BAB 53

Mystery Completed 11084

MELAYNIE SUDAH MUNDAR mandir di ruang tamu.

Hatinya masih tidak senang mengenangkan perihal Harith yang dibawa pergi oleh abangnya, Fadri tengahari tadi ke balai polis. Kuku nya sudah di gigit perlahan. Itulah tabiat nya bila perasaan gelisah melanda dirinya.

'Hish.. Macam mana agaknya keadaan Harith sekarang,' Melaynie mula bermonolog di dalam hati. Rasa khuatir dan gelisah masih menghantui dirinya. Takkan dia nak call Fadri semata - mata nak tahu keadaan Harith.

Melaynie melangkah ke tingkap besar ruang tamu, memandang keluar dengan dada yang berombak kecil. Cahaya lampu jalan yang suram memantulkan bayangan samar dirinya di kaca. Suasana malam yang sunyi seakan memperkuatkan degup jantungnya yang tak tenang.

"Takkan aku nak nak hantar ke abang Fad... Tak ke nanti menganggu urusan dia pulak," Bisik Melaynie sendirian.

Telefon pintar di tangan masih erat di genggam. Hatinya masih berbelah bagi mahu menelefon atau menghantar mesej pada abangnya.

Dia melangkah ke sofa dan duduk dengan perasaan yang tidak tentu arah. Fikirannya mula berputar dengan pelbagai andaian-andaian yang bukan - bukan. Bagaimana kalau Harith disabitkan dengan sesuatu yang tidak dilakukan? Bagaimana kalau…

"Ah, jangan fikir bukan-bukan, Melaynie," dia cuba memujuk diri sendiri. Tapi kerisauan itu tetap tak mahu surut.

Tiba-tiba, bunyi kenderaan yang memasuki garaj kereta membuatkan dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia tahu itu adalah kereta milik abangnya, Fadri. Dia masih lagi menanti dengan penuh sabar di ruang tamu ini. Kedengaran pintu di buka dari luar. Pintu terkuak lebar. Terpacul wajah tegang Fadri bersama Darrel di balik pintu utama. Ah, Darrel? Dah kenapa lelaki ini ada di sini pula?

"Laynie tak tidur lagi ke?" Soal Fadri setelah memasuki rumah dengan diikuti oleh Darrel dari belakang.
Melaynie menggeleng perlahan sambil menggenggam erat telefon pintarnya.

"Tak... Laynie tunggu abang Fad balik. Laynie cuma nak tahu.." Suaranya bergetar sedikit, jelas menandakan kegelisahan yang sedang dirasainya.

Fadri memandang wajah adiknya dengan raut serius, sebelum melirik kepada Darrel yang berdiri di sebelahnya. Darrel kelihatan tenang seperti biasa, tetapi ada sesuatu dalam pandangannya yang membuatkan Melaynie tidak selesa.

"Nak tahu apa? Kalau nak tahu.. Boleh cakap dekat sini sekarang," balas Fadri sambil melangkah ke sofa dan duduk dengan lengan diletakkan pada penyandar. Dia kelihatan letih, namun matanya tajam memandang Melaynie.

Melaynie menelan liur. Dia teragak-agak untuk membuka mulut, terutamanya dengan kehadiran Darrel yang tidak diundang itu.

"Er... mungkin lebih baik kalau kita berbual berdua saja, bang," katanya perlahan, sambil memandang Darrel dengan penuh makna. Mengharapkan lelaki itu berlalu pergi seketika untuk memberi ruang pada dirinya dengan Fadri untuk bercerita.

Darrel tersenyum kecil, tetapi tidak berganjak.

"Kalau berkaitan Harith, mungkin saya juga patut dengar. Lagipun, urusan berkaitan dibalai masih belum selesai lagi dengan Fadri,"

Melaynie mendengus perlahan. Darrel memang selalu punya cara untuk membuatkan orang rasa terkawal. Tetapi malam ini, dia tidak punya banyak pilihan.

"Harith... Apa jadi dengan dia sampai abang Fad bawak dia pergi ke balai tengahari tadi," Tanpa bertangguh, Melaynie terus bertanya pada abangnya.

Fadri menyandarkan tubuhnya ke sofa, raut wajahnya masih sukar dibaca.

"Tak perlu khuatir Laynie.. Itu bukan berkaitan dengan Laynie pun,"

Melaynie menghela nafas panjang sebelum menyoal lagi.

"Takkan satu pun abang Fad tak bagi tahu Laynie apa dah terjadi.. Laynie rasa Laynie berhak tahu apa yang berlaku pada dia sebab Laynie ni sahabat dia."

Fadri mengeluh agak keras sebelum kembali bersuara.

"Dah malam ni, Laynie pergi tidur.." Fadri enggan menjawab soalan Melaynie. Malah di suruh adiknya itu masuk tidur sahaja.

Tetapi Melaynie enggan mengikuti arahan abangnya. Dia tetap mengeras diri di tempatnya.

"Kenapa perlu sembunyikan semua ni dari Laynie.. Apa sebenarnya yang berlaku?" Hendak tak hendak, Melaynie bersuara juga. Selagi tak dapat jawapan nya, selagi itu lah dia akan asak pelbagai soalan pada Fadri dan juga Darrel.

Fadri masih lagi tak menghiraukan asakan soalan adiknya. Dia masih sibuk menyuruh Melaynie untuk masuk tidur.

"Laynie tak nak masuk bilik! Abang Fad kena jelaskan apa yang terjadi pada Harith! Dia tu kawan Laynie.. Laynie patut tahu apa yang terjadi dekat dia!" Melaynie bersuara dengan nada agak keras.

"Kenapa tinggikan suara dengan abang Fad ni?" Giliran Fadri pula bersuara tinggi pada adiknya. Berangin hati nya bila Melaynie mula bersuara keras pada dirinya.

"Abang Fad yang buat Laynie tinggi kan suara.. Jadi kenapa nak salahkan Laynie pulak?"

Darrel yang melihat pertengkaran antara Melaynie dengan Fadri itu sudah mula tidak sedap hati. Dia mula mendekati Fadri lalu berbisik pada lelaki itu.

"Kau patut bagitau dia apa yang terjadi pada Harith di balai tadi... Kalau tak, benda ni takkan settle,"

Fadri mendengus perlahan. Dia mengusap wajahnya dengan kedua-dua tangan, cuba menahan tekanan yang semakin menyesakkan dadanya. Dia tahu Darrel ada benarnya, tetapi memberitahu Melaynie tentang apa yang berlaku di balai tadi bukanlah semudah itu.

"Laynie... Harith—" Fadri cuba memulakan ayat, namun dia terhenti seketika. Kata-kata itu seperti tersekat di kerongkongnya.

Melaynie merenung abangnya dengan penuh harapan.

"Apa dia, abang Fad? Apa yang terjadi pada Harith?" Nada suaranya berubah, lebih lembut, tetapi tetap tegas. Dia benar-benar mahu tahu kebenaran.

Darrel memberi isyarat kecil dengan matanya, mendesak Fadri untuk teruskan.

Fadri menarik nafas panjang sebelum bersuara,

"Harith... Dia kena tahan sebab kami syak dia terlibat dengan kes pembunuhan dua orang pelajar perempuan sebelum ini."

Melaynie terkaku. Dia memandang Fadri dengan wajah tidak percaya.

"Terlibat dengan pembunuhan tu? Ehee... Takkan harith terlibat dengan semua benda tu. Laynie tak percaya lah. Mesti abang Fad salah tengok ni,"

Fadri bersuara lagi.

"Bukti dah terarah pada dia, Laynie! Takkan abang Fad tersalah tengok!"

"Abang tak boleh buat macam ni! Harith kawan Laynie! Kalau dia tak bersalah, kita kena bantu dia!" Melaynie bersuara lagi, kali ini dengan nada sarat emosi.

"Laynie, dengar sini. Kadang-kadang, untuk bantu seseorang, kita kena biarkan pihak yang lebih tahu buat kerja mereka. Abang tak nak Laynie dalam bahaya," Fadri cuba menjelaskan, walaupun suaranya sedikit goyah. Goyah melihat mata adiknya yang sudah berkaca.

Namun, Melaynie tidak dapat menerima alasan itu. Dia memalingkan muka, matanya mula berkaca.

"Abang Fad selalu fikir Laynie tak mampu buat apa-apa. Tapi Laynie takkan duduk diam. Kalau Harith perlukan bantuan, Laynie akan cari jalan sendiri!"

Sebelum Fadri sempat berkata apa-apa, Melaynie berpaling dan meluru keluar dari ruang tamu. Fadri hanya mampu memandang dengan rasa yang bercampur aduk.

"Macam aku cakap tadi, kau patut berterus terang dari awal," Darrel menggeleng perlahan sambil menepuk bahu Fadri.

"Dia degil, Darrel. Macam aku jugak," balas Fadri sambil memicit keningnya, fikirannya penuh dengan kerisauan.

Apa - apa pun, Melaynie tidak boleh bertemu Harith buat masa ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience