MENGELUH KELEGAAN Tuan Duan dan Puan Erny bila diberi tahu oleh pihak bomba tentang keadaan dapur mereka...
Nasib baik ada pemadam kebakaran yang sedia ada... Dan nasib baik juga kebakaran yang berlaku di dapur dapat hanya berlaku di dapur gas sahaja... Dan tidak merebak ke kawasan lain...
Dan sekarang...
Mereka suami isteri mula mengatur langkah menuju ke bilik anak bujang mereka yang menempatkan tubuh Melaynie...
Dah kenapa Melaynie di letak kan di bilik Darrel dan bukannya di bilik tetamu?
Dah... Takde masa nak menjawab!
Dalam keadaan kelam kabut tadi, hanya bilik Darrel yang terlintas di kepala!
Takkan nak letak di bilik mereka suami isteri pulak!
Itu gila namanya!
"MACAM MANA keadaan adik kamu, Fad?" Tanya Puan Erny pada Fadri sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik Darrel.
"Dah okay sikit, Untie..."Jawab Fad perlahan.
Terasa lapang sedikit hati Puan Erny bila mendengar jawapan dari Fadri ini.
"Baiklah kalau macam tu... Kamu dengan adik kamu stay sini ajelah malam ni... Tak payah balik ke rumah korang..." Ujar Puan Erny secara tiba - tiba.
"Takpe, Untie... Saya boleh bawak balik adik saya ke rumah kami nanti... Tunggu dia sedar aje sekarang..." Bantah Fadri.
"Nope! Uncle dengan untie tak benar kan kamu dua beradik balik ke rumah kamu sekarang... Kamu tengok keadaan adik kamu tu... Macam mana kamu nak balik ke rumah dalam keadaan dia macam ni..." Giliran Tuan Duan pula bersuara.
"Tapi..."
Tak jadi Fadri mahu menyambung ayat bila dicantas laju oleh Darrel.
"Betul apa yang mama dan papa aku syorkan tu... Lebih baik kau dengan Laynie stay aje malam ni dekat sini..." Ujar Darrel pula.
"Baiklah..."
Nak tak nak, akhirnya Fadri menuruti jua...
Bunyi getaran telefon pintar di dalam poket mengejutkan Darrel. Pantas poket seluar di seluk.
Nama Bob naik di skrin telefon.
Dia menjauhi mereka yang berada di dalam bilik itu sebelum panggilan rakan sekerjanya di jawab.
Fadri masih ralit memerhati wajah pucat adiknya. Dia termenung seketika.
Dan ternyata, menungan nya itu menarik perhatian Tuan Duan yang sedari tadi tidak lepas memandang wajah anak muda itu.
Tuan Duan tahu apa yang tersirat di dalam hati anak muda itu...
Perhatian nya mula teralih bila kelibat Darrel kembali masuk ke dalam bilik tersebut.
"Fad... Kita kena ke balai sekarang... Bob ada jumpa sesuatu..." Ujar Darrel dengan keadaan kelam kabut.
"Bob jumpa sesuatu?"
"Yeah... Dia suruh kita ke balai sekarang..."
"Tapi adik aku macam mana?" Soal Fad dengan nada kerisauan.
Takkan dia ke balai dan tinggal adiknya dalam keadaan macam ni...
"Pasal Laynie... Fad jangan risau... Ada untie dengan uncle boleh tengokkan dia..." Putus Puan Erny dengan pantas.
"Tak menyusahkan Untie dengan Uncle ke nanti?" Ujar Fadri dengan perasaan serba salah.
"Hish... Dia ni... Apa pulak cakap macam tu... Kamu dan adik kamu langsung tak menyusahkan pun..." Bantah Puan Erny.
"Dah... Kamu berdua pergi sekarang... Pasal Laynie... Jangan risau... Kami ada untuk jaga dia..." Putus Tuan Duan serta merta bila melihat riak Fadri yang masih lagi dalam keadaan serba salah.
"Dah... Jom kita gerak..." Ujar Fadri pada Darrel.
Walaupun hati nya berat mahu meninggalkan adiknya... Tapi... Dengan kesungguhan dan kesudian mama dan papa Darrel untuk menjaga Melaynie membuatkan dia menurut jua akhirnya.
Setelah berpamitan, kereta milik Fadri laju menyulusur jalan raya menuju ke balai.
"AKU ADA JUMPA SESUATU..." Ujar Bob sebaik sahaja Fadri dan Darrel sampai di balai.
"Jumpa apa?"
Bob terus meletakkan fail berwarna hitam di hadapan kedua - dua rakannya ini.
"Dalam fail ni... Aku jumpa kes yang sama dengan kes pembunuhan pelajar perempuan ni 3 tahun lepas...."
"Tapi..." Teragak - agak Bob mahu meneruskan penerangan nya pada Fadri dan Darrel.
Wajahnya kelihatan serba salah sekali...
"Kau ni dah kenapa... Teragak - agak pulak nak cakap... Tadi bukan main laju kau bercakap..."
Fadri dan Darrel dah kerut dahi melihat tingkah serba salah si Bob ini.
"Korang tengok lah sendiri..." Akhirnya Bob menyuruh kedua - dua sahabatnya itu untuk melihat sendiri kes yang sama berlaku tiga tahun lepas.
Itu aje jawapan yang selamat sekarang...
Fadri dan Darrel terus mencapai fail tersebut dan menyemak dalam keadaan sedikit tergesa.
Berkerut dahi kedua - duanya bila melihat laporan dalam fail itu. Mata kedua - duanya berlaga sebelum kedua - dua nya twrarah kembali ke arah Bob yang mendiamkan diri sejak tadi.
"Maksud kau... Apa yang terjadi dekat budak perempuan tu... Sama macam kes kematian mama dan babah aku tiga tahun lepas?" Soal Fadri dengan yang mula bergetar.
Bob mengangguk perlahan.
"Sial!!!"
Seranah Fadri sebelum fail di atas meja di tepis kasar!
Terkejut beruk Bob dengan reaksi luar kawalan Fadri itu!
Selama dia menyertai misi bersama Fadri selama ini, inilah kali pertama dia melihat amukan lelaki ini!
Matanya terarah pada fail yang di tepis oleh Fadri tadi sebelum kembali menghala ke arah Fadri yang sedang di tenangkan oleh Darrel.
"Bro... Relaks okay... Jangan macam ni..."
"Aku nak relaks macam mana Rel... Cuba bagitau aku... Pembunuh yang bunuh orang tua aku tiga lepas muncul balik... Aku tak dapat bayangkan apa yang terjadi nanti... Aku nak tangkap dia... Aku tak boleh lepaskan dia!" Gerutu Fadri sebelum dia ingin berlalu dari balai itu. Tetaoi langkahnya pantas di halang oleh Darrel.
"Kau nak cari dekat mana Fad... Apa - apa info pasal dia pun kita belum tahu lagi..."
"Aku tak kira... Aku akan cari tahu siapa dia... Aku tak boleh tahan lagi Rel... Aku tak sanggup nak tengok adik menderita lagi... Menderita sebab salahkan diri dia dalam kematian orang tua aku... Padahal... Bukan salah dia... Dan aku tak nak mama dan papa kau menderita lagi... Aku tak sanggup tengok korang menderita disebabkan bedebah tu! " Wajah Fadri mula memerah.
Menahan tangis mungkin!
" Bro... Tolong bro... Jangan bertindak terburu - buru dulu... Aku faham bro... Aku faham... Kau tak nak tengok kitorang menderita lagi... Tapi please bro... Jangan bertindak macam ni... Kita cari sama - sama bro... Cari bedebah tu dan bawak ke pengadilan! "Ujar Darrel lagi.
"Ya Fad... Kitorang ada untuk tolong kau... Kita sentiasa ada untuk kau..." Sampuk Bob pula.
Ya...
Dia tahu...
Apa yang tersirat di dalam hati sahabatnya ini...
Tiga tahun...
Bukan mudah untuk Fadri melupakan tragedi itu...
Kerana tragedi itu...
Seluruh kehidupan kedua - dua sahabatnya ini telah berubah 360° darjah!
Imbas kembali... Tragedi 3 tahun lepas
Share this novel