WAJAH HARITH yang masih lagi terlena di atas katil di hampiri.
Dia meneliti wajah Harith yang kelihatan mengalami kesan lebam dan sedikit terluka itu.
Malah bibir lelaki itu turut pecah teruk!
Tapi apa yang sebenar nya telah terjadi pada Harith ini?
Apa benda yang lelaki ini telah lakukan sehingga alami lebam teruk sebegini?
Tubuh yang terlena itu diperhati lagi sebelum beralih pada bingkai gambar yang terletak di sebelah anak muda itu.
Bingkai gambar itu di capai dan dibawa dekat ke wajahnya.
Tersungging lagi senyuman sinis di bibirnya melihat wajah - wajah ceria di dalam bingkai itu.
"Kau nak buat apa dengan bingkai gambar tu? Bagi balik dekat aku!" Satu suara menyergah dirinya dari belakang.
Dia berpaling semula ke belakang dan wajah bengis Harith yang senang menahan kesakitan menghiasi pandangan nya kini.
"Oh, bingkai ni..." Bingkai di tangan di belek sebelum dengan selambanya di campak ke atas lantai
Prangg!!
Bingkai itu pecah berderai di atas lantai.
Terkatup mata Harith melihat bingkai yang sudah pecah berderai itu.
"Kenapa kau pecahkan bingkai gambar tu? Kenapa?" Jerit Harith.
Pedih hatinya bila bingkai yang mengandungi gambar ibunya serta dirinya di campak sesuka hati oleh lelaki ini!
"Yang kau terjerit - jerit dekat aku ni dah kenapa... Gambar aje pun... Bukannya apa... Lagipun..." Dengan berlagaknya, kakinya di injak pada gambar wanita yang sedang tersenyum manis itu.
"Orang tua ni dah mati... So, kau tak payahlah nak beratap beria sangat... Kau beratap beria pun... Takkan ada yang boleh hidupkan dia balik!"
Zapp!
Seperti sebilah pisau yang menghiris rakus hatinya saat ini bila lelaki ini dengan selambanya berkata tanpa mempedulikan perasaannya saat ini.
" Yang kau injak tu gambar mama aku... Jangan kau berani nak injak gambar dia lah! " Teriak Harith.
Bersusah payah dia cuba untuk bangun dari katil sebelum kakinya melangkah laju ke arah lelaki yang sewenang - wenangnya menginjak gambar mamanya tadi.
Tubuh lelaki itu di tolak kasar ke tepi sebelum dia terjelepok di di sisi bingkai gambar itu. Kaca yang berselerakan di atas gambar bingkai itu di sapu sebelum gambar itu di ambil.
Tersengih sinis lelaki itu bila Harith dengan berani nya menolak tubuhnya ke tepi.
Rambut Harith yang sedang mengutip gambar itu di cengkam kasar dan sebelum satu tamparan mengenai wajah lelaki muda itu.
Tersungkur Harith ke belakang bila mendapat tamparan padu dari lelaki ini.
"Ini makannya bila kau cuba tolak aku tadi! Ni..."
Tubuh Harith yang tersungkur ke belakang di sepak berkali - kali sehingga membuatkan anak muda itu merengkot kesakitan.
"Bila kau jerit dekat aku tadi!" Sambungnya lagi.
Bila melihat tubuh Harith sudah tidak bermaya, barulah dia menghentikan tindakan.
"Fuh!" Dia mengeluh kelegaan sebelum rambutnya yang sedikit panjang itu di raup ke belakang.
Dia kembali ke arah Harith yang sedang merengkot kesakitan.
"Kau kena ingat... Aku bela kau bukan sebab mak tak guna kau tu! Aku bawak kau tinggal dengan aku sebab bapak aku yang tak guna tu! Kalau khabar angin liar tentang kau dengan mak kau tu pecah... Kau rasa... Apa yang akan jadi dekat reputasi bapak aku?" Kepala Harith di tujal kuat.
"Confirm reputasi bapak aku akan terjejas... Sebab kau dengan aku..." Jari telunjuk nya lurus ke arah Harith sebelum di tunjuk ke arah dirinya sendiri.
"Lahir dari bapak yang sama! Kau faham tak?"
Ooo... Makna kata, lelaki ini dengan Harith bukan orang lain rupanya!
"Sekarang... Kalau kau tak rasa sakit macam ni tadi... Kau dengar cakap aku... Kalau tak... Lebih dari ni kau akan dapat!" Kepala Harith di tujal sekali lagi sebelum dia bangun dari mencangkungnya dan terus berlalu keluar dari bilik Harith itu.
Hilang sahaja kelibat lelaki a.k.a abang tak guna nya itu, air mata mula kembali menitis membasahi pipinya.
Dia meraba Perutnya yang terasa senak saat ini.
Dia sudah tak larat untuk menjadi boneka lelaki ini...
Dulu masa ibunya masih hidup, wanita itu terus menerus menjadi boneka keluarga ini hanya kerana mahu melindungi dirinya...
Dan sekarang...
Giliran nya pula menjadi boneka keluarga jahanam ini!
Semakin lama, semakin kuat esak tangisnya...
Ma... Tolong Rith Ma... Tolong Rith...
Rith dah tak kuat, Ma...
Tolong Rith..
Rintih Harith di dalam hati...
Kesian Harith... Menjadi mangsa kekejaman orang yg berkongsi darah dengan nya...
Share this novel