KEADAAN Darrel sudah semakin membaik...
Sekarang dia sudah boleh bergerak dengan sendiri tanpa menggunakan sebarang bantuan.
Dan sekarang, dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor yang merawat dirinya...
TERSENYUM LEBAR dia bila melihat kelibat Fadri memasuki wad yang dihuni olehnya hampir setahun lamanya...
Kalau nak diikutkan... Bukan setahun dia berkampung dekat hospital ni... Kalau di campur semuanya... Hampir tiga tahun juga dia mengabdikan diri di hospital ini...
"Dah siap packing barang?" Soal Fadri sebaik sahaja smpai di hadapan Darrel.
"Dah siap... Tinggal yang ni aje... Yang lain semua papa dah bawak balik..." Beritahu Darrel.
Fadri mengangguk mengerti.
"Dah... Jom keluar..." Ajak Fadri sebelum beg pakaian milik Darrel di capai.
"Jom..."
Lalu kedua - duanya terus melangkah keluar dari wad itu.
"DAH LAMA aku tak hirup udara dekat luar macam ni..." Ujar Darrel dengan ada ceria.
Cermin dibiarkan terbuka luas kerana dia ingin menikmati angin dari luar tingkap itu.
Puas Fadri menegah tingkah nya itu memandangkan dia baru sahaja keluar dari hospital. Tetapi Darrel langsung tidak mengendahkan larangan sahabat nya itu. Makin di buat lagi adalah!
Penyudahnya, Fadri hanya membiarkan sahaja. Malas dah nak larang tindakan Darrel yang terkenal dengan sikap keras kepala nya!
"Yelah... Kau pun dah lama dok terperuk dalam wad tu..." Fadri menambah.
Darrel tidak menjawab. Dia masih sibuk menikmati hirupan angin kota.
Kedua - dua sahabtnya itu mendiamkan diri...
Fadri menambah kelajuan keretanya memandangkan laluan yang dilaluinya agak lenggang dan tidak banyak kenderaan.
KEPULANGAN DARREL di sambut meriah oleh kedua ibu bapanya.
Oh ya... Kenapa ibu bapa Darrel tidak mengambil Darrel di hospital tadi?
Mereka berdua hanya di suruh tunggu di rumah sahaja oleh Fadri kerana lelaki itu akan mengambil Darrel Di hospital.
Takkan nak suruh papa si Darrel ni pulak ambil! Kesian lah dekat orang tua tu! Penat pun belum hilang lagi! Jadi sekarang, biarlah Fadri mengambil sahabatnya itu di hospital!
PELBAGAI MASAKAN ENAK dimasak oleh Puan Erny sempena menyambut kepulangan anaknya ini...
Tersentuh hati Darrel melihat kesungguhan mamanya itu... Melihat makanan sudah terhidang Di atas meja, Mereka berempat terus menuju ke meja makan.
Tidak sampai beberapa minit, telefon pintar milik Fadri mula bergetar menandakan panggilan masuk. Pantas Fadri menyeluk poket seluarnya. Skrin telefon Di perhati... Panggilan dari Melaynie! Ikon hijau Di seret!
"Halo..." Suara garau milik Fadri mula bergema menjawab panggilan itu!
"Ada apa Laynie call abang Fad ni?" Terus kesemua yang berada di situ mendiamkan diri bila nama Melaynie naik Di bibir Fadri.
"Nak pergi mana nya... Laynie tunggu situ... Jangan nak mengada - ngada merayau ke tempat lain pula..." Putus Fadri sebelum panggilan ditamatkan. Mesti si Laynie dekat talian sebelah dah mendongkol geram dengan dia sekarang!
Sekali imbas, orang akan kecam Fadri ni sebagai kuat mengongkong! Tapi kalau orang yang rapat dengan dia macam dua orang Di depannya ini kecuali Darrel, dah tahu kenapa dia melakukan semua ini!
"Kenapa bro? Ada masalah ke?" Soal Darrel.
"Ya... Adik aku tu degilnya Bukan main! Aku suruh stay situ... Nak jugak merayap!" Adu Fadri tanpa segan silu.
"Saya nak beransur dulu lah... Maaf untie, uncle sebab tak dapat nak join sekali masakan yang untie buat ni!" Ujar Fadri dengan nada bersalah. Yelah... Orang tu dah siap masak... Dia pula terpaksa pergi! Hish! Laynie punya pasal lah ni!
"Hish... Takde apa lah, Fad... Untie faham... Dah pergi cepat... Karang mengmuk pula si Laynie tu nanti..." Usik Puan Erny pada Fadri.
Fadri hanya tersengih sahaja mendengar usikan mama Darrel ini.
"Saya minta diri dulu... Uncle, untie..." Pinta Fadri pada Tuan Duan dan Puan Erny.
"Yelah... Hati -hati tau..." Pesan Tuan Duan pada Fadri. Fadri hanya mengangguk mengerti dengan pesanan papa Darrel itu.
"Aku hantar kau dekat depan..." Ujar Darrel sebelum langkahnya turut menyaingi langkah Fadri.
"Aku pergi dulu..." Ujar Fadri sebelum meloloskan diri ke dalam perut keretanya. Enjin Di start sebelum menderum bunyi keretanya meninggalkan perkarangan rumah banglo milik orang tua Darrel ini.
Darrel masih lagi memerhati kereta milik Fadri yang sudah pun menjauh.
Lama dia memerhati sebelum sebaris nama seseorang meniti Di bibirnya...
"Melaynie..."
Share this novel