BAB 2

Mystery & Detective Completed 11024

PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR tingkatan 6 pun bermula...

Suasana sekolah yang riuh rendah dengan suara para pelajar membuatkan Melaynie berasa tenang dan gembira.

Fuh! Terasa bebas dia berada di sini!.

Taklah asyik diganggu dengan oleh D aje!

Eh, bila fikirkan balik... Sejak dua hari ni... Kelibat D langsung tak kelihatan... Merajuk agaknya!

Arghhh! Tak payah nak fikir sangat tentang orang yang tak wujud tu!

Kau banyak fikir pasal dia nanti, tak pasal - pasal kau pulak yang jadi gila!

Baik kau fikirkan pasal sekolah kau ni!

Melaynie masih mengelamun lagi sebelum loceng di bunyikan menandakan waktu rehat sudah tamat!

SESI PERKENALAN DAN SUAI KENAL ANTARA pelajar pun bermula.....

Hari pertama adalah hari suai kenal antara pelajar dari pelbagai sekolah dan latar belakang...

Ya... Sesi suai kenal antara pelajar dengan pelajar adalah untuk mengenali dan juga untuk memupuk persahabatan di antara pelajar yang terdiri dari pelbagai sekolah...

Maklumlah... Setiap dari mereka adalah berlainan sekolah selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia...

Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang sesi suai kenal ini... Melaynie juga tidak terkecuali!

Dan hari ini... Melaynie berjaya menjalinkan persahabatan dengan salah seorang pelajar dari sekolah lain...

Harith namanya...

Di sini... Persahabatan antara Melaynie dan Harith mula terjalin...

"LEPAS HABIS sekolah, kau nak pergi mana Lay?" Soal Harith setelah sesi suai kenal antara pelajar tamat pada hari kelima persekolahan...

Akhirnya, pada hari kelima sesi suai kenal di tamatkan dan mereka semua kembali ke kelas yang telah di pilih oleh mereka sendiri berdasarkan pencapaian masing - masing.

Untung nya, Melaynie dan Harith ditempatkan di kelas yang sama...

"Balik rumah terus kot..." Balas Melaynie.

"Alah... Kau ni... Takkan lepas sekolah terus balik rumah... Tak Best lah macam ni..." Harith mula merungut bila mendengar balasan dari Melaynie.

"Kau ni Rith... Kau pun tau kan yang aku tak boleh keluar dari rumah lepas habis sekolah... Kalau abang aku tahu... Naya aku kena dengan dia..." Ujar Melaynie lagi...

Dia tidak mahu abang nya susah gara - gara dirinya lagi... Cukuplah apa yang Fadri dengan Nek Esah lakukan pada dirinya selama ini... Tak terbalas jasa kedua - dua insan yang amat di sayangi itu...

" Yelah... Yelah... Aku tau lah..." Akhirnya Harith mula menyerah kalah!

Sure punya dia akan kalah kalau berbahas dengan minah ni!

"Dah jom balik..." Ajak Melaynie sebelum beg sandang di capai sebelum di galas pada bahunya.

Harith hanya mengangguk sebelum kedua - dua nya berlalu keluar dari kelas.

"WEH! KAU DAH KENAPA? Kau dah gila ke hah?" Sayup - sayup kedengaran suara orang bertengkar ketika mereka melalui kawasan parkir motosikal di bahagian belakang sekolah.

Kawasan itu mula dikerumuni oleh para pelajar dari pelbagai kelas dan tingkatan.

Melaynie dan Harith mula berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua turut melangkah ke arah kawasan tersebut.

Makin mereka mendekat, makin jelas suara orang bergaduh.

"Ya... Memang aku dah gila... Aku gila sebab kau tau tak!"

Melaynie dan Harith mula sampai di tempat itu dan melihat ada sekumpulan pelajar yang tidak pasti dari tingkatan berapa sedang bertengkar sesama sendiri.

Bukan setakat bertengkar mulut dah ni!

Ni dah macam bergomol sesama sendiri bila tengok pada pakaian masing - masing sudah berkedut dan serabai!

"Apa yang aku dah buat dekat hah? Cuba bagitau..." Salah seorang dari mereka mula bersuara bertanya.

"Kau tak payah nak bolak balik lah... Kau dengan bapak kau sama aje! Korang buat aku dengan mak aku ni macam hamba abdi korang aje... Puas kan hati kau dengan bapak kau bila tengok aku dengan mak aku jadi macam ni!" Tengking pelajar lelaki yang mula - mula bersuara tadi.

" Apa yang kau merepek ni? Bila masa aku dengan papa aku buat kau dengan mak kau macam tu? " Pelajar lelaki yang dimaki tadi menangkis tuduhan yang dilemparkan oleh seterunya.

Suasana di situ mula kedengaran riuh dengan suara - suara bisikan dari pelajar yang mengerumuni kawasan itu. Ada juga di antara mereka mula merakam menggunakan telefon pintar masing - masing.

Melaynie yang melihat sekitar mula tidak sedap hati. Lebih - lebih lagi melihat wajah salah seorang dari pelajar itu yang sudah menbengis sejak dari tadi.

"Rith... Kau kena panggil cikgu sekarang... Aku tengok macam keadaan dah tak terkawal aje..." Pinta Melaynie pada sahabatnya.

"Habis kau? Takkan aku nak tinggalkan kau dekat sini?" Harith mula tidak senang hati melihat Melaynie masih lagi terpacak di situ.

"Aku okay aje... Kau pergilah panggil cikgu cepat... Nak harap kan diorang dekat sini... Kau tengoklah sendiri..." Ujar Melaynie dengan mengisyaratkan Harith untuk melihat sekitar mereka. Hanya sibuk dengan gajet ditangan tanpa mahu mencelah menolong.

Hairth mengeluh keras sebelum dengan berat hati, dia melangkah juga menuju ke arah bilik guru.

Belum sempat dia melangkah lebih jauh, kedengaran jeritan nyaring dari para pelajar sebelum telinganya menangkap salah satu dari mereka menyebut nama Melaynie.

"Melaynie!!"

Dia berpaling semula sebelum berlari laju menuju ke kawasan pergaduhan itu semula.

Mata nya membesar melihat tubuh kecil molek Melaynie sudah tersungkur di atas tanah dengan lengan yang sudah berdarah.

Dia kembali menatap wajah salah seorang pelajar yang sudah dileraikan oleh beberapa pelajar senior sekolah dengan bantuan pengawal keselamatan. Pisau lipat yang berada di tangan pelajar itu berjaya di rampas oleh pengawal keselamatan.

"Laynie... Laynie..." Tubuh Melaynie yang tersungkur pantas di sauk ke dalam dakapan.

Wajah yang mula memucat itu membuatkan Harith cemas.

"Korang buat apa tengok lagi... Pergi lah panggil cikgu!!" Tengking Harith. Panas hatinya bila melihat sebilangan pelajar masih lagi tercongok tanpa membuat apa - apa.

Bergegas dua tiga yang masih ada rasa empati berlari anak dari situ untuk memaklumkan kepada guru bertugas.

Pandangan Melaynie semakin berbalam.

Memori tentang masa lalu mula menjengah ruang minda nya!

Tetapi hanya sepintas lalu!

Telinga nya masih lagi mendengar Harith dan juga D sayup - sayup memanggil dirinya.

Ya... D tiba - tiba munculkan diri bila dirasakan Melaynie berada dalam keadaan kesusahan.

Pandangannya semakin mengecil.

Babah... Mama...

Itu sahaja yang mampu di ucapkan sebelum dia terkulai tidak sedarkan diri....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience