HAMPIR MELOPONG mulut D bila melihat Melaynie dengan beraninya memasuki salah satu bilik yang telah di kunci oleh Nek Esah.
Ya... Sejak dari hari pertama lagi, Nek Esah sudah berpesan untuk tidak menceroboh bilik yang di kunci itu... Dan menurut wanita separuh abad itu, bilik yang dikunci tersebut dipenuhi dengan barang peninggalan arwah Tok Bah... Datuk pada Melaynie dan Fadri...
"Laynie... Boleh ke tiba - tiba aje kita bukak bilik ni? Saya rasa macam tak sedap hati lah..." Ujar D dengan gelisah.
Mana tak gelisahnya bila tiba - tiba aje buka pintu bilik ni!
Dahlah Nek Esah larang jangan sesekali pun buka pintu bilik ini! Alih - alih sekarang, cucu pada wanita itu pula yang beraninya memasuki bilik ini!
" Alah... Awak diam ajelah..."
Berdecit kegeraman D bila Melaynie tidak mengendahkan katanya.
Klak!
Pintu bilik terbuka!
Tangan Melaynie pantas mencari suis lampu bila suasana gelap terpapar di hadapan mata mereka...
Serta - merta suasana gelap tadi mula terang benderang...
Terpegun seketika Melaynie melihat ruang bilik itu!
Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik... D yang kegelisahan di hadapan pintu akhirnya memaksa kakinya melangkah masuk ke dalam bila di lihat Melaynie sudah pun berada di tengah - tengah ruang bilik itu.
Mata Melaynie mula mengitari ruang bilik itu...
Dia mencari juga barang peninggalan arwah datuknya seperti yang dikatakan oleh neneknya tetapi tidak jumpa... Yang hanyalah gambar mereka sekeluarga sahaja yang berada di bilik itu... Termasuk barang - barang lama milik orang tuanya...
Ruang bilik itu di perhati lagi sebelum Otaknya tiba - tiba terfikir pada misi nya yang asal...
Dia mula menghampiri meja dan almari yang berada di bilik itu... Dia harus mencari sesuatu di dalam bilik ini... Gelagat aneh Fadri ditambah pula dengan sikap Nek Esah yang berdiam diri tentang masa lalunya membuatkan Melaynie bertekad untuk mencari jawapan sendiri...
Dan kemuncaknya, bilik yang diceroboh ini di geledah satu persatu...
Dia yakin, pasti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Fadri dan Nek Esah dari pengetahuan dirinya...
Kalau tidak, kenapa kedua - duanya masih berdiam diri bila di soal tentang ingatan masa lalunya...
Pintu almari di buka dan dalaman almari itu di geledah satu persatu...
D pula sudah tidak senang duduk!
Dari tadi matanya tidak lepas dari memandang pintu bilik! Buatnya Nek Esah tiba - tiba terjegul di pintu bilik, tak ke naya Melaynie nanti!
Melaynie ni pun satu!
Berani betul masuk bilik ni! Orang tua tu dah larang jangan masuk, dia bantai masuk jugak!
Kan tak memasal dia jadi pak guard dekat sini pulak!
Sejujur nya, dia pun teringin juga mahu tahu apa yang hendak di cari oleh Melaynie ini!
Melaynie pula, sudah puas menggeledah almari... Meja sederhana besar yang bersebelahan almari pula menjadi mangsa geledahannya.
Satu persatu laci meja itu dibuka sehinggalah dia menemui sesuatu di laci yang terakhir.
Sebuah album gambar yang berada di di laci meja terakhir di capai.
Album gambar itu dibawa lalu di letakkan di atas katil...
Dah kenapa album ni Nek Esah letak dekat laci ni? Kenapa tak letak aje dekat ruang tamu?
Punggung di labuh pada tilam sebelum album itu dicapai lalu di letakkan di atas pahanya...
Gambar yang berada di dalam di selak satu persatu...
Ini adalah gambarnya dengan Fadri sewaktu kecil... Terselit juga gambar neneknya berada arwah kedua orang tuanya...
Gambar di selak lagi sehinggalah...
Anak matanya terpaku pada sekeping gambar seorang lelaki yang sedang tersenyum ceria di sisi abangnya...
Gambar ni bukan ke gambar...
Pandangannya pada album gambar pantas di larikan pada D yang ketika itu kebetulan memandang wajahnya...
"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Soal D.
Anak mata Melaynie tunak merenung wajah D sehingga dia tidak sedar yang lelaki itu sudah berada di sisinya...
"Ada yang tak kena ke dengan album gambar ni?" Soal D lagi sebelum dia turut melihat gambar - gambar yang terpampang di dalam album.
Bebola matanya mula membesar bila dia melihat gambar seseorang yang mirip dengan dirinya yang sedang tersenyum gembira di sisi Fadri...
"Ni? Ni bukan... Bukan gambar... Saya ke?" Soal D dengan suara tergagap - gagap.
Gambar itu di tenung lagi dengan lebih dekat untuk memastikan yang orang di dalam gambar itu adalah dirinya.
"Kenapa saya ada dekat dalam gambar ni?" Soal D keliru.
Sungguh!..
Dia keliru saat ini!
Kenapa dirinya ada di dalam gambar ini? Apa kaitan nya dia dengan abang Melaynie ini?
Sekali matanya membesar bila melihat selakan Melaynie pada satu lagi gambar yang memaparkan dirinya kelihatan segak berseragam polis.
Malah, Melaynie juga terkejut melihat gambar itu.
D seorang anggota polis?
Wajah terkejut D disebelah di kerling sekilas.
"Saya... Saya polis?"
Dia seorang pegawai polis? Kegilaan apakah ini?
Otaknya mula kembali tepu!
Dia kembali menegakkan tubuh nya ke posisi asal.
Rambutnya diraup kasar!
Dia seorang anggota polis?
Melaynie masih lagi merenung ke arah D yang tidak tentu arah itu sehingga dia tidak sedar satu sampul surat berwarna coklat yang terselit di dalam album jatuh di sisi kakinya.
Melaynie menyedari nya sebelum membongkok mengutip sampul surat itu.
Sampul itu di buka.
Tangan diseluk ke dalam sampul itu.
Sehelai kertas bersama beberapa keping keratan akhbar di bawa keluar.
Keratan akhbar itu di baca.
Tak berkelip mata Melaynie membaca keratan akhbar itu!
PASANGAN GURU YANG DIPERCAYAI SEPASANG SUAMI ISTERI MENINGGAL DUNIA DALAM SEBUAH KEBAKARAN DI RUMAH MEREKA SENDIRI... MANAKALA ANAK PEREMPUAN PASANGAN GURU TERSEBUT TERSELAMAT... SEORANG LAGI MANGSA YANG DIPERCAYAI SEORANG ANGGOTA POLIS DIKEJAR KAN HOSPITAL AKIBAT MENGALAMI KECEDERAAN PARAH SELEPAS MENYELAMATKAN ANAK PEREMPUAN PASANGAN GURU TERSEBUT... MENURUT PIHAK BERKUASA, PUNCA BERLAKU NYA KEJADIAN TERSEBUT AKIBAT DARI API DAPUR YANG TIDAK DITUTUP SEHINGGA BERLAKUNYA KEBAKARAN..."
Menitis air mata Melaynie membaca keratan akhbar itu!
Rupa - rupanya, dia ditipu hidup - hidup selama ini!
Arwah mama dan babah bukan meninggal dalam kemalangan tetapi meninggal dalam kebakaran!
D yang berasa pelik dengan kesenyapan Melaynie pantas berpaling.
Bertambah pelik dia melihat mata Melaynie basah dan tak lepas dari memandang keratan akhbar di tangan.
Dia kembali mendekati Melaynie dan mencuri melihat keratan akhbar tersebut.
Hampir longlai tubuhnya melihat gambar dirinya terpampang di keratan akhbar tersebut. Dan juga cerita di sebalik keratan itu!
Sungguh! Dia sudah tidak bermaya saat ini!
Kepala nya seakan hampir pecah bila satu persatu kebenaran mula muncul di hadapannya.
Itu baru dia!
Cuba tengok riak Melaynie saat ini!
Lagi teruk!
Hanya duduk terpaku sambil merenung kosong ke arah keratan akhbar itu!
"Laynie... Kamu ada dekat mana? Kenapa biarkan pintu rumah ternganga macam tu aje? " Sayup - sayup suara Nek Esah membebel memanggil nama cucunya dari luar rumah.
Melaynie hanya buat tidak mengerti sahaja sebelum dia bangun melangkah menuju ke arah pintu dengan membawa keratan akhbar di tangan.
D ingin menghalang tetapi tidak kesampaian bila dadanya mula terasa senak secara tiba - tiba.
Dia mula memerhati kedua - dua belah tangannya... Bentuk wujud rohnya mula kelihatan memudar!
Rasa sakit yang amat mula semakin menjalar di serata tubuhnya.
"Melaynie..." Serunya dengan nada suara yang amat perlahan.
Tetapi Melaynie tidak mendengar seruan D itu...
Dia terus juga melangkah keluar dari bilik itu... Yang hanya dalam fikirannya saat ini adalah untuk mendengar pengakuan jujur dari mulut nenek nya...
" Laa... Baru nenek nak panggil kamu dekat dapur... Alih - alih kamu ada..." Terhenti ayat Nek Esah bila melihat wajah Melaynie lencun dengan air mata... Kemudian, mata tuanya terarah pada keratan akhbar yang berada di tangan cucu perempuannya ini.
Berubah pucat wajah Nek Esah bila melihat keratan akhbar itu. Kemudian, matanya laju mengarah ke arah pintu bilik yang sentiasa terkunci ternganga luas...
Sah!
Melaynie dapat benda itu dari bilik itu!
"Apa ni Nek? Apa ni?" Soal Melaynie setelah agak lama mendiamkan diri sejak tadi. Keratan akhbar yang berada di tangan di unjuk ke arah neneknya.
Berdegup jantung Nek Esah bila Melaynie mengunjuk keratan akhbar itu pada dirinya.
"Melaynie... Dengar dulu penjelasan dari nenek..." Nek Esah mula bersuara.
Tersengih sinis Melaynie mendengar ayat neneknya.
"Penjelasan? Penjelasan apa lagi Nek? Nenek nak jelaskan apa lagi..."
"Laynie... Dengar dulu apa yang nenek nak cakapkan ni..."
"NO... Laynie tak perlu lagi dah penjelasan dari nenek atau abang Fad... Sampai hati nenek dengan abang Fad buat Laynie macam ni... Apa dosa Laynie sampai sanggup nenek dengan abang Fad rahsiakan benda ni dari Laynie... Apa salah Laynie..."
"Laynie..." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Nek Esah saat ini...
"Hina sangat ke orang hilang ingatan macam Laynie untuk kebenaran ni, Nek... Hina sangat ke?" Rintih Melaynie.
Sungguh!
Hatinya hancur berkecai saat ini bila ditipu hidup - hidup oleh orang yang amat di percayai...
"Abang Fad dengan nenek sanggup tipu Laynie tentang mama dan babah... Jadi takde keperluan apa untuk Laynie berdiri dekat sini lagi..." Ujar Melaynie sebelum dia melangkah laju menuju ke arah pintu utama.
Keratan akhbar di tangan dicampak ke atas lantai.
Makin dia cuba untuk berdiri berhadapan dengan neneknya ini, hatinya semakin sakit bila terkenangkan penipuan orang - orang yang di percayai itu...
Lebih baik dia pergi dari situ sebelum dia lebih menjadi kurang ajar dengan neneknya!
"Melaynie... Jangan pergi sayang... Dah dekat senja ni... Laynie nak pergi mana..." Tegah Nek Esah di muka pintu.
"Jangan halang Laynie Nek... Biar Laynie pergi dari sini..."
"Laynie... Tolong lah... Hari dah makin gelap ni... Laynie nak pergi mana..." Tegah Nek Esah lagi.
"Jangan pedulikan Laynie lagi... Biar lah Laynie nak pergi mana pun asalkan bukan di sini... Jadi... Nek Esah jangan halang Laynie..." Tangan neneknya yang berpaut pada alang pintu di tolak sedikit kasar sebelum dia menuruni anak tangga.
"Melaynie..." Panggil Nek Esah.
Melaynie tidak mempedulikan panggilan neneknya. Langkah tetap di atur selaju mungkin sehingga dia terlupa pada D yang sedang bertarung dengan kesakitan di dalam bilik yang dicerobohi oleh mereka berdua tadi.
Nek Esah tidak tinggal diam.
Dia turut menuruni anak tangga dan pantas langkah Melaynie dikejar. Dia bimbang dengan emosi gadis itu ditambah pula dengan keadaan sekitar yang mulai gelap.
Awan hitam mula berarak di langit.
"Laynie... Mari balik sayang... Hari nak hujan ni..." Laung Nek Esah.
Melaynie tidak mengendahkan laungan neneknya sebelum dia berlari laju ke arah jalan raya.
Terbuntang mata wanita separuh abad itu melihat tingkah cucunya itu.
"Melaynie!!" Laung Nek Esah dengan beih keras.
Terkocoh - kocoh dia berlari mengikuti langkah Melaynie yang semakin laju berlari ke arah jalan raya walaupun lututnya hampir tercabut saat ini.
Rintik - rintik hujan mula turun.
Dari halus terus menjadi kasar.
Bum!!
Bunyi dentuman berserta decitan tayar kenderaan membuatkan Nek Esah terkejut.
Dia melangkah menuju ke hadapan.
Hampir terjerit dia melihat tubuh Melaynie sudah terlentang di atas jalan raya dengan kepala berlumuran darah.
"Melaynie!!!" Jerit Nek Esah nyaring.
Ya Tuhan... Apa yang Laynie dah buat ni?
Share this novel