"ARGHH!!!"
Kawasan hening dan sunyi sekitar kolej ini di cemari dengan jeritan seorang perempuan.
Derap langkah nya berlari laju mula kedengaran!
Dalam samar - samar kegelapan malam, kelihatan susuk tubuh seorang gadis terhuyung hayang melarikan diri...
Sekejap sekejap matanya di tala ke belakang walaupun dalam keadaan berlari. Sehinggalah dia terjelepok jatuh gara - gara tersadung batu!
Muka dan tubuh nya terus tersembam di atas tanah!
Terketar - ketar dia membangunkan tubuhnya semula.
Tubuhnya yang sedia sakit mula menggigil bila telinganya menangkap Derap langkah deras seseorang menuju ke arah nya.
Sedaya upaya tubuh lemahnya di bangun kan...
Belum sempat dia Mahu melarikan diri, rambutnya yang serabai di cekau kasar oleh seseorang dari arah belakang.
Menjerit nyaring gadis itu bila rambut nya dapat dicekau!
"Jangan!!! Tolonglah!!! Jangan apa - apakan aku!! Tolong lah!!" Rayu gadis itu bersama tangisan yang membingit!
Sedaya upaya dia Cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman orang ini... Tetapi apakan daya... Kudratnya... Langsung tidak setanding dengan kudrat orang ini!
Tubuhnya mula diheret menuju ke arah kawasan yang gelap dan jauh ke belakang kawasan kolej
Jerit pekik dan rontaan si gadis langsung tak dihiraukan!
Semakin menjauh orang ini membawa tubuh si gadis sehinggalah suara jeritan si gadis mula tidak kedengaran!
PAGI ITU, suasana kolej yang akan dan tenteram menjadi riuh rendah dengan jeritan tukang kebun bila lelaki itu menemui mayat seorang gadis tergantung di satu pokok di kawasan belakang kolej.
Rata - rata yang berada di kolej itu mulai panik dengan penemuan mayat itu.
Sejenak kawasan kolej itu mula menjadi tumpuan.
KAWASAN BELAKANG kolej itu mula diletakkan dengan pita kuning yang menandakan kawasan itu adalah kawasan larangan. Tiada sesiapa pun dibenarkan masuk kecuali polis yang bertugas di tempat kejadian.
Kelihatan Fadri bersama dua sahabatnya, Bob dan Wadi sedang memeriksa keadaan sekitar.
Manakala, Darrel pula di lihat sedang berbual dengan pegawai yang mula - mula berada di situ sebelum mereka berempat sampai tadi.
Oh ya! Darrel sudah mula kembali bertugas sejak seminggu yang lalu...
Doktor sudah sahkan yang dia sudah boleh menjalani kehidupan nya sebagai anggota polis!
Tapi... Satu aje yang Darrel tak boleh lakukan lagi...
Kerja lapangan!
Doktor sarankan, di awal pemulaan penugasannya, dia hanya boleh me lakukan tugas di pejabat dan juga kerja lapangan yang sedikit ringan!
Kalau kerja lapangan yang agak berat, doktor masih tidak sarankan lagi!
Jadi nak tak nak, dia harus ikuti juga saranan doktor itu!
Dah skip pasal si Darrel ni!
Sekarang, kita fokus pada kes yang berlaku ini!
Mereka masih lagi mencari apa yang lain di sekitar kawasan itu... Tetapi hampa... Bila tiada satu pun yang boleh dijadikan pentunjuk dan bukti!
"Korang dah dapat ke detail pasal budak ni?" Tanya Fadri pada Bob dan Wadi.
"Yup! Kitorang dah dapat!" Jawab Wadi.
Fadri menggangguk mengerti sebelum dia memberi isyarat kepada Darrel untuk kembali ke balai.
Selebihnya, pasukan forensik akan mengambil alih sebelum laporan akan diserahkan kepada mereka nanti.
SETIBA DI BALAI, keadaan balai kelihatan sibuk sekali.
Di satu sudut kelihatan ahli mangsa sedang terpuruk dengan tangisan tanpa henti.
Maka bermulalah tugasan mereka dalam mencari bukti dalam kes ini.
MENJELANG MALAM, mereka bertiga kecuali Bob masih lagi berkampung di balai.
Bob pula di arahkan untuk mengiringi keluarga mangsa untuk proses pengecaman mayat di hospital.
Fadri mula meregangkan tubuh nya ke kiri dan ke kanan gara - gara duduk menghadap kes ini berjam - jam.
Di kerling jam di tangan... Hampir pukul 11 malam!
Dikerling ke arah Wadi yang sudah terlena di atas kerusi. Hanya tinggal Darrel saja yang masih meneliti kes ini!
Mungkin penat sangat kot! Tu yang Wadi terlelap tu! Rumus Fadri.
Dia bangun dari tempat duduknya dan me langkah menuju ke pantri.
Dua muk di capai.
Cerek eletrik di petik!
Sementara menunggu air masak, dua bungkus kopi 3 in 1 di ambil dari kabinet.
Tak sampai dua minit, dua air kopi 3 in 1 sudah siap di bancuh!
"NAH!" Muk berisi kopi 3 in 1 di sua kepada Darrel yang kelihatan khusyuk menghadap fail.
"Thanks..." Balas Darrel sebelum menyambut Muk itu dari tangan sahabatnya. Air dalam muk di teguk sedikit sebelum di letakkan di atas meja.
"Kau ada jumpa apa - apa ke dalam kes ni?" Soal Fadri sambil menyandar santai di meja kerja Darrel.
Darrel menggeleng perlahan.
Mengeluh perlahan Fadri melihat gelengan sahabatnya itu.
"Takpelah kalau macam tu... Jom... Kita balik... Dah nak dekat pukul 1 pagi dah ni..." Putus Fadri sambil mengerling jam di tangan.
Fuh! Sedar tak sedar... Dah hampir berjam - jam mereka meneliti kes ini!
"Sebelum tu... Kejut kan mamat tu... Karang... Mengamuk pulak dia tu nanti!" Ujar Fadri sambil memuncungkan mulutnya pada Wadi yang masih lagi terlena di atas kerusi. Siap dengan mulut ternganga lagi tu! Nasib tak keluar air liur basi aje lagi!
Darrel menggeleng perlahan sebelum mengemas fail dan kertas yang berselerakan di atas meja.
Nampaknya... Mereka kena stop dulu meneliti kes ini...
Untuk malam ini sahaja...
Hari esok...
Start balik semula...
Takde masa nak bersenang lenang...
Share this novel