BAB 18

Mystery & Detective Completed 11024

MELAYNIE masih lagi termenung di pangkin.

Angin petang terasa menampar wajahnya... Tapi itu hanya seketika!

Mimpi yang di alami sejak dua tiga hari lepas kembali menghantui dirinya!

Malah kewujudan D yang setia di sisi nya sejak dari tadi langsung tidak di hiraukan...

Yang di hiraukan adalah mimpi tersebut...

"Adik..." Panggilan Fadri menyentak lamunannya.

Perlahan - lahan kepalanya di paling ke sisi sebaik sahaja mendengar derap langkah Fadri yang sedang menghampiri dirinya.

"Tak nak minum petang ke... Nenek ada buatkan kuih donut kesukaan adik tu..." Ujar Fadri.

"Laynie tak rasa nak minum lagi... Kalau abang Fad nak minum... Pergilah minum dulu..." Balas Melaynie semula.

D pula hanya memerhati sahaja tingkah kedua - dua beradik ini!

"Abang Fad dah minum tadi..." Punggung perlahan - lahan di labuhkan di sebelah adiknya.

Mereka mendiamkan diri seketika sambil menikmati angin petang.

"Dah dua hari kita dekat kampung ni... Abang Fad perhati... Laynie banyak temenung... Laynie ada masalah ke?" Fadri memulakan semula perbualan setelah agak lama mendiamkan diri tadi.

Melaynie hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berminat dengan soalan yang diutarakan oleh abangnya itu.

" Laynie... Dengar tak apa yang abang Fad tanya ni... Kalau ada masalah, jangan pendam sorang - sorang... Apa guna ada abang Fad ni kalau tak nak luahkan apa yang terbuku dalam hati tu..." Nah! Baru kali ini Fadri bertanya serius.

Serius lah! Adik dia kot! Takkan tak ambil berat pulak! Apa punya ayat dah!

D yang mendengar perbualan dua beradik itu hanya membatu di tepi sahaja. Alah! Kalau buat bising pun, bukannya si Fadri ni boleh nampak dia!

Melaynie menghela nafas setelah agak lama duduk termenung tadi.

"Betul ke arwah babah dan mama meninggal dalam kemalangan jalan raya?"

Tersentak Fadri mendengar soalan yang keluar dari mulut adiknya ini. Pantas kepala di paling ke arah Melaynie yang masih merenung pemandangan di hadapan.

"Kenapa Laynie tanya macam tu?" Soal Fadri sedikit gugup.

Melaynie tahu sesuatu ke?

"Dua tiga hari ni... Laynie kerap mimpi benda yang aneh... Dalam mimpi tu... Laynie nampak api marak membakar sekeliling rumah... Laynie macam ternampak yang tubuh mama dan babah terbaring atas lantai... Apa semua tu abang Fad?"

Fadri sudah mula tidak senang duduk mendengar cerita adiknya itu. Peluh dingin mula membasahi dahinya.

D yang melihat tingkah aneh Fadri itu mula menyesyaki sesuatu.

" Macam diri Laynie ada jugak dalam mimpi tu... Laynie tak tahu lah kenapa Laynie boleh dapat mimpi..."

Belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, Fadri sudah memotong pantas.

"Hari dah makin gelap ni... Tak elok duduk luar lama - lama..." Ujar Fadri sebelum dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Berkerut dahi Melaynie bila melihat tingkah aneh abangnya itu.

"Tapi... Laynie belum habis cakap lagi..."

"Stop Laynie... Jangan ungkit lagi benda tu... Itu hanya mainan tidur aje... Abang Fad tak nak... Laynie ungkit lagi pasal benda ni lagi okay..." Fadri memberi amaran pada adiknya.

"Tapi..." Melaynie masih lagi berdegil.

"NO Laynie... Benda dah lepas... Tak payah nak ungkit lagi... Faham?" Suara Fadri mula naik seoktaf.

Terkatup terus mulut Melaynie saat mendengar nada suara abangnya.

"Abang masuk rumah dulu..." Usai berkata, Fadri terus melangkah laju pergi dari situ. Tidak betah lama -lama dia berada di situ.

Tingkahnya yang pelik itu membuatkan Melaynie mengeluh keras.

Hatinya mula tertanya - tanya dengan perlakuan ganjil abangnya tadi.

Kenapa bila di soal tentang kematian kedua orang tua mereka, wajah abangnya mula berubah riak?

Betul ke mama dan babah meninggal dalam kemalangan kereta?

Ternyata bukan Melaynie seorang sahaja yang perasan akan perubahan tingkahlaku Fadri tadi.

D juga turut merasa hairan dengan riak wajah abang Melaynie itu.

Sepertinya, Fadri menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan adiknya...

Kalau tak, takkan Fadri beria menamatkan ayat Melaynie walaupun gadis itu belum bercerita sepenuhnya tadi.

Dia yakin, Fadri sedang menyembunyikan sesuatu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience