BAB 10

Mystery & Detective Completed 11024

MATA D MELILAU melihat persekitaran balai polis tempat Fadri, abang Melaynie bertugas.

Dek kerana perang dinginnya dengan Melaynie masih lagi berlangsung, tiba - tiba terdetik hatinya untuk mengekori gerak langkah Fadri ini.

Entah kenapa, dia seperti sangat akrab dengan lelaki ini!

Suasana di dalam balai itu mula kedengaran riuh rendah.

"Fad... Kau tak nak keluar makan tengahari ke?" Soal salah seorang rakan sekerja Fadri pada lelaki itu.

"Tak kot... Aku tak lapar lagi..." Balas Fadri semula.

"Okay lah kalau macam tu... Aku dengan Bob keluar dulu... Kalau nak apa - apa nanti... Just call aku atau Bob..." Pesan Wadi pada Fadri. Wadi dan Bob adalah rakan sepasukan Fadri dalam balai ini.

Oo... Wadi rupanya nama dia!

Fadri hanya membuat tanda okay dengan pesanan Wadi itu.

Hilang sahaja kelibat kedua - dua rakan sekerjanya itu, wajahnya yang kelihatan sedikit ceria tadi berubah muram.

Laci meja yang paling bawah di tarik sebelum tangannya mencapai sebuah sampul surat yang agak tebal isinya.

Sampul surat berwarna coklat itu di letakkan di atas meja.

Dahi D mula berkerut.

Sampul surat?

Mata Fadri masih tunak merenung sampul surat itu sebelum dia menunduk kepala dengan kedua - dua belah tangan menopang dahinya.

Keluhan kasar di lepaskan.

Sampul surat itu di letakkan semula di tempat asal.

Hampa harapan D bila melihat Fadri menyimpan kembali sampul surat itu.

Baru dia berura - ura nak menganalisis bersama Fadri tadi...

Tapi...

Hampeh! Bila lelaki itu menyimpan kembali sampul surat itu tanpa berminat mahu membukanya.

Mata D masih lagi terpaku pada sampul surat yang baru letakkan oleh Fadri di dalam laci meja yang mula - mula dia buka tadi.

Anak matanya tidak sengaja tertancap pada sekeping foto Fadri tersenyum ceria disebelah seorang lelaki yang turut tersenyum ceria. Gambar lelaki yang berdiri di sisi Fadri di teliti lagi.

Belum sempat dia mahu meneliti lebih dalam, tangan Fadri sudah pun menutup laci itu.

Berdecit kegemaran dia bila keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang figura dalam gambar itu di cantas laju oleh Fadri.

Dia menjeling tajam ke arah Fadri yang sedang menjawab panggilan itu.

Ceh! Hampeh betul si Fadri ni! Orang baru nak skodeng tengok gambar siapa dalam laci tu, dia dah caras! Rungut D.

"Hah? Apa?"

Hampir terlompat D dek rasa terkejut gara - gara dari suara Fadri yang tiba - tiba berubah nada.

"Okay... Saya datang sekarang!" Ujar Fadri sebelum talian di matikan. Kunci kereta serta jaket yang tersangkut di kerusi di capai pantas sebelum dia berlari laju meninggalkan balai tersebut.

Dah kenapa mamat ni tiba - tiba kelam kabut aje? Sungut D hairan bila melihat tingkah Fadri yang kelam kabut tadi. Riak cemas jelas kelihatan di wajah lelaki itu tadi.

Alah... Tak payah nak di sibuk hal orang lah... Yang penting sekarang... Kau cari petunjuk atau klu dekat sekitar balai ni! Mana tahu kot - kot ada petunjuk pasal diri kau pulak! Nanti tak payah lah nak minta tolong si Laynie dah!

Bila fikir pasal Melaynie, gadis itu betul - betul sudah mengabaikan dirinya. Tengoklah sekarang ni...

Dah nak masuk hari keempat, gadis itu langsung tidak mencari dirinya!
Apatah lagi nak memujuk! Memang taklah minah mulut longkang tu nak buat macam tu dekat dia!

Alahai! Sentimental lah pulak hantu rayau ni!

Kalau lah kau tahu yang Melaynie sekarang ni tengah cari kau, agak - agak kau tarik balik tak ayat yang kau luahkan tadi?

Arghh!

Tak payah fikir lah pasal budak perempuan tu! Yang penting sekarang, kau cari identiti kau tanpa mengharapkan bantuan orang lain!

Dalam usaha pencariannya itu, dadanya tiba - tiba terasa senak dan amat sakit sperti di cengkam.

Tangan mula di letakkan di atas dada.

Seketika cuping telinganya menangkap bunyi riuh rendah suara seperti sedang melakukan sesuatu.

Kedengaran pula suara seorang wanita kedengaran memanggil nama seseorang dengan esak tangis tanpa henti.

"Arrel... Tolong bertahan sayang... Jangan takutkan mama dan papa..."

Arrel?

Banyak kali dah nama itu diseru dan seperti melekat kuat di mindanya.

Rasa sakit di dada semakin kuat mencengkam sehingga dia terduduk di atas lantai menahan kesakitan.

Pandangan nya mulai kabur.

Kedua - dua belah tangan di perhati.

Sepertinya wujud rohnya seakan mulai menghilang.

Apa dah jadi ni? Apa yang dah berlaku?

Kenapa jadi macam ni?

Riak D mulai bingung dan cemas!

DI SAAT D sedang bingung dan cemas dengan wujud rohnya yang mulai menghilang, sepasukan doktor pakar pula sedang berusaha untuk menyelamatkan jasadnya di hospital.

Fadri yang baru sampai terus meluru ke arah ibu bapa Darrel yang sedang menunggu di luar bilik yang menempatkan Darrel.

"Apa dah jadi dengan Arrel uncle?" Tanya Fadri sebaik sahaja sampai di hadapan Tuan Duan dan Puan Erny.

"Arrel... Arrel tiba - tiba mengalami kejutan... Jantung nya tiba - tiba berhenti berdegup..." Ujar Tuan Duan dengan nada suara yang bergetar menahan sedih.

Puan Erny sudah pun berlinangan dengan air mata.

Tangan suaminya yang tidak lekang dari memaut bahunya dari tadi langsung tidak dapat memujuk hati nya yang masih galau saat ini.

Matanya masih lagi terpaku pada pintu bilik yang menempatkan anaknya.

Terkedu Fadri saat mendengar ayat bapa pada sahabat baiknya ini.

Muka dan kepalanya mula di raup perlahan.

Dia sudah mula tidak keruan!

Tak lama selepas itu, keluar sepasukan doktor dan jururawat dari bilik Arrel.

"Doktor... Doktor... Macam mana dengan anak saya?" Tanpa tertangguh, Puan Erny terus bertanya.

"Erny... Calm down sayang..." Pujuk Tuan Duan lembut.

"NO! Erny tak bersabar kalau melibatkan Arrel, An!" Cantas Puan Erny laju.

"Anak Puan dan Tuan masih berada dalam keadaan koma lagi... Tapi degupan jantungnya sudah kembali pada keadaan normal..." Berubah sedikit wajah tegang Fadri dan Tuan Duan sejak dari tadi.

"Tapi... Dengan keadaan nya yang sekarang... Kami takut kalau kejutan itu kembali berulang... Interaksi antara tubuhnya menjadi kaku serta merta... Dan boleh mengancam nyawanya..." Ujar salah seorang dari mereka yang diyakini ketua dalam pasukan tersebut.

Walaupun amat payah lidahnya mahu memberitahu, dia terpaksa juga untuk memberitahu kebenarannya agar keluarga pesakit tahu apa yang terjadi pesakit tersebut.

" Kalau tiada apa lagi... Kami minta diri dulu..." Pinta mereka sebelum kesemuanya berlalu pergi dari situ.

Tuan Duan mula melangkah masuk kedalam dengan memaut tubuh Puan Erny yang kelihatan langsung tidak bermaya. Manakala Fadri pula mengikuti dari belakang.

Tidak berkelip mata Puan Erny mantap wajah anak nya di pakai topeng oksigen itu.

Setitik demi setitik air mata mulai keluar sebelum esak tangisnya mula kedengaran.

Tuan Duan juga tidak terkecuali!

Selama ini dia cuba untuk tidak menitis kan air mata. Tapi... Hari ini... Dia tewas juga!

Kata - kata doktor tadi masih terngiang - ngiang di telinganya.

"Arrel, An! Arrel!" Esak Puan Erny dalam dakapan suaminya.

"Husshh... Jangan nangis Erny... Percayalah... Arrel akan sedar nanti..." Pujuk Tuan Duan meski pun hati nya semakin rapuh saat ini.

Fadri yang tidak tahan melihat keadaan ibu bapa Darrel itu terus berlalu keluar dari bilik tersebut.

Di luar, tanpa bunyi... Air mata mula membasahi wajahnya.

Hatinya terlalu sakit bila melihat penderitaan yang di alami oleh sahabat nya itu.

Kalau lah...

Kalau lah boleh di putarkan masa, dia tidak mahu perkara itu terjadi pada sahabat dan ibu bapa nya! Termasuk juga Melaynie!

Tapi...

Semua itu sudah terjadi...

Dan sekarang dia berharap... Darrel kembali pulih seperti sedia kala...

Itu doanya... Doa tulus seorang sahabat!

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-10-23 15:05:59 

sambung lagi jika free ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience