Bab 63

Thriller Series 1573

Ezrik Aslan

Aku duduk di tepi katil, jemari menyusur perlahan rambut pendek Ghea. Lembut. Dia tidur lena, dada naik turun tenang. Wajah dia... walaupun pucat, tetap cantik. Ada rasa tenang setiap kali aku tengok dia macam ini rasa yang tak pernah aku dapat dari sesiapa pun.

Aina berdiri di sebelah aku, tangan meramas jemari sendiri. "Ezrik... saya takut mereka datang serang lagi. Kalau... kalau mereka tahu Ghea ada kat sini..."

Aku angkat pandangan, merenung tepat ke mata Aina. Nada suara aku rendah, tapi tegas. "Jangan risau. Saya akan pastikan Lily tak jejak lagi rumah ini. Dia takkan berani."

Aina mengangguk kecil, tapi aku nampak keresahan masih melekat di wajahnya.

"Aina..." aku bangun, berdiri menghadapnya. "Awak tetap jaga Ghea sebaik mungkin. Apa pun jadi... jangan biar sesiapa sentuh dia. Faham?"

Dia tunduk sedikit. "Faham."

Aku pandang Ghea sekali lagi. Wajahnya damai, tapi aku tahu dia masih terperangkap dalam trauma dan aku tahu... siapa yang patut bayar semua ni.

Aku sentuh pipinya perlahan. Dalam hati, aku berjanji sesiapa yang cuba ambil dia dari aku lagi... akan menyesal sampai mati.

Bunyi telefon memecah senyap bilik. Trill... trill... trill... Nada deringnya datar, tapi cukup buat aku angkat kepala. Nombor tak dikenal tertera di skrin.

Aku pandang sekejap ke arah Ghea yang masih tidur, kemudian ke Aina. "Ambilkan," aku arah perlahan.

Aina hulur telefon ke tangan aku. "Hello?"

"Encik Ezrik Aslan?" suara lelaki di hujung talian, berat dan formal.

"Ya. Siapa ini?"

"Saya Sarjan Khairul dari Balai Polis Tanjung Malim. Kami nak maklumkan... ada kebakaran di sebuah rumah beralamat di Kampung Seri Mawar. Berdasarkan maklumat jiran dan rekod, itu alamat keluarga encik."

Aku terdiam. Suara dari hujung talian terasa jauh, seolah-olah tenggelam dalam dengungan pekak yang tiba-tiba mengisi kepala aku.

"Encik Ezrik, kami perlukan encik datang segera untuk pengecaman dan siasatan."

Lidah aku kaku. Nafas tersekat. "Keluarga saya...?"

Ada jeda. Suara sarjan itu jadi lebih perlahan. "Kami jumpa... beberapa mangsa di dalam. Keadaan mereka... sukar dikenali."

Aku rasa jari aku menggenggam telefon terlalu kuat. Pandangan aku membeku, menembusi udara kosong. Bunyi degupan jantung aku sendiri kedengaran di telinga.

Di sebelah, Aina pandang aku, wajahnya mula berubah pucat. "Encik Ezrik... apa jadi?"

Aku tak jawab. Aku masih berdiri kaku, rasa dunia di sekeliling jadi kabur. Hanya satu perkara jelas dalam kepala aku seseorang sudah sentuh keluarga aku.

Dan itu bermakna... darah akan tumpah. Aku tiba-tiba berdiri, kerusi bergeser ke lantai.

"Aina..." suara aku berat, setiap patah kata macam batu jatuh. "Awak jaga Ghea. Jangan bagi sesiapa masuk ke rumah ini. Sesiapa... faham?"

Aina mengangguk cepat, matanya masih cuba membaca wajah aku. "Faham... tapi Ezrik..."

"Saya kena balik kampung. Sekarang."

Aku berpaling ke katil, mendekat perlahan. Ghea masih lena, nafasnya teratur. Aku tunduk, bibir aku menyentuh dahinya. Kulitnya sejuk, dan untuk sekejap, aku biarkan bibir aku di situ seolah-olah aku sedang simpan wajah ini dalam ingatan, kalau-kalau aku pulang nanti dengan darah di tangan.

Aku luruskan badan, pandangan terakhir pada Ghea. "Tidur, sayang... aku janji, semua ini akan selesai."

Tanpa menoleh lagi, aku keluar dari bilik, langkah aku berat tapi laju. Lantai kayu berderit di bawah tapak kaki, pintu utama dibuka kasar. Malam di luar terasa dingin, tapi di dada aku, api sedang marak.

Aku menuju ke kereta, setiap langkah dipacu oleh satu perkara saja aku harus pulang ke kampung dan sesiapa yang buat ini... tak akan bernafas lama.

***

Lampu kereta aku memancar ke arah rumah kayu yang dulu tempat aku membesar. Sekarang... yang tinggal cuma rangka hitam, atap runtuh, dinding berlubang-lubang. Bau hangus masih tebal di udara, bercampur bau asap yang melekat pada kulit.

Pihak bomba sedang gulung hos, sisa air membentuk lopak di tanah. Api sudah mati... tapi bau kematian masih hidup.

Aku hentak pintu kereta terbuka dan keluar, langkah aku tak terkawal.

"MAK!!! ADIK!!!"

Suara aku memecah sunyi malam. Nafas aku pecah-pecah, dada rasa pecah. Mata aku mencari celah-celah rumah, seolah-olah ada wajah yang akan keluar menyahut.

Tak ada.

Aku jatuh melutut, tangan memegang kepala. Air mata aku tumpah panas. Pandangan aku kabur, tapi aku masih nampak rumah itu... rentung.

"MAK...!!!" jeritan aku kali ini keluar dari perut, serak, terbelah dua.

Kepala aku rasa berpusing. Badan aku condong ke depan, hampir rebah tapi ada dua tangan seragam biru menyambut aku. "Encik Ezrik, bertenang!" suara polis di telinga aku.

"AKU NAK MAK AKU! AKU NAK ADIK AKU!" Aku meronta, cuba lepas dari pegangan mereka.

Orang kampung berdiri di seberang jalan, wajah-wajah terkejut, berbisik sesama sendiri. Ada yang tunduk, ada yang hanya memandang kosong ke arah rumah yang hangus dan tak ada siapa tahu puncanya.

Aku tetap menjerit, suara aku bercampur tangis, memanggil mak aku yang mungkin sudah tak ada dan malam ini, semua orang yang berdiri di situ jadi saksi, saksi pada kemarahan yang sedang dibangkitkan.

Aku lepaskan pegangan polis itu, langkah aku goyah tapi tetap maju. Setiap tapak kaki terasa berat, seolah-olah aku sedang heret seluruh dunia di belakang aku. Bau hangus itu makin kuat, menusuk hidung sampai tekak aku rasa nak muntah.

Rumah kayu itu... rumah yang pernah penuh dengan suara ketawa, bau masakan mak, dan bising adik-adik aku bila ajak main... sekarang hanya tinggal arang hitam, dindingnya berlubang-lubang, tiangnya condong seperti nak rebah bila-bila masa.

Tangan aku menggigil bila menyentuh papan yang sudah jadi bara sejuk. Serpihannya rapuh, hancur bila aku genggam. Mata aku kabur dengan air mata yang tak henti mengalir.

"Kenapa...? Siapa...?" suara aku serak, hampir tenggelam dalam dengusan nafas.

Pandangan aku meluncur ke tangga yang hangus separuh, tempat mak selalu duduk mengupas buah mangga. Tak ada apa lagi di situ. Hanya hitam, kaku, mati.

"MAKKK!!!" jeritan aku pecah, bergema di antara batang pokok kelapa di tepi rumah. Aku jatuh berlutut, kepala aku tunduk, kedua-dua tangan memegang rambut seolah-olah aku boleh tarik semua sakit ni keluar.

Air mata mengalir laju, tapi dada aku panas, terbakar lebih teruk daripada rumah ini. Aku rasa macam paru-paru aku tak cukup udara, setiap hembusan jadi berat.

Aku tak sangka... ada manusia sekejam ini. Membakar rumah aku... rumah keluarga aku... tanpa belas kasihan.

Bunyi papan jatuh dari bumbung yang sudah separuh runtuh KRAAKK! membuatkan aku tersentak, tapi mata aku tetap tak lepas dari sisa rumah yang sudah hancur.

Malam ini, sesuatu dalam diri aku mati dan sesuatu yang lain... lahir.

Bau hangus dan asap yang masih berbaki menusuk hidung. Lampu suluh dari pihak bomba dan polis berkelip-kelip, memotong kegelapan malam. Siren ambulans yang terparkir di tepi jalan berkelip merah-biru, berpantul pada permukaan lopak air di tanah.

Aku terdengar suara anggota bomba memanggil, "Hati-hati, kita angkat perlahan."

Dari pintu rumah yang sudah hangus separuh, muncul tiga orang lelaki berbaju bomba, topi keledar masih terpakai. Di tangan mereka, tiga stretcher bergerak yang disorong keluar perlahan-lahan.

Di atasnya... tiga tubuh yang dibungkus rapi dalam body bag hitam. Zipnya tertutup rapat.

Langkah aku terhenti. Mata aku membulat, dada aku mula rasa kosong. Polis di sebelah cuba bercakap, "Encik Ezrik... bertenang. Kami jumpa tiga mangsa di dalam rumah. Berdasarkan lokasi... besar kemungkinan ahli keluarga encik."

Aku tak dengar selebihnya. Kaki aku bergerak sendiri, melangkah cepat ke arah stretcher itu. Tangan polis cuba tahan, "Encik Ezrik, jangan..."

"Aku nak tengok!" suara aku pecah, serak dan keras. Aku tolak tangan mereka, terus pegang zip body bag pertama.

ZRRRPPP!

Bau hangus menusuk keluar, membuat perut aku bergelora dan di dalamnya... tubuh yang rentung teruk, hitam, kulitnya merekah. Walaupun sukar dikenal, aku kenal bentuk wajah itu.

Air mata aku tumpah deras. "Mak..." suara aku lemah, pecah di hujung. Lutut aku longgar, hampir jatuh.

Aku berpaling ke body bag kedua, tangan aku menggigil. ZRRRPPP! kali ini, tubuh yang lebih kecil. Adik perempuan aku. Kemudian, adik lelaki bongsu.

Aku jatuh berlutut di tanah basah, kedua-dua tangan memegang kepala, menjerit sekuat hati.

"Arggghhhh!!!" Suara aku memecah malam, menggetarkan hati semua yang mendengar.

Polis dan bomba hanya mampu berdiri di sekeliling, wajah mereka berat. Orang kampung memerhati dari jauh, ada yang tunduk, ada yang berbisik-bisik.

Aku masih berlutut, tangan aku memegang body bag itu, seolah-olah kalau aku genggam kuat-kuat, masa boleh diputar semula. Tapi aku tahu... malam ini, semua sudah berubah.

Aku jatuh terduduk di tanah yang basah, lumpur dan air bercampur menodai seluar. Nafas aku terputus-putus, dada aku rasa seperti diremas dari dalam.

"Mak... adik... kenapa..." Suara aku pecah, hilang kawalan. Air mata mengalir tanpa henti, membasahi pipi, bercampur bau hangus yang masih melekat di udara.

Tangan aku memegang body bag itu lagi, jemari menekan kain hitam yang dingin. "Tak... tak mungkin... tak mungkin!"

Tangisan aku berubah jadi jeritan panjang, serak, menyakitkan telinga.

"ARGGHHHH!!!"

Beberapa anggota polis cuba menarik aku ke belakang. "Encik Ezrik, bertenang! Tarik nafas!" Tapi aku meronta, bahu aku terhentak ke tanah, tangan menolak mereka pergi.

Aku pandang sekeliling, mata mencari wajah yang kenal. Orang kampung berdiri di tepi jalan, memerhati dari jauh. Nafas aku berat, tapi aku menjerit, "Siapa?! Siapa yang nampak?!"

Tak ada jawapan. Semua tunduk.

"Aku tanya! Siapa yang nampak orang bakar rumah mak aku?!" Suara aku memecah hening malam. Burung hantu di hujung pokok kelapa pun terbang, terkejut dengan jeritan aku.

Diam lagi.

Aku mula memukul kepalaku sendiri dengan kedua-dua tangan.

THUD!

THUD!

"Bodoh! Aku bodoh! Kenapa aku tak ada kat sini?! Kenapa aku tak lindungi mereka?!"

Air mata bercampur peluh mengalir ke dagu. Nafas aku makin pendek, dada aku berombak liar.

Akhirnya, aku rebah ke tanah, kedua tangan aku menggenggam tanah basah. Jeritan aku pecah jadi raungan panjang.

"MAKKKK!!!"

Malam itu, di hadapan semua mata, aku bukan Ezrik yang tenang dan licik lagi, aku cuma seorang lelaki yang baru kehilangan seluruh keluarganya... dengan cara paling kejam.

Seorang pegawai polis melutut di sebelah aku, tangannya menepuk bahu aku perlahan. "Encik Ezrik... saya faham ini berat, tapi percayalah, kami akan siasat. Kami akan cari punca kebakaran ni."

Aku angkat muka perlahan, mata aku merah, bengkak, basah. Nafas aku masih terhenti-henti.

"Cari sampai dapat... siapa yang buat ini... aku nak tahu." Suara aku serak, hampir tak keluar.

Pegawai itu hanya mengangguk. "Kami akan cuba sedaya upaya."

Aku berpaling semula. Tiga stretcher itu sudah mula bergerak, roda-rodanya berdecit di atas tanah tar. Lampu merah-biru ambulans berkelip di wajah mereka yang menolak, memantul pada body bag hitam yang dingin itu.

Kaki aku rasa berat, tapi aku tetap bangun, ikut langkah mereka. Setiap inci jarak yang makin jauh dari aku terasa seperti jarak antara hidup dan mati.

"Mak... adik..." Air mata aku jatuh lagi, kali ini deras, tanpa henti. Nafas aku mula jadi sendu, dada aku berombak liar. "Jangan tinggalkan aku..."

Bila pintu belakang ambulans ditutup BANG!, sesuatu dalam dada aku pecah. Aku jatuh berlutut sekali lagi di tengah jalan, kepala tertunduk, tangan memegang rambut.

Jeritan aku keluar tanpa kawalan panjang, serak, penuh pecahan hati.

"ARGGHHHH!!!"

Suara aku memecah malam, bergema di antara pokok kelapa dan rumah-rumah jiran. Orang kampung hanya memandang dari jauh, ada yang tunduk, ada yang berpaling.

Aku terus menangis... menangis macam orang gila... kerana malam ini, aku kehilangan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience