BAB 9

Mystery & Detective Completed 11024

"BOLEH TAK AWAK BERSABAR SIKIT... Ni tak... Main ikut suka hati aje datang sekolah orang!" Sembur Melaynie sebaik sahaja sampai di rumah.

Mujur juga Nek Esah kembali semula ke kampung kerana ada urusan yang tidak dapat di elakkan.

Kalau ada Nek Esah sekarang, mahu dicop gila oleh neneknya itu gara - gara bercakap seorang diri!

Dan mujur juga abang nya kembali semula ke balai selepas mengambil dia di sekolah tadi.

"Dengar dulu apa yang saya nak cakap kan ni, Laynie..." Pujuk D.

"Dengar apa nya... Kalau cakap saya tadi pun awak langsung tak nak dengar!" Marah Melaynie lagi. Turun naik dadanya menahan amarah yang menguasai hatinya saat ini.

"Sorry okay pasal tadi... Tapi please Laynie... Tolong saya sekarang... Saya rasa dah ingat sedikit tentang diri saya..." Pinta D lagi.

Tersengih sinis Melaynie medengar ayat D itu.

"Itu sahaja ke yang awak nak cakap dengan saya sampai tak sabar dekat sekolah tadi?"

"Laynie... Kan saya dah mintak maaf tadi... Apa lagi salah saya ni?" Tidak dapat tidak, akhirnya D bersuara juga.

"Salah awak... Sebab bukan seorang yang penyabar... Kalau awak kurang sabar dengan saya... Cari orang lain... Buat apa nak menempel dekat saya lagi!" Nah! Berapi Melaynie mengeluarkan peluru berpandunya.

"Awak memang macam ni dari dulu lagi kan... Kalau tak ikhlas nak tolong saya... Cakap... Tak payah nak berdolak - dalik macam ni lagi!"

Giliran D pula menyembur Melaynie!

Berasap telinga Melaynie mendengar ayat pedas D ini!

"Ok fine! Kalau takde rasa penyabar... Lebih balik blah dari sini... Dan jangan muncul lagi dalam hidup saya... Faham?" Marah Melaynie dengan mata bersinar sebelum bergegas keluar dari biliknya itu.

Hatinya yang masih panas perlu di sejukkan dulu.

D hanya memandang kelibat Melaynie yang sudah menghilang di balik pintu dengan perasaan bercampur baur.

SEJAK TERJADI NYA perang dingin tempoh hari, Melaynie sudah tidak melihat kelibat D lagi.

Terasa ceria sedikit hatinya bila D tiada di sini.

Tapi... Sekarang kenapa dia rasa seperti ada sesuatu yang hilang dari hidupnya?

Tengok lah masa makan malam tadi...

Fadri tegur pun dia tak jawab!

Asyik mengelamun sahaja.

Makanan dalam pinggan langsung tak luak! Hanya di jamah sedikit aje!

Haih! Dah berubah hati ke Laynie? Kata tak nak ada kena mengena dengan si D tu!

Habis sekarang ni? Apa dah jadi?

Dia mula menggeleng kan kepala nya untuk menyingkirkan apa yang membelenggu kepalanya saat ini.

Arggh!! Buat apa nak peduli dekat si hantu rayau tu lagi!

Biarlah dia merempat dekat tepi jalan tu!

Malas dia nak ambik port!

Tapi.. Betul ke malas nak ambik port?

Tak rasa bimbang ke mana si D tu menghilang?

Ni dah masuk tiga hari kelibat D langsung tak kelihatan!

Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal!

D...

Kau memang pakar dalam buat orang cepat kesian dengan kau!

Tapi kan... Mana pulak si hantu rayau ni menghilang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience