MENCUKA WAJAH Melaynie sebaik sahaja kenderaan yang Di pandu membelok masuk ke arah rumah mereka...
Alah... Muka Melaynie mana pernah tak mencuka kalau si Fadri ni masuk campur!
Fadri yang melihat wajah mencuka adik ya hanya buat tak tahu sahaja!
Tahu dah dengan perangai adiknya yang satu ini!
DUMM!!
Berdentum pintu kereta ditutup oleh Melaynie! Berdetap bunyi tapak kasut nya melangkah masuk ke dalam rumah.
Fadri yang melihat tingkah adiknya hanya mampu mengetap giginya sahaja!
Sabar, Fad! Sabar!
Itu sahaja yang dia mampu lakukan kalau berhadapan dengan Melaynie ini!
Pintu kereta dibuka. Dia keluar dari perut kereta dan menutup pintu kereta kembali.
Belum sempat kakinya mahu menjejak masuk ke dalam rumah,
DUMM!!
Bunyi pintu bilik pula menjadi mangsa amukan Melaynie!
Fadri pantas mengurut dadanya! Haih... Lama - lama macam ni... Mahu dia kena serangan jantung!
Fuh!! Fadri menarik nafas panjang sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
MALAM MULA MENJELMA...
Tiada tanda - tanda Melaynie mahu turun makan...
Berkali - kali mata Fadri mengerling ke tingkat atas...
Dia dah puas memanggil adiknya supaya turun makan tadi... Tapi panggilannya hanya dibiar sepi begitu sahaja... Melaynie tetap mengeraskan diri di dalam bilik!
Sekali lagi Fadri mengeluh keras...
Sejak ingatan adiknya kembali pulih ini, emosi Melaynie dilihat sering berubah - ubah...
Cepat marah, memberontak, panas baran!
Itu yang dia lihat pada karakter adiknya sekarang!
Melaynie dilihat bukan seperti Melaynie yang dulu!
Tingkat atas di keeling sekali lagi...
Melihat kesenyapan Melaynie, Fadri menyimpan makanan yang dibungkusnya tadi di bawah tudung saji.
Hari ini dia menapau sahaja... Nak masak, dia takde mood... Lagipun, dia masuk kerja malam ni... Ada kes yang dia and the geng perlu selesaikan...
Kertas kecil dan pen di dalam beg galas di ambil... Dia mula menulis nota kepada adiknya... Selesai menulis, nota kecil itu di letakkan di atas meja... Jaket hitam yang tersangkut di kerusi capai sebelum dia me langkah keluar dari rumah...
Haraplah Laynie turun makan nanti... Bisiknya di dalam hati sebelum kereta nya berderum keluar dari perkarangan rumah nay itu...
Emosi Melaynie agak tak stabil sejak ingatan dia dah pulih ni... Haraplah Fad bertabah dengan peel adiknya...
Share this novel