Bab 56

Thriller Series 1573

Aku tolak daun pintu sampai bergegar. Bunyi BAM! itu bergaung dalam ruang tamu yang bau minyak angin bercampur asap rokok. Air mata panas turun laju di pipi aku, tak sempat nak sapu. Nafas aku tercungap, dada rasa nak pecah.

Suara TV berdengung, iklan entah apa tapi yang jelas, Ezrik duduk malas atas sofa, kaki bersilang, mulut kunyah kacang macam dunia ini tak ada masalah. Biji kacang jatuh satu atas lantai, dia tak peduli. Remote dalam tangan dia, mata tak beralih dari skrin.

BAM!!! Aku hempas pintu sekali lagi.

"Kau dah balik? Kau pergi mana? Tak tengok jam ke?" suara dia keluar perlahan, dingin... macam ais yang baru dikeluarkan dari peti. Mata tetap fokus pada TV, seolah-olah aku cuma bunyi latar.

Genggaman tangan aku makin ketat. Buku lima rasa nak pecah. Aku pandang dia lama-lama. Sakit hati ini rasa menolak darah ke otak.

Aku tak sangka. Aku sumpah tak sangka. Ezrik... lelaki yang aku kejar bertahun-tahun... sanggup sembunyikan Ghea dan Ghea perempuan sundal itu... masih hidup.

Aku berdiri kaku di sebelah meja makan. Helaan nafas aku bercampur dengan bunyi TV yang sudah mula perlahan sebab Ezrik tekan mute tanpa toleh. Dia bangun perlahan, sendi lutut bunyi klik dan berpaling pandang aku.

Mata kami bertembung. Bukan pandang kosong pandangan dia itu macam mahu cabut rahsia terus dari kepala aku.

Dia melangkah, satu... dua... sampai bayang tubuh dia menelan aku. Kini, jarak antara kami cuma sehelai hela nafas. Bau minyak wangi dia bercampur bau kacang masin yang masih melekat di tangan.

"Aku tak sangka..." suara aku pecah di hujung, macam nak terlepas rahsia tapi tersekat di kerongkong.

Dia peluk tubuh, bahu santai tapi mata tajam.
"Tak sangka apa?" nada dia rendah, seolah mencabar.

Aku telan liur. Mata aku lari ke lantai. "Tak ada apa..." balas aku, tapi suara itu sendiri kedengaran macam bohong.

Aku nak berpaling, kaki sudah separuh langkah menuju bilik tapi tiba-tiba, KRAK! kepala aku rasa macam ditarik keluar dari tengkuk. Rambut aku dirembat kasar. Sakitnya macam kulit kepala nak terkoyak.

"ARGHHHH!"

Aku jerit, tangan cuba pegang pergelangan dia, tapi Ezrik lagi kuat. Dia heret aku ke tengah ruang tamu macam aku ini anak patung buruk. Lutut aku terhentak pada bucu meja kopi. DUG! Pedih sampai tulang.

Aku meronta. Nafas tercungap. Mata pedih sebab air mata terus naik.

"Lepaslah! Sakit!" aku pekik, tapi genggaman dia makin ketat.

PANG!!!

Tamparan dia hinggap di pipi kiri aku, bunyinya memecah sunyi rumah. Kepala aku terhuyung, mata berpinar. Panas menjalar dari pipi sampai ke telinga.

Belum sempat aku tarik nafas, dia tampar lagi lebih kuat.

PANGGG!!!

Tubuh aku terpelanting, bahu aku hentak dinding. BAM! Gegaran itu bergetar sampai ke tulang belakang.

Aku rasa darah rasa naik ke muka, tapi bukan sebab malu sebab marah, sebab sakit, sebab dia buat aku macam ini. Aku terduduk, kepala berat, tangan aku terketar nak angkat diri. Ezrik berdiri tegak depan aku, nafas dia tenang, seolah-olah baru buat benda biasa.

"Apa kau ingat aku tak tahu kau balik lambat sebab keluar Is?!" suara Ezrik meletup, tajam macam pecahan kaca.

Aku tunduk, cuba elak mata dia, tapi tangan dia pantas merentap rambut aku lagi. KRAP! kulit kepala aku rasa macam dicabut akar.

"Kau tu perempuan murahan, Lily. Murahan! Kau ingat aku tak nampak cara kau jilat perhatian semua orang?!" dia meludah ke lantai, mata membakar muka aku. "Kau memang patut diperlakukan macam ni."

Air mata aku jatuh tanpa izin. Nafas aku bergetar, dada rasa sempit.

"Aku... aku masih isteri sah kau, Ezrik!" aku balas, suara serak tapi penuh sisa marah.

Dia ketawa kecil, ketawa yang tak ada humor. "Isteri sah?" Dia tunduk dekat, wajah hampir sentuh aku. "Kau tak layak pun untuk gelaran tu."

Tiba-tiba... KRAP! rambut aku ditarik lagi. Aku hampir hilang imbangan.

PANGGG!!!

Tamparan dia kali ini lagi kuat, sampai telinga aku berdesing dan pandangan aku bergoyang. Aku rasa mulut aku berbau darah. Tangan aku automatik pegang pipi, tapi mata aku tetap pandang dia dengan perasaan marah bercampur sedih.

Jari besi dia masih mencengkam rambut aku. Aku rasa kulit kepala aku berdenyut-denyut. Ezrik tak tunggu aku bangun. Dia heret aku ke arah dinding sebelah rak TV.

GEDUBAK! Bahu aku menghentak papan rak, bingkai gambar jatuh berderai di lantai.

"Kau dengar sini, Lily," suara dia rendah tapi menusuk, macam bisikan neraka. Nafas dia panas di telinga aku. "Kau bukan sesiapa dalam hidup aku. Kau cuma... boneka. Kau patut bersyukur aku masih simpan kau dalam rumah ni."

"Aku..." Suar aku pecah, "aku sayangkan kau, Ezrik. Aku..."

PANG!!!

Tamparan ketiga singgah, kali ini sampai bibir aku pecah. Aku terhuyung, jatuh berlutut. Air liur bercampur darah meleleh ke dagu.

Dia berdiri di atas aku, bayang tubuh dia menelan aku yang masih bergetar. "Sayang? Sayang aku kepala hotak kau. Perempuan murahan macam kau... hanya layak dipijak."

Kaki dia menendang sisi pinggang aku. DUK! Aku rebah mengiring, menahan sakit sambil cuba tarik nafas. Mata aku kabur dek air mata, tapi telinga aku masih dengar dia ketawa kecil, ketawa yang buat darah aku rasa beku.

Aku terhincut bangun, tangan lap darah di bibir. Nafas aku tercungap, dada aku naik turun. Mata aku tenung mata dia tak mahu kalah walau tubuh aku menggigil.

"Aku tahu..." suara aku serak, tapi cukup kuat untuk buat dia berhenti ketawa sekejap. "Aku tahu kenapa kau buat aku macam ni... sebab kau nak balas dendam... kan?"

Dia tersentak. Kening dia terangkat, seolah-olah aku baru pecahkan kod rahsia. Kemudian... dia gelak. Gelak yang panjang, serak, psiko.

"Hahahahaha... pandai pun akhirnya," dia mendekat, mata tak berkelip.

"Nampaknya, Lily..." dia tunduk, wajah hampir sentuh muka aku yang lebam. "Baru sekarang kau sedar kenapa aku terdesak sangat nak kahwin dengan kau."

Tiba-tiba dia jerit, suara bergema sampai bergetar dinding. "Memang aku buat semua ini untuk balas dendam! Untuk Ghea Edriana!"

Nama itu keluar dari mulut dia macam letupan. Nafas dia berat, dada turun naik. "PEREMPUAN YANG AKU CINTA... PEREMPUAN YANG ROSAK SEBAB KORANG SEMUA!" jari telunjuk dia hampir tikam dahi aku.

Aku telan liur. Rasa takut, rasa malu, rasa bersalah dan semua menyesak dalam satu ruang sempit dalam dada. Tapi mata aku tetap tak lari.

Belum sempat tangan dia terangkat nak jatuhkan penumbuk ke muka aku, aku bangkit sepantas kilat. Lutut aku terhantuk meja makan...

DUG!!! Tapi aku tahan sakit. Tangan aku capai beg yang terletak di atas kerusi, zip terbuka separuh, isinya berterabur tapi aku tak peduli.

Aku lari ke pintu utama, tapak kaki menghentak lantai jubin... TAP! TAP! TAP!

"LILY!!!" Ezrik jerit dari belakang. Bunyi kerusi kayu dia tolak jatuh GEDEBUK!

Aku sempat pusing tombol pintu, KRAK! dan tarik sekuat hati. Pintu terbuka, aku terhumban keluar ke koridor.

Bunyi tapak kaki dia di belakang macam hentakan gergasi, DUK! DUK! DUK! makin dekat. Nafas aku tercungap, dada rasa nak pecah.

Aku lari, beg tergantung separuh bahu. "Tutup pintu tu, babi!" dia mengaum, tapi aku sudah sampai hujung koridor. Lif terbuka di hujung.

DING! Seolah macam peluang terakhir Tuhan... atau nasib aku. Aku masuk lalu tekan butang lif sekuat hati, TEK TEK TEK! sambil toleh. Ezrik sudah dekat, muka merah, mata liar, tangan mengepal.

Dia hentak dinding koridor BAM! sebelum terus mara. "Kau nak lari?!" suaranya pecah, penuh marah dan dendam.

Pintu lif mula tertutup perlahan. Nafas aku laju, jari aku menggigil. Dia lari dan tepat sebelum pintu lif rapat, tangan dia hampir menyelit...

DING!

Pintu lif tertutup rapat tepat di depan muka Ezrik. Dia sempat hempas tapak tangan ke pintu besi itu... BANG! bunyinya bergetar sampai ke dada aku.

Aku terduduk sekejap atas lantai lif, nafas tercungap macam baru berenang jauh. Jantung aku berdegup dup dap dup dap laju tak terkawal. Lutut aku bergetar, rasa macam tak cukup oksigen.

Telefon aku terkeluar dari beg masa aku lari tadi. Aku cepat-cepat korek dari dalam, tangan terketar tekan nombor yang sudah terlalu aku hafal.

"Hello?" suara Arif kedengaran.

"Abang... tolong jemput Lily. Sekarang..." suara aku pecah, macam nak tersedak dengan air mata sendiri. "Lily tak boleh duduk sini lagi."

"Eh kenapa..."

"Sekarang, bang! Tolong..." aku potong, suara aku tinggi, penuh desak.

Lif terus turun, angka di panel digital menyala satu demi satu. Setiap kali pintu besi bergetar, aku takut Ezrik berjaya kejar ikut tangga. Aku genggam telefon erat, telinga masih terngiang jeritan dia tadi.

Aku duduk di bangku lobi, jari masih menggigil. Nafas aku belum stabil. Mata aku fokus pada pintu kaca yang menghadap parkir, takut bayang Ezrik tiba-tiba muncul.

Dalam kepala, suara aku sendiri bergema. Cukup. Aku sudah tak sanggup. Kalau dia fikir aku akan terus jadi boneka dia, dia silap.

Ghea Edriana... nama itu berputar dalam otak aku macam bunyi loceng yang menjengkelkan. Aku genggam beg erat, kuku mencakar zip.

Aku akan beritahu semuanya pada Arif.
Semua rahsia yang Ezrik cuba simpan, semua perangai sebenar dia yang orang tak tahu.

Bibir aku tertarik ke satu senyuman kecil, tapi bukan senyuman gembira tapi senyuman racun.

Arif akan tahu... dan Arif akan bunuh Ghea untuk aku. Perempuan itu sudah rampas terlalu banyak. Dia akan mati. Aku nak dia mati.

Aku pandang lif yang baru menutup pintu, rasa puas sekejap. Tapi dalam hati, dendam aku membuak.

Lepas ini, Ezrik... kau akan tahu macam mana rasanya bila orang yang kau cinta direntap dari kau. Bayang muka Ghea tiba-tiba melintas dalam kepala aku dengan senyumannya, matanya, cara dia pandang Ezrik seolah-olah dia pemilik tunggal lelaki itu.

"ARRGGGHHHH!!" Aku menjerit tiba-tiba, sampai dua orang di kaunter lobi terkejut pandang aku. Nafas aku kasar, dada aku berombak.

Aku tumbuk kepala aku sendiri DUK! DUK! sampai rambut kusut berterabur menutup muka. "Keluar! Keluar dari otak aku!" aku pekik, kuku aku mencakar kulit kepala sampai rasa perit.

Air mata mengalir, tapi bukan sebab sedih sebab marah, sebab dendam. Nafas aku bergetar, tangan aku terus pukul sisi kepala lagi dan lagi.

DUK! DUK!

Ghea Edriana... nama itu aku sebut dalam hati macam mantera sumpahan.

"Aku akan bunuh kau..." bibir aku bergerak perlahan, suara serak. "Dengan tangan aku sendiri... aku akan bunuh kau..."

Aku ketawa kecil di hujung ayat, ketawa yang tak ada jiwa. Orang lalu-lalang mula menjauh, tapi aku tak peduli. Dunia aku cuma ada satu misi sekarang iaitu tamatkan hidup perempuan itu.

Bayang muka Ghea terus melekat di mata aku macam tayangan ulang yang tak berhenti. Muka dia yang dulu semua orang puja. Muka yang Ezrik letak di atas altar cintanya.

Aku genggam rambut sendiri sampai jari aku putih. Nafas aku berat, keluar masuk macam aku baru habis berlari.

Dulu... dulu dia pura-pura jadi kawan baik aku. Duduk sebelah aku, gelak sekali, makan sekali. Padahal masa itu, dia sudah mula curi pandangan Ezrik dari aku.

Dia rampas... dia rampas semua yang aku nak. Hati Ezrik, perhatian dia, masa dia. Semua. Tinggal aku macam bayang yang tak pernah wujud.

Dia rosakkan... dia rosakkan hidup aku bila aku mula nampak dia sebagai ancaman. Aku terpaksa ikut rancangan Arif... terpaksa buat perkara yang orang lain tak akan faham.

Tangan aku naik ke pipi sendiri, aku tampar perlahan tapi berulang.

PAK! PAK! PAK!

Seolah-olah aku cuba hukum diri sendiri kerana lambat bertindak dulu. Air mata aku sudah kering, yang tinggal cuma wajah tegang dan mata yang panas membara.

"Ghea Edriana..."

Aku sebut nama itu perlahan, setiap suku kata macam racun yang aku ludah.

"Kau patut rasa sakit. Kau patut rasa takut setiap kali kau bernafas."

Aku ketawa kecil, suara serak dan pecah. "Bila aku jumpa kau nanti... aku akan pegang tengkuk kau... aku akan rasa nadi kau berhenti... dengan tangan aku sendiri."

Aku tunduk, jari aku mencakar lutut. Satu persatu dalam kepala aku susun cara, bagaimana nak cari dia, bagaimana nak buat dia merayu untuk nyawa.

Aku nak dia jatuh... aku nak dia pecah... aku nak dia hancur. Biar Ezrik tengok sendiri bagaimana perempuan yang dia 'cinta' jadi tak lebih dari bangkai depan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience