KEESOKAN HARINYA, pagi - pagi lagi Melaynie keluar dari rumah.
Sebelum keluar, dia sudah meminta izin dari neneknya. Nek Esah membenarkan cucu perempuan nya itu keluar tapi dengan bersyarat.
Berjela - jela syarat yang disuarakan oleh Nek Esah buat Melaynie. Melaynie terpaksa mengangguk tanda mengerti walau hatinya sudah mula naik bosan.
Kalau di rangkumi semua, satu buku boleh dibuat syarat Nek Esah ini!
Dan sekarang, mereka berdua sudah pun berada di luar rumah setelah berjaya mengharungi halangan pertama.
Halangan kedua pula, dia terpaksa telefon Fadri untuk meminta izin daripada lelaki itu pula.
Kalau tak di telefon, bersiap sedialah kena gempur dengan singa garang tu nanti!
Kadang - kadang Melaynie naik rimas dengan sikap terlalu menjaga nenek dan abangnya ini...
Over sangat!
Bila dia mula menyuarakan pendapat nya, mulalah kedua - dua buat ayat sedih masing - masing...
Yang tak tahan nya, siap berdrama lagi tu! Kalah sinetron Indonesia!
Nak tak nak, Melaynie terpaksa mengikut cara nenek dan abangnya itu!
Kerana dia yakin, kedua - duanya berbuat begitu kerana amat menyayangi dirinya...
Yes... Halangan kedua dah di lepasi...
Dan sekarang... Dia harus menuju ke arah tempat yang mahu di tuju.
D pula hanya menonong aje mengikuti dari belakang.
DARI PERSATU Kedai pakaian yang ada membuat servis menyulam nama pada pakaian di masuki.
Ooo... Baru D faham...
Melaynie mengajak nya keluar adalah untuk mengenal pasti sulaman pada lengan kemeja yang di pakai ini!
Manalah tahu, dari risikan ini boleh tahu sesuatu tentang dirinya!
Cerdik jugak si Melaynie ni!
MATA MELAYNIE menangkap pada sebuah bangku. Kakinya di bawa melangkah menuju ke arah bangku tersebut sebelum punggung nya di labuh pada bangku itu.
Dia melepaskan lelah sebelum air mineral yang baru di beli tadi dibuka penutupnya sebelum di teguk perlahan. Terasa lega bila air mula melepasi kerongkong nya.
D turut melabuhkan punggung di sisi Melaynie.
"Takde cara lain ke dah nak cari?" Soal D perlahan.
Melaynie mengerling ke arah D sebelum earphone di sumbat pada lubang telinga nya.
Dia berpura - pura menatap telefon pintar di tangan sebelum dia menjeling sekilas ke arah D.
Itu sahaja cara dia untuk berkomunikasi dengan D bila berada di luar.
Dia berbuat begitu kerana tidak mahu orang sekeliling salah anggap dengan dirinya.
Tak pasal - pasal nanti orang cop dia gila pula!..
"Saya tak tahu lagi cara macam mana nak cari identiti awak ni.. Diorang semua cakap... Sulaman yang saya gambarkan tadi langsung takde dalam servis kedai diorang..." Ujar Melaynie. Matanya berpura - pura menatap skrin telefon bila melihat ada lalu di hadapan nya.
D mengeluh keras!
Ingatkan dengan cara ini, sekurang - kurangnya dapat lah juga walaupun tidak banyak tentang dirinya...
Tak tahu lagi dah nak buat macam mana lagi! Dia mula terpunduk kelelahan.
"Dah... Tak payah nak terpunduk macam tu... Jom balik rumah... Dekat rumah nanti... Kita bincang cari cara lain pulak..." Ajak Melaynie sebelum dia bingkas bangun dari tempat duduknya dengan di ikuti oleh D dari belakang.
Pantas sahaja gadis itu mengayunkan langkah demi langkah!
Dalam pada itu, minda nya mula tertanya - tanya perihal tentang sulaman ini...
Mustahil tiada langsung corak sulaman jenis ini di kedai yang di lawati tadi...
Kalau tiada, siapa pulak yang pandai menyulam corak ini pada kemeja lelaki ini?
Share this novel