SEKALI LAGI MAYAT SEORANG PELAJAR PEREMPUAN TANPA INDENTITI di temui.
Dan pasukan yang diketuai Fadri turut di kerah ke tempat kejadian!
KELIHATAN orang ramai mula berkerumun di sekitar penemuan mayat pelajar perempuan itu ketika pasukan Fadri sampai di situ. Mereka terdiri dari pelajar - pelajar kolej yang berdekatan.
"Beri laluan! Beri laluan!" Teriak Bob pada orang ramai supaya mereka dapat masuk ke dalam kawasan penemuan mayat pelajar terbabit.
Mereka berempat sudah meloloskan diri masuk ke dalam lokasi kejadian.
"Siapa yang melaporkan kejadian ni tadi?" Soal Fadri pada salah anggota bawahannya.
"Lelaki ini yang melaporkan tuan..." Beritahu anggota sambil menunjuk ke arah sorang lelaki pertengahan 40 - an yang kelihatan cemas itu. Jelas riak cemas dan takut terpancar di wajah lelaki itu. Mungkin kesan dari penemuan mayat pelajar ini membuatkan lelaki itu beriak seperti itu.
"Wadi..." Panggil Fadri.
"Kau ambik keterangan lelaki tu... Apa - apa info... Kau Roger aku..." Pesan Fadri pada sahabatnya. Wadi mengangguk mengerti sebelum melangkah laju menuju ke arah lelaki yang di maksudkan oleh Fadri tadi.
Kemudian, dia dan dua sahabat nya mula meneliti keadaan mangsa.
Belum sempat mereka meneliti sepenuhnya, jeritan seorang perempuan dari arah belakang mematikan pekerjaan mereka di situ.
"Ayra!!! Ayra!!!!" Jerit wanita itu sambil melari laju menuju ke arah lokasi kejadian.
Tetapi langkahnya dapat di tahan oleh anggota polis yang berada di luar garisan kuning.
"Lepaslah!! Aku nak tengok adik aku!!! Ayra!!! Kenapa kau tinggalkan akak dik!! Kenapa!! Siapa yang buat kau macam ni Ayra!! Siapa!!!" Jerit wanita itu lagi. Dia berusaha mahu melepaskan diri dari tahanan anggota yang menahan dirinya dari mendekati mayat pelajar perempuan yang di kenali dengan nama Ayra ini.
Fadri dan Darrel berpandangan sesama sendiri sebelum mengarah kan anggota yang menahan wanita itu untuk membawa wanita itu pergi dari lokasi ini sebelum kekecohan yang lebih besar berlaku. Menjerit - jerit wanita itu bila dirinya di bawa pergi dari situ.
"Bob... Kau ikut diorang dan siasat siapa wanita tu... Dan apa kaitan dengan dia dengan mayat budak perempuan ni!" Arah Fadri pada Bob.
Bob mengangguk mengerti sebelum bergegas mengikuti langkah anggota polis yang membawa pergi wanita itu tadi.
Setelah kelibat Bob menghilang, Fadri kembali menyambung semula pekerjaan nya yang tergendala tadi. Suara - suara sumbang yang berbisik dari para pelajar kolej ini menimbulkan rasa tidak selesa pada Fadri. Dia mendengus kasar sebelum berpaling semula ke arah para pelajar yang berada di situ.
"Koperal Asri... Koperal Mat... Bawak diorang ni semua menjauh dari lokasi kejadian ni sekarang..." Arah Fadri pada anggota bawahannya yang lain.
"Baik tuan..." Kedua - dua anggota itu menabik hormat sebelum mengarahkan para pelajar yang berada di situ untuk menjauhi lokasi kejadian. Kedengaran keluhan dan dengusan sesetengah nya bila di halau pergi sebegitu.
"Baru aman sikit telinga dan otak aku nak buat kerja..." Ujar dengan nada lega. Lega bila tiada lagi bisikan sumbang yang menganggu kerjanya.
Tetapi tidak pada Darrel!
Lelaki itu masih lagi terpaku pada tempat nya berdiri.
Kelibat seseorang yang berpakaian serba hitam serta separuhnya wajahnya ditutupi dengan pelitup muka membuatkan Darrel terpana!
Dia ingin melangkah tetapi denyutan di kepalanya membuatkan langkah nya terhenti.
Pandangan nya mula berpinar mula imbasan silam tentang dirinya dan Melaynie mula menerjah kepalanya. Denyutan di kepala semakin membuatkan dia hilang imbangan sebelum...
Gedebuk!!!
Dia jatuh tersungkur di atas tanah!
"Arrelll!!" Teriak Fadri kedengaran.
Pandangan mulai kabur sebelum mata nya Terkatup rapat.
Darrel pengsan dan tidak sedarkan diri!
Alamak D... Apa dah jadi ni...
Share this novel