PAPP!!
"Aduh! Apa ni, Ma? Sakitlah!" Desis Darrel bila tangan mamanya laju melibas ke arah bahunya. Dia menggosok bahunya yang terasa perit bahana libasan Puan Erny!
"Kan mama dah cakap... Jaga kesihatan bila kerja luar kawasan... Ni tak... Dah jadi macam ni... Siapa susah?" Bebel Puan Erny pada anak terunanya.
Hampir meletup jantungnya bila diberitahu yang anak terunanya ini tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
"Ma... Arrel takde apa - apa lah... Tengok ni..." Ujar Darrel sambil menunjuk dirinya yang tiada apa - apa.
Papp!!!
Sekali lagi bahunya menjadi sasaran Puan Erny!
"Pandai eh menjawab..." Gerutu Puan Erny dengan mata sengaja di bulatkan.
Sekali lagi Darrel menggosok bahunya yang menjadi sasaran kedua mamanya ini.
"Dah... Dah Erny... Arrel tengah sakit kan... Kalau nak marah dia... Nanti aje ya..." Tuan Duan pula mencelah!
"Dah jom... Kita keluar..." Pantas bahu kesayangan nya dipaut menjauhi katil Darrel bila melihat kelibat Fadri memasuki wad yang menempatkan Darrel ini.
Terus tubuh isterinya dibawa keluar dari wad Darrel.
Ketawa kecil Darrel melihat tingkah mama dan papanya itu. Lebih - lebih lagi mamanya! Riak tidak puas hati terpancar di wajah wanita itu!
Fadri yang melihat keletah ibu bapa sahabatnya hanya memandang tidak mengerti sahaja...
"Nah... Benda yang kau nak dari kantin hospital..." Plastik berisi bubur bungkus itu di letakkan di hadapan Darrel.
Lebar sengihan Darrel sebelum bekas yang berisi bubur itu di buka penutup nya. Makin melebar sengihan nya bila bubur idamannya sudah berada di hadapan nya kini.
"Aku pelik betullah dengan kau ni... Bubur dari mak cik kantin hospital ni jugalah kau nak... Kau dah kena sampuk ke apa dengan mak cik kantin..." Bebel Fadri sebelum melabuhkan punggung nya di kerusi bersebelahan dengan sahabatnya yang dah macam manusia tak makan setahun!
Darrel hanya menjungkit bahunya sahaja sebelum menyuap bubur yang masih berbaki ke dalam mulutnya.
"Rel... Kau jangan pengsan lagi macam tadi... Seriau tau aku..." Ulasan Fadri membuatkan Darrel yang leka menyuap bubur terhenti seketika.
"Aku bukan sengaja pengsan, Fad... Tapi entahlah... Apa yang aku nampak tadi buat dada aku jadi senak tau tak... Kepala aku jadi pusing tiba - tiba..." Beritahu Darrel.
"Kau dah kenapa waktu tu... Kau jadi blur sekejap aku tengok... Ada sesuatu yang kau tengok ke waktu tu..." Teka Fadri serkap jarang.
Berubah langsung wajah Darrel bila mendengar ayat serkap jarang sahabt nya ini.
Dia bersandar pada kepala katil. Nafas nya di hela perlahan sebelum dia mula bersuara memberitahu.
" Aku nampak lelaki tu semalam... " Beritahu Darrel perlahan.
"Lelaki?"
Darrel mengangguk perlahan.
"Lelaki... Lelaki yang cederakan aku dengan Laynie 3 tahun lepas... Aku nampak dia ada dekat lokasi kejadian..." Beritahu Darrel lagi.
Berderup jantung Fadri saat mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya ini.
"Jadi... Dia muncul balik semula lah ni..." Ujar Fadri dengan riak yang mula tegang.
Darrel mengangguk lagi.
"Tak boleh jadi ni... Aku kena cari jugak bedebah tu!" Gumam Fadri sebelum beredar dari sisi katil Darrel.
Belum sempat Fadri mahu melangkah, lengan nya pantas di paut laju oleh Darrel.
"Bro... Kau nak pergi mana..."
"Aku nak cari bedebah tu!"
"Bro... Calm down okay..." Pujuk Darrel.
"Kau nak suruh aku bertenang sekarang... Eh, Arrel! Macam mana aku nak bertenang hah... Cuba kau cakap! Macam mana aku nak bertenang!" Marah Fadri dengan suara yang masih lagi terkawal.
"Sekarang... Dia dengan sengaja muncul depan kau... Lepas ni... Apa pulak lagi... Macam mana aku nak bertenang..." Suara Fadri mula berubah kendur sebelum wajahnya di raup kasar.
"Takkan kau pergi macam ni cari dia... Kalau jadi apa - apa dekat kau... Siapa nak tengokkan Laynie... Siapa?" Pujuk Darrel lagi.
Berubah kendur wajah tegang Fadri bila nama Melaynie meniti di bibir sahabatnya ini.
"Kita biarkan dulu, Fad... Aku tak nak nanti... Aku hilang sahabat baik aku..." Lirih Darrel bersuara lagi...
Ya... Sesiapa yang berada di situasi mereka akan berasa marah dan geram seperti Fadri dan dia...
Tapi... Keselamatan sahabat nya ini harus dipertimbangkan juga...
Dia tak nak satu - satu nya sahabat karib yang dia ada menjadi mangsa seterusnya...
"Please, Fad... Dengar cakap aku... Jangan bertindak terburu - buru macam ni lagi..." Tidak sudah - sudah Darrel memujuk Fadri.
Fadri yang mendengar itu mula menghela nafas kasar.
Dia berpaling semula ke arah sahabatnya.
"Baiklah... Aku dengar cakap kau..."
Tersinggung senyuman di bibir pucat Darrel sebaik mendengar ayat Fadri itu.
"Lagi satu aku nak minta tolong kau... Pasal hal ni... Jangan sesekali kau bukak mulut dekat mama dan papa... Aku tak nak diorang susah hati nanti... Biar kita aje yang tahu..." Pinta Darrel.
Wajah Fadri kembali berubah tegang mendengar permintaan Darrel itu.
"Rel... Takkan kau nak sembunyikan benda ni dari mama dan papa kau..." Soal Fadri dengan nada tidak puas hati.
"Aku terpaksa Fad... Tolong Fad... Jangan sesekali bagitau pasal benda ni dekat diorang... Aku minta tolong sangat dekat kau..." Rayu Darrel dengan penuh mengharap.
Melihat wajah Darrel yang penuh mengharap itu, nak tak nak Fadri mengiyakan juga untuk tidak memberitahu situasi yang di alami oleh sahabatnya ini.
"Yelah... Aku akan kunci mulut aku..." Akhirnya, Fadri akur juga dengan permintaan sahabatnya ini.
Darrel memberi isyarat terima kasih pada Fadri bersama sengihannya yang tidak lekang dari wajahnya sejak tadi.
"Dah... Tak payah nak menyengih macam tu... Dah rupa kerang busuk aku tengok... Kau rehatlah... Aku nak keluar kejap... Nak beli makanan... Lapar..."
"Laa... Lapar ke... Kenapa kau tak nak kongsi bubur dengan aku tadi... Kalau tak... Boleh aku simpan sikit untuk kau..." Kerek aje jawapan Darrel bagi pada Fadri.
Ceh! Bukan nak kesian kan member tu tengah lapar! Dia bagi balik ayat kerek dia tu adalah!
"Citt!! Tak nak aku nak kongsi bubur dengan kau..." Perli Fadri dengan selamba.
"Tak nak sudah! Kalau lapar... Jangan mengadu dekat aku sudah lah!"
PAPP!!
Bantal yang berada di sisi Darrel pantas di libas ke arah sahabatnya itu!
"Aduh!! Woii!! Sakit lah gila!!" Marah Darrel.
Kepala nya yang menjadi mangsa libasan bantal Fadri tadi di gosok perlahan. Mata nya dijeling tajam ke arah Darrel yang sudah tersengih jahat pada dia.
"Tahu pun sakit... Dah... Aku keluar dulu... Jangan nak merayap ke mana pulak nanti..." Sengihan jahat Fadri masih lagi tersungging di bibir sebelum bantal yang menjadi libasan pada Darrel tadi di campak kasar ke arah lelaki itu. Terus langkah nya dibawa keluar dari bilik yang menempatkan Darrel bersama sengih jahat nya!
LANGKAH FADRI laju menuju ke arah lift. Perut nya sudah mula berdendangkan irama kelaparan sejak dari tadi.
Butang lift di tekan.
Sementara menunggu pintu lift dibuka, telefon pintar di poket seluar di seluk.
Ting!!
Satu notifikasi pesanan masuk ke dalam telefonnya!
Pesanan dari Bob!
Belum sempat jari mahu membuka pesanan itu, satu suara garau dari arah belakang mematikan tingkah nya.
"Fad..."
Pantas Fadri memalingkan tubuh nya ke belakang.
"Eh, Uncle... Kenapa uncle dekat sini... Bukannya nya uncle sepatutnya ada dekat kantin ke..." Sapa Fadri bila menyedari orang menegur nya tadi adalah Tuan Duan.
"Uncle perlu bercakap dengan Fad... Mari ikut uncle..." Ajak Tuan Duan dengan nada mendatar pada Fadri.
"Baik... Tapi... Kita boleh berborak dekat kantin ajelah uncle... Senang sikit..." Fadri menawarkan tempat pada bapa sahabatnya ini.
"Bukan di sini tempatnya... Ada sesuatu yang uncle nak tanya kamu.. Mari ikut uncle..." Belum sempat Fadri mahu menjawab, langkah lelaki yang sudah menginjak usia 50 - an itu pun mendahului Fadri.
Fadri hanya mengikuti sahaja lang kah panjang lelaki ini walaupun hatinya sudah tidak berasa enak melihat ketegangan dan kedinginan pada wajah lelaki ini.
Ah sudah... Risau jugak bila tengok muka tegang Tuan Duan ni
Share this novel