuh, hampir berbisik, "...tapi dia dah tak ada. Korang bunuh dia malam tu. Bukan bunuh tubuh dia... tapi bunuh semua yang buat dia hidup."

Aku angkat kepala, renungan aku tajam, basah. "Dan aku... akan buat benda yang sama pada korang. Sikit demi sikit. Biar korang rasa... hidup tapi mati setiap hari."

Air mata aku jatuh satu-satu di lantai simen yang berdebu. Aku cuba tarik nafas dalam, tapi dada aku rasa ketat macam dicekik dari dalam. Rasa panas merayap ke tengkuk, buat aku tak boleh duduk diam.

"Aku cintakan dia, sial...!" suara aku tiba-tiba naik, pecah di udara malam. "Aku... sanggup mati untuk dia... dan korang..." aku hentak tapak kaki ke lantai, bunyinya memecah senyap, "korang buat dia macam itu?!"

Aku langkah laju ke arah Paan, jari aku tunjuk tepat ke muka dia. "Kau ingat aku lupa, hah?! Kau orang pertama sentuh dia malam tu!" Nafas aku tercungap, tapi aku tak berhenti. Aku pusing ke arah Aiman, mata aku tajam, berkilat dengan air mata. "Kau pula yang pegang dia kuat-kuat, kan? Kau suka dengar dia meronta, hah?!"

Aiman tunduk, bahunya terketar. Aku jalan ke depan Acap. "Dan kau... kau paling hina. Kau yang gelak paling kuat. Kau fikir aku tak nampak rakaman tu?"

Aku mundar-mandir di depan mereka, tangan aku masuk poket, keluar semula, kepala aku tunduk tapi mata aku merah, basah. "Sampai sekarang... dia masih jerit nama aku dalam tidur. Dia takut aku. Dia takut semua lelaki. Korang hancurkan dia."

Aku berhenti di tengah, pandang mereka bertiga. "Korang tahu... setiap kali aku nak peluk dia, dia menggigil macam kena sawan. Setiap kali aku nak cium dahi dia, dia tolak aku. Dia pandang aku macam aku ni sama je dengan korang..." suara aku pecah lagi, "...dan itu benda paling sakit aku rasa sepanjang hidup aku."

Air mata aku jatuh lagi, tapi kali ini aku sapu kasar dengan belakang tangan. Perlahan-lahan, rasa panas dalam dada bertukar jadi bara. Nafas aku makin berat, rahang aku mengetap.

"Aku... akan cari Arif."

Aku tunduk sedikit, senyum nipis tapi mata aku tetap basah. "Aku akan heret dia ke sini. Biar dia duduk sebelah kau orang. Biar dia rasa apa rasanya hidup dalam rantai besi, dengar bunyi tulang sendiri retak, rasa kulit sendiri terbakar."

Aku pandang mereka satu-satu, mata aku bergetar dengan campuran benci dan dendam. "Bila dia sampai... aku nak kau orang semua tengok aku matikan dia perlahan-lahan. Sama macam aku matikan jiwa korang."

Nafas aku turun naik, tubuh aku sedikit bergoyang. Aku rasa macam setiap urat di badan tegang, siap sedia untuk meletup. Tapi aku tak bergerak hanya berdiri di hadapan mereka, membiarkan kata-kata aku menyalakan api ketakutan dalam kepala mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience