Tapak kaki aku mencecah lantai simen tingkat dua yang retak-retak. Bau hapak makin menusuk. Aku terus capai telefon dari poket, tekan butang lampu suluh. Cahaya putih memanjang, menembusi gelap yang tebal.
"GHEA!"
Suara aku pecah dalam ruang kosong. Pantulan gema itu seolah mengejek, buat aku makin resah. Aku halakan cahaya ke setiap penjuru dinding berlumut, pintu kayu reput, dan sampah berselerakan.
Aku berjalan perlahan, mata tak berhenti mencari. Nafas aku berat, dada rasa makin sempit.
"Ghea... kalau kau dengar, jawab aku! GHEA!"
Cahaya lampu telefon menangkap satu tilam lusuh di sudut dinding. Tilam itu basah, dengan tompokan merah gelap yang tak perlu aku teka dari mana datangnya. Jantung aku terhenti seketika.
Aku melangkah lebih dekat, lutut rasa longgar, dan tekak kering. Mata aku liar memerhati lantai, kesan seret, cebisan kain putih yang aku kenal dari baju kemeja Ghea, dan... seutas getah rambutnya.
"Ghea..." suara aku merendah, tapi bergetar.
Aku terus melangkah ke tengah ruang, lampu suluh bergerak ke setiap sudut, mencari kelibat dia. Setiap kali bayang sendiri melintas di dinding, jantung aku tersentak macam nak pecah.
Cahaya dari lampu telefon aku terhenti pada satu lagi tilam lusuh di sudut bilik. Tilam itu lebih busuk, permukaannya kotor dengan darah kering dan kesan lumpur.
Aku kaku. Mata aku sempat menangkap susuk tubuh terbujur kaku di atasnya separuh bogel, rambut kusut menutupi sebahagian muka.
Langkah aku berat tapi laju. Setiap inci jarak yang aku rapatkan terasa macam menghimpit paru-paru aku. Bila aku sampai cukup dekat, aku suluh betul-betul...
"GHEA..." suara aku pecah, serak.
Muka dia. Bibirnya pecah dan berdarah, pipi penuh lebam biru. Lututnya calar dan terkoyak kulit, darah masih mengalir perlahan. Tubuhnya... penuh kesan tapak kaki, lebam, gigitan, dan torehan merah panjang di lengan dan paha.
Aku terduduk di sebelah dia. Tangan aku menggeletar masa nak sentuh wajahnya.
"SAYANG... BANGUN APA JADI NI! AKU KAT SINI GHEA..."
Tapi dia tak bergerak. Nafas aku mula laju, kepala aku mula panas. Jari aku sentuh pipi dia perlahan, terasa dingin bercampur peluh.
Aku pandang sekeliling bilik kosong, sunyi... tapi bau hanyir darah dan peluh busuk itu buat aku rasa nak bunuh seseorang. Urat di pelipis aku berdenyut. Genggaman tangan aku di tilam makin kuat.
"SIAPA... YANG BERANI SENTUH KAU MACAM INI..."
Aku jatuh melutut sebelah tilam. Lampu telefon aku hampir terlepas dari genggaman masa aku nampak darah pekat meleleh dari celah paha dia, mengalir hingga membasahi tilam lusuh itu. Nafas aku tersekat. Dada aku rasa macam dihempap batu besar.
"GHEA!!!"
Jeritan aku memantul pada dinding reput bangunan usang itu, memecahkan kesunyian macam kaca pecah. Aku genggam bahu dia, goncang perlahan, kemudian kuat.
"Sayang, bangun! Bangun, Ghea! Tengok aku! Ghea!!"
Tangan aku terketar masa aku sapu rambut kusut dari wajahnya. Mata dia tertutup rapat, bibirnya kering, pecah... dan sejuk. Tubuhnya penuh calar, lebam ungu-hitam menghiasi setiap inci kulitnya. Ada kesan tapak kaki di rusuk, torehan merah di lengan, gigitan di bahu.
Aku tak sanggup, tapi mata aku tetap jatuh ke bahagian paha yang terbuka... darah masih segar. Jantung aku macam nak pecah.
"GHEA!!!" Aku jerit lagi, kali ni suara aku serak, dada aku berombak. "Siapa buat kau macam ni?! SIAPA?!"
Air mata panas aku jatuh atas kulit dia, bercampur dengan darahnya. Aku peluk dia erat, rasa badan dia lembik, berat macam hilang nyawa.
"Jangan tinggalkan aku, Ghea... jangan tinggalkan aku... aku datang ni... aku janji aku akan bunuh semua yang sentuh kau..."
Tangan aku menggigil masa aku sapu air mata, pandang kiri kanan macam orang hilang arah. Nafas aku terputus-putus, dada aku panas macam terbakar.
Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu telefon di tepi tilam yang casing retak, skrin masih menyala samar. Aku capai, genggam kuat. Skrin terbuka... tak ada password.
Whatsapp.
Aku skrol, jari aku tak tentu arah, mata aku kabur dek air mata yang makin laju. Satu chat di atas sekali nama LILY. Ada satu ikon video.
Jantung aku berhenti sekejap. Jari aku kaku, tapi rasa nak tahu itu lebih kuat daripada rasa takut. Aku tekan.
Play.
Skrin kecil itu mula bergerak. Aku nampak... Ghea. Tangannya dipegang kuat, tubuhnya terkangkang, wajahnya basah air mata, bibirnya pecah. Suara lelaki-lelaki itu ketawa, bercakap kotor, meraba... merogol Ghea secara bergilir.
Dan di hujung rakaman... ada gelak perempuan. Gelak yang aku kenal.
Lily Amanda!
"Hahahaha... tengok kau sekarang, Ghea. Mana Ezrik kau tu? Hah?"
Suara itu bergema dalam kepala aku macam racun.
Aku rasa seluruh tubuh aku bergetar, darah mendidih. Nafas aku jadi berat, cepat, seolah paru-paru aku terbakar. Mata aku rasa panas... penglihatan aku merah.
Telefon itu aku genggam sampai sendi jari aku putih. Kepala aku tunduk, bahu aku naik turun, dan perlahan-lahan... aku ketawa.
Ketawa yang tak ada gembira. Ketawa yang kosong, pecah, serak.
"Lily... kau... mati..."
Aku tengok Ghea yang tak sedarkan diri, kemudian pandang semula telefon itu. Air mata jatuh tak henti, tapi dalam dada aku, rasa marah itu sudah jadi binatang.
Aku bangun perlahan-lahan, mata aku liar memandang sekeliling bangunan usang ini. Nafas aku bising, bibir aku berbisik berulang kali...
"AKU BUNUH SEMUA... AKU BUNUH SEMUA... AKU AKAN BUNUH SEMUA..."
"ARGHHHHHHHHHHHHHHH!"
Jeritan aku memecahkan sunyi bangunan usang ini, bergema memantul dari dinding ke dinding. Suara aku serak, tapi aku jerit lagi kuat, panjang, sampai tekak aku rasa terbakar.
Aku hayun penumbuk ke dinding simen sebelah tilam. DUM!!! Retak kulit tangan aku, tapi aku tak peduli.
DUM!!!
Sekali lagi.
DUM!!!
Lagi.
Bunyi tulang bertemu batu bercampur dengan hentakan darah dalam telinga aku. Jari aku mula rasa kebas, tapak tangan aku melekit dengan darah sendiri.
Aku tunduk, ambil nafas dalam-dalam... kemudian BAM! aku hantuk kepala aku sendiri pada dinding.
Satu kali.
Dua kali.
Tiga kali.
Setiap hentakan itu macam aku cuba keluarkan semua rasa marah, sedih, dan benci yang bercampur dalam dada.
"SIAL! BODOH! KENAPA AKU... KENAPA AKU TAK ADA TADI?!!!"
Aku jatuh melutut di sebelah Ghea, genggam rambut aku sendiri, tarik sampai kulit kepala rasa perit. Air mata aku jatuh laju, panas, jatuh ke lantai yang berhabuk.
"ITU SALAH AKU... ITU SEMUA SALAH AKU..." suara aku pecah, cuma tinggal bisikan.
Tangan aku yang berdarah terus mencekak bahu Ghea.
"GHEA! BANGUN! BANGUNLAH SIAL!" suara aku serak, pecah, bergema dalam ruang sempit ini.
Aku goncang badan dia, kuat. Kepala dia terhentak kecil ke tilam lusuh, rambutnya yang kusut melekat dengan darah dan peluh. Mata dia terpejam rapat, bibir pucat dan pecah, dada naik turun perlahan macam nyawa dia sudah tinggal hujung-hujung.
"JANGAN BUAT AKU GILA, BANGUN, WEH! BANGUN, GHEA!" aku terus goncang lagi. Nafas aku sudah tercungap-cungap, dada aku rasa macam nak pecah. Air mata aku jatuh bertubi-tubi, menitik ke muka dia, bercampur dengan darahnya sendiri.
Aku usap pipi dia yang sejuk, tapi jemari aku menggigil. "SIAL... AKU JANJI AKU AKAN JAGA KAU. AKU JANJI BERSUMPAH TAK AKAN BIAR SESIAPA SENTUH KAU... KENAPA AKU TAK ADA MASA TADI?"
Aku tunduk rapat, dahi aku cecah dahi dia. Aku tarik nafas panjang, cuba kawal diri tapi suara aku pecah lagi, "Tengok aku, Ghea... buka mata kau... tolong, jangan buat aku macam ni..."
Aku goncang dia lagi, kali ini dengan tangan yang lebih terdesak. Suara aku naik, jeritan penuh histeria.
"BANGUN, GHEA! AKU TAKKAN BIAR KAU MATI! KAU DENGAR TAK?!"
Tilam itu berkeriut, debu-debu halus terbang di udara, tapi aku tak peduli. Aku rasa seluruh dunia sudah runtuh atas kepala aku. Semua bunyi lenyap kecuali degupan jantung aku yang berlumba-lumba, dan esakan yang tak mahu berhenti.
Aku peluk dia erat, tangan aku melingkari tubuhnya yang lembik. "Aku tak akan lepaskan kau. Aku akan bunuh semua jahanam itu. Satu-satu aku akan cari. Demi kau."
Jari aku yang masih berlumuran darah perlahan-lahan capai seluar slack Ghea yang koyak di bahagian lutut. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku tarik semula kain itu ke atas, menutup apa yang patut, walaupun kainnya sudah kotor, melekit dengan darah dan lumpur.
Telefon yang tadi aku jumpa tadi yang masih menyimpan video haram sialan itu aku genggam sekejap. Nafas aku berat, dada aku naik turun laju. Aku masukkan telefon itu ke dalam poket seluar aku, seolah-olah nak kunci semua bukti itu dekat badan aku sendiri, biar aku tengok setiap kali aku nak ingat siapa yang akan aku bunuh nanti.
Aku pandang muka Ghea sekali lagi. Pipi dia pucat, ada kesan tapak tangan merah yang sudah pudar tapi jelas parutnya. Rambutnya berserabut, ada helaian yang melekat di bibir dia. Air mata aku terus mengalir, jatuh ke mukanya yang sejuk.
"Aku minta maaf... aku minta maaf, Ghea..." suara aku bergetar. Aku selitkan lengan aku di bawah belakang dia, satu lagi di bawah lututnya. Berat dia tak seberapa, tapi rasa dia macam menekan seluruh beban dunia ke bahu aku.
Aku bangun perlahan, pastikan kepala dia tersandar di dada aku. Setiap langkah menuju tangga, bunyi lantai kayu lama itu berkeriut, bergema dalam bangunan usang yang kosong. Nafas aku bercampur dengan esakan, "Jangan tinggal aku, Ghea... tolong jangan tinggal aku..."
Turun ke tingkat bawah, aku berhenti sekejap. Cahaya dari telefon aku bergetar di tangan, membuatkan bayang kami terherot di dinding berlumut. Dada aku sakit setiap kali pandang darah yang masih menitis dari celah paha dia, meninggalkan jejak merah di lenganku sendiri.
Aku keluar dari bangunan itu, kaki aku pijak tanah berpasir bercampur daun kering. Angin malam sejuk menusuk tulang, tapi aku rasa panas dengan amarah. Kereta aku berdiri tak jauh di bawah lampu jalan malap. Aku cepatkan langkah, walaupun setiap hentakan kaki rasa macam menambah berat beban di hati aku.
Setibanya di kereta, aku buka pintu belakang perlahan-lahan. Aku baringkan dia atas seat, selimutkan dia dengan blazer aku sendiri. Aku usap rambutnya sekali lagi sebelum menutup pintu, air mata aku jatuh tanpa henti.
"Aku akan bawa kau pergi dari sini, Ghea... dan lepas tu, aku akan pastikan semua yang buat kau macam ni, mati dengan cara paling perlahan."
Tangan aku genggam kuat stereng sampai buku lali jari putih, darah dari penumbuk aku tadi meleleh di kulit. Kereta meluncur laju, tayar meraung setiap kali aku potong kereta lain di jalan malam yang hampir kosong. Jarum speedometer sudah cecah angka yang jarang aku berani tekan, tapi malam ini aku tak peduli.
Di seat belakang, Ghea masih terbaring nazak, wajahnya separuh tenggelam dalam blazer aku. Setiap kali cermin pandang belakang menampakkan dia, dada aku terasa macam ditikam.
Lampu jalan berlari di sisi, tapi otak aku tak nampak apa-apa selain wajah-wajah laknat itu.
Arif.
Lily.
Paan.
Aiman.
Acap.
Satu-satu muncul, jelas macam potret dalam kepala aku. Arif dengan senyuman sial yang penuh ego, mata dia penuh rasa puas. Lily dengan wajah benci, tangan dia memegang telefon sambil gelak. Paan, Aiman, Acap, semua dengan nafas jantan kotor yang aku terbayang sampai sekarang.
Gigi aku berkerut rapat, rahang aku berdenyut menahan marah. Setiap kali nama mereka melintas, kaki aku tekan pedal minyak lagi dalam.
Aku bayangkan tangan aku cekik Arif sampai urat leher dia pecah. Aku bayangkan Lily menjerit minta nyawa bila aku bakar semua yang dia sayang depan mata dia. Aku bayangkan Paan, Aiman, Acap menjerit, menangis, merayu macam Ghea tadi, tapi aku takkan bagi peluang.
"Kau semua sudah buat silap paling besar dalam hidup kau." Suara aku serak, tapi tegas.
Satu lagi potret Ghea muncul di kepala semasa dia ketawa kecil di sebelah aku, mata dia menyipit bila sinar matahari masuk dari tingkap kereta. Bayangan itu bertukar jadi wajahnya malam ini, lebam, berdarah, bibir pecah.
Jantung aku makin laju, tapi hati aku sudah mati untuk semua orang kecuali dia. Malam ini, aku cuma tahu satu perkara bahawa semua yang sentuh dia akan lenyap dan aku akan pastikan mereka rasa setiap detik siksaan sebelum mati.
Share this novel