BAB 46

Mystery & Detective Completed 11024

"KENAPA PERLU sembunyikan semua tu dari uncle?" Hampir sembur air yang di hirup bila tiba - tiba Tuan Duan menyoal pada dirinya.

"Uhukk!! Uhukk!!" Fadri terbatuk - batuk. Perit bila air mula memasuki rongga hidung nya.

"Sembunyikan dari uncle? Apa yang saya sembunyikan dari uncle?" Soal Fadri semula setelah dia kembali dalam keadaan reda.

"Lelaki yang musnahkan family kita semua 3 tahun lepas..."

Berubah muka Fadri bila perihal lelaki durjana itu keluar dari mulut lelaki pertengahan usia 50 - an ini.

"Apa yang uncle cakap ni... Fad tak faham lah... Uncle salah dengar kot..." Fadri mula bersuara dengan nada yang gementar.

"Kamu cakap uncle salah dengar... Jadi... Apa yang Darrel dengan kamu berbual dalam wad tadi pun uncle salah dengar jugak ke..." Suara Tuan Duan mula berubah nada .

Membungkam Fadri bila suara Tuan Duan mula berubah nada.

"Sekarang... Uncle nak Fad jujur dengan uncle... Lelaki tu muncul balik semula kan... Dia muncul depan Darrel kan..."

Fadri masih seperti tadi... Masih dengan riak membungkamnya...

"Jawab soalan uncle, Fad... Jangan nak sembunyikan lagi... Betulkan yang lelaki tu muncul balik semula..."

Nak tak nak, terpaksa juga Fadri memecahkan rahsia!

"Ya... Dia muncul kembali uncle... Lelaki tu muncul balik depan Darrel!"

Menghela panjang nafas Tuan Duan saat diberitahu kebenaran tentang lelaki itu!

Wajah Tuan Duan sudah tidak keruan bila memikirkan perihal itu.

"Maafkan saya uncle sebab tak bagitau uncle pasal benda ni... Bukan saya tak nak bagitau... Tapi Arrel...Arrel yang tak nak saya bagitau pasal benda ni pada uncle, pada untie..." Ujar Fadri dengan penuh rasa bersalah.

"At least... Bagitau uncle pasal benda ni... Jangan diamkan sahaja... Nyawa Arrel, nyawa kamu... Terutama sekali Laynie... Kamu semua dalam bahaya sekarang..." Ujar Tuan Duan dengar suara yang mula di kendur kan.

Riak wajah Fadri yang penuh rasa bersalah itu di pandang lagi.

"Lepas ni... Kalau ada apa - apa... Jangan sembunyikan dari uncle... Faham?" Aura seorang anggota polis masih lagi menempel di dalam dirinya walaupun dia sudah bersara dari dunia polis ini.

Fadri hanya menangguk faham dengan ayat bapa kepada sahabatnya ini... Rasa bersalah masih menghantui dirinya...

"AKU DAH SIASAT apa yang terjadi dekat budak perempuan ni..." Ujar Bob sambil meletakkan fail hitam di hadapan Fadri. Pantas Fadri menyelak satu persatu yang berada dalam fail itu.

"Cara kematian budak perempuan ni sama macam cara kematian dengan budak ni..." Gambar kes kematian pelajar perempuan 2 minggu lepas di lekatkan pada papan putih.

"Dalam kedua - dua kes ni... Ada satu persamaan yang aku dapat tahu..."

"Apa dia?" Pantas Fadri bertanya.

"Tiada kesan pemerkosaan pada kedua - duanya... Laporan forensik juga menyatakan hal yang sama... Tiada kesan air mani pada kedua - dua mayat ni..." Ulas Bob lagi.

"Dan satu lagi... Aku ada pergi check keadaan cctv dekat sekitar kawasan tu... Tapi semua titik buta... Cctv tak dapat kesan pelaku dia..."

Mengeluh keras Fadri bila mendengar penerangan itu.

"Cara kematian kedua - duanya ni... Aku syak pelaku dia adalah orang yang sama..." Menjeling tajam Fadri pada Wafi bila perihal pelaku dalam kes pembunuhan ini keluar dari mulut rakannya.

"Fad... Kau kena berhati - hati selepas ni Fad... Kitorang tak sedap hati bila fikirkan benda ni semua... Kita orang dapat rasakan yang dia masih memburu korang semua..." Nasihat Bob.

Kedua - kedua kes yang mereka kendali ini sungguh berisiko sekali... Corak pembunuhan yang di lakukan oleh pembunuh ini sama seperti yang di lakukan pada mendiang ibu bapa Fadri dulu.

Fadri hanya mengangguk faham sahaja dengan nasihat rakannya itu. Sebelum dia termenung memikirkan semua ini...

Adakah pelaku nya menamatkan riwayat kedua - dua pelajar perempuan ini untuk memberi peringatan pada dirinya, Darrel dan Melaynie?

Untuk memperingat kan bahawa pembunuh psiko seperti dia akan kembali muncul semula!

Yang pasti...

Siapakah pembunuh psikopath ini!

Nak tahu siapa pembunuh psiko path ni... Jom ke bab seterusnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience