BAB 26

Mystery & Detective Completed 11024

SEDAR TAK sedar, 3 bulan pun sudah berlalu...

Kesihatan mental Melaynie juga semakin pulih sedikit demi sedikit. Dalam masa tiga bulan bulan ini, gadis itu banyak melakukan aktiviti yang menjadi rutin harian suatu ketika dulu...

Tersenyum kelegaan Fadri melihat perubahan positif yang ditunjukkan oleh adiknya itu. Walaupun pada awalnya, kerisauan masih menebal di dalam hati. Tetapi, berkat dorongan dan sokongan dari Nek Esah serta kedua ibu bapa Darrel, akhirnya Fadri membuang jauh rasa kerisauan itu. Dan fokus pada penyembuhan mental adiknya.

Untung Melaynie punya keluarga tidak jemu dan sentiasa memberi kata - kata semangat pada dirinya...

Dan sekarang, mereka dua beradik dalam perjalanan menuju ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin Melaynie.

SYUKUR PADA Tuhan, akhirnya Melaynie disahkan semakin pulih oleh Doktor psikologi yang merawat gadis itu sepanjang tempoh tiga bulan ini...

Menurut doktor itu juga, Melaynie adalah satu - satunya pesakit nya yang sembuh dengan cepat berbanding pesakitnya yang sebelum ini yang memakan masa bertahun - tahun...

Mungkin, keyakinan yang dipupuk oleh Melaynie di dalam diri membuatkan gadis itu berusaha untuk sembuh... Lagi pula, tindakan pantas yang di ambil oleh Fadri atas nasihat Nek Esah juga mungkin mempercepatkan proses penyembuhan Melaynie itu...

Tak kisah lah semua itu...

Yang penting sekarang...

Melaynie dah semakin pulih...

"ABANG Fad pergilah ke kereta dulu... Laynie nak ke tandas kejap..." Pinta Melaynie pada abangnya. Ketika itu, mereka dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta setelah selesai berurusan dengan doktor tadi

"Okay..." Balas Fadri bersama anggukan kecil.

Melaynie pantas berjalan laju mencari tandas setelah mendapat kebenaran abangnya. Dari tadi dia sudah tidak dapat menahan dari terkucil.

Maklumlah... Kebetulan sekarang ni musim hujan... Di tambah pula... Bilik doktor yang merawatnya tadi aircond bukan main sejuk... Tu yang jadi senang nak terkucil...

Apa - apa pun...

Lepaskan hajat dulu...

Nanti baru kita sambung semula...

SELESAI MELEPASKAN HAJAT, Melaynie keluar dari tandas dan terus menuju ke tempat letak kereta...

Kening nya berkerut hairan bila kelibat abangnya tidak langsung tidak kelihatan di situ...

Dia melilau mencari kelibat abangnya di sekitar kawasan tempat letak kereta tersebut... Namun hampa... Kelibat Fadri langsung tidak kelihatan...

Telefon pintar yang berada di dalam beg sandang di seluk pantas.

Password di buka...

Nombor telefon abangnya di cari...

Belum sempat nombor Fadri di dail, cahaya skrin telefon pintar tiba - tiba terpadam.

Berdecit kegeraman dia bila mengetahui telefon pintarnya sudah kehabisan bateri!

Laynie... Laynie... Tulah... Siapa suruh tak cas phone malam tadi... Kan dah takde bateri sekarang! Padan muka!

Hmmm... Kena cari abang Fad baliklah dekat dalam sana...

Haih... Malas betul dia nak masuk balik ke dalam sana semula... Tapi sebab nak cari abang Fad punya pasal... Terpaksalah dia masuk semula ke dalam...

Haih... Abang Fad ni pun satu hal!

Entah kemana dia pergi merayap! Dengus Melaynie sebelum kakinya melangkah perlahan menuju ke bangunan hospital semula...

MENGELUH kelegaan Melaynie bila matanya menangkap susuk tubuh abangnya yang sedang berbual dengan seseorang yang berada di atas kerusi roda...

Fuh! Lega bila dah nampak kelibat si Fadri itu! Kalau tak dapat cari tadi, memang dia nak buat pengumuman tadi... Hahaha... Gurau aje!

Kakinya pantas di atur menuju ke arah abangnya...

Bahu lelaki yang membelakanginya itu di ketuk laju...

"Dekat sini rupanya... Puas Laynie cari tadi..." Bebel Melaynie pada abangnya.

Pantas Fadri memalingkan tubuh ke belakang bila suara bebelan Melaynie menerjah gegendang telinganya.

"Laa... Kenapa cari abang Fad sampai sini... Kan abang Fad suruh tunggu dekat kereta aje..."

"Dah abang Fad tak bagi kunci... Macam mana Laynie nak masuk dalam kereta..." Jawab Melaynie laju.

Tersengih Fadri bila mendengar jawapan adiknya itu. Poket di seluk untuk mengambil kunci kereta sebelum di serahkan pada adiknya.

"Nah... Pergi start enjin kereta dulu... Jangan nak merayau pulak!"

Menjuling mata Melaynie bila di suruh selamba oleh abangnya itu...

Kunci yang berada di tapak tangan abangnya di capai kasar...

Belum sempat dia mahu memusing kan tubuhnya di belakang, deheman seseorang yang berada di atas kerusi roda mematikan tingkahnya.

"Okay lah... Kau pun dah nak balik ke rumah kan... Hantar adik kau... Aku gerak dululah..." Orang itu bersuara bersama suara nya yang garau.

"Eh, kau ni! Takkan nak pergi macam ni... Tunggu untie dengan uncle dulu lah..." Pantas Fadri menghalang bila di lihat Darrel sudah mula mahu menolak kerusi roda dengan tangannya sendiri.

Mencerlung tajam Fadri melihat kedegilan sahabatnya itu...

Bukan saja - saja dia menghalang tindakan sahabatnya itu... Darrel ni baru sahaja tersedar dari koma nya yang panjang... Sedikit sebanyak apa yang lelaki itu mahu lakukan sendirian akan memberi sedikit impak pada kesihatannya...

Lagipun... Tangan Darrel masih belum cukup lagi untuk menolak kerusi rodanya sendirian... Tu yang dia beria menghalang tadi!

"Laynie pergi start enjin kereta dulu... Nanti abang semula..." Dalam keadaan macam ni, terlupa pulak dia nak perkenalkan adiknya pada Darrel.

Hmm... Kalau tak kenalkan pun, rasanya Darrel dah pun kenal adiknya ini... Tapi tulah... Takut ingatan Darrel masih lagi samar - samar mengenai Melaynie ini...

Dia berpaling menghadap adiknya bila arahan nya tadi tidak mendapat respon dari Melaynie.

Melaynie dilihat sedang merenung tajam ke arah Darrel yang ketika itu turut memandang wajah Melaynie...

"Laynie... Laynie okay tak ni?" Tanya Fadri bila melihat pandangan kaku adiknya yang langsung tak terlepas dari wajah Darrel.

Hatinya mula terasa tidak enak.

Belum sempat dia mahu menyeru nama adiknya sekali lagi, nama seseorang meluncur laju keluar dari mulut adiknya.

"D!!!"

Seru Melaynie sebelum meluru ke arah Darrel. Dan tidak semena -mena tubuh lelaki itu didakap erat.

Membuntang biji mata Fadri dan Darrel melihat tingkah berani mati Melaynie itu. Wajah Fadri serta merta berubah kelat!

Lebih - lebih lagi si Darrel!

Dia langsung terdiam kaku bila tubuh nya secara tiba - tiba di dakap erat oleh adik sahabatnya ini.

"Akhirnya... Saya dah jumpa awak, D!" Seru Melaynie perlahan.

D? Detik hati Darrel. Tubuh Melaynie masih melekat pada tubuhnya lagi.

Siapa pulak D ni?

Hahaha... Selamba aje si Laynie peluk Arrel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience