Bab 62

Thriller Series 1573

Api menjilat rumah kayu itu ganas, macam binatang lapar yang baru dilepaskan dari kurungan.

FWOOSH!!!

Lidah api memanjat papan dinding, menjalar ke bumbung zink yang memantulkan cahaya jingga menyilaukan. Bunyi kayu terbakar berderak KRRAAAK! KRRRAK! setiap retakan kedengaran seperti jerit kesakitan yang tak bersuara.

Bau petrol bercampur asap pekat menyesakkan tekak. Aku batuk kecil, tapi mata aku tetap terpaku.

Di dalam rumah, bayang-bayang manusia berlari di belakang langsir yang kini sudah hitam terbakar di tepi. Jeritan pertama meledak nyaring, memecah malam.

"AaaaaaHHHHHHHH!!!"

Arif berdiri di sebelah aku, tangan bersilang di dada, wajahnya kaku... tapi bibir itu tersenyum nipis. Matanya tak berkelip, menelan setiap detik.

CRASH!!!

Satu tingkap pecah, kaca bertaburan di serambi, tapi tak ada siapa keluar. Api terlalu cepat menyambar langsir, meja, bahkan bingkai gambar di dinding yang sekejap tadi aku nampak melalui celah tingkap.

Jeritan dari dalam mula bertindih suara perempuan, suara lelaki... semua bercampur, menggedor dinding, memanggil sesuatu yang tak akan sampai.

"Aaahhh!!! Tolongggg!!!"

"BUKA PINTUUU!!!"

"ARRRGGGHHHH MAK!!!"

"ARGHHHHHH!!!"

WHOOOSH!!!

Siling rumah runtuh di sebelah kanan, api memuntahkan hujan percikan bara. Jeritan itu mula pudar. Dari lantang penuh tenaga, berubah jadi rengekan yang lemah... dan akhirnya, satu demi satu hilang, ditelan bunyi kayu terbakar dan atap yang runtuh.

Aku rasa perut aku memulas. Tangan aku menggigil. Air mata turun tanpa sedar. "Arif... mereka..."

Dia tak jawab. Dia hanya menghela nafas panjang, seakan puas. "Habis satu bab."

Rumah itu terus terbakar marak KRRRAKKK! seolah-olah malam ini langit sendiri nak jadi saksi pembunuhan yang tak akan pernah terpadam dari ingatan aku.

Dan di dalam hati aku, satu bayangan mula jelas: wajah Ezrik... bila dia tahu apa yang berlaku pada keluarganya malam ini.

Api makin rakus.

FWOOM! FWOOM!!!

Lidahnya memanjat tiang serambi, membakar daun pintu yang catnya mengelupas. Bau kayu tua yang hangus bercampur dengan bau daging terbakar pekat, mual, menusuk sampai ke otak.

Asap hitam pekat membentuk awan rendah, menutup bintang. Ia menyusup masuk ke tekak, meninggalkan rasa pahit. Aku batuk, mata pedih sampai berair, tapi aku tak mampu alih pandangan.

CRAAASH!!!

Bumbung zink bahagian kiri tercabut sedikit, jatuh menghempas tanah dengan dentuman berat. Bara api berterbangan, menari di udara malam sebelum mati di tanah berdebu.

Dari dalam rumah, bunyi yang tinggal hanyalah pekikan pendek dan sesak nafas. "Hhh hhaaa...ahhh..."

Jeritan yang tadi memecah langit kini jadi suara lemah, tercekik, sebelum senyap.

Angin malam menolak api ke sisi lain rumah, membuat nyalaannya menelan bilik demi bilik.

KRRAAAK!

POP!

KRRRSH!

Papan lantai yang reput runtuh, membawa bersama apa saja yang berdiri di atasnya.

Arif berdiri tegap, memerhati macam seorang penonton di tepi pentas. Api membias cahaya jingga di wajahnya, membuat senyumannya nampak lebih kejam.

Rumah itu kini hampir jadi siluet merah menyala, dan aku tahu... hanya tinggal rangka kayu hitam yang akan berdiri bila semuanya padam.

Dan dalam hening selepas jeritan terakhir, cuma bunyi api memamah sisa-sisa hidup yang ada di dalam.

FSSSHHH... KRRRSHHH...

"Lily! Masuk kereta."

Tangan Arif tiba-tiba merentap lengan aku, kasar sampai badan aku tersentak ke hadapannya. Aku masih berdiri kaku, mata terpaku pada rumah kayu itu yang kini tinggal rangka hitam, nyala merahnya menggigit malam.

"Aku... Arif... rumah itu..." suara aku bergetar, tapi dia tak bagi peluang.

"Masuk!" dia herdik lagi, suaranya memotong bunyi api yang berderak KRRRAAK! KRRSHH! di belakang kami. Nafasnya laju, bukan sebab penat, tapi kerana adrenalin yang membuak.

Dia tolak aku ke arah kerusi penumpang, pintu dibuka dan aku hampir terduduk sendiri. "Arif... kita..."

"Diam." Dia melangkah pantas ke sisi pemandu, masuk, dan kunci enjin.

Bunyi tayar menghentam batu kerikil memecah senyap, kereta meluncur laju meninggalkan rumah itu. Dari cermin sisi, aku sempat lihat nyala api masih memakan bumbung yang tinggal separuh, asap hitam memanjat langit.

Arif memecut, jalan kampung yang sempit dilalui macam dia hafal setiap lengkok. Dia tak pandang aku, matanya hanya fokus ke depan.

Aku bersandar di kerusi, jari aku menggenggam kain baju sendiri, kepala dipenuhi bunyi jeritan yang tadi... bunyi yang aku tahu akan ikut aku sampai mati.

Dan rumah itu terus terbakar di belakang kami menelan keluarga Ezrik bersama rahsia kotor kami.

Aku duduk diam beberapa saat, tapi dada aku bergelora. Air mata mula jatuh lagi tanpa aku sedar. "Aku... aku tak sangka kau buat macam itu, Arif. Kau tak kasihan ke? Mereka itu manusia... ini jenayah."

Arif ketawa. Ketawa yang kasar, serak, macam bunyi besi bergesel. Dia pusing kepala, renung aku dengan senyum sinis. "Jenayah? Hahah... Lily, kau ingat kau suci sangat? Malam tu... kau yang rakam Ghea. Kau sama saja dengan aku. Kita berdua buat jenayah."

"Aku..." suara aku pecah, rasa nak muntah dengan kata-katanya. "Aku menyesal. Aku menyesal gila dengar cakap kau. Kalau aku tak ikut kau malam tu, semua ni takkan jadi. Aku takkan..."

"Aku buat semua ni sebab aku sayang kau," Arif potong, nada suaranya mendadak serius. "Kau adik aku. Aku nak kau hidup bahagia dengan Ezrik. Dia cinta hati kau, kan? Kalau Ghea tak ada, kau akan dapat dia."

Aku geleng kepala, air mata semakin deras. "Aku tak pernah bahagia, Arif... tak pernah."

Dia memandu senyap beberapa saat, kemudian ketawa perlahan lagi. "Kau nak tahu tak apa?"

Aku menoleh, hati aku berdebar dengan nada misteri yang keluar dari mulutnya.

Aku telan liur, jari aku menggenggam kain baju sendiri. "Apa?"

Arif ketawa perlahan, tapi bunyinya macam ada sesuatu yang dia simpan. "Ezrik... dia tak pernah berhenti cari siapa yang bunuh Ghea malam itu. Dan sekarang... dia sudah tahu."

Darah aku rasa turun ke kaki. "Apa maksud kau... dia sudah tahu?"

Arif pandang aku sekejap, senyumannya melebar. "Dia tahu semua, Lily. Dia tahu aku... tahu Paan, Aiman, Acap... dan dia tahu kau. Dia tahu kau yang rakam."

Aku rasa nafas aku tersekat, pandangan aku bergetar. "Kau gila... kau patut diam saja. Kalau dia tahu... kita.."

"Kita sudah pun dalam senarai dia," Arif potong, nada suaranya tenang seolah-olah sedang bercakap pasal cuaca. "Sebab tu aku buat ni. Kalau aku kena, biar dia kena dulu. Biar dia rasa sakit tu sebelum dia sampai pada kita."

Aku tunduk, tangan menutup muka. "Arif... kita tak akan menang lawan dia..."

Arif hanya ketawa, bunyinya makin gila, bergema dalam kereta yang meluncur laju meninggalkan asap hitam di belakang.

Arif memecah senyap, suaranya tenang tapi tajam. "Sekarang kau tunjuk rumah mana Ezrik sembunyikan Ghea."

Aku segera geleng kepala. "Tak. Aku tak nak. Kalau aku beritahu, kau akan bunuh dia."

Arif ketawa kecil sambil menjeling aku. "Aku tak bunuh... aku cuma nak culik dia. Senang. Lepas itu aku guna dia supaya Ezrik lepaskan Paan, Aiman, dengan Acap. Kan adil macam itu?"

Aku pandang luar tingkap, cuba elak matanya. Jantung aku berdegup kencang, bukan sebab setuju... tapi sebab aku tahu, kalau aku cakap, Ezrik akan tahu aku yang bocorkan dan bila Ezrik tahu... aku akan mati.

Dia seolah-olah baca fikiran aku. "Lily... jangan risau. Ezrik itu bukan kuat mana pun. Dia cuma pandai ugut. Kau ikut cakap aku, kita akan menang."

Aku diam, menggenggam hujung baju. Arif menurunkan suara, nada lebih lembut, hampir seperti memujuk.

"Kita akan sama-sama selamatkan diri, Lily. Aku janji. Kau tolong aku sekali ni... dan lepas ini semua selesai. Kita bebas."

Aku menelan liur. Kata-katanya macam racun yang dibungkus gula manis di luar, tapi aku tahu sekali masuk, susah nak patah balik.

"Lily..." suara Arif kali ini perlahan, hampir berbisik. "Kau tahu kan, aku satu-satunya orang yang akan jaga kau sampai mati. Kalau Ezrik dapat kita, dia akan buat kau lebih teruk daripada apa yang aku buat pada musuh-musuh aku. Kau nak ke?"

Aku diam. Nafas aku pendek.

"Kalau kau beritahu aku sekarang, semua ni akan habis. Paan, Aiman, Acap... semua akan balik. Ezrik takkan sentuh kau lagi." Dia menjeling aku, nada suaranya lembut tapi penuh tekanan. "Percayalah, Lily. Ini untuk kebaikan kau juga."

Aku pejam mata. Gambaran Ghea, Ezrik, dan tiga lelaki yang terkurung di tempat rahsia itu bertukar-tukar dalam kepala.

"Mana, Aman? Kat mana dia sembunyikan Ghea?"

Jari aku menggigil. Akhirnya, aku bersuara perlahan. "Perumahan lama... teres setingkat... dekat Gombak. Di situ Ezrik rawat dan sembunyikan Ghea."

Arif tersenyum lebar, seolah-olah baru menang judi besar. Dia ketawa kecil, satu bunyi puas yang buat bulu roma aku naik. "Bagus, Lily... bagus. Kau memang adik aku."

Dia tepuk perlahan paha aku, matanya bercahaya dengan niat yang aku tahu tak akan bawa kebaikan. "Kau baru saja selamatkan kita berdua."

Tapi dalam hati aku... aku tahu aku baru saja menandatangani hukuman mati aku sendiri.

"Arif..." aku tarik nafas panjang, suara aku bergetar. "Aku cintakan Ezrik."

Dia ketawa kecil, tapi bunyinya penuh kasihan yang dibuat-buat. "Lily... terimalah kenyataan. Hati Ezrik itu takkan pernah jadi milik kau. Sejak dulu... cuma Ghea."

Aku menggigit bibir, rasa panas mengalir naik ke muka. "Kau tak tahu..."

"Aku tahu," dia potong, nada suaranya jadi dingin. "Kau tengok tak... macam mana dia berlakon seolah-olah Ghea tu sudah mati? Padahal dia sendiri yang sorokkan Ghea itu. Lepas itu... dia berlakon cintakan kau, ajak kahwin cepat-cepat."

Aku terkedu. "Maksud kau...?"

"Rupanya, Lily..." Arif memandang aku sekejap sebelum kembali fokus ke jalan. "Dia cuma nak kau masuk perangkap dia. Biar dia boleh balas dendam pada kau, pada kita semua dan kau... kau jatuh cinta dengan lakonan tu."

Kata-katanya menoreh dalam, tapi hati aku tetap menolak. "Tak... dia tak macam tu..."

Arif senyum nipis, tapi mata dia kosong. "Kau nak percaya? Silakan. Tapi bila masanya sampai, kau akan rasa sendiri... macam mana dia hancurkan kau."

Aku pandang luar tingkap, cuba elak pandangan dia, tapi kata-katanya terus bergema dalam kepala... dan buat aku tak pasti lagi, sama ada aku sedang pertahankan cinta... atau hanya pertahankan penipuan.

"Lily..." suara Arif perlahan tapi tajam, macam bilah yang dihulur dengan sarung sutera. "Kau kena sedar. Ezrik itu takkan pernah jadi milik kau. Dia cuma guna kau untuk balas dendam."

Aku diam, jari menggenggam hujung baju, cuba tahan rasa yang bercampur marah, sedih, takut.

Arif sambung, nada suaranya lebih lembut. "Lepas semua ni selesai... aku janji akan bawa kau pindah jauh-jauh. Kita mula hidup baru. Tempat yang dia takkan pernah jejak. Tempat dia takkan pernah sentuh kau lagi."

Aku pandang dia sekejap, cuba cari tanda dia serius. Dia mengangguk kecil, matanya seolah yakin. "Kita akan bebas, Lily. Kau dan aku... takkan ada sesiapa lagi yang boleh kacau hidup kita."

Kereta terus meluncur di jalan gelap, hanya bunyi enjin dan desiran tayar di atas tar yang menemani janji itu. Tapi dalam hati aku... rasa tak sedap semakin menebal. Janji Arif terasa terlalu mudah diucap untuk sesuatu yang aku tahu... tak akan pernah semudah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience