BAB 3

Mystery & Detective Completed 11024

KEPALA ADIKNYA YANG MASIH tidak sedarkan diri di usap perlahan.

Syukurlah... Melaynie tidak apa - apa dan hanya mengalami luka kecil sahaja di lengan.

Harith masih lagi tercongok di sisi Nek Esah.

Manakala D pula hanya memerhati dari sudut yang agak jauh.

Ralit Harith memerhati tingkah Fadri pada Melaynie...

Jelas sekali bertapa sayangnya Fadri ini pada adiknya...

"Oh ya... Dari tadi saya nak tanya... Kamu ni siapa?" Soal Fadri setelah agak lama dia memerhati keadaan adiknya tadi.

Itu pun dia perasan yang terdapat budak lelaki turut berada di dalam wad ini.

"Saya Harith... Kawan sekolah Melaynie..." Harith memperkenalkan diri.

Fadri mengangguk perlahan tanda mengerti.

Reaksi D pula...

Hmmm... Tak payah nak tanya... Dah tentu reaksi meluat yang dia pamer saat ini!

"Abang nak ucapkan terima kasih sebab kamu dah berusaha bawak Melaynie ke hospital ni..." Ucap Fadri sambil menghulurkan tangan nya pada Harith.

Harith hanya tersengih sebelum menyambut huluran tangan abang Melaynie itu dengan senang hati.

"Sama - sama bang... Memang tugas saya sebagai kawan dia..." Balas Harith bersama sengihan yang masih lagi bergayut di bibirnya.

Menjuling mata D melihat sengihan Harith itu.

Ingat lawa lah sangat tersengih macam tu! Macam budak terencat akal adalah dia tengok! Bebel D sendirian.

Harith mengerling jam di tangan sebelum dia teringat akan sesuatu!

"Minta maaf abang Fad, Nek Esah... Saya terpaksa balik sekarang sebab ada benda yang saya kena settlekan..." Pinta Harith.

"Oh... Kalau macam tu... Biar abang Fad hantar kan..." Fadri menawarkan diri. Tanda terima kasih dari dia kerana menolong Melaynie tadi.

D yang mendengar tawaran abang Melaynie itu mula mendengus kasar.

Buat baik lah pulak si Fad ni!

Budak ada kaki! Biar ajelah dia cari jalan sendiri balik rumah!

Harith yang mendengar tawaran Fadri itu pantas menggeleng kan kepala nya.

"Tak payah... Saya boleh balik sendiri... Teksi dengan grab kan banyak dekat kawasan hospital ni..." Tolak Harith sopan.

"Betul ni tak nak abang Fad hantar kan?" Tanya Fad kali kedua untuk memastikan yang Harith berkata benar.

"Ya... Betul..."

"Baiklah kalau macam tu... Meh abang Fad hantar sampai luar bilik..." Ujar Fadri sebelum berlalu pergi bersama Harith setelah anak muda itu meminta diri dari Nek Esah.

Nek Esah hanya tersenyum menunduk sebelum mata kembali fokus pada Melaynie yang masih lagi terlena. Wajah mulus cucunya itu di elus perlahan sebelum tangan nya di lari ke arah tapak tangan Melaynie pula. Tangan itu digenggam erat.

Kedengaran pintu wad di buka dari luar.

Fadri kembali masuk ke dalam wad semula.

Dia berjalan menuju ke arah Melaynie sebelum berhenti betul - betul di kaki katil adiknya itu.

"Apa doktor cakap Fad?" Nek Esah mula bertanya.

Barulah sekarang dia boleh bertanya pada cucu lelakinya ini memandangkan tadi mereka ada tetamu. Jadi, dia memendamkan dahulu pertanyaan nya.

"Laynie okay aje... Tapi..." Teragak - agak Fadri mahu menyambungkan kembali ayatnya.

"Tapi apa?" Tanya Nek Esah lagi.

Hatinya mula tidak keruan melihat wajah keruh Fadri itu. Seperti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh cucu lelakinya ini.

"Ada apa yang nenek perlu tahu ke Fad?" Soal Nek Esah lagi.

"Doktor cakap... Kemungkinan besar memori Laynie tentang masa lalu akan pulih kembali..." Tersekat - sekat Fadri memberitahu.

Wajah Nek Esah bersinar ceria bila mendengar kenyataan Fadri itu.

Wajah Nek Esah yang bersinar ceria tadi mula menampakkan sirna nya bila melihat wajah keruh Fadri yang langsung tidak berubah dari tadi.

" Kenapa ni Fad? Fad tak suka ke kalau ingatan Laynie kembali pulih?"

"Bukan Fad tak suka Nek... Tapi... Yang Fad takutkan sekarang... Macam mana kalau ingatan tentang kejadian tu yang Laynie ingat dulu..." Terang Fadri.

"Fad... Benda tu dah lama berlalu... Tak baik jika di ingatkan semula..." Ujar Nek Esah lagi.

"Bagi nenek... Benda tu dah berlalu... Tapi bagi Fad... Benda tu tak pernah berlalu... Kejadian tu masih lagi segar dalam ingatan Fad ni... Sebab kejadian itulah jugak... Kawan baik Fad jadi mangsa! Dan... Laynie tak perlu nak lalui situasi macam ni lagi... " Luah Fadri lagi.

Ya... Kerana kejadian itu... Hidup dia dan adiknya berubah seratus peratus... Malah... Kejadian itu turut menimpa kawan baik nya...

Terasa sakit jiwa nya mengenangkan kejadian itu!

Sekali pun dia tidak pernah untuk melupakan kejadian yang meranapkan seluruh hidup mereka.

"Fad..." Panggil Nek Esah linangan air mata.

Bahu cucu lelaki nya itu sentuh perlahan.

Dia khilaf selama ini!

Fadri rupa - rupanya masih lagi di belenggu kejadian itu!

Fadri yang menyedari tangan neneknya berpaut di bahunya pantas di genggam erat.

Setitik demi setitis air mata mula jatuh membasahi pipinya.

Dia berharap sangat, bila Melaynie sedar nanti...

Tak perlu lagi di belenggu kisah silam... Tak perlu lagi ingat tentang masa lalu...

Itu harapannya...

D... Yang melihat ketidaksanggupan Fadri dalam pemulihan memori Melaynie mula mencurigai sesuatu...

Dia mula memandang satu persatu wajah yang masih lagi berendam dengan air mata itu.

Ada sesuatu yang sengaja di sembunyikan oleh Fadri tanpa pengetahuan Melaynie...

Dan yang pasti...

Sesuatu tu berkait rapat dengan Melaynie tentang masa lalu gadis itu...

Suspens nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience