SETAHUN KEMUDIAN....
SUASANA disekitar pendaftaran pelajar kelihatan sibuk sekali... Maklumlah... Hari ini adalah hari pendaftaran dan kemasukan pelajar baru... Tu yang jadi kelam kabut sedikit...
Hari pertama pendaftaran kemasukan para pelajar baru mesti melalui borang manual juga walaupun boleh di isi secara online... Mungkin pihak universiti mahu buat dua cara agaknya... Alah... Itu tak kisah lah... Yang penting... Pendaftaran dah di buat... Tak payah kecoh - kecoh, okay!
MELAYNIE ralit memerhati kawasan universiti yang bakal menjadi tempat belajarnya ini...
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan sekaligus melayakkan dia untuk memohon ke institusi pengajian tinggi.
Dan sekarang, di sini lah tempat dia untuk menimba ilmu!
Pada awalnya, Fadri mahu menghantar nya ke Uni... Tetapi cepat - cepat dia membantah kerana dia sendiri pun boleh pergi... Lagipun, smpai bila Fadri mahu menghantar dan mengambil dia dari Uni... Buatnya ada kes mendadak, tak ke naya nanti... Penyudahnya, Fadri mengikuti juga saranan adiknya setelah puas memikir.
Dah... Stop pasal abang Fad... Sekarang kita cari dewan kuliah pulak...
Telefon pintar yang mengandungi peta kawasan universiti ini di kerling sekilas sebelum kakinya melangkah ke hadapan sedikit bila tempat yang ingin di tuju mula kelihatan.
Belum sempat dia mahu maju ke hadapan lagi, tiba - tiba...
BUKK!!
"Aduh!!"
Melaynie mengaduh keras bila punggung dan tubuhnya mula mencium tanah. Telefon pintar dan buku yang berada di tangan sudah pun selamat mendarat di atas tanah.
"Eh! Awak! Awak takde apa - apa ke?" Suara garau seorang lelaki kelam kabut di hadapan Melaynie.
Melaynie tidak menjawab. Dia masih lagi sibuk menggosok punggung nya yang terasa sengal. Gila! Kayu balak ke apa mamat ni! Habis sengal punggung aku jadinya!
" Awak takde apa - apa ke? " Lelaki yang melanggar Melaynie itu masih lagi mengutarakan soalannya.
Dan seperti tadi.
Melaynie langsung tidak menjawab. Matanya melilau mencari sesuatu di sekeliling sehinggalah matanya tertancap pada telefon pintar nya yang tercampak agak jauh darinya. Dia bergegas bangun dan terus menuju ke arah telefon pintar nya yang tersadai.
Gadjet itu di capai pantas.
Berubah merah wajah Melaynie melihat skrin telefon pintarnya yang sudah tiada rupa.
"Awak! Saya tanya ni... Awak okay ke?" Rupa - rupanya lelaki yang melanggar Melaynie tadi masih lagi berada di situ dan masih lagi setia bertanya keadaan Melaynie.
Dengar sahaja suara lelaki kayu balak yang merempuh tubuhnya tadi, serta merta hatinya kembali panas. Panas dengan keadaan yang sedia ada... Panas lagi dengan keadaan handphone nya yang sudah berkecai. Makin menggelegak lah hatinya!
Tanpa berlengah, tubuh nya di pusing ke arah lelaki yang melanggar tubuhnya tadi.
"Hei! Boleh lagi awak tanya saya okay ke tak... Awak tahu tak... Yang awak dah hancurkan..." Tak jadi Melaynie mahu menghabiskan ayatnya bila wajah seseorang yang menghilang hampir setahun yang lalu tiba - tiba muncul di hadapannya. Wajahnya serta merta berubah terkejut.
"Harith??"
"Laynie??"
Kedua - dua nya serentak bersuara.
Harith dan Laynie mula bertemu semula
Share this novel