BAB 12

Mystery & Detective Completed 11024

MELAYNIE TERCARI - cari kelibat Harith sebaik sahaja sampai di sekolah.

Sehingga hampir waktu pembelajaran pun kelibat Harith langsung tidak kelihatan.

"Okay semua... Hari ni kita ke perpustakaan sekolah untuk buat research tentang kerja kursus kamu... Jadi harap semua turun ke perpustakaan okay..." Masuk guru yang bertanggungjawab dalam tugasan mereka merangkap guru kelas ke dalam kelas.

Terburu - buru para pelajar mengeluarkan segala keperluan yang di perlukan dalam membuat kerja kursus tersebut. Termasuk Melaynie sekali!

Melaynie yang melihat guru kelas yang sedang memantau pergerakan para pelajar terus mengangkat tangan.

"Ya Melaynie... Ada apa?" Soal guru kelas itu bila perasan akan Melaynie yang mengangkat tangan itu.

"Cikgu... Saya nak tanya... Harith tak masuk kelas ke hari ni?"

"Dia tak bagitau kamu ke Melaynie?"

Dahi Melaynie mula berkerut tanda tidak mengerti.

"Bagitau apa cikgu?"

Guru itu menghela nafas sebelum bersuara.

"Harith dah pindah sekolah... Katanya ada hal yang tidak dapat di elakkan... Jadi mulai esok dia tak sekolah dah dekat sini..."

"Hah?"

Membesar mata Melaynie mendengar ayat gurunya itu.

"Betul ke cikgu?" Soal Melaynie dengan nada tidak percaya.

Harith pindah sekolah? Tapi kenapa? Kenapa lelaki itu langsung tidak memberi tahu dia sedangkan dia adalah sahabat baik lelaki itu.

"Ya... Betul... Nanti habis sekolah... Kamu boleh tanya dekat dia sendiri..." Putus guru itu sebelum mengarahkan para pelajar nya untuk turun ke perpustakaan.

Wajah Melaynie serta merta berubah menjadi mendung.

Apa yang telah berlaku ni?

HABIS SAHAJA SESI persekolahan, tanpa bertangguh Melaynie terus membawa langkah nya menuju ke rumah Harith.

Mujur juga abang dia tidak dapat mengambil dirinya kerana ada urusan di balai. Jadi Fadri menyuruh dirinya untuk pulang ke rumah dengan menaiki bas.

Jadi kesempatan itu di ambil Melaynie untuk ke arah rumah Harith pula.

Dalam perjalanan ke rumah Harith, berkali - kali nombor Harith di dail tetapi panggilan nya hanya masuk ke dalam peti simpanan suara. Malah WhatsApp darinya juga langsung tiada balasan.

LOCENG RUMAH Harith di bunyikan beberapa kali. Namun kelibat manusia keluar dari dalam rumah itu langsung tidak kelihatan.

Puas menekan loceng, nama lelaki itu pula di jerit.

"Harith! Harith!" Laung Melaynie dari luar pagar.

Malangnya, laungan nya juga turut langsung tak di sahut.

Tekaknya mula terasa kering gara - gara melaung nama Harith tadi.

Manalah pulak budak ni pergi?

Bila tiada respon dari dalam, hendak tak hendak Melaynie berlalu juga pergi dari situ.

Baru lah dia sedar yang sekitar kawasan rumah Harith ini kelihatan sunyi sepi. Jiran dia di sekitar rumah yang didiami oleh Harith ini juga langsung tidak kelihatan.

Hati Melaynie mula berlagu tidak enak. Bulu romanya mula meremang. Dia merasa kan seperti ada sesuatu yang memerhatikan dirinya saat ini.

Dia mula bergegas pergi dari situ.

Dia tidak sedar ada seseorang memerhati tingkah nya sejak tadi dari jendela tingkat atas rumah Harith ini.

Mata orang itu memerhati kelibat Melaynie sehingga gadis itu hilang dari pandangan.

Tersungging senyuman sinis di bibir orang itu.

"Melaynie..."

Nama Melaynie meniti di bibirnya yang masih bergayut dengan senyuman sinis.

Tapi... Siapa orang ini?

Apa kaitan dia berada di rumah Harith ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience