SETELAH 60 HARI...
"AWAK NAK apa lagi hah? Tak habis - habis lagi ke kacau saya dekat hospital... Sampai dekat rumah pun nak kacau lagi?" Dengus Melaynie bila lelaki sorang ini masih menganggu dirinya...
Naik jelak dia bila D, nama panggilan lelaki ini asyik menempel di sisinya...
" Tolong lah Laynie... Awak sorang aje yang nampak saya sekarang... Nak harapkan orang lain... Diorang mana tahu saya wujud atau tak... Tolong lah..." Rayu D sambil merapatkan kedua - dua belah tangannya memohon agar Melaynie sudi membantu dirinya...
"Eii... Boleh tak jadi reti bahasa sikit... Saya cakap tak nak tu tak nak lah..." Getus Melaynie lagi.
Tak reti bahasa agaknya hantu rayau ni! Orang cakap tak nak tu tak nak lah! Nak paksa - paksa orang tu buat apa lagi... Rungut Melaynie dalam hati!
"Laynie... Please... Saya merayu dekat awak... Tolonglah!" D merayu lagi.
Dia rela merayu berjuta kali pada Melaynie asalkan gadis ini sudi membantu dirinya...
Hati Melaynie sudah mula membengkak!
Belum sempat dia memekik, ketukan bertalu - talu dari luar pintu biliknya membuatkan Melaynie membatalkan niatnya.
"Laynie... Laynie... Kamu okay ke tu?" Suara Nek Esah, nenek Melaynie bergema di balik pintu bilik.
"Ya Nek... Laynie okay aje... Ada apa nenek panggil Laynie ni?" Soal Laynie.
"Nenek dah siap masak ... Mari turun tolong hidang atas meja... Kejap lagi... Abang kamu balik makan..." Beritahu Nek Esah dari bilik pintu.
"Ok... Okay... Baik Nek... Kejap lagi Laynie turun tolong hidang..." Jawab Melaynie.
"Hmm... Yelah..."
Menepuk dahi Melaynie bila dia terlupa untuk menolong nenek nya memasak di dapur.
Sejak sedar dari koma, ingatannya dirasakan semakin hari semakin merosot jadinya...
Terutama sekali makhluk di hadapannya ini...
Ada sahaja gelagat makhluk ni yang buat Otaknya semakin berserabut...
Dia menjeling tajam ke arah D yang kelihatan masih lagi dengan riak sedih sejak dari tadi...
"Saya nak keluar ni... Dan awak... Tolong duduk senyap - senyap dalam bilik ni... Jangan buat macam - macam..." Melaynie memberi amaran kepada D supaya lelaki itu tidak mengikut caranya...
Tengok lah sekarang...
Nek Esah mula menaruh wak sangka pada dirinya kerana terlalu kerap sangat bercakap seorang diri...
Mana tak cakap seorang diri... Kalau dah dia sorang aje yang boleh nampak si D ni...
Takut pula dia Nenek nya ini salah anggap yang bukan - bukan pada dia nanti...
D hanya mwnjungkit bahunya sahaja...
Mendengus Melaynie melihat tingkah acuh tak acuh si D itu sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu.
Lebih baik dia tolong Nek Esah dari melayan perangai tak cukup umur hantu rayau ni!
"BULAN DEPAN Laynie dah start belajar form 6 kan..." Soal Fadri, pada adiknya.
Melaynie mengangguk perlahan.
"Nanti abang Fad bagi duit... Laynie belilah apa yang patut.. Atau nak abang Fad temankan ke..." Saran Fadri lagi.
Semenjak adiknya pulih dari koma yang di alami, Fadri dilihat semakin mengambil tentang kebajikan adiknya ini.
Walaupun pekerjaannya sebagai anggota polis menuntut waktu antara dia dan Melaynie, tetapi itu tidak menjejaskan kasih sayang nya pada Melaynie...
Kerana dia tahu...
Semenjak kedua - dua orang tua nya meninggal dalam kemalangan jalan raya, dia lah yang bertanggungjawab sepenuhnya pada Melaynie setelah nenek mereka...
"Alah... Tak payah lah Fad susahkan diri nak teman kan Laynie pergi beli barang keperluan dia... Nenek kan ada... Nenek boleh aje temankan Laynie pergi beli barang keperluan dia nanti... Nanti ganggu pulak jadual kerja Fad tu..." Bantah Nek Esah.
Dia sebolehnya kalau ada di sini, boleh lah dia teman dan tengokkan si Melaynie ni.....
Sejujur nya dahulu, sejak kematian anak dan menantunya... Dia pernah berhajat mahu membawa Melaynie pulang ke kampung... Bolehlah dia tengok kan cucu nya yang sorang ini... Taklah dia merasa sunyi sangat setelah dia kehilangan suami setahun yang lalu...
Tapi saranannya itu dibantah keras oleh cucu sulungnya...
Fadri tidak menyusahkan dirinya pula...
Bila mendapat bantahan disertakan lagi dengan sokongan dari Melaynie, akhirnya dia turuti juga...
Tapi sebagai balasan, dia bertegas mahu datang melawat kedua - dua cucunya ini setiap cuti hujung minggu... Itu Fadri tidak boleh membantah bila Nek Esah mula mengeluarkan kuasa vetonya.
Fadri pantas menggeleng kan kepalanya...
"Nope... Fad akan temankan nenek dengan Laynie pergi... Lagipun hari ni Fad cuti... Jadi bolehlah kita keluar sama - sama nanti..." Putus Fadri.
Tersenyum senang Melaynie mendengar ayat abangnya.
"Okay... Boleh aje.... Laynie tak kisah..." Ujar Melaynie gembira.
Gembiralah bila dapat tahu yang abangnya cuti hari ini... Boleh lah dia mengepau abangnya nanti!
Fadri turut tersenyum senang sebelum menggosok perlahan kepala adiknya.
Menggeleng kepala Nek Esah melihat gelagat kedua - duanya cucunya ini...
Dia pun turuti juga saranan Fadri itu... Asalkan cucu - cucunya gembira...
Tapi yang tak gembira sekarang, sudah tentunya si D yang sedang duduk tercongok di tingkat atas.
Membengkak hatinya melihat wajah ceria si Melaynie itu...
Wah... Wah...
Gembiranya lah kalau dekat bawah sana... Kalau dekat atas ni... Cemberut aje muka... Macam muka asam kecut!
Takpe Laynie... Kau gembira lah puas - puas... Lepas ni... Jangan harap aku bagi kau gembira puas - puas!
Dengus D sebelum menghilangkan dirinya!
Share this novel