Bab 66

Thriller Series 1573

Kelopak mata Ghea terbuka perlahan, pandangannya kabur beberapa saat sebelum fokus tepat menikam wajah Arif. Aku kaku. Nafas aku tersekat. Dia... sedar.

Arif sempat menoleh, keningnya terangkat sinis. "Oh... dah bang..."

GEDUKKK!!!

Ghea hempap dahinya dengan dahi Arif. Bunyi tempurung kepala berlaga dengan dahi bergema dalam bilik sempit itu. Arif terundur dua langkah, tubuhnya hilang imbangan sebelum jatuh terduduk. Dia mengerang sambil memegang dahinya yang kini merah berbekas, nafasnya berat.

Aku sempat ternganga. Otak aku kosong.

Ghea tak tunggu sesaat. Dia bangkit dari katil, bahunya naik turun, mata tajam macam binatang yang terperangkap tapi sedia mencakar.

Arif masih mengerang, cuba bangun. "Kau..."

DUPP!

Lutut Ghea mendarat tepat ke rusuk Arif. Bunyi hentakan tumpul itu buat aku terloncat sedikit. Arif terus terjatuh ke tepi, batuk-batuk kuat sambil menahan sakit di sisi tubuhnya.

Aku... aku cuma berdiri, jantung berdegup macam nak pecah. Arif baru nak bangun, tapi Ghea terus terkam. Tangan kecilnya menolak dada Arif sekuat hati.

GEDUK!!!

Bahu mereka berlaga, Arif terundur separuh duduk.

"Arghh... sial!" Arif terus balas, tangannya pantas menangkap pergelangan Ghea. Dia tolak balik.

DUUUM!!!

Tubuh Ghea terhentak ke tepi katil, bunyi besi katil bergoyang nyaring.

"Aku takkan biar kau sentuh aku lagi!" suara Ghea serak tapi padu.

Dia cuba sepak perut Arif, tapi Arif sempat elak dan balas dengan tolak keras di bahu.

BAMMM!!!

Ghea terjatuh ke lantai, siku terhentak kuat pada jubin.

DEGANG!!!

"Lawan lagi, perempuan gila!" Arif gelak sinis, cuba naik atas tubuh Ghea. Tapi Ghea sempat capai bantal dan terus hempas ke muka Arif.

PAAAPP!

Tak sakit, tapi cukup untuk buat Arif teralih pandangan sekejap. Ghea guna peluang itu lalu dia hayun tangan ke pipi Arif.

PANGGG!!!

Bunyi tulang jari berlanggar tulang pipi kedengaran kasar. Arif mengerang, tapi sempat balas dengan siku ke bahu Ghea.

DUUUK!!!

Ghea terhuyung, nafasnya putus-putus. Dia lemah... tapi matanya tetap tak berkelip, menatap Arif dengan benci yang membuak.

Arif ketawa kecil, darah mula meleleh di hujung bibirnya. "Kau memang degil... aku lagi suka macam ini."

Arif cuba paut lengan Ghea lagi, tapi kali ini Ghea gerakkan lututnya tepat ke rusuk Arif.

DUMMMP!!!

"Arghhh!" Arif terjerit kecil sambil terdorong ke belakang, memegang sisi badannya. Nafasnya jadi berat seketika.

Ghea tak tunggu, dia tolak kepala Arif dengan tapak tangan, PAAKK! Arif tersungkur jatuh ke lantai, bahunya terhentak pada kaki almari. GEDANGGG! Bunyi kayu bergema dalam bilik sempit itu.

Jantung Ghea berdegup liar. Nafasnya pendek-pendek. Tanpa fikir panjang, dia terus bangun dan pecut ke pintu.

DAP! DAP! DAP!

Langkahnya deras, kaki menghentak jubin seolah lantai pun tak sempat rasa pijakan. Dia sempat toleh dan nampak Arif cuba bangun sambil maki hamun, wajah merah padam menahan sakit dan marah.

Tapi Ghea sudah pun buka pintu depan dengan hentakan kasar PRAAANG! bunyi pintu terhempas ke dinding dan dia terus lari keluar, menembusi cahaya pagi yang baru menyinari laman rumah itu.

Udara luar yang sejuk pagi menusuk paru-parunya, tapi dia tak peduli. Yang penting, dia kena jauh dari Arif.

Tangan aku tiba-tiba direntap kuat.

"Arghhh! Lepaslah, Arif!" aku meronta, tapi genggaman dia macam besi panas. Dia heret aku sampai terhuyung-hayang.

"Jangan banyak bunyi! Cepat masuk kereta!" bentak dia sambil tolak aku ke pintu penumpang.

Jantung aku berdegup tak tentu arah. Nafas aku sesak. Mata aku sempat menangkap bayangan Ghea yang rambut kusut, langkahnya deras, baju tidur longgar itu berkibar, dia lari tanpa toleh. Ke arah simpang hujung jalan.

BAM!

Pintu kereta dihempas. Arif terus lenjan masuk tempat pemandu, kunci dipulas laju. Bunyi enjin mengaum kasar.

VROOOOMMMM!

"Aku nak dia, Lily! Hari ni jugak!" jerit Arif, muka dia merah menyala.

"Aku tak nak ikut! Aku tak nak!" aku menjerit, tangan aku cuba buka seatbelt, tapi Arif sempat hempas tangan aku ke paha dia. "Diam!"

Pedal minyak ditekan sekuat hati. Kereta terus melompat ke depan. Aku terhentak ke belakang kerusi. Bunyi tayar mencengkam jalan tar.

SCREEECHHH!

Ghea sudah makin dekat dengan simpang. Dia pecut macam orang yang lari dari neraka.

Arif ketap rahang. "Tak ke mana kau kali ni, Ghea..."

Aku rasa macam nak muntah. Dalam hati aku cuma terbayang satu kalau Ezrik tahu pasal ini, habis mati kami berdua.

"Arif! Jangan! Kau gila ke?!" jerit aku, tangan aku berpaut pada dashboard.

Dia cuma sengih. Sengih yang buat bulu roma aku tegak. Kereta dia rapat ke arah Ghea yang dah hampir sampai simpang. Aku nampak bahu Ghea bergerak-gerak laju, nafas dia mungkin sudah pecah berderai.

BUMP! BUMP!

Bunyi tayar menghentak lopak kecil jalan kampung.

"Arif! Sudahlah! Jangan buat!" air mata aku sudah kaburkan pandangan.

Tapi Arif tekan pedal lagi. Bumper depan kereta ini cuma jarak sejengkal dari belakang tubuh Ghea.

THUD!!!

Badan Ghea terhentak kuat di bonet kereta, terpelanting ke udara beberapa inci sebelum jatuh menghentam tar.

GEDUBAGHH!

Bunyi badan dia berguling sekali sebelum kepala dia hentam jalan.

BOKK!

"YA TUHAN..." nafas aku tersekat.

Ghea terbaring kaku, rambutnya terurai, mata tertutup rapat. Ada kesan debu dan darah nipis mula mengalir dari tepi kepala.

Arif ketawa pendek, bunyi macam orang hilang akal. "Haaa, tengok... senangkan?"

Aku terkaku, tangan menutup mulut. Nafas aku menggigil. "Kau... kau sudah bunuh dia, Arif..."

Dia pandang aku sekilas, masih senyum. "Belum. Dia cuma tidur sekejap."

Kereta berhenti beberapa meter depan tubuh Ghea. Enjin masih berderum, aku rasa macam semua udara dalam paru-paru aku kena rampas.

Pintu kereta dihempas kuat. BAM!

Aku berdiri di tepi jalan, kaki rasa beku. Arif melangkah laju ke arah Ghea yang terbaring. Nafas aku sudah jadi pendek-pendek.

Dia jongkok, selamba selit tangan di bawah tubuh Ghea, dan angkat dia macam tak ada berat langsung.

DUPP!

Kaki Ghea terhayun sedikit. Kepala dia terkulai, aku nampak jelas darah halus merayap dari luka di tepi pelipis, membasahi rambutnya.

Arif pandang muka Ghea dekat-dekat. "Cantik lagi kau walaupun comot macam ni..." suaranya serak, macam tengah menghayati sesuatu yang aku tak nak bayangkan.

Aku tak tahan, air mata jatuh tanpa henti. "Arif... aku takut..." suara aku pecah, dada aku rasa ketat.

Dia jeling aku, muka penuh benci. "Diamlah, Lily! Kau ini menyakitkan hati betul! Nak hidup, ikut saja apa aku buat."

Aku terkedu. Tangan aku menggigil, kepala aku ligat fikir kalau Ezrik tahu... kalau dia tahu... habis aku.

Arif pusing badan, peluk Ghea erat macam barang rampasan, dan mula jalan ke arah kereta. Aku ikut dari belakang, setiap langkah rasa macam kaki aku dipaku ke tanah.

Arif hempas pintu belakang kereta selepas baringkan Ghea di atas seat, kepala Ghea terhentak sedikit pada tepi pintu. TOK! Darah dari pelipis dia sudah mula menitik atas kain seat.

Aku terus berdiri kaku di tepi kereta. Nafas aku laju. Mata aku asyik pandang kiri kanan, takut tiba-tiba ada orang kawasan ini keluar atau lalu.

"Masuk, Lily!" Arif herdik dari tempat duduk pemandu.

"Aku... aku tak nak..."

"MASUK!" jerit dia sambil hempas stereng kuat. BAM! Aku tersentak, cepat-cepat buka pintu penumpang dan duduk.

Bau besi darah mula memenuhi ruang kereta. Aku cuba pandang ke depan saja, tapi ekor mata aku nampak tangan Ghea terkulai, hujung jarinya kotor dengan debu dan darah.

Arif tekan pedal. VRROOOOM! Kereta terus meluncur, tayar depan melibas batu kecil di jalan tar, bunyinya memercik.

"Arif... kita nak bawa dia ke mana?" suara aku bergetar, jantung rasa macam nak meletup.

Dia sengih, mata tak lepas dari jalan. "Tempat yang Ezrik takkan jumpa."

Aku telan liur. Tangan aku sejuk. Dalam kepala, aku sudah boleh bayang muka Ezrik kalau dia tahu. Dia akan cari kami... dia akan bunuh kami.

Kereta meluncur laju keluar dari kawasan perumahan, tapi aku tak tahu hala tuju. Jalan kampung makin lama makin gelap, kiri kanan cuma pokok kelapa sawit.

"Arif... tolonglah. Jangan buat macam ni. Ezrik akan cari kita, dia akan bunuh kita berdua." Suara aku serak, tangan aku terketar pegang seat.

Dia ketawa sinis. "Kau ni penakut tahap sampah. Dahlah tak guna, sekarang nak ajar aku cara hidup?"

Hati aku panas. "Arif, kau gila! Kita sudah cukup masalah. Ghea tu..."

"Apa Ghea?! Ghea tu perempuan yang patut kita ajar dari dulu lagi." Dia sengaja tekankan minyak, bunyi enjin meraung.

VROOOOM!!!

Aku tak tahan lagi. Tangan aku terus hayun ke bahu dia. "Berhenti! Berhenti la kereta ni!" Aku tolak badannya sambil tangan satu lagi cuba tarik stereng.

Arif menepis kasar. "Jangan cari mati, Lily!"

Aku terus cakar muka dia, kuku aku tersangkut pada kulit pipi dia.

SREKK! Darah tipis mula keluar.

"ARRRGHHH!!" Arif menjerit sambil cuba tampar aku, tapi aku elak. Kereta terhuyung-hayang ke kanan, tayar depan terlanggar batu besar, DUK! hentakan buat kami sama-sama terhentak ke seat.

Ghea masih terbaring tak sedarkan diri di belakang, tubuhnya terhentak ke pintu.

"Aku sumpah kalau kau tak duduk diam, Lily, aku letak kau keluar sekarang!" Arif jerit, tapi tangannya masih cuba stabilkan stereng. Kereta terus bergoyang, macam bila-bila masa boleh terbabas ke longkang tepi jalan.

Tangan Arif tiba-tiba terlepas dari stereng sebelah kiri, dan aku tak sempat nak elak. Dia rentap rambut aku dari belakang, kuat sampai kulit kepala rasa macam nak tercabut.

"AARRRGHH!! Lepaslah!" Aku menjerit, tapi jeritan aku terhenti bila dia tarik kepala aku ke depan.

BAMM!!!

Dahi aku menghentam dashboard. Rasa berdenyut terus menjalar ke mata. Sebelum aku sempat tarik nafas...

BAMM! sekali lagi, kali ni lebih kuat. Bibir aku terhantuk, terasa rasa besi darah mula memenuhi mulut.

"Aku cakap duduk diam!" suara dia garau, penuh amarah.

BAM! BAM! dua kali berturut-turut, pandangan aku mula kabur. Bunyi nafas sendiri pun sudah tenggelam dalam dengungan di telinga.

Tangan aku cuba capai apa saja, seatbelt, pintu, tapi genggaman dia di rambut makin kuat.

Kali terakhir aku rasa BAMM!!! dan dunia terus jadi kelam. Nafas aku tinggal separuh, mata aku terpejam sendiri.

Suara Arif yang marah-marah makin jauh... gelap mula telan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience