DI SEBABKAN KES INI BERKAITAN DENGAN kes yang mereka siasat, Fadri bersama dengan Darrel bergegas menuju ke balai polis. Wadi dengan Bob akan menyusul kemudian.
MEREKA BERDUA DI bawa menuju ke bilik pegawai yang bertugas dalam kes mendiang Nek Esah.
"Di sebabkan kes ini mirip dengan kes yang Tuan berdua siasat, jadi pihak kami akan berkongsi maklumat bersama pihak tuan berdua.." Ujar salah satu pegawai yang mengendali kes ini. Fadri dan Darrel hanya mengangguk mengerti sahaja. Bob dan Wadi masih lagi dalam perjalanan ke sini.
" Di dalam ni... Ada semua kes yang kami siasat.." Pegawai yang bernama Azlan itu menghulurkan sebuah fail berwarna biru kepada Fadri dan Darrel. Pantas Fadri dan Darrel mengambil fail itu sebelum di belek satu persatu.
"Dan ni pula.. Tangkap layar yang kami dapat sewaktu menyiasat.." Komputer riba terus di pusing ke arah Fadri dan Darrel. Fadri memerhati tangkap layar yang di dapat di kesan oleh pihak Azlan. Berkerut dahi kedua - duanya bila melihat susuk tubuh itu.
"Harith?" Bisik kedua - duanya.
"Tuan berdua kenal ke susuk tubuh lelaki yang berada dalam tangkap layar ini?" Soal Azlan.
"Ya.. Kami kenal lelaki ini... Kami dah pernah siasat dia berkaitan kes ini.. Tapi tak cukup bukti... Sebab tu kami terpaksa lepaskan dia.." Balas Fadri.
"Dan kamu juga mengagak yang kes kematian Nek Esah ini terjadi sama seperti kes kebakaran pasangan guru 3 tahun yang lalu.." Mendengus keras Darrel dan Fadri saat mendengar penjelasan pihak Azlan itu. Memang tak syak lagi, Harith terlibat dalam kesemua kejadian itu.
Tapi waktu tu, Harith masih di kategori kan bawah umur.. Adakah ada seseorang berkuasa di sebalik apa yang Harith lakukan?
"Ada bukti baru lagi.." Tiba - tiba suara garau Bob yang muncul dari pejabat Azlan bersama Wadi. Kelihatan sebuah pendrive di tayang ke atas.
Mereka berdua menunduk hormat pada Azlan sebelum berlalu menghampiri kedua sahabat mereka.
Fadri dan Darrel menoleh serentak ke arah Bob dan Wadi, pandangan mereka jatuh pada pendrive yang diangkat Bob.
“Apa yang kau dapat kali ni?” tanya Darrel dengan nada serius.
Bob meletakkan pendrive itu di atas meja sebelum memandang mereka satu persatu.
“Seseorang yang berkuasa yang mengendali kan Harith selama ini.” Ujar Wadi.
Kan! Betul apa yang Fadri dan Darrel agak tadi. Pasti ada seseorang di sebalik kejadian ini!
Azlan segera mengambil pendrive itu dan menyambungkannya ke komputer riba. Skrin komputer di hadapan mereka mula memaparkan dua buah fail. Satu fail mengandungi satu rakaman dan satu lagi mengandungi fail peribadi seseorang.
Azlan mula mengetik pada fail rakaman dahulu. Tidak lama kemudian, sebuah rakaman di mainkan. Kelihatan seorang lelaki sedang berbicara dengan Encik Yusra yang ketika itu sudah tidak bernyawa. Manakala seorang lagi bersama Puan Elda yang turut sudah tidak bernyawa. Terpejam seketika Fadri melihat keadaan menyayat hati mendiang orang tuanya itu. Darrel yang melihat keadaan Fadri pantas memegang bahu lelaki itu memberi semangat untuk lelaki itu melihat kebenarannya. Fadri yang perasan akan tindak balas rakannya hanya mengangguk lemah sebelum matanya di fokus semula pada skrin komputer tiba. Ya.. Dia harus kuat untuk menonton demi sebuah sebuah kebenaran.
Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat Melaynie turun dari tingkat atas. Jerit pekik Melaynie mula kedengaran sebelum gadis itu tersungkur jatuh di atas lantai dengan kepala yang berlumur darah.
"Aku nak kau settle kan apa yang patut dekat sini.." Tegas nada suara itu memberi arahan pada lelaki yang berdiri di sebelah Melaynie yang tertiarap di lantai. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berniat mahu mengikuti arahan lelaki itu.
"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni, Harith!" Jerkah lelaki itu tanpa menyedari telah menyebut nama penuh lelaki yang mendiamkan itu tadi. Nah! Orang yang mendiamkan itu tadi adalah Harith!.
"Sudahlah, Hardie.. Diorang dah mati pun! Tak payah lah nak tambah penyeksaan mereka lagi!" Harith mula membantah. Dan jelas dalam rakaman itu, nama Sir Hardie telah di sebut oleh Harith! Hardie mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluar nya dan itu membuatkan Harith mula menggigil ketakutan!
"Aku nak kau buat, kalau tak.. Kau akan tahu nasib kau nanti!" Ugut Sir Hardie pada Harith dan itu membuatkan Harith bergegas melakukan pekerjaan nya. Setakat itu sahaja rakaman yang di dapat. Azlan mula mengetik keluar sebelum beralih pada fail peribadi pula. Fail itu di klik sebelum wajah seseorang terpapar di skrin komputer riba.
"Ini.. Hardie... Seorang pensyarah di sebuah kolej di mana Harith dan Melaynie belajar... Dan paling mengejutkan.. Dia ni adalah abang kandung pada Harith.. Sama bapa.. Berlainan ibu.." Beritahu Bob pada kesemuanya berada di situ.
"Hardie ini ada menghidapi sejenis penyakit mental dan seorang psikopat.. Sebelum melakukan pembunuhan pada ibu bapa Fadri, dia ada melakukan tiga pembunuhan yang lain.. Ibu, bapa nya dan juga ibu kepada Harith..." Ujar Bob lagi.
Azlan menutup rakaman itu dengan wajah serius. Suasana di dalam bilik siasatan menjadi tegang. Nafasnya terasa berat, matanya masih terpaku pada skrin komputer. Sir Hardie, seorang pensyarah, seorang abang, seorang pembunuh. Fakta itu terlalu sukar untuk dihadam dalam satu masa.
Bob meneguk air liurnya sebelum menyambung,
“Laporan psikiatri menunjukkan dia mengalami gangguan personaliti antisosial. Sejak kecil, dia dah tunjuk tanda-tanda keganasan… tapi tak ada siapa ambil serius sebab dia bijak menyembunyikannya. Tapi korang tahu apa yang paling teruk?” Bob menoleh ke arah Azlan dan yang lain-lain.
“Apa dia?” soal Azlan, nada suaranya mendatar, tapi ada bara kemarahan di dalamnya.
Bob mengetik sesuatu di komputer riba sebelum menayangkan satu laporan forensik lama.
“Tiga pembunuhan telah di lakukan.. Mangsa pertama—ibu kandung Hardie sendiri. Mangsa kedua—bapa mereka, dan yang ketiga—ibu Harith.” Bob menekan satu butang, dan gambar-gambar mayat mangsa sebelum ini dipaparkan di skrin. Luka tikaman, darah yang bertaburan di lantai… semuanya menunjukkan satu pola pembunuhan yang sama—kejam, terancang, dan tanpa belas kasihan.
Kesemua mereka mengeluh keras saat mendengar penerangan Bob itu. Rupanya, dalang di sebalik kejadian ini adalah Sir Hardie. Dan Harith hanya di jadikan alat sahaja! Kejam betul!
"Dan sekarang, bukti dah terarah pada dia... Sekarang, saya mohon pihak Tuan Azlan untuk mengeluarkan waran untuk penahanan Harith... Kami yakin yang dia takkan jauh dari sini.."Setelah mengetahui kebenarannya, Fadri mula meminta kebenaran pihak Azlan untuk mengeluarkan waran penahanan.
"Jangan risau... Pihak kami akan membantu pihak tuan berempat sedaya mungkin..." Azlan memberi jaminan.
"Baik terima kasih.." Mereka berjabat salam sebelum berlalu pergi dari situ.
"Bob.. Dapat kan waran penahanan dan kau Wadi... Panggil anggota bawahan kita untuk buat serbuan ke rumah Hardie.."
"Baik.." Bob dan Wadi menjawab serentak.
"Kau Darrel.. Pindahkan untie dan uncle ke tempat selamat... Kita tak tahu lagi apa yang akan terjadi selepas ini.."
Mereka bergerak ke destinasi yang di tuju setelah mengambil peranan masing - masing. Dan Fadri terlupa pada satu hal. Dia terlupa pada adiknya yang kini berada di hospital angkara kes yang di siasat ini! Dan sesuatu yang berbahaya sedang menuju ke arah Melaynie sekarang!
KEDENGARAN PINTU WAD YANG DI HUNI OLEH Melaynie di buka oleh seseorang dari luar. Melaynie yang ketika itu sedang melayan perasaan pantas memalingkan wajahnya ke arah pintu tersebut. Kelihatan susuk seseorang berpakaian hitam dan bertopi yang di kenali sedang menuju ke arahnya.
"Harith.." Seru Melaynie bersama senyuman yang tersungging di bibir. Hanya segarit sahaja senyuman terbit di bibir lelaki itu sebelum dia berhenti di hadapan Melaynie.
Berkerut dahi Melaynie bila melihat wajah Harith yang penuh dengan lebam dan luka.
"Kau dah kenapa ni, Rith? Kau okay ke?" Soal Melaynie dengan nada risau. Wajah Harith penuh dengan luka di capai dengan kedua - dua belah tangannya. Harith hanya menggeleng tanda dirinya tiada apa - apa. Punggung nya pantas di labuh bersebelahan dengan Melaynie.
"Aku okay aje... Kau jangan risau.." Pujuk Harith. Tangan kecil Melaynie yang berada di mukanya di capai lalu di genggam erat. Tunak mata nya merenung ke arah muka pucat Melaynie.
Tidak semena - mena tubuh kecil Melaynie di bawa ke dalam dakapan nya..
"Maafkan aku, Melaynie!" Bisik Harith perlahan.
Melaynie yang terkejut dengan tindakan Harith yang secara tiba - tiba memeluk dirinya sudah mengerut dahinya. Dia cuba untuk meloloskan diri dalam dakapan Harith ini. Tetapi tidak berjaya bila lelaki ini mengetatkan lagi dakapannya. Belum sempat dia mahu menolak tubuh Harith dengan lebih keras lagi, terasa ada sesuatu yang di cucuk pada leher nya saat ini.
Melaynie terkedu. Rasa tajam jarum yang menyucuk kulit lehernya membuatkan tubuhnya kaku. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya mula tidak teratur.
"Rith... Apa yang kau buat ni?" Suaranya hampir berbisik, namun jelas menggambarkan ketakutan yang mula mencengkam. Kepalanya sudah terasa berpusing saat ini.
Harith tidak menjawab. Dia masih memeluk Melaynie erat, seolah-olah enggan melepaskannya. Jarum yang dicucuk ke leher gadis itu di cabut sebelum dimasukkan ke dalam poket jaketnya semula. Dan dia tidak menyedari yang bekas jarum itu sudah jatuh ke atas lantai.
"Aku tak ada pilihan..." Harith berbisik di telinga Melaynie yang kelihatan sudah mulai mamai.
"Aku betul-betul minta maaf, Melaynie..." Bisik nya lagi. Melaynie tidak mendengar ucapan maaf lelaki itu. Pandangan nya sudah berpinar sebelum dia terkulai tidak sedar kan diri dalam dakapan Harith!
Maafkan aku, Melaynie! Maafkan aku!
Air mata sudah mula menuruni pipinya saat ini!
Tubuh Melaynie yang sudah terkulai lemah di bawa pergi dari situ! Pergi ke tempat hanya dia yang mengetahui nya!
Dan sekarang, nyawa Melaynie berada dalam keadaan bahaya!
Share this novel