Bab 79

Thriller Series 1870

Video masih berjalan di dinding retak itu. Bunyi tapak kaki berlari dalam rakaman thupp... thupp..., diikuti jeritan Ghea yang tercungap-cungap, "Lepaskan aku! Tolong! Aku sakit!"

Tangan dia terikat, mulutnya cuba ditutup, tapi jeritannya tembus. Bunyi pergelutan kasar, duppp! klanggg! tubuhnya dibanting ke lantai simen.

Dalam video, Paan menindih bahu Ghea, Aiman memegang kaki kiri, Acap pegang kaki kanan, masing-masing gelak sambil bersuara jijik.

"Weh, tengok muka dia! HAHAHA!" suara Aiman lantang. Arif pula menekan kepala Ghea ke lantai, bisik sesuatu yang tak jelas sebelum bunyi tapak tangannya PAPP! singgah di pipinya.

Di tengah kekalutan itu suara lain muncul. Suara perempuan tajam dan menikam telinga.

Lily.

Ketawa dia nyaring, HAHAHAHAHAHA! "Padan muka kau, Ghea! Perempuan murahan!"

Gelak dia berselang-seli dengan ayat hinaan yang menusuk. "Kau ingat kau lawa sangat sampai Ezrik gila-gilakan kau? Tengoklah sekarang! Semua orang sudah rasa kau! HAHAHA!"

Suara Ghea dalam video itu memecah hati jeritan bercampur tangis, "Sakit... aku tak buat salah... tolong... sakit..."

Volume speaker aku sengaja biarkan maksimum, setiap hentakan, setiap bunyi kain dikoyak srraaaappp! menghentam telinga mereka yang sedang terikat depan aku.

Aku berdiri tegak, tangan bersilang di dada, mata aku pindah satu-satu ke muka empat jahanam itu. Paan tunduk dengan bahu terketar. Aiman tutup telinga dengan bahu sendiri, rantai berbunyi. Acap menggeleng, air mata meleleh. Arif mata merah, rahang terkunci, nafas kasar macam nak pecah dada.

"Aku nak kau orang hafal bunyi ini," aku bersuara perlahan, tapi tajam. "Bunyi ini... akan jadi bunyi terakhir yang kau dengar... sebelum aku tutup mata kau untuk selamanya."

Aku toleh ke dinding lagi, biar bunyi hinaan Lily dan jeritan Ghea terus membakar hati mereka.
Senyum aku naik perlahan, panasnya dendam terasa sampai ke tulang.

Video makin liar. Rakaman bergoyang, bunyi hentakan DUUUMMM! bila badan Ghea dibanting ke dinding. Suara dia makin serak.

"Sakit... tolong... aku... tak..." tapi ditenggelamkan oleh tawa mereka.

Arif dalam rakaman ketawa sambil tarik rambut Ghea, KRAPP! kepala dia terdongak paksa.

Paan menjerit, "Weh cepat! Pegang kuat!"

Aiman sambung, "Biar dia rasa!"

Acap ketawa kuat, bunyi klik-klik-klik dari telefon dia jelas, merakam setiap detik jijik itu.

Lily masih dalam video, berdiri di tepi dengan tangan silang dada, ketawa sinis. "Itulah... konon kebal sangat. Sekarang? Tengok semua orang jamah kau!" Suara dia jelas, menusuk.

Aku berdiri di tepi projektor, mata tak lepas pandang empat jahanam itu.

Paan sudah mula menangis teresak-esak, "Rik... aku minta maaf... sumpah... matikan ni..."

Aiman menggeleng kuat, "Aku tak sanggup, Rik... tolong... aku janji... aku..."

Acap suara pecah, "Ampun... ampun... hentikan video ini... tolonglah..."

Arif, walaupun cuba tahan, akhirnya pecah juga, "Berhenti, Ezrik! BERHENTI! Kau puas hati sudah, kan?!"

Aku senyum, lambat-lambat. "Belum."

Aku tekan volume naik lagi, beep... beep..., bunyi jeritan Ghea sekarang membelah ruang macam pisau.

"Aku nak kau orang tengok sampai habis," aku cakap tenang. "Biar setiap bunyi ini terukir dalam kepala kau orang. Sampai bila-bila."

Mereka semua meronta, rantai berbunyi KRANGGG! KRANGGG! berselang dengan sedu tangis tapi mata aku kekal pada layar biar mereka rasa tak ada jalan lari.

Aku melangkah perlahan ke tengah, berdiri betul-betul di hadapan mereka. Video masih memuntahkan jeritan Ghea dan tawa jijik mereka di dinding belakang aku. Bunyi itu memantul, menikam telinga.

"Aku... setiap malam..." suara aku pecah sedikit, tapi masih keras, "...setiap malam aku dengar bunyi ini dalam kepala aku."

Aku tunjuk ke arah dinding, ke arah tubuh Ghea yang meronta dalam rakaman. "Setiap kali aku pejam mata, aku nampak semua ini. Kau orang. Muka kau orang. Gelak kau orang."

Aku ketap gigi, nafas aku mula berat. "Kau orang tahu tak... betapa sakitnya hati aku?!" Nada aku tiba-tiba meletup, bergema sampai mereka terkejut.

"Betapa setiap kali aku tengok Ghea sekarang... aku rasa nak bunuh semua kau orang berkali-kali!"

Aku toleh satu-satu, mata aku singgah pada Arif, kemudian Paan, Aiman, dan Acap.

"Kita... kawan dari zaman belajar. Kita makan sama, lepak sama, susah senang sama." Suara aku mula bergetar, air mata panas naik ke hujung mata. "Kenapa... hah? Kenapa sanggup buat macam ini dekat dia?"

Aku langkah ke depan Paan, wajah aku dekat betul sampai dia boleh rasa hembusan nafas aku.

"Sampai hati... sampai hati kau." Aku pusing ke Aiman, tangan aku genggam penumbuk, tapi aku tahan. "Kau pun sama... kau lupa semua yang kita lalui?"

Aku berdiri tegak, pandang mereka semua sekali gus. Air mata aku jatuh, tapi senyum aku masih ada senyuman yang lebih menyeramkan dari marah.

"Kalau betul kita kawan... malam ini kita akan mati sama-sama."

Arif tunduk sekejap, bahunya bergetar, rantai di pergelangan berbunyi krenggg... krenggg... bila dia gerakkan tangan perlahan. Nafas dia berat, huhhh... huhhh..., seolah cari kekuatan untuk bersuara.

"Rik..." suaranya pecah, serak, "...aku... aku mengaku salah. Semua itu... semua itu salah aku." Dia angkat muka perlahan, mata merah berair, bibir kering.

"Aku... aku minta maaf, bro. Aku... aku bodoh masa itu. Aku tak fikir. Aku tak sepatutnya buat macam itu pada Ghea."

Aku berdiri tegak di depannya, pandang dia tanpa berkelip. Video di belakang masih main, suara Ghea menangis bercampur tawa jijik mereka dulu, memantul dalam ruang.

"Aku janji... aku janji tak akan sentuh dia lagi. Tolong lepaskan aku... kita... kita boleh selesaikan cara lain," Arif merayu, suaranya bergetar macam anak kecil yang takut. "Kita kawan, Rik... dari dulu. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau lepaskan aku."

Aku senyum nipis, senyum yang buat darah dia naik. "Sekarang kau baru ingat kita kawan?"

Aku jongkok, tangan aku singgah di lutut, mata sejajar dengan mata dia.

"Masa kau pijak maruah dia... masa kau rakam semua ini... masa kau gelak dengan adik kau, kau ingat tak aku masa itu?"

Arif terdiam, tapi matanya jelas minta belas kasihan.

"Aku sudah tunggu hari ini lama sangat, Arif," aku bisik, suara aku serendah racun. "Dan percaya aku... tak ada pintu keluar untuk kau malam ini."

Aku berdiri perlahan-lahan, mata masih terpaku pada wajah Arif yang basah air mata. Bunyi jeritan Ghea dari speaker makin menusuk. Tiba-tiba, aku gerakkan tangan ke arah projektor. Jari aku tekan butang klik layar di dinding gelap serta-merta. Ruang senyap seketika, cuma tinggal bunyi nafas mereka yang berserabut.

Tanpa amaran, aku angkat projektor itu dengan kedua-dua tangan. Beratnya tak seberapa berbanding kemarahan aku.

BANGGGGG!!!

Aku hempas projector itu ke lantai simen sekuat hati. Bunyi plastik pecah KRRAAAKKK! bercampur bunyi serpihan logam melantun tinggg... tinggg.... Pecahannya bersepai, serpihan skrin dan wayar terburai.

Aku tak berhenti. Aku angkat kaki kanan dan pijak.

BAGGHH!

BAKK!

KRRRAKK!

Setiap hentakan tapak kaki aku memecahkan sisa projector itu jadi serpihan halus. Debu hitamnya naik ke udara, bercampur bau hangit dari wayar yang terkoyak.

"AKU BENCI TENGOK MUKA KAU ORANG!" aku jerit, nafas aku kasar. "BABI! ANJING! BANGSAT SEMUA!"

BAGGHH!

Satu lagi hentakan, serpihan plastik terpelanting sampai ke hujung dinding. Mata aku liar, beralih pandang ke mereka berempat.

"KAU ORANG INGAT AKU TUNJUK SEMUA INI UNTUK SUKA-SUKA?!" Aku pijak lagi sisa projektor, KRRRAKKK!, sampai tak ada rupa asal.

"AKU SIMPAN UNTUK INGAT... SUPAYA AKU TAK LUPA... SIAPA YANG AKU AKAN BUNUH!"

Paan tunduk ketakutan. Aiman menggigil. Acap pejam mata rapat. Arif cuma merenung, tapi mata dia jelas tahu malam ini memang tak ada belas kasihan.

Aku tinggalkan serpihan projektor yang sudah jadi bangkai di lantai. Tapak kaki aku masih panas dengan debu plastik yang melekat. Bunyi langkah aku geser menuju ke sudut gelap bangunan.

Di situ, tersandar satu lampu LED, besar, berat, wayar hitamnya bergulung macam ular mati. Aku capai pemegangnya, angkat dengan satu tangan otot lengan aku tegang, urat timbul jelas.

Bunyi klikkk bila aku sambungkan ke soket extension yang sudah siap pasang dari awal.

BZZZZZZZ! Lampu itu menyala terang, cahaya putihnya memancar kasar, tak ada belas pada mata sesiapa yang memandang.

Aku angkat lampu itu tinggi, gantung di besi silang yang tergantung di tengah siling. Klinggg! bunyi cangkuk besi mengikat pemegang lampu.

Sekelip mata, suasana berubah. Gelap dan bayang yang tadi melindungi mereka hilang. Sekarang, seluruh ruang terbuka jelas. Tiap titis darah kering di lantai, setiap bekas tapak kaki, setiap wajah pucat mereka... semuanya nampak tanpa celah.

Paan pejam mata, cuba elak silau. Aiman tunduk rendah. Acap toleh ke sisi. Arif pula merenung aku, tapi aku boleh nampak kelipan takut di hujung matanya.

Aku senyum nipis, langkah aku perlahan menuju ke tengah ruang, cahaya LED memantulkan peluh di dada aku.

"Bagus... sekarang aku nak tengok muka kau orang jelas... masa aku habiskan semuanya."

Aku capai satu kerusi plastik lain dari tepi, seret ke depan dinding retak itu. Bunyi kaki kerusi menggesel lantai simen, kasar dan panjang. Aku letakkan betul-betul di tengah cahaya lampu LED, menghadap mereka.

Senyum aku naik perlahan, sinis. Aku toleh kiri dan kanan, pastikan mata mereka semua pada aku. Kemudian aku tarik nafas dalam-dalam...

"GHEAAAAA!!!"

Suara aku memecah ruang, bergema ke setiap sudut bangunan usang itu.

Empat jahanam itu terkejut serentak. Mata mereka membesar. Paan angkat kepala perlahan, Aiman terkedu, Acap nampak tak bernafas sekejap, Arif memandang tajam, cuba baca permainan aku.

Lalu, dari belakang dinding gelap di hujung bangunan... bunyi itu muncul.

THUKK... sssrrkkk... THUKK... sssrrkkk...

Bunyi kayu baseball diheret sengaja kuat di atas lantai simen. Bunyi besinya menggesel setiap kali kepala kayu itu bergesel pada permukaan, mencipta dengung halus yang menggaru telinga.

Tapak kaki seseorang menyusul, langkahnya tenang tapi berat. Tak... tak... tak... gema kasutnya mendekat perlahan.

Bayang tubuh mula kelihatan di hujung laluan gelap. Cahaya lampu LED menangkap siluet seorang perempuan.

Ghea Edriana.

Dia keluar dari bilik gelap, wajahnya separuh dilindungi bayang, mata redup tapi tajam. Rambut pendeknya berantakan sedikit, bibir terkatup rapat. Tangan kanannya memegang kayu baseball, hujungnya diheret ke lantai. Setiap geseran menghasilkan bunyi ssrrkkk... THUKK... yang sengaja dilanjutkan.

Aku duduk di kerusi, bersandar santai, mata tak lepas dari dia. Senyum aku melebar. "Mari sini..." suara aku rendah, tapi cukup untuk masuk ke telinganya.

Mata empat jahanam itu kini terpaku pada Ghea perempuan yang mereka fikir tak akan pernah muncul di depan mereka lagi... kini berdiri hidup, memegang alat yang mampu memecahkan kepala mereka bila-bila masa.

Aku bangun perlahan dari kerusi, tapak kaki aku geser lantai. Mata aku tak lepas dari Ghea yang berdiri di bawah cahaya LED, bayang tubuhnya memanjang di lantai simen.

"Duduk." Nada aku tegas, tapi tenang arahan yang tak ada ruang untuk dibantah.

Ghea hanya pandang aku sekejap, kemudian melangkah perlahan. Tak... tak... tak... bunyi tumit kasutnya memecah sunyi. Dia sampai ke kerusi di tengah, tepat menghadap empat jahanam yang terikat.

Dia duduk. Perlahan. Badannya tegak, bahu sedikit ke depan, mata tak berkelip.

Kayu baseball di tangannya tergelincir, jatuh ke lantai. THUKK! bunyinya kuat, bergema, lalu bergolek sedikit sebelum berhenti. Bunyi itu macam tanda mula untuk sesuatu yang lebih gelap.

Mata Ghea terus terkunci pada satu wajah. Arif. Pandangan dia tajam, penuh benci yang tak terucap, seolah kalau mata boleh membunuh, Arif sudah mati di situ juga.

Arif pula terdiam, cuma bernafas berat huhhh... huhhh..., rantai di pergelangan tangannya berbunyi perlahan krengg... krengg... bila dia cuba bergerak.

Aku berdiri di sisi kerusi, memerhati momen itu. Senyum aku naik perlahan. "Bagus... sekarang, kau tengok sendiri siapa yang tunggu kau malam ini."

Empat jahanam itu membisu. Hanya mata yang bersuara yang penuh ketakutan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience