BAB 49

Mystery & Detective Completed 11024

"ADA APA kau nak jumpa aku dekat sini?" Ujar Tuan Jadin setelah agak lama mendiamkan diri dari tadi.

Wajah keruh Tuan Duan di hadapannya di pandang sekilas...

Tak payah nak hairan sangat dengan wajah keruh Tuan Duan ini... Kalau dah macam rupa asam kecut tu, mesti ada sesuatu yang menganggu fikiran lelaki pertengahan usia 50 - an ini.

Lupa nak bagitau...

Tuan Jadin dan Tuan Duan ni adalah rakan karib sejak dari bangku sekolah menengah lagi... Masuk universiti sama - sama... Masuk bidang kepolisan pun sama - sama... Hanya jabatan tempat mereka bertugas aje yang berbeza...

Alah... Kisah persahabatan mereka ni macam Tuan Ismail dengan Encik Zenrith Zen dulu... Takkan tahu... Duo yang tak boleh berpisah tu... Bezanya... Tuan Ismail dalam bidang tentera manakala Encik Zenrith Zen pula dalam bidang polis...

Satu aje persamaan antara Tuan Duan dengan Encik Zenrith ni... Bersara awal dari dunia kepolisan..

Dah... Skip pasal diorang... Amboi author... Mentang - mentang lah tak boleh move on dengan watak utama... Terus melalut aje kerja nya...

Berbalik ke perbualan dua lelaki ini pula...

"Entahlah... Aku tak tahu nak cerita macam mana dengan kau, Din..." Jawab Tuan Duan dengan rasa memberat di dada.

"Kau dah kenapa ni, An... Kau tak sihat ke... Aku tengok... Lain benar rupa kau dari tadi... Ada masalah apa sebenarnya..." Dari bersandar, Tuan Jadin terus menegakkan postur badannya menghadap rakannya.

Tak di nafikan, bentuk tubuh Tuan Jadin ini boleh di katakan masih lagi fit walaupun usia sudah mencecah 50 - an. Tidak terkecuali juga dengan Tuan Duan!

" Aku rasa, dia dah muncul balik" Ujar Tuan Duan pada sahabatnya, Tuan Jadin.

"Entahlah... Aku tak tahu nak cerita macam mana dengan kau, Din..." Jawab Tuan Duan dengan rasa memberat di dada.

"Kau dah kenapa ni, An... Kau tak sihat ke... Aku tengok... Lain benar rupa kau dari tadi... Ada masalah apa sebenarnya..." Dari bersandar, Tuan Jadin terus menegakkan postur badannya menghadap rakannya.

"Aku rasa, dia muncul balik, Din.." Beritahu Tuan Duan pada sahabatnya, Tuan Jadin.

"Dia? Maksud kau... Orang yang buat Darrel dengan Melaynie dulu ke?"

Tuan Duan mengangguk perlahan, matanya jelas memancarkan kegelisahan yang sukar disembunyikan. Nafasnya turun naik tidak teratur, seperti sedang menahan sesuatu yang berat di dalam dada.

"Ya, aku tak salah tengok... Aku nampak macam wajah seseorang yang... Sedang senyum sinis dekat aku... Aku tak dapat nak pastikan wajah dia sebab aku dengan dia duduk jauh waktu tu... Tapi aku yakin... Itu dia," jawab Tuan Duan dengan nada yang penuh keraguan. Dan penuh kebimbangan.

Tuan Jadin mengerutkan dahi. Wajahnya berubah serius, menandakan dia mula memahami beratnya situasi ini.

"Kau pasti ke, An? Benda ni bukan main-main. Kau tahu betapa besarnya kesan dia kalau betul dia kembali..." ujar Tuan Jadin, suaranya rendah tapi tegas.

"Aku pasti, Din. Dia kembali semula...," jelas Tuan Duan.

Tuan Jadin mendiamkan diri seketika, tangannya perlahan-lahan mengusap dagu seperti sedang menganalisa setiap perkataan yang keluar dari mulut sahabatnya.

"Kalau dia betul-betul kembali, kita kena buat sesuatu sebelum dia bertindak lebih jauh... Kita tak boleh biarkan benda tu berulang lagi," tegas Tuan Jadin.

"Aku tahu, Din. Tapi kali ni... Aku rasa, dia tak akan datang seorang. Dia dah bersedia untuk sesuatu yang lebih besar, dan paling aku takut... Adalah kehilangan anak aku, Darrel!" balas Tuan Duan dengan suara yang hampir menahan getar. Tuan Jadin mengerti apa yang tersirat di hati rakannya ini. Bahu rakan nya di tepuk perlahan.

Suasana di antara mereka semakin tegang. Bunyi kipas yang berputar perlahan di sudut bilik menjadi satu-satunya bunyi yang mengiringi perbualan itu. Kedua-duanya tahu, apa pun keputusan yang diambil selepas ini akan menentukan segalanya—termasuk nasib Darren dan Melaynie.

SELEPAS MENDAPAT keterangan dari saksi, mereka mula bertungkus lumus mencari bukti. Dan akhirnya, salah seorang dari mereka mendapat satu bukti yang boleh di kait kan dengan pembunuhan itu..

"Aku dah jumpa sesuatu," Ujar Wadi dengan nada sedikit ceria pada ahli kumpulannya.

"Kau jumpa apa?" Soal Fadri. Wadi pantas memasang pendrive pada komputer. Skrin mula menunjukkan sesuatu. Dia mula mengklik sesuatu pada salah satu fail. Bob dan Darrel juga tidak terkecuali untuk melihat. Oh ya! Darrel dah boleh masuk kerja dan menjalankan tugas nya sebagai anggota polis.

Fail itu terbuka, dan sebuah rakaman video mula dimainkan. Semua mata tertumpu pada skrin komputer. Rakaman itu kelihatan seperti diambil dari kamera litar tertutup (CCTV). Suara dalam bilik itu sunyi, kecuali bunyi klik tetikus Wadi.

“Apa benda ni?” tanya Bob dengan dahi berkerut, cuba memahami situasi dalam video tersebut.

“Rakaman dari kawasan tempat kejadian,” jawab Wadi. Tangannya menggenggam tetikus, menggerakkan kursor untuk mempercepatkan rakaman.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki berbaju gelap memasuki bangunan pada waktu malam. Di sisi lelaki itu ada seorang gadis. Mangsa pertama pembunuhan. Kelihatan lelaki itu memasuki bangunan itu dahulu sebelum di ikuti oleh si gadis. Tidak lama kemudian, lelaki itu keluar tanpa kelibat si gadis.

“Kenapa aku rasa ada yang tak kena dengan dia ni?” Fadri menyoal sambil merapatkan kerusinya ke meja komputer.

“Bukan rasa lagi, memang jelas dia ni suspek utama,” ujar Wadi, yakin dengan pemerhatiannya.

Darrel yang berdiri di belakang mereka, mula memberi pandangan.

“Kita kena kenal pasti siapa lelaki ni. Cuba zoom pada muka dia.”

Wadi mengangguk dan memanipulasikan video untuk memperbesar imej wajah lelaki tersebut. Namun, gambarnya agak kabur.

“Argh, kualiti video ni teruk,” keluh Wadi.

“Tak apa. Kita boleh hantar imej ni ke makmal forensik untuk diperbaiki,” cadang Darrel.

Bob, yang lebih banyak diam sejak tadi, akhirnya bersuara.

“Tapi... Ada sesuatu yang pelik aku tengok dalam rakaman CCTV ni... Cuba korang tengok balik... Kenapa budak perempuan ni senang sangat ikut dia sedangkan dia tahu yang bangunan tu jauh dari pandangan orang?”

Semua terdiam. Soalan itu membuka satu dimensi baru dalam siasatan mereka. Apa yang telah di katakan oleh suspek sehingga sanggup si mangsa mengikuti dirinya?

“Kita kena ke lokasi sekarang,” kata Darrel tegas.

“Ada kemungkinan petunjuk yang kita boleh dapat dari sana! "

Wadi segera menutup komputer, sementara yang lain bersiap untuk bergerak. Mereka tahu, setiap saat amat berharga. Mereka harus menyelesaikan semua nya.

Semakin hmpir

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience