Bab 89

Thriller Series 1870

Malam itu sunyi, hanya bunyi pendingin hawa koridor yang menderu perlahan. Lampu downlight di siling memancar lembut, memantulkan cahaya ke lantai marmar yang licin.

Aku berhenti betul-betul di hadapan pintu unit aku, pintu kayu gelap dengan nombor perak berkilat. Kunci kad ada di tangan.

Ghea berdiri di sebelah, masih dalam dress nikah putih yang jatuh longgar ke lantai, tudung bawalnya sedikit senget sebab sepanjang perjalanan tadi dia tak duduk diam.

Tangan dia masih menggenggam lengan aku, seperti takut aku hilang. Mata dia melilau tengok kiri dan kanan koridor, bibirnya senyum kecil.

"Cantik tempat ini... sunyi," katanya, nada kagum bercampur teruja.

Aku letakkan luggage besar yang penuh dengan pakaiannya di tepi kaki, sebelum selitkan kad kunci ke dalam slot. Bunyi klik perlahan kedengaran.

"Aku tak sangka... malam pertama aku balik sini," dia sambung, mata masih pada pintu.

Aku pandang dia lama. "Mulai sekarang... bila kau buka pintu ini, kau masuk rumah kau tapi ingat..." aku dekatkan muka sedikit, suara rendah, "kau masuk rumah aku juga dan aku tak akan biar kau keluar tanpa aku."

Dia tersengih, geleng kepala. "Psiko..."

Pintu terbuka perlahan, dan aroma cedarwood dari dalam kondo terus menyambut kami.

Pintu terbuka perlahan. Aroma cedarwood pekat keluar menyapa, bercampur bau fabrik bersih dari sofa kulit hitam di ruang tamu. Lampu downlight menerangi setiap sudut, memantulkan cahaya lembut ke lantai kayu walnut yang licin.

Ghea melangkah masuk dulu, masih pegang lengan aku. Matanya membesar, melilau kiri kanan. "Besar gila..." suaranya penuh kagum.

Dia lepaskan genggaman, terus berjalan ke tengah ruang tamu. Tangannya menyapu permukaan sofa, kemudian ke meja kopi kaca yang kosong kecuali mangkuk kristal berisi potpourri.

"Eh, ini ruang tamu ke... atau ruang pameran?" Dia ketawa kecil, memandang aku.

Aku hanya senyum nipis. "Ruang kau sekarang."

Dia pusing lagi. Langsir gelap separuh terbuka, membiarkan lampu bandar dari bawah masuk membentuk jalur cahaya di lantai. Dia berdiri sekejap, tengok pemandangan malam, bangunan tinggi, jalan raya berkilat kerana hujan tadi, kereta lalu-lalang dengan lampu merah putih.

"Aku suka view ni..." katanya sambil memeluk tubuh, mungkin sebab penghawa dingin terasa kuat.

Aku ambil luggage di luar, tarik masuk, letak di tepi dinding. Bunyi roda luggage bergeser di lantai kayu bergema sedikit. Pandangan aku tak lepas dari dia, cara dia bebas, macam budak baru dapat mainan baru.

Dia masuk ke dapur kering, buka pintu kabinet satu-satu. "Kosong? Kau tak masak, kan?" Dia sengih.

Aku geleng perlahan. "Mulai malam ini... kalau ada makanan dalam rumah ini, itu sebab kau letak. Aku tak kisah."

Dia gelak kecil, kembali melangkah ke ruang tamu. "Ini semua untuk kita, ya?"

Aku dekati dia, berdiri rapat di belakang. "Ya. Semua. Termasuk kau."

Dia menoleh, mata dia bertemu mata aku. Senyumannya masih ada, tapi aku nampak pipinya mula merah dan dalam kepala aku, satu suara berbisik akhirnya, kau dalam sangkar aku.

"Aku nak tengok bilik," kata Ghea tiba-tiba.
Dia jalan melintasi ruang tamu, ikut lorong ke sebelah kanan. Tumit kaki berbunyi perlahan di lantai kayu.

Aku ikut di belakang, sengaja bawa luggage masuk sekali. Bila dia tolak daun pintu kayu gelap itu... bau bunga lily bercampur lilin wangi vanila terus menyerang deria.

Lampu bilik redup, cuma cahaya warm dari dua lampu meja di kiri kanan katil king yang bersarung putih bersih. Taburan kelopak mawar merah membentuk lingkaran di tengah cadar. Di hujung katil, ada sebotol sparkling juice dengan dua gelas kristal.

Langsir tebal separuh terbuka, membiarkan cahaya bandar masuk sedikit, membuatkan seluruh bilik macam berada di antara dunia nyata dan mimpi.

Ghea berhenti di depan pintu. Mata dia membesar, bibir terangkat. "Ini... untuk kita?"

Aku letak luggage di tepi almari. "Untuk kau tapi aku ada sekali."

Dia ketawa kecil, masuk perlahan. Tangannya menyentuh kelopak mawar di katil, kemudian memandang aku sambil geleng kepala.

"Romantik gila. Kau ini sejak bila pandai buat kerja macam ini?"

Aku mendekat, berdiri di belakangnya. "Sejak aku tahu aku akan bawa kau masuk sini sebagai isteri aku."

Dia pusing, mata bertemu mata aku. Senyum dia bercampur malu. "Kau betul-betul rancang semua ini?"

Aku angguk. "Setiap inci. Tak ada satu pun yang aku buat untuk orang lain sebelum ini. Hanya untuk kau."

Dia terdiam sekejap, kemudian ketawa lagi. "Habis itu... malam ini kita tidur atas kelopak bunga ni?"

Aku senyum nipis. "Malam ini... kita tidur sebagai suami isteri."

Ghea berdiri di tepi katil, jari jemarinya menyapu kelopak mawar yang bertaburan. Matanya nakal, senyumnya penuh rahsia.

"Tapi kan, Rik..." suaranya perlahan, tapi cukup jelas dalam bilik senyap itu.

Aku pandang dia. "Apa?"

Dia sengaja tunduk sedikit, bibirnya terangkat di hujung. "Ini semua... kelopak mawar, lilin... untuk malam pertama..." dia berhenti sekejap, menahan tawa. "...padahal aku ini bukan anak dara pun. Sebab kau sudah ambik dulu... masa kita belajar dulu."

Aku terdiam. Wajah aku panas. Bukan sebab marah... tapi sebab otak aku terus diserang memori itu.

Flashback. Bilik sewa kecil di belakang kolej. Bau hujan dari luar tingkap. Ghea waktu itu masih sama berambut pendek, t-shirt longgar, tapi mata dia penuh berani.

Malam itu... semua sempadan antara kami runtuh. Suara dia, cara dia genggam tangan aku... semuanya masih jelas dalam kepala.

Ghea ketawa kecil, menutup mulut dengan tangan. "Eh, malu ke?"

Aku alihkan pandang, cuba sembunyikan senyum. "Kau ni... tak reti simpan cerita, kan?"

Dia melangkah dekat, matanya masih nakal. "Kenapa nak simpan? Sudah sah jadi suami isteri... tak akan nak pura-pura suci?"

Aku geleng perlahan, tapi tangan aku sudah capai pinggangnya, menarik dia rapat. "Ingatkan aku tak berani, ya?"

Dia senyum, sengaja menjauh setapak sambil ketawa, "Berani sangatlah tu..."

Dan aku tahu malam ini akan jadi milik kami, tapi sejarah kami sudah bermula lama sebelum semua orang sedar.

Ghea duduk di tepi katil, kaki bergoyang perlahan. Mata dia renung aku dari kepala sampai kaki, senyuman makin lebar.

"Aku ingat lagi..." suaranya mula perlahan, tapi aku dah rasa dia nak buat hal.

"Ingat apa?" aku soal sambil buka butang baju Melayu di pergelangan tangan.

"Ingat... malam kau hilang kesucian kau." Dia ketawa kecil, tangan menekup mulut, tapi mata masih memerhati aku macam kucing nampak burung. "Muka kau masa tu... merah macam udang rebus."

Aku terhenti. Pandangan aku terus tajam ke arah dia. "Ghea..." nada aku berat, amaran.

Dia angkat kening, pura-pura tak peduli. "Eh, apa? Aku puji tau. Masa tu kau nampak... lain. Tak garang macam sekarang. Lebih... manja."

Aku jalan perlahan ke arahnya. "Diam."

Dia geleng, masih ketawa. "Kau siap tanya aku... 'macam ini ke rasanya tidur dengan awek?' Lepas tu..."

Aku terus capai bantal di belakang dan baling ke arahnya. Dia elak sambil gelak besar. "HAH! MARAH SEBAB BETUL!"

Aku berdiri di hadapannya sekarang. "Kau memang nak kena, kan?"

Dia sengih, tapi mata dia bercahaya puas hati dapat buat aku kalah dalam permainan ini. "Bukan nak kena... tapi nak ingatkan kau... aku yang mula dulu."

Aku hela nafas panjang, cuba kekal serius. "Satu hari nanti... kau akan menyesal cakap macam itu depan aku."

Dia hanya ketawa lagi, menolak bahuku. "Kita tengok malam ini, Encik Ezrik Aslan."

Dia masih ketawa, bahunya terhenjut-henjut, mata tak lepas dari muka aku yang cuba kekal serius. Senyuman nakal itu... betul-betul mencabar aku.

Sekelip mata, aku langkah ke depan, tangan kanan singgah di pinggangnya, tangan kiri di bahunya. "Aku sudah cakap, kau memang nak kena..."

Belum sempat dia respon, aku tolak perlahan tubuhnya ke katil. Dia jatuh ke atas hamparan kelopak mawar, dress putihnya terhampar kemas di cadar.

"Rik!" Dia jerit sambil ketawa, cuba bangun tapi aku sudah panjat ke atas katil, menahan dengan kedua tangan di kiri kanan kepalanya.

"Aku terkam kau sekarang, baru kau tahu," aku sengih.

Dia cuba menolak dada aku, tapi gelakannya pecah lagi. "Kau gila! Baju ini nanti berkedut!"

"Aku tak kisah..." aku jawab sambil tunduk sedikit, wajah hampir dengan wajahnya. "Asalkan kau ingat siapa tuan kau."

Dia menggigit bibir bawah, tapi mata dia penuh tawa. Tangan dia balas genggam lengan aku, bukan untuk menolak, tapi seolah nak pastikan aku tak ke mana.

Gelak kami bergaul dengan bunyi hela nafas yang laju. Dia menendang perlahan kaki aku, cuba berganjak, tapi aku sengaja beratkan badan sikit.

"Kalau macam ini setiap malam... aku rela duduk sini selamanya," dia berkata sambil tersenyum lebar.

Aku hanya senyum, mata masih tak lepaskan pandangan dari matanya dan untuk beberapa saat... dunia di luar bilik ini hilang.

Hanya ada kami berdua, di atas katil, keliling kelopak mawar, dengan rasa yang dah bertahun-tahun tertangguh akhirnya dilunaskan dengan tawa.

Gelak kami mula reda. Ghea duduk bersila di tengah katil, tangannya mula menarik perlahan tudung bawal putih yang dari tadi menutup kepalanya.

"Aduh... sakit kepala aku pakai ini lama-lama," dia merungut sambil membuka pin di bawah dagu. Tudung itu jatuh perlahan, menampakkan rambut pendeknya yang lembut.

Aku bersandar di kepala katil, memerhati. "Tapi kau nampak manis pakai tudung."

Dia berhenti sekejap, pandang aku dengan sebelah kening terangkat. "Manis?"

Aku angguk, sengih kecil. "Ya... lain daripada biasa. Macam..." aku tarik nafas perlahan, "...macam aku kahwin dengan versi Ghea yang lain."

Dia ketawa sambil lipat tudungnya. "Habis itu, kau kahwin dengan dua versi akulah sekarang?"

"Tak kira versi apa pun... dua-dua tetap milik aku," aku balas, nada tenang tapi mata mengunci pandangan ke arahnya.

Dia geleng sambil tersenyum, letakkan tudung di atas meja sisi. "Pandai kau ayat."

Aku hanya senyum lagi, tapi dalam hati aku simpan bayangan tadi: Ghea dalam dress nikah, bawal putih... imej yang aku tahu aku akan ulang banyak kali dalam kepala bila dia tak nampak.

Ghea sudah lipat tudungnya kemas, letak di tepi meja sisi. Dia menoleh, matanya scan aku dari kepala sampai kaki. Baju Melayu putih aku masih kemas, cuma butang lengan sudah aku buka.

"Tahu tak..." dia mula bersuara, nada perlahan, "...kau nampak hensem gila pakai baju Melayu macam ini."

Aku angkat kening. "Oh ya?"

Dia angguk sambil sengih. "Nampak matang... macam suami orang yang bertanggungjawab."

Aku senyum kecil, condong sedikit ke arahnya. "Bukan macam lagi. Memang suami kau sekarang."

Dia ketawa kecil, tapi matanya tetap lekat pada aku. "Aku suka tengok kau macam ini... lain daripada biasanya. Tak ganas... tak psiko."

Aku sengaja senyum nipis. "Kau jangan risau... ganas dan psiko itu masih ada. Cuma aku simpan untuk bila perlu."

Dia geleng kepala sambil tersenyum. "Tak kisahlah... asalkan aku tengok kau macam ini selalu."

Aku tak jawab, cuma renung dia lama-lama. Dalam hati, aku tahu kalau dia suka aku macam ni, aku sanggup tunjuk sisi ni depan dia... tapi tetap, aku tak akan lepaskan dia walau sesaat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience