"LAMBAT KAU BALIK..." Sapa satu suara dari arah belakang membuatkan langkah Harith yang ketika itu mahu menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas terhenti.
"Ada kelas tadi..." Jawab Harith acuh tak acuh. Kakinya masih lagi terpaku di hadapan anak tangga. Tubuh nya langsung tak berpaling menghadap orang yang menyapanya itu.
"Ooo... Ada kelas ke atau saja kau merayau sebab sengaja nak balik rumah lambat?" Provok lelaki yang menyapa Harith tadi. Dia sudah pun berada di belakang Harith.
Harith yang mendengar ayat provok lelaki itu hanya mendengus sahaja. Bosan dia bila hanya ayat provok sahaja yang sentiasa keluar dari mulut lelaki ini.
Dia membetulkan beg silang yang Di pakai sebelum mahu melangkah ke tingkat atas. Malas dia mahu berlama - lama di sini... Menyakitkan hati lagi adalah!
Belum sempat Kakinya mahu menjejak anak tangga, satu seruan dan nyanyian dari muzik yang di pasang oleh lelaki itu melalui telefon pintarnya membuatkan tubuh Harith tiba - tiba mengeras! Wajah Harith sudah mula pucat tidak berdarah!
Muzik seruan, nyanyian dan di selang seli dengan suara jeritan seorang wanita membuatkan dia terjelepok di tepi dinding.
Lehernya seperti di cekik saat ini!
Peluh dingin mula terbit di sekitar wajahnya!
Melihat wajah cemas Harith, lelaki yang menyapa Harith tadi hanya tertawa sinis sahaja. Seronok dia bila melihat wajah tidak keruan Harith yang Di lihat tidak tentu arah itu!
Dia mula mencangkung Di hadapan Harith yang kelihatan tercungap - cungap mencari nafas!
"Kesiannya aku tengok kau ni, Rith! Tapi takpe... Kali ni aje aku buat dekat kau... Lain kali aku tak buat dah!" Ujar si dia dengan suara yang sengaja mengundang amarah Harith!
"Lain kali... Behave sikit ya kalau kau tak nak aku buat kau macam ni lagi... Lebih dari ni pun aku boleh buat dekat kau!" Ugut lelaki itu secara halus kepada Harith. Kepala Harith di usap perlahan sebelum dia melangkah menaiki anak tangga ditemani siulan dan juga muzik yang dipasang dari telefon pintarnya.
Harith hanya mampu memandang sahaja perlakuan lelaki itu tanpa melakukan apa - apa!
Setitis demi setitis air mata mula jatuh menuruni wajah tampannya! Dadanya yang menyenak sakit di pukul bertalu - talu!
Dia menangis semahu - mahunya bila menyedari kelemahan dirinya!
Ya Tuhan... Tolong lah hamba mu ini!
Aduh.. Siannya Harith...
Share this novel