PEMBUNUH PSIKOPATH??
DIA hanya duduk berkurung di rumah agam nya sahaja...
Bila ada keperluan sahaja yang dia akan keluar dari ruangan nya ini... Selebihnya... Dia akan terus menatap gambar - gambar yang di tampal pada dinding ruangannya ini... Dia tersengih sinis sebelum rokok yang terkepit di celah jarinya di bawa ke bibir sebelum di sedut sedalam yang mungkin. Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap keluar dari celah mulut dan hidungnya.
Sedang enak menghisap rokok, kedengaran pintu utama rumah di buka oleh seseorang menerjah gegendang telinganya.
Sengih psikonya mula kelihatan.
Seseorang yang dia tengah tunggu telah pun pulang dari luar!
Telefon pintar yang berada di atas meja di ambil.
Langkah mula di atur ke arah pintu ruangan nya ini...
Siulan nya mula kedengaran...
HARITH YANG baru sahaja mahu menjejak kaki ke ruang dapur terhenti bila siulan seseorang yang sedang menuruni anak tangga dari tingkat atas.
"Baru balik ke?"
Seperti biasa, ayat 'baru balik' akan sentiasa meniti di bibir lelaki ini...
Harith hanya mendiamkan diri sahaja di tempat nya... Apatah lagi berpaling menghadap lelaki psiko ini!
Lelaki psiko itu mengeluh keras bila soalan nya tadi langsung tak di jawab oleh Harith.
Seketika kemudian, telefon pintarnya dibuka lalu lagu yang menjadi kegemarannya mula berkumandang!
Harith mula merasakan Tubuhnya sudah tidak keruan!
Dia cuba untuk bertahan agar tidak 'termakan' dengan lagu yang dimainkan oleh lelaki psiko ini! Tetapi bila lagu itu di selang seli dengan jeritan seorang perempuan, dia mula mengalah!
"ARGHH!!!" Harith jatuh menggelupur di atas lantai! Tubuhnya mula keras kejung!
"Tolonglah!! Lepaskan aku dalam seksaan ini! Kalau kau rasa aku jadi beban kau... Kau bunuh aje aku!" Rayu Harith bersama linangan air matanya.
Sungguh! Hatinya sudah tidak tahan dengan semua ini! Tidak tahan lagi menjadi 'barang mainan' dan 'budak suruhan' si psikopath ini!
Lelaki itu hanya tersengih sahaja! Langsung tidak terkesan dengan rayuan Harith itu tadi!
Dia mula mengelilingi tubuh Harith yang separuh tertiarap sebelum berhenti di hadapan lelaki itu.
"Aku takkan bunuh kau selagi aku belum puas dengan apa yang berlaku sekarang... Dua orang aje yang jadi mangsa... Takkan itu pun kau dah mengalah! Come on, Rith! Tak gentle lah kalau dah buat dua orang macam tu tapi K. O awal - awal..." Ejek si psikopath itu lagi.
Eh... Kejap - kejap!
Dua orang dah jadi mangsa?
Apa maksud si psikopath ni!
Jangan - jangan...
"Diorang jadi macam tu pun sebab kau lah... Kalau tak disebabkan kau... Nyawa diorang masih ada lagi sampai sekarang..."
Bukk!!
Satu tumbukan tepat mengenai wajah tampan milik Harith!
"Aku buat macam tu untuk kau jugak, Harith! Kau kena ingat... Apa yang berlaku pada keluarga kau... Ada semuanya dalam poket aku! Dan satu lagi... Kalau kau tak nak orang yang kau sayang tu hilang nyawa... Better... Kau kena ikut segala arahan aku... Understand, my little brother? " Bisik si psikopath itu sambil menggosok rambut Harith dengan kasar!
Dia kemudian meninggalkan Harith yang masih membungkam di tempatnya! Langkah nya mula di atur menuju ke tingkat atas semula!
Siulan nya masih sayup - sayup kedengaran walaupun sudah berada di tingkat atas...
Harith menelentang kan tubuh nya menghadap lelangit rumah agam itu.
Terhinggut - hinggut bahunya menahan tangis.
"Arghhhh!!!"
Dia menjerit nyaring!
Rambutnya di cengkam kasar!
Kenapa??? Kenapa???
Kenapa dia tak mampu nak lawan si psikopath itu??
Kenapa dia perlu korban kan semuanya demi orang yang dia sayangi??? Kenapa???
"Melaynie...." Bisik nya perlahan sebelum tangisan nya kembali membingit memenuhi antara ruang makan dan ruang dapur itu!
Adakah akhir nanti harith akan terselamat dari cengkaman si psikopath ni... Mesti ada yang dah tahu kan hubungan Harith dengan si psikopath ini... Kalau tak tahu... Sila selak bab sebelumnya ??
Share this novel