BAB 25

Mystery & Detective Completed 11024

HAMPIR SEMINGGU dirawat, akhirnya Melaynie di benarkan pulang.

Tiada riak gembira yang terpamer di wajahnya saat ini walaupun dibenarkan pulang oleh Doktor yang merawat dirinya itu. Hanya riak kosong saja yang di pamerkan di hadapan doktor muda itu.

Dan sekarang, dia dan abangnya dalam perjalanan pulang ke rumah neneknya.

Nek Esah pula hanya menunggu di rumah sahaja...

Sepanjang perjalanan pulang, Melaynie langsung tidak menoleh ke arah wajah abangnya yang sedang memandu itu. Wajah nya di paling menghadap ke arah tingkap kereta sahaja.

Fadri menjeling sekilas ke arah adiknya sebelum dia kembali fokus pada pemanduannya.

Dia mengeluh di dalam hati...

Takpelah... Mungkin adiknya itu masih lagi belum pulih sepenuhnya...

Jadi... Dia biarkan saja Melaynie melayan perasaan nya itu...

MENJELANG MALAM, Melaynie hanya terpuruk di dalam bilik... Langsung tidak keluar ke ruang tamu untuk menyertai abang dan neneknya...

Tingkahnya itu langsung tidak membuatkan Fadri berkecil hati...

Sebab Fadri tahu, apa yang berlaku dekat Melaynie sekarang adalah salahnya...

Jadi sekarang, dia biarkan dulu adiknya menyendiri di dalam bilik...

MASUK HARI KETIGA, Melaynie masih lagi berkurung di dalam bilik...

Makanan yang di bawa oleh Nek Esah hanya di jamah sedikit sahaja.

Naik risau Nek Esah dengan perlilaku cucu perempuannya ini...

Bila Nek Esah sengaja memancing dengan perbualan, Melaynie hanya pamer pandangan kosong nya sahaja.

Alih - alih, Nek Esah sudah mati akal bila segala apa yang di buat itu langsung tidak berkesan pada Melaynie....

Dia tidak tahu lagi mahu gunakan cara apa untuk menghiburkan Melaynie lagi!

"ARGHHH!!!"

Jeritan Melaynie di dalam bilik membuatkan Nek Esah meninggalkan kerja nya di dapur terus bergegas menaiki tangga menuju ke arah bilik cucu perempuannya. Begitu juga dengan Fadri!

Dia baru sahaja mahu mengupas kelapa di halaman belakang rumah pantas berlari laju menuju ke rumah.

"Kenapa, Nek? Apa dah jadi dengan Laynie?" Tanya Fadri laju. Nafasnya tercungap - cungap sebaik sahaja mendengar jeritan adiknya tadi.

"Nenek pun tak tahu, Fad... Adik kamu tiba - tiba menjerit tadi..." Adu Nek Esah. Wajah tuanya jelas kelihatan cemas.

Tanpa bertangguh, pintu bilik Melaynie di buka luas dari luar sebelum dia meluru ke arah Melaynie yang sedang duduk memeluk lutut di satu sudut bilik. Nasib baik pintu bilik adiknya ini tidak berkunci!

"Laynie!!" Seru Fadri sebelum tubuh kecil molek adiknya terus di bawa ke dakapan nya.

"Laynie jahat abang Fad... Laynie memang jahat!" Tangis Laynie dalam dakapan abangnya.

"Hussh... Apa yang Laynie merepek ni? Kenapa Laynie cakap macam tu?"

"Kalau tak disebabkan Laynie... Mama, abah tentu masih hidup sekarang... Kalau Laynie tak suruh diorang stay dekat rumah waktu tu... Mesti diorang tengah bahagia sekarang..." Melaynie masih menyalahkan dirinya lagi.

Fadri yang mendengar luahan rasa kesal adiknya pantas melekapkan kedua - dua belah tapak tangannya pada wajah Melaynie.

" Hei... Hei... Pandang abang Fad, Laynie... Pandang abang Fad... " Wajah adiknya yang berendam air mata di hadap ke arah wajahnya.

"Jangan salahkan diri sendiri, Laynie... Perkara dah jadi... Bukan salah Laynie pun... Itu dah ketentuan Tuhan..." Pujuk Fadri lagi.

Ini yang ditakuti sekarang bila ingatan Melaynie pulih sepenuhnya!

Walaupun sedaya upaya memori adiknya di manipulasi, tetapi ingatan Melaynie tentang kejadian itu mula mempengaruhi sedikit demi sedikit kesihatan mental adiknya.

Dan kesannya sekarang, Melaynie terus menerus menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada kedua - dua ibu bapa mereka.

"Tak abang Fad... Itu semua salah Melaynie... Kalau tak disebabkan Laynie... Mereka semua takkan mati!" Melaynie masih lagi menyalahkan dirinya.

"Melaynie! Stop it! Berhenti salahkan diri sendiri!" Tidak dapat tidak, akhirnya Fadri mula meninggikan suaranya untuk menghentikan tingkah adiknya yang tidak henti - henti dari tadi yang masih menyalahkan diri sendiri.

Kedua - dua bahu adiknya di cengkam kuat.

"Please, Laynie... Jangan salahkan diri sendiri... Itu bukan salah Laynie... Laynie tak salah apa pun... Laynie juga salah seorang mangsa dalam kejadian tu..."

"Please Laynie... Dengar cakap abang Fad... Walaupun apa pun terjadi... Jangan pernah salahkan diri sendiri... Sebab... Arwah mama dan abah sendiri pun tentu tahu apa yang Laynie lalui waktu tu..." Bahu adiknya dilepaskan sebelum tubuh kecil itu sekali lagi di bawa kedalam dakapannya.

Sekali lagi tangisan Melaynie pecah di dalam dakapan abangnya.

" Abang Fad janji... Selagi abang Fad hidup... Abang Fad akan jaga adik abang ni... Dan janji dengan abang Fad... Jangan pernah salahkan diri sendiri lagi..." Pujuk Fadri untuk sekian kalinya. Melaynie tidak membalas. Hanya dakapan pada abangnya sahaja makin di eratkan.

Nek Esah yang melihat gelagat kedua - dua cucunya hanya mampu mengalirkan air mata sahaja di alang pintu. Sejujurnya, dia tidak mampu untuk menangani Melaynie dalam keadaan emosi gadis itu yang tidak stabil. Dan harapannya adalah Fadri!

Kerana dia tahu, Fadri mampu untuk menangani emosi adiknya!

Tanpa sedar, Melaynie tertidur di dalam dakapan abang nya.

Perlahan - lahan Fadri mengalihkan tubuh Melaynie sebelum tubuh kecil molek adiknya itu dicempung menuju ke arah katil.

Nek Esah pula mengambil alih tugas dari Fadri. Tubuh Melaynie yang sudah di baringkan oleh Fadri tadi pantas di selimut sehingga ke paras dada gadis itu sebelum dia melabuhkan punggung di sisi cucu perempuannya itu.

Lama Fadri merenung wajah tidak bermaya adiknya sebelum tubuhnya di paling menghadap pintu bilik. Kakinya sudah mula hendak di ayun keluar dari bilik adiknya.

Belum sempat langkah hendak di ayun, suara neneknya menyeru namanya sehingga membuatkan langkah nya mati sejenak.

"Kamu masih lagi mencari orang itu Fad?" Tidak semena - mena Nek Esah bertanya pada cucu lelakinya.

Dari riak dan lagak cucu lelakinya ini, dia tahu yang Fadri masih lagi bergelumang dengan kes yang melibatkan kejadian yang menimpa kedua - dua ibu bapa lelaki itu.

" Kenapa tiba - tiba nenek tanya?" Soalan di balas soalan.

Dia masih lagi membelakangi Nek Esah tanpa berniat mahu berpaling pada neneknya itu.

"Sebab nenek risaukan kamu dan adik kamu... Kalau kamu masih menyiasat kes itu lagi... Nenek harap... Kamu hentikan semuanya... Nenek tak nak kamu dapat susah nanti..." Ujar Nek Esah lagi.
Menyiasat kes yang berlaku pada keluarga sendiri bukan lah sesuatu yang mudah... Lebih - lebih lagi kes yang melibatkan jenayah! Itu semua hampir memakan masa! Kerana jenayah yang dilakukan terlalu licik dan cekap sekali!

Dan... Ya... Dia amat risaukan keselamatan Fadri sekarang... Terutama sekali, Melaynie!

"Tolong jaga, Laynie... Fad keluar dulu..." Tanpa menunggu ayat seterusnya dari Nek Esah, Fadri bergegas keluar dari bilik adiknya. Selebihnya, dia mahu melarikan diri dari soalan maut neneknya.

Terkatup mulut Nek Esah bila melihat kelibat Fadri sudah menghilang di balik pintu.

Mengeluh kesal dia bila melihat kedegilan Fadri.

Mata tuanya mula terarah pada wajah Melaynie yang terlena itu.

Wajah yang terlena itu di usap perlahan.

Dia berharap sangat... Ada keadilan buat Melaynie dan Fadri dalam mencari pembunuh sebenar kedua - dua ibu bapa mereka...

Itu sahaja doanya saat ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience