BAB 21

Mystery & Detective Completed 11024

HAMPIR TERELEPAS telefon dari telinga nya saat diberitahu tentang keadaan Melaynie oleh Nek Esah lewat panggilan yang di buat sebentar tadi.

Menggigil seluruh Tubuhnya saat mengetahui keadaan adiknya.

Tangan nya erat memegang stereng kereta walaupun beberapa kali dia hampir menyondol belakang kenderaan orang lain.

Tapi demi adiknya Melaynie, dia kuatkan juga Dirinya untuk fokus pada pemanduannya. Dan sekarang, dia dalam perjalanan menuju ke hospital di mana adiknya sedang di rawat.

Ya Tuhan... Selamatkan Melaynie...

NEK ESAH masih lagi mundar mandir di hadapan ruang bilik Melaynie yang sedang dirawat.

Kedua - dua tangan serta pakaiannya yang masih lagi berbekas darah cucu perempuannya tidak di hiraukan. Yang dihiraukan adalah keadaan Melaynie sekarang.

Dari kejauhan, kelihatan Fadri pantas berlari menuju ke arah Neneknya yang tidak senang duduk itu.

"Nek... Keadaan adik macam mana..." Soal Fadri terus sebaik sahaja sampai di sisi neneknya.

Tangan Nek Esah yang masih lagi berbekas darah Melaynie di capai pantas.

"Nenek tak tahu lagi keadaan dia macam mana..." Jawab Nek Esah sebak.

"Ini semua salah nenek... Kalau nenek tak berkeras dengan dia petang tadi... Perkara macam ni takkan terjadi..." Sambung Nek Esah bersama tangisan yang mula pecah.

Fadri yang melihat tangisan wanita yang amat di hormati ini pantas membawa tubuh wanita separuh abad itu kedalam pelukan nya.

" Dah Nek... Jangan nangis... Adik takde apa - apa tu nanti... Jangan nangis okay..."Pujuk Fadri perlahan walaupun dia tidak mengetahui cerita sebenar.

Dari riak wajah nenek nya ini, dia yakin pasti ada sesuatu yang telah terjadi. Kalau tak, masakan Melaynie boleh mengamuk sampai ni sekali.

Getaran telefon pintar di poket seluar membuatkan Fadri pantas meleraikan dakapan nya pada Nek Esah.

Tangan di seluk kedalam poket seluar.

Nama Tuan Duan naik ke dalam skrin telefon.

Panggilan itu pantas di jawab.

"Helo uncle..."

"Helo Fad... Arrel... Arrel..." Suara Tuan Duan yang tercungap - cungap menyebut nama Darrel membuatkan Fadri mula mengesyaki sesuatu.

"Arrel... Arrel kenapa Uncle?" Soal Fadri tidak sabar.

Nek Esah yang masih tenggelam dengan tangisannya tadi pantas memanggungkan kepalanya menghadap tubuh tinggi lampai cucu lelaki nya ini bila telinga tuanya terdengar nama Darrel, sahabat cucu lelakinya ini disebut.

" Arrel... Dia dalam keadaan kritikal sekarang!"

"Apa? Arrel dalam keadaan kritikal balik?"

"Dan doktor dah maklumkan dekat uncle dan untie... Kemungkinan Arrel hanya boleh bertahan sampai esok saja..."

"Apa?"

Hampir terlepas telefon di tangan saat telinga ny mendengar ayat sayu yang di ucapkan oleh bapa sahabatnya itu.

"Uncle harap... Fad datanglah sini untuk tengok Arrel buat kali terakhir..." Ujar Tuan Duan sayu sebelum talian disebelah dimatikan serta merta.

Hampir melorot tubuh Fadri bila kata - kata Tuan Duan tadi masih terngiang - ngiang di telinganya. Tetapi pantas di tahan oleh neneknya.

Nek Esah pantas membawa tubuh longlai cucunya ke arah bangku yang tersedia di luar ruang bilik yang menempatkan Melaynie yang masih lagi dirawat.

"Apa dah jadi Fad... Apa dah jadi Arrel?" Soal Nek Esah. Hati nya menjadi tidak enak bila melihat riak tegang cucunya ini. Dia yakin, pasti ada sesuatu telah terjadi pada sahabat cucunya ini.

Fadri hanya mendiamkan diri sahaja.

Soalan neneknya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Dia tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Nek Esah itu.

Otak nya sudah tidak mampu untuk berfungsi secara normal sekarang.

Sungguh!

Dia benar - benar dalam keadaan tersepit sekarang!

Dia dalam keadaan dilema!

Di dalam ini, adiknya sedang dirawat. Dan sebelah sana pula, sahabatnya sedang bertarung dengan kematian!

Ya Tuhan!

Tolonglah hamba mu ini! Tolong lah berikan kesembuhan pada adik dan sahabat hamba mu ini!

Doa Fadri di dalam hati...

Sungguh!

Dalam keadaan sekarang, otak Fadri tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya...

Dia berharap sangat tiada apa yang terjadi pada sahabatnya, Darrel walaupun doktor telah menjelaskan segala - galanya.

Moga Darrel melepasi tahap kritikal nya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience