Prolog

Mystery & Detective Completed 11024

SEBELUM 60 HARI...

SEBUAH BAS ekspres mengalami kemalangan akibat dari tayar bas yang pecah secara tiba - tiba...

Suara jeritan tangisan dan raungan kesakitan dari para penumpang bas mula kedengaran...

Kenderaan yang berada berdekatan dengan bas itu turut berhenti untuk memberi pertolongan...

Sekejap sahaja kawasan kemalangan itu menjadi sesak akibat dari kenderaan yang tidak dapat melalui jalan gara - gara badan bas melintang di tengah jalan...

Orang ramai mula mengerumuni kawasan kemalangan itu...

Ada yang dapat mengeluarkan mangsa kemalangan sementara menunggu anggota keselamatan tiba...

Mana - mana penumpang yang tersepit, mereka di pujuk oleh orang ramai untuk bertahan terlebih dahulu...

Kawasan kemalangan yang bersimbah dengan darah tidak mematahkan semangat orang ramai untuk membantu mangsa kemalangan...

Seketika kemudian, kedengaran siren dari bomba, polis dan ambulans silih berganti...

Orang ramai yang menolong mangsa tadi mula menjauhi kawasan itu bila anggota keselamatan sudah tiba...

Bermulalah kerja - kerja menyelamat di lakukan oleh anggota bomba...

Jeritan kesakitan dari para penumpang yang tersepit jelas kedengaran...

Kerja - kerja menyelamatkan selama hampir 2 jam itu akhirnya selesai... Semua mangsa yang cedera di bawa hospital oleh ambulans manakala mangsa yang meninggal pula di serahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut..

Ketika para anggota bomba mahu menyusun peralatan, secara tidak sengaja mata salah seorang anggota bomba terlihat pada sesuatu di bawah timbunan kusyen bas yang tercabut.

Perlahan - lahan anggota bomba itu melangkah ke arah timbunan tersebut. Timbunan kusyen itu di selonggar dan dipunggah ke arah lain sebelum dia menemui sekujur tubuh seorang lagi mangsa kemalangan di bawah timbunan kusyen tersebut. Dia cuba untuk menarik tubuh itu tetapi berjaya bila di dapati kaki mangsa perempuan itu tersangkut pada kusyen yang di dudukinya...

"Tuan!! Ada lagi mangsa yang tersepit!!" Jerit anggota bomba itu pada ketua kumpulan nya...

Ketua kumpulan yang baru sahaja mahu memunggah peralatan yang di gunakan terus berlari laju ke arah anak buahnya dengan diikuti yang lain untuk memastikan apa yang di katakan oleh anak buahnya yang seorang ini adalah betul.

Ya... Benar apa yang di katakan oleh anak buahnya itu... Masih ada lagi mangsa kemalangan yang mereka terlepas pandang.

Kedengaran suara nya mengarahkan anak buah nya yang lain untuk membawa peralatan bagi memotong besi yang menghadang kaki mangsa perempuan ini...

Kerja memotong pun di lakukan sebelum tubuh lemah mangsa perempuan itu diberjaya dibawa keluar dari situ.

Mangsa perempuan itu di serahkan pada pasukan paramedik kerana mengalami kecederaan serius di kepala...

Dari kejauhan, seorang lelaki berpakaian kemeja putih berseluar jeans hitam tegak berdiri sambil memerhati pasukan paramedik memberi bantuan awal kepada mangsa perempuan itu...

Suasana riuh rendah di sekitar langsung tidak menganggu konsentrasi nya dari memandang wajah mangsa itu yang sudah pun dibawa masuk oleh para petugas ke dalam ambulans.

Dia memandang ambulans itu pergi sehingga hilang dari pandangan sebelum dia pula menghilang di celah orang ramai yang sibuk melihat kawasan kemalangan itu...

Kawasan kemalangan itu kemudian di ambil alih oleh pihak polis setelah kesemua nya di diselesaikan oleh anggota bomba yang bertugas...

Hi uolls... Hari ni sis kembali dengan novel terbaru... The memories... Kisah dua orang yang hilang ingatan /memori kisah masa lalu akibat dari kemalangan yang mereka hadapi... Dan ternyata mereka pernah bertemu di masa lalu dulu... Haa... Klu nak tahu lebih lanjut... Jom baca... Harap korang enjoy... Bye... Love u all

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience