MELAYNIE hanya memerhati sahaja tingkah Puan Erny yang sedang menyiapkan sarapan pagi.
Keletung keletang bunyi sudip bertemu kuali.
"Laynie... Kenapa tercegat dekat situ... Mari sini... Tolong Nenek dengan Untie ni..." Ujar Nek Esah pada cucu perempuan nya bila menyedari kelibat gadis itu di ruang dapur.
Melaynie hanya mempamerkan sengihannya sebelum berlalu menolong kedua - dua wanita itu.
Riuh seketika kediaman Fadri dan Melaynie dengan suara gosip dari mulut Nek Esah dan Puan Erny ini.
Eh kejap!
Kediaman Fadri dan Melaynie?
Bukan sepatutnya Melaynie menginap dekat rumah ibu bapa Darrel? Dah kenapa pulak dia balik semula dekat rumah mereka?
Kediaman yang di huni oleh keluarga Darrel dalam pembaikian sekarang... Hanya tempat yang dijilat api tempoh hari sahaja di baiki...
Alang - alang dapur di baiki, Fadri mengusulkan pada Darrel sekeluarga untuk berlabuh pada rumah nya dulu sementara dapur rumah sahabatnya itu siap di baik pulih.
Tempoh nak baik pulih tu makan masa dua tiga hari juga...
Dah Fadri mengusulkan begitu, takkan Puan Erny dan Tuan Duan nak tolak pulak... Jadi tak sedap hati lah pulak nanti... Dan kini... Mereka sekeluarga berlabuh di rumah milik Fadri dan Melaynie ini.
Okay... Dah cukup... Kita balik ke topik asal semula!
Kelihatan Melaynie tekun meletakkan pinggan dan cawan di atas meja.
Seketika kemudian, Puan Erny membawa keluar semangkuk besar bihun yang siap di goreng ke ruang makan diikuti oleh Nek Esah yang membawa seteko kopi.
"Maaflah untie... Sebab susahkan untie masakkan sarapan pagi ni..." Ujar Melaynie dengan rasa serba salah.
Dia yang sepatutnya tuan yang menghidangkan sarapan untuk tetamu dan bukannya tetamu yang hidangkan sarapan untuk tuan rumah.
"Alahai kamu ni, Laynie... Takde susah pun nak sediakan sarapan ni... Dah jangan banyak sangat fikir tu... Dah jom makan... Nanti lewat pulak kamu nak ke kolej..." Laju Puan Erny memotong percakapan Melaynie.
"Ya... Dah... Mari makan... Hari ni biar Uncle yang hantarkan Laynie ke kolej... Uncle pun ada urusan dekat luar..." Tuan Duan pula bersuara.
"Eh... Tak payah uncle... Laynie boleh pergi sendiri... Betul tak payah..." Beria - ria Melaynie menolak bila Tuan Duan mempelawa untuk menghantar dirinya.
"Dah... Jangan nak menolak pulak... Kamu tu belum pulih sepenuhnya lagi... Biarlah uncle Duan yang hantarkan kamu.. Lagipun... Jalan sehala jugak..." Nek Esah pula mencelah.
Nek Esah kalau dah mencelah... Jangan harap dia dapat lepaskan diri!
"Tapi Nek..."
"Tak.. Ikut cakap nenek ya sayang... Dah... Cepat makan... Nanti lewat pulak.." Bila Nek Esah menggunakan kuasa veto nya, nak tak nak dia terpaksa juga mengikut.
"Baiklah..."
Mengulum senyum Nek Esah mendengar jawapan cucu perempuannya itu.
"OKAY... KITA DAH sampai..." Ujar Tuan Duan bila kereta yang dipandu berhenti di hadapan kolej tempat Melaynie belajar.
"Thanks uncle sebab tolong hantarkan Laynie..." Ujar Laynie sebaik sahaja kedua - dua mereka berada di luar kenderaan.
"Don't worry... Dah memang jalan kita sama... Alang - alang dah sama jalan... Tak salahkan kalau uncle hantarkan..." Balas Tuan Duan bersama senyuman yang tak lekang di bibir nya.
"Melaynie!!!"
Perbualan mereka terhenti bila satu suara memanggil memanggil Melaynie dari arah belakang.
Melaynie pantas berpaling ke belakang.
Kelihatan susuk tubuh tinggi milik Harith sedang melambai ceria ke arah dirinya.
Melaynie membalas lambaian lelaki itu.
"Siapa tu?" Soal Tuan Duan sambil memandang tajam ke arah Harith yang masih lagi melambai ke arah Melaynie.
"Oh... Itu kawan Laynie... Okay lah... Laynie pergi dulu..." Melaynie meminta diri pada lelaki awal usia pertengahan 50 - an ini. Tuan Duan hanya mengangguk sahaja.
Belum sempat Melaynie mahu melangkah jauh, Tuan Duan bersuara lagi.
"Hati - hati Laynie..." Pesan nya pada gadis itu.
Melaynie yang mendengar pesanan lelaki itu hanya tersenyum nipis sahaja walaupun hati nya terasa sedikit curiga dengan pesanan Tuan Duan.
Dia terus mengatur langkah menuju ke arah Harith yang masih setia menunggu dirinya dari tadi.
Tuan Duan menghela nafas panjang sebelum kembali ke kenderaan ya. Tapi tingkahnya terhenti bila dia menyedari ada susuk tubuh seseorang yang sedang memerhati kan dirinya dari arah seberang jalan.
Dia mula berpaling memandang ke arah lelaki itu.
Lelaki yang berseluar slack serta berkemeja biru itu hanya berdiri sambil memandang dirinya. Segarit senyuman terbit di bibir lelaki itu sebelum dia menghilang di sebalik kelompok para pelajar yang baru tiba.
Tuan Duan mula melilau mencari kelibat lelaki itu tetapi hampa bila kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Bebola matanya kembali terarah ke gerbang pintu kolej tempat Melaynie masuk bersama Harith tadi.
Terbias kelibat lelaki tadi dengan susuk tubuh Harith di ruang matanya.
Hatinya mula rasa tidak enak...
Kenapa dia merasa ada yang tidak kena dengan kedua -duanya lelaki itu?
Tuan Duan dah mula syak... Jangan dia menjadi mangsa seterusnya sudahlah...
Share this novel