Kereta aku berhenti betul-betul di bawah pokok angsana yang daunnya berguguran, separuh menutup pandangan. Enjin aku matikan. Lampu hadapan padam. Aku biarkan kegelapan menelan kereta ini.
Di seberang jalan, rumah banglo dua tingkat itu berdiri megah. Cat putihnya sudah mula pudar, tapi balkoni besar di tingkat atas masih kelihatan mewah. Lampu pagar berwarna kuning malap memantulkan bayang pokok palma yang berbaris di halaman. Dindingnya tinggi, berpagar besi berukir. Pintu gerbang automatik setinggi dua meter itu terkunci rapat, tapi aku tahu di sebalik semua lapisan besi dan batu itu, mereka ada di dalam.
Rumah itu milik ibu mertua aku. Tempat yang kononnya suci. Tempat mereka fikir aku tak akan berani jejak. Tempat yang buat darah aku mendidih setiap kali aku teringat...
Aku yakin Lily ada di dalam dan Arif. Aku boleh rasa. Nafas aku berat. Tapak tangan aku gatal. Malam ini, kalau aku ikut hati, aku sudah rempuh masuk dan tarik Arif keluar macam anjing liar tapi aku tahan. Rancangan ini tak boleh gelojoh.
Aku sudah lama tunggu. Terlalu lama. Sejak hari aku jumpa Ghea terbaring macam mayat hidup, mata kosong, tubuh penuh luka, aku simpan dendam ini macam api dalam perut. Setiap kali aku nampak muka Arif dalam kepala, api itu menyala lagi. Dan setiap kali aku teringat suara Ghea yang pecah menangis, aku rasa tangan aku gatal nak cekik dia sampai senyap.
Aku genggam stereng. Sendi jari aku berkeriut. Pandangan aku tak lepas dari banglo itu. Tingkap gelap. Langsir tebal. Tapi aku tahu, mereka ada dan malam ini, kalau peluang datang, aku akan mula. Aku akan tarik Arif keluar. Aku akan heret dia ke neraka yang aku cipta sendiri.
Aku sudah penat simpan marah. Marah ini sudah reput dalam aku. Sudah berbau besi dan darah.
Lampu garaj terbuka. Garisan cahaya kuning tumpah ke batu paving yang licin selepas hujan petang tadi. Aku nampak siluet kereta Arif iaitu sebuah Toyota Fortuner hitam, berkilat, tayar masih basah.
Pintu pagar automatik bergerak perlahan, bunyi zrrrk besi bergesel memecah sunyi malam. Aku duduk tegak, tangan di stereng. Mata aku tak berkelip.
Fortuner itu keluar dari kawasan rumah, lampu depannya memancarkan cahaya putih tajam ke arah jalan. Sekilas, aku nampak bayangan Arif di tempat duduk pemandu. Selebihnya gelap.
Aku biarkan dia mara sedikit, biar jarak antara kami cukup untuk elak dia sedar. Fortuner membelok ke kiri. Aku hidupkan enjin, deruman rendah bergema dalam kabin. Lampu aku padam hanya bergantung pada cahaya lampu jalan yang jarang-jarang.
Aku mula mengekori dari belakang. Jarak lima kereta. Kelajuan sederhana. Setiap kali dia memperlahankan kenderaan di simpang, aku ikut rentaknya.
Jantung aku berdegup berat. Bukan sebab takut kantoi tapi sebab rasa lapar yang menjalar dalam dada. Lapar nak lihat wajah dia hancur bila dia sedar siapa yang menunggu di hujung jalan ini.
Arif, malam ini... kau tak akan sampai ke mana-mana tempat selamat.
Fortuner itu membelok masuk ke jalan dua lorong yang sunyi, kiri-kanan hanya deretan pokok getah dan beberapa rumah papan yang gelap. Tiada kenderaan lain. Ini masanya.
Aku tekan pedal minyak. Bunyi enjin Vios meraung, jarum meter memanjat. Dalam beberapa saat, aku sudah rapat ke sisi Fortuner. Lampu aku sengaja aku nyalakan penuh, pancar terus ke cermin sisi dia.
Dia terkejut. Aku nampak kepala Arif berpaling, kening berkerut. Satu pecutan terakhir...
VROOOM!
Aku potong dari kanan, kemudian sengaja membelok tajam ke hadapan Fortuner. Bunyi tayar memekik, aspal berbau hangit. Aku hentikan kereta melintang, blok habis kedua-dua lorong.
Arif tekan brek kecemasan. SREEEEK! Bunyi geseran tayar dia bergema, diikuti hentakan kecil bila Fortuner berhenti hanya beberapa inci dari bumper belakang aku.
Aku keluar. Pintu kereta aku hempas, bunyinya memecah udara malam.
Arif sempat buka cermin tingkap sedikit. "Oi! Kau..."
Tak sempat habis, aku sudah sampai di pintu pemandu. Tangan aku masuk ikut tingkap, genggam kolar bajunya. Dengan satu sentapan, aku paksa dia buka pintu. Dia lawan, tapi genggaman aku lebih keras.
"Keluar, Arif." Suara aku rendah, tapi bergetar dengan marah yang aku tahan bertahun-tahun.
Dia cuba lepaskan pegangan aku, tapi aku tarik lagi kuat. Badannya terhentak keluar, kaki terseret ke jalan tar. Bau asap tayar dan peluhnya bercampur dalam hidung aku.
Mata kami bertemu. Aku nampak bayangan takut yang dia cuba sembunyikan di sebalik wajah berlagak tenang.
"Malam ni kau ikut aku," bisik aku, sebelum tolak dia ke arah kereta aku.
Aku baru nak tolak dia masuk ke kereta aku bila tiba-tiba...
DEGHHH!!!
Penumbuk keras mendarat tepat di pipi kiri aku. Kepala aku berpusing ke tepi.
"Aku tak akan ikut kau, sial!" Arif meludah ke tanah, nafasnya berat.
Rasa perit membakar rahang. Aku belum sempat balas, dia dah hayun lagi.
BUKKK!!!
Kali ini kena di tulang rusuk. Nafas aku terputus sekejap. Aku mara ke depan. Dia cuba tumbuk sekali lagi, tapi aku tepis.
THAK!!!
Bunyi lengan kami berlaga. Aku balas dengan siku ke arah dadanya. Dia terundur setapak tapi masih tegak.
Arif memang kuat. Bahunya lebar, ototnya pejal. Dia serang lagi dengan satu tumbukan lurus. Aku elak ke kiri, tapi siku dia singgah ke pipi kanan. PRAKK! Rasa darah naik ke bibir.
Aku balas dengan lutut. THUD! Lutut aku singgah ke perutnya. Dia terbungkuk, tapi sempat tangkap bahu aku dan cuba hempas aku ke kereta.
DUMMM!!!
Tubuh aku hentak pintu Vios. Aku tak tunggu. Tangan kiri aku pegang kolar bajunya, tangan kanan aku hayun penumbuk terus ke rahangnya.
BLOKKK!!!
Dia terhuyung. Nafasnya mula kasar.
"Lawan lagi, Arif!" suara aku garau, bercampur marah dan nafas tercungap.
Dia datang semula, cuba pegang pinggang aku. Kami jatuh berguling di atas jalan tar.
GRAKKK!!!
Kulit siku aku melecet geser dengan permukaan kasar. Aku naik atas badannya. Dia cuba angkat tangan untuk lindung muka, tapi aku hayun lagi.
DEGHHH!!!
DEGHHH!!!
Dua kali penumbuk singgah di pelipisnya. Dia goyah, tapi masih cuba balas dengan menumbuk rusuk aku. Bunyi nafas kami bercampur kasar, berat, berasap dalam udara malam yang lembap.
Akhirnya aku cekik lehernya, tekan kuat hingga dia terbatuk-batuk. "Malam ini kau hutang darah, Arif dan aku akan kutip."
Cengkaman aku di leher dia belum sempat kemas, Arif tiba-tiba tolak kepala ke depan.
DUPPP!!!
Hentakan dahi dia kena tepat di hidung aku. Pandangan aku berpinar. Bau besi darah terus masuk ke rongga hidung.
Dia ambil peluang. Tangannya tolak dada aku, dan dengan satu henjutan, aku terpelanting ke tepi.
BRAKKK!!!
Bahu aku hentak jalan tar.
"Aku tak akan jadi mangsa kau, Ezrik!" suaranya garang, penuh dendam.
Belum sempat aku bangun sepenuhnya, dia sudah datang menerpa.
WHAM!!!
Penumbuknya singgah di rusuk, diikuti satu lagi tepat di rahang. Kepala aku berpusing. Nafas aku tersekat-sekat.
Dia memang liar, serangannya tak tunggu giliran. Lututnya naik ke perut aku. THUD! Aku terlipat, cuba sedut nafas. Dia pegang kolar aku, angkat separuh tubuh aku dari tanah, kemudian hempas aku ke arah pintu kereta sendiri.
DUMMM!!!
Bunyi dentuman logam bergema di jalan sunyi. Aku cuba tepis, tapi dia lebih pantas. Tangan kirinya genggam rambut aku, tarik ke belakang, tangan kanannya hantar satu tumbukan ke pipi. BLOK! Tulang rahang aku bergetar.
Pandangannya macam binatang liar yang rasa terperangkap tapi sanggup gigit tangan pemburu sampai putus. Dia cuba tendang lutut aku.
TAKKK!!!
Aku sempat elak, tapi buku lima dia singgah lagi di tulang rusuk. Aku terundur, kaki cari imbangan. Kepala aku berdengung.
Untuk sesaat, aku rasa aku boleh tumbang kalau dia lepas satu lagi pukulan. Nafas aku berat. Jantung aku hentak keras di dada. Arif bagaikan tak penat, matanya merah, nafasnya garang, setiap gerak macam lelaki yang takkan berhenti selagi lawannya tak mati.
DEGHHH!!!
DEGHHH!!!
DEGHHH!!!
Penumbuk Arif mendarat bertubi-tubi di muka aku. Setiap hentakannya macam pukulan tukul besi. Tulang pipi aku berdenyut, darah mula meleleh dari sudut bibir.
Dia ketawa, ketawa yang serak, panjang, dan tak ada jiwa manusia. "Hahaha... tahu tak, Ezrik?"
BUKKK!!!
Satu lagi tumbukan ke rahang. "Malam tu... aku yang mula dulu..."
Aku cuba angkat tangan untuk lindung muka, tapi dia tolak ke tepi. Lututnya singgah di rusuk aku.
THUD!!!
Nafas aku tercungap, dunia berputar. Arif tunduk dekat ke telinga aku, nafasnya panas, baunya busuk bercampur rokok.
"Aku yang paling lama dengan Ghea malam tu..." BAM! penumbuk lagi di tulang kening. "Dia menangis, merayu... aku suruh dia diam..."
BLOKKK!!!
Tumbukan seterusnya menghentak bibir aku sampai rasa besi darah memenuhi mulut.
Aku gigi geraham. Marah aku membuak, tapi tenaga aku dah menipis. Jalan tar sejuk di belakang aku, kasar menggeser kulit. Bunyi nafas aku sendiri macam dari jauh berat, patah-patah.
Dia ketawa lagi, tapi kali ini lebih dekat, matanya gila. "Dan kau tahu apa yang paling sedap, Ezrik? Waktu dia berhenti meronta... waktu mata dia kosong..."
Marah aku meletup, tapi badan aku rasa berat macam diikat batu. Aku cuba hayun penumbuk ke perutnya tapi separuh jalan, dia tepis dan balas dengan satu hentakan ke rahang yang buat pandangan aku kabur.
"Aku boleh bunuh kau sekarang kalau aku nak," bisiknya, suara rendah tapi penuh bangga.
Dunia di sekeliling aku mula kabur. Satu-satunya yang aku nampak jelas cuma wajah Arif... dan bayangan Ghea pada malam sial itu.
PTUIHH!!!
Ludah panas dan pekat jatuh tepat di pipi aku. Rasa hanyir bercampur darah sendiri melekat di kulit.
Arif ketawa besar, suaranya memecah malam. "Hahaha! Kau nak tahu, Ezrik? Ghea itu... taklah sehebat mana pun. Malam itu dia cuma boneka. Boneka yang kami kongsi macam sampah dan kau... lelaki bodoh yang jatuh cinta pada sampah."
Aku terbaring di atas jalan tar, dada aku naik turun laju. Setiap nafas rasa macam hiris pisau di rusuk. Tangan aku cuba genggam, tapi tenaga aku dah bocor entah ke mana. Mata aku berat, tapi marah aku membuak marah yang tak mampu lagi aku lepaskan pada saat ini.
Arif berdiri di atas aku, ketawa kuat macam tak ada manusia lain di dunia. "Hahahaha! Kau ingat kau pemburu? Kau mangsa sebenar malam ni, Ezrik!"
Dia lepaskan aku dengan satu tolak ke dada, buat aku tergolek setapak. Tanpa buang masa, dia lari ke arah Fortuner hitamnya. Bunyi pintu kereta dibanting.
Enjin dihidupkan VRROOOM! lampu hadapan memancar terang, membakar pandangan mata aku yang separuh kabur.
Roda berputar ganas, meninggalkan bau tayar terbakar di udara. Fortuner itu meluncur laju, meninggalkan aku sendirian di atas jalan yang sunyi. Hanya bunyi enjin menjauh dan degupan jantung aku yang menghentak telinga.
Aku masih terbaring, darah menitis dari bibir ke jalan tar. Marah aku tak padam. Malam ini mungkin dia lepas... tapi ini belum tamat.
Bunyi enjin Fortuner Arif hilang di hujung jalan, tapi kata-katanya masih bergema dalam kepala aku. Boneka... sampah...
Aku genggam jalan tar dengan jari yang berlumuran darah, kuku hampir patah. Nafas aku berat, dada aku naik turun macam nak pecah.
"AARRGHHHHHHHHHHH!!!"
Jeritan aku memecah malam, mentah dan penuh amarah. Bukan sekadar marah sebab dia lepas, tapi marah sebab setiap perkataan dia tadi adalah luka baru untuk Ghea.
"Aku bunuh kau, Arif! Aku bunuh kau sial!!!" suara aku pecah, serak, tapi aku terus menjerit sampai tekak aku terasa perit.
Wajah Ghea terbayang di mata, wajah kosongnya selepas malam itu, tubuhnya yang tak mampu aku peluk lagi, senyumnya yang sudah mati.
Air mata panas menitis bercampur darah di pipi. Aku hempas genggaman ke jalan tar. BANG! bunyi tulang beradu dengan permukaan keras. Pedihnya tak lawan pedih di hati.
Aku menjerit lagi, sekuat tenaga yang tinggal. Malam ini aku kalah. Tapi ini cuma satu pusingan. Esok, atau bila-bila saja, aku akan buat dia bayar. Setiap kata hinaan itu akan dibalas dengan darah.
Share this novel